Anda di halaman 1dari 5

TEKS PERASMIAN PUSAT SUMBER

Bismillahirahmanirrahim
Indah berbalam si awan petang
Berarak di celah pepohon Ara
Pemanis kalam selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, Bersyukur kita ke Hadrat Ilahi kerana
atas limpah kurnia dariNya jua dapat kita bersma-
sama berkumpul pada pagi ini dalam Majlis
Perasmian Pembukaan Pusat Sumber SMK Palong
Timur
Yang Berusaha:
 Cikgu Abdul Aziz bin Othman,
 Pengetua SMK Palong Timur
Yang Dihormati:
a) Cikgu Supie bin Othman,
 guru penolong kanan kurikulum
b) Cikgu Norizah binti Mohamad Sharif,
 Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
c) Cikgu Nor Zila binti MD. Idris,
 Guru Penolong Kanan Kokurikulum
d) Cikgu Muhammad Sarhan Azam bin Abdul
Aziz, Guru Penolong Kanan Tingkatan 6
Guru-guru serta rakan-rakan Barisan Pengawas
Pusat Sumber Sekalian
Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring ditepi kali
Selamat datang kami ucapkan
Moga majlis direstu ilahi.
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini,marilah
kita sama-sama menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan dipimpin oleh saudara
Ahmad Syahidan Danish
Oleh itu Majlis mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal Alamin

Buah langsat di tepi busut,


Mari dimuat di atas peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.
Hadirin sekalian,
Bagi membuka tirai ucapan pada pagi ini, majlis
dengan berbesar hati menjemput Yang Berusaha
Cikgu Abd Aziz bin Othman untuk menyampaikan
amanat beliau, Majlis mempersilakan
Terima kasih diucapakan kepada Cikgu Abdul Aziz
bin Othman atas ucapan penuh bermakna itu tadi.

Majlis seterusnya diteruskan lagi dengan


penyampaian sijil dan cenderahati kepada barisan
pengawas pusat sumber tingkatan 5 serta
penyampaian hadiah kepada pengawas pusat
sumber terbaik.
Oleh itu, majlis menjemput Tuan Pengetua, Cikgu
Abd Aziz bin Othman diiringi Cikgu Supie bin
Othman, Guru Penolong Kanan Kurikulum untuk
menyampaikan sijil dan hadiah kepada pengawas
pusat sumber yang terlibat.

Bagi penyampaian sijil dan cenderahati kepada para


pps tingkatan 5,
Dijemput yang pertama…………………………………
Untuk menerima sijil dan cenderahati
Seterusnya, dijemput…………………………………
Dipersilakan…………………………………… untuk
menerima sijil dan cenderahati.
Dijemput seterusnya…………………………………
Seterusnya, dipersilakan…………………………….
Dan yang terakhir dijemput…………………………….
Untuk menerima sijil dan cenderahati

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah


kepada pengawas pusat sumber terbaik bagi tahun
2022

Dipersilakan …………………………………. untuk


menerima hadiah

Seterusnya dijemput …………………………………


Dan yang terakhir dipersilakan……………………..
untuk menerima hadiah
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan
Pengetua, Cikgu Abd Aziz bin Othman dan Cikgu
Supie bin Othman, Guru Penolong Kanan
Kurikulum di atas kesudian menyampai sijil dan
hadiah kepada para pps SMK Palong Timur
sebentar tadi
Tahniah diucapkan kepada pps terlibat kerana telah
menjalankan tanggungjawab dan komitmen yang
berteruskan dalam melaksanakan tugas masing-
masing.

Dengan penyampaian hadiah dan cenderamata itu


tadi maka berakhirlah sudah majlis kita pada pagi
ini.
Sebelum menjamu selera, majlis menjemput sekali
lagi Ahmad Syahidan Danish untuk membacakan
doa makan. Dipersilakan
Aamin Ya Rabbal Alamin
Para Hadirin dijemput untuk menjamu selera
Sekian wabillahitaufiq walhidayah
wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatu.

Anda mungkin juga menyukai