Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS “SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH”

SEMPENA PERSARAAN PN.ASLINA BT ATAN

SK INDERA MAHKOTA

28.01.2022

BIL PERKARA TEKS CATATAN


1 Pengumuman Mengumumkan ketibaan yang dirai Puan Aslina Bt
Atan diiringi Tuan Guru Besar, En. Mohd Shuhaimi
Bin Mohd Nordin,Barisan Guru2 Penolong Kanan
SK Indera Mahkota

ALUAN Seiring madah pantun bersambut


Disulam senyum pengubat jemu
Mesra berdakap kasih bertaut
Yang berbahagia tuan kini bertamu

Awal Bismillah pembuka bicara


Ucapan alu-aluan pemula acara
Selamat datang kata disua
Sanjungan budi Lambaian Kasih majlis bernama

Yang berusaha En. Mohd Shuhaimi Bin Mohd


Nordin, Guru Besar Sek. Keb. Indera Mahkota

Yang diraikan
Puan Aslina Bt Atan

Yang dihormati
Puan Zaripah Binti Rusoll, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran, Sek. Keb Indera Mahkota,

Puan Normala Binti Sulaiman


Guru Penolong Kanan HEM
Puan Indah Seri Bt Ismail
Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum

1
Guru Penolong kanan Pendidikan khas, Encik Mohd
Iznan Bin Azmi,

Barisan guru-guru dan staff SK Indera Mahkota


yang diirahmati Allah.

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera..

Pagi yang indah penuh ceria.hari yang berbahagia


penuh bermakna, kami bawakan kepada anda
“Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih”. Selamat
datang kami ucapkan.

ALUAN Alhamdulillah terus dipanjatkan


Setulus hati seikhlas nurani, semurni jiwa
Dimunajatkan rasa syukur kehadrat ilahi
Allah yang maha Agung dan Maha Tinggi
Demi kebesaran dan ketulusan rahmat yang
dilimpahkan
Demi kekuatan azam dan iltizam yang dkurniakan
Beserta izin dan inayahnya jua
Dewan ini mnguntum salam pertemun kita di pagi
ini

4. BACAAN DOA Demi memberkati agenda dan acara kita, marilah


kita, selaku insan kerdil sifat dan upaya, dengan
sanubari yang bersih, minda yang jernih,
menghimpunkan segala harapan dan hasrat,
dengan bait-bait doa serta munajat.

Dengan bismillah lafaz dimula


Dengan bismillah restu dipinta
Semoga majlis mendapat hidayahNya
Semoga kronologi acara beroleh berkatNya.

Untuk itu, majlis menjemput al-fadhil Ustaz Mohd


Ridzuan B.Abdullah untuk memimpin bacaan doa.

********bacaan doa***********

2
Amin..amin.. ya Rabbalalamin
Semoga pertemuan kita pada pagi ini dipelihara,
dilimpahkan sepenuh manfaan dan keceriaan,
menambah tautan kemesraan serta berpisahnya
kita nanti akan diiringi dengan jutaan ketenangan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih

Aluan mc Dalam majlis ini kami bermadah,


Mengucap puji Alhamdulillah
Doa tadi pembuka wadah
Semoga majlis beroleh limpah

Berangkat kadam kepak nan indah


Tertanggam penuh emas suasa
Salam pembuka tirai, dihulur sudah
Persada acara akan bermula

6. UCAPAN
PENGERUSI Hadirin yang dimuliakan,
KELAB GURU & Sebagai pembuka tirai ucapan pada hari ini, majlis
STAFF dengan segala hormatnya menjemput Pengerusi
Kelab Guru dan Staff SKIM Puan Norisha Bt Mazlan
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan

**ucapan****

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Puan Norisha Bt Mazlan atas ucapan yang
disampaikan sebentar tadi.

UCAPAN GB Hadirin yang dimuliakan,

Meneliti aturcara berikutnya,majlis menjemput dan


mempersilakan En. Mohd Shuhaimi Bin Mohd

3
Nordin, Guru Besar SK Indera Mahkota untuk
menyampaikan titip ucapan. Dipersilakan

***ucapan GB***

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas


bingkisan kata yang disampaikan oleh En. Mohd
Shuhaimi Bin Mohd Nordin Guru Besar SK Indera
Mahkota

UCAPAN PN. Tuai padi antara Nampak


ASLINA BT ATAN Esok jangan layu layuan
intai kami antara Nampak
esok jangan rindu-rinduan

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan yang


dirai Puan Aslina Bt Atan meneruskan tirai ucapan,
menyampaikan amanat, untaian kata kalungan
wacana, salam perpisahan buat kenang kenangan
yang bakal ditinggalkan.
--selesai sahaja puan aslina memberi ucapan
diminta untuk terus duduk di pelamin.---
majlis dengan penuh takzim mempersilakan ….

*****ucapan yang dirai*****

Majlis merakamkan terima kasih atas ucapan yang


disampaikan oleh Puan Aslina Bt Atan itu tadi.

Ampun dan maaf kami pinta


Andai pernah mengusik rasa
Jenguklah kami sekali sekala
Andai rindu datang menjelma

TAYANGAN Majlis diteruskan dengan persembahan multimedia


MULTIMEDIA mengisahkan tentang biografi dan memori
perjalanan yang diraikan Puan Aslina Bt Atan dan

4
juga tayangan video ucapan murid dan juga video
persembahan murid murid.

Marilah sama-sama kita saksikan tayangan video


berikut.

Begitulah tadi dapat kita saksikan tayangan video


yang diraikan Puan Aslina Bt Atan.
Mudah-mudahan moga ianya dapat menggamit
kenangan manis selama berkhidmat bersama-sama
yang dirai.

YANG DIRAI Hadirin yang dimuliakan,


NAIK PENTAS
Seterusnya kita akan menyaksikan upacara gimik
majlis pada hari ini.

GIMIK Gimik dan sambutan hari lahir yang dirai

Majlis menjemput Guru Besar, En Mohd Shuhaimi


ACARA Bin Mohd Nordin, semua GPK dan dif kehormatnaik
MEMOTONG ke pentas. Dipersilakan.
KEK
Dipersilakan Puan Aslina Bt Atan memotong KEK
sebagai simbolik menyambut ulang tahun
kelahiran dan persaraan. Dipersilakan.

FOTOGRAFI Majlis mempersilakan semua guru naik ke pentas


untuk sesi fotografi.

PENYAMPAIAN Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian


HADIAH hadiah sebagai kenang-kenangan buat insan yang
kita raikan Puan Aslina Bt Atan.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan En. Shuhaimi bin Mohd Nordin,
Guru Besar sk indera mahkota mengiringi yang dirai
Puan Aslina Bt Atan untuk menerima cenderamata
sebagai kenang-kenangan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

5
1. Wakil pentadbir
2. Penegrusi Kelab
3. Wakil Setiap Panitia
a. Panitia BM
b. Panitia BI
c. Panitia MT & SC
d. Panitia Agama Islam
4. Wakil Setiap Kelas
5. Daripada yang dirai kepada guru skim-

Seterusnya dipersilakn yang dirai Puan Aslina Bt


Atan untuk menyampaikan cenderahati kepada
guru-guru dan staf sk indera mahkota.
Dipersilakan.

Majls merakamkan terima kasih atas kesudian yang


berusaha En. Mohd Shuhaimi Bin Mohd Nordin
mengiringi yang diraikan Puan Aslina Bt Atan
sebentar tadi.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih
kepada penyampai cenderamata sebentar tadi.

PENUTUP Hadiri yang dimuliakan..


MAJLIS
Dari mana asalnya usah diusul
Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan disimpan dalam hati

Majlis Sanjungan budi Lambaian Kasih Puan Aslina


Bt Atan berakhir di sini. Terima kasih daun keladi.
Terima kasih menjunjung budi. Saya sudahi dengan
wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

6
PENGUMUMAN UNTUK ACARA SETERUSNYA
PUNCH OUT- -Lambaian murid tahap 1 (melalui dataran
BERSURAI perhimpunan)
-Titipan Kenangan di Pondok BI.
-Lambaian murid tahap 2 ( melalui dataran
perhimpunan)
-punch out & sign
-sent off dengan kereta berhias ke rumah.

-bersurai.

Anda mungkin juga menyukai