Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUP KEM MOTIVASI TAHUN 6 2018

Bismillahirrahmanirrahim.............
Alhamdulillahirabbilalamin Wassolatuwassalamua’la Ashrafilanbiya’iwalmursalin
Waa’laalihiwasohbihiajmain....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Selamat pagi, salam sejahtera,


salam perpaduan dan salam transformasi pendidikan.

√ Yang Berbahagia En. Mad Saad b. Osman (Pegawai PROSA SK Sungai Acheh)
√ Yang berusaha Pn. Norida bt. Annuar (Guru Besar SK Sungai Acheh),
√ Mejar (B) Hj. Mohd. Zaini b. Hj. Mohd. Salleh (Penceramah dan Motivator
EKSMT Amal Solutions Consultants)
Yang dihormati,
√ Pn. Roslina bt. Hasan (Guru Penolong Kanan Pentadbiran),
√ En. Mohammad Juhairi b. Hj. Idris (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid),
√ En. Zool Azhari b. Abdul Kader (Guru Penolong Kanan Kokurikulum),
√ En. Zainol b. Yusoff (Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas),
√ En. Azhar b. Ahmad (Yang Dipertua PIBG SK Sungai Acheh)
√ Cik Kamisah bt. Kechil (Penyelaras Kem Motivasi Tahun 6)
√ guru-guru, barisan fasilitator, tuan-tuan dan puan-puan para ibu bapa dan waris
serta murid2 tahun 6 SK Sungai Acheh yang dikasihi sekalian.

 Alhamdulillah.... Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat kita
berkumpul di dalam Dewan Seri Cemerlang pada pagi yang penuh barakah ini untuk
sama sama menjayakan satu agenda dalam acara takwim sekolah iaitu Kem
Motivasi Murid Tahun 6, “Di Mana Kasih Ke Mana Sayang” bagi murid2 yang bakal
menduduki PPSR pada tahun ini.

 Saya selaku wakil pihak majlis pada pagi ini, ingin merakamkan ucapan jutaan
terima kasih kepada seluruh hadirin warga dewan kerana telah sudi meluangkan
masa bagi bersama-sama menjayakan majlis yang kita rencanakan pada hari ini.

 Justeru, menjadi harapan kami warga pendidik agar majlis ini menjadi tonggak
bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam meningkatkan lagi
mutu pencapaian anak-anak kita dalam bidang akademik.. In Sha Allah.

Bacaan doa

 Sebagai pembuka tirai acara, majlis menjemput Al-fadhil Ustaz Roshidi b. Mat Ali
untuk memimpin bacaan doa, dipersilakan.

1
⃰ Aamiin aamiin yarabbal alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima
kasih kepada Al-fadhil Ustaz Roshidi b. Mat Ali atas pimpinan doa sebentar tadi.

Warga dewan yang berbahagia,

Penerangan Pencapaian Ujian PPPA

⃰ Majlis kini diteruskan dengan penerangan mengenai pencapaian Ujian Pentaksiran


Pengesanan Prestasi Awal (PPPA) oleh Pn. Roslina bt. Hasan (Guru Penolong Kanan
Pentadbiran SK Sungai Acheh). Untuk itu, majlis mempersilakan.

⃰ Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Roslina atas penerangan
pencapaian Ujian PPPA sebentar tadi.

Warga dewan yang dimuliakan,

Ucapan GB

 Kini, tibalah masa untuk kita mendengar ucapan aluan yang bakal disampaikan oleh
Yang Berusaha Pn. Norida bt. Annuar (Guru Besar SK Sungai Acheh).

 Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Guru Besar.

⃰ Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas
kesudian menyampaikan ucapan aluan sebentar tadi.

Warga dewan yang dikasihi,

Ucapan Perasmian Penutup

⃰ Majlis kini diteruskan lagi dengan agenda yang kita nanti-nantikan. Untuk itu,
majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan En. Mad Saad b.
Osman (Pegawai PROSA SK Sungai Acheh) untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan majlis penutup Kem Motivasi Murid Tahun 6 “Di Mana
Kasih Ke Mana Sayang” peringkat SK Sungai Acheh bagi tahun 2018. Dengan
segala hormat dan sukacitanya majlis mempersilakan.

⃰ Majlis merakamkan setinggi2 ucapan terima kasih kepada En. Mad Saad b. Osman
(Pegawai PROSA SK Sungai Acheh) atas kesudian menyampaikan ucapan dan
merasmikan majlis penutup Kem Motivasi Murid Tahun 6 sebentar tadi.
Diharapkan segala perkongsian ilmu yang disampaikan dapat kita jadikan penyuntik

2
dan pembakar semangat kepada anak2 dalam usaha kita bersama untuk melahirkan
generasi yang bertaqwa, cemerlang, gemilang dan terbilang.

Warga dewan yang dihormati,

Penyampaian Hadiah dan Cenderahati

⃰ Majlis kini diteruskan dengan penyampaian sijil, cenderahati dan hadiah kepada
penceramah dan motivator, barisan fasilitator dan para peserta kem. Untuk itu
majlis menjemput En. Mad Saad b. Osman (Pegawai PROSA SK Sungai Acheh)
diiringi oleh Pn. Norida bt. Annuar (Guru Besar SK Sungai Acheh) untuk
menyempurnakan acara. Dengan segala hormat dan sukacitanya majlis
mempersilakan.

● Dipersilakan Mejar (B) Hj. Mohd. Zaini b. Hj. Mohd. Salleh (Penceramah dan
Motivator EKSMT Amal Solutions Consultants) untuk menerima sijil dan
cenderahati daripada pihak sekolah
● Seterusnya, penyampaian sijil dan cenderahati kepada barisan fasilitator...
● Dipersilakan wakil peserta kem untuk menerima sijil penyertaan....
● Seterusnya penyampaian hadiah kepada :
- Peserta lelaki terbaik
- Peserta perempuan terbaik
- Kumpulan terbaik dan semua kumpulan

⃰ Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Mad Saad atas kesudian
menyampaikan hadiah dan tahniah diucapkan kepada para pemenang.

⃰ Majlis seterusnya mempersilakan Pn. Norida bt. Annuar (Guru Besar SK Sungai
Acheh) diiringi oleh Pn. Roslina bt. Hasan (Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK
Sungai Acheh) untuk menyampaikan cenderahati daripada pihak sekolah kepada
En. Mad Saad b. Osman (Pegawai PROSA SK Sungai Acheh). Dipersilakan.

⃰ Terima kasih diucapkan kepada Pn. Norida bt. Annuar.

Warga dewan yang dimuliakan,

Jamuan VIP dan edaran makanan

⃰ Majlis selepas ini menjemput En. Mad Saad b. Osman (Pegawai PROSA SK Sungai
Acheh) dan barisan tetamu jemputan diiringi oleh Pn. Norida bt. Annuar (Guru

3
Besar SK Sungai Acheh) dan barisan pentadbir untuk menikmati jamuan yang
telah disediakan.

⃰ Alhamdulillah.... Dengan berakhirnya penyampaian hadiah sebantar tadi, maka


majlis kita telahpun sampai ke penghujungnya.

⃰ Kepada murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki PPSR pada tahun ini, sekalung
doa dipanjatkan ke hadrat Ilahi agar segala usaha murid-murid semua
membuahkan hasil di kemudian hari. Berusahalan tanpa jemu dan mengenal penat
lelah... kerana kecemerlangan akan tercipta apabila pelajar biasa, daripada
keluarga biasa, dengan kecerdasan biasa, belajar di sekolah biasa tetapi
berusaha secara luar biasa. Semoga anak2 kita akan memperoleh kejayaan yang
cemerlang dalam PPSR 2018, In Sha Allah.

⃰ Saya mewakili seluruh jawatankuasa kerja majlis dengan takzimnya menyusun


sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang khilaf tanpa
sedar sepanjang kami mengendalikan rostrum pengacaraan pada hari ini.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T, yang kurang itu
datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri.

Buah selasih buah kelubi,


Di dalam dulang hidangan pagi,
Terima kasih daun keladi,
Bila diundang datanglah lagi.

⃰ Sekian, Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai