Anda di halaman 1dari 10

TEKS PENGERUSI MAJLIS MENJUNJUNG APRESIASI

“BAKTI DISANJUNG, BUDI DIJUNJUNG”


Tarikh : 12. OKTOBER 2020 ( ISNIN)
Masa : 10.00 pagi

PERKARA/ BUTIRAN CATATAN


JURU ACARA

Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana


KETIBAAN majlis kita akan bermula sebentar lagi.
TETAMU
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan PN.
NORHASMAWATI BT BAHARI masuk ke dalam dewan.

Dipersilakan PN.NORHASMAWATI untuk mengambil


tempat.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Pagi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna

Kami bawakan kepada anda“MAJLIS MENJUNJUNG


APRESIASI“BAKTI DISANJUNG, BUDI
DIJUNJUNG”sempena persaraan PN.
NORHASMAWATI BT BAHARI.

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

GIMIK
Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

UCAPAN BismilLahir Rahmanir Rahim


ALU-ALUAN Assalamu `Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Salam Sejahtera

Yang Diraikan, PN NORHASMAWATI BT BAHARI

Yang Berusaha
EN FAIRUZZABADI BIN ZAMZURI.
Guru Besar SKEMA ,

Yang Berusaha
En.Jamil bin Ibrahim, Penolong Kanan Pentadbiran
SKEMA

Yang Berusaha
En.Izwan bin Abdul Rasyid, Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid SKEMA

Yang Berusaha
En.Madzli bin MustaPa, Penolong Kanan Kokurikulum
SKEMA

Yang Berusaha
Pn Hajjah Norhayati bin Yeob Nordin, Penolong
Kanan Pendidikan Khas SKEMA

Yang dihormati
En.ZAINAL ABIDIN BIN MAT DAHARI
Yang diPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Skema

Dif-dif jemputan,

Seterusnya, barisan guru, murid-murid, hadirin dan


hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :

MAJLIS MENJUNJUNG APRESIASI


“BAKTI DISANJUNG, BUDI DIJUNJUNG”

sempena persaraan Yang Diraikan


PN.NORHASMAWATI BT BAHARI
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur
Alhamdulillah kerana dengan izin dan
rahmatnya ,dengan iradat dan inayahnya serta limpah
dan kurniaanNya ….maka kita dapat bersama-sama..
berada di dalam majlis pada pagi ini .

BACAAN DOA Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang


penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan
oleh Al Fadhil USTAZ ABD MUJIB B. ABD RAHMAN
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)***********

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada Al-Fadhil ustaz di atas bacaan
doa itu tadi.

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah


sama-sama kita saksikan persembahan khas daripada
murid-murid Perempuan tahun 6 sebagai tanda
kenangan khususnya untuk yang diraikan. Sama-sama
PERSEMBAHAN kita saksikan.
MURID
Dipersilakan.

------------------persembahan murid----------------

Semoga kita terhibur dengan persembahan khas


murid-murid perempuan tahun 6 yang cukup istimewa
sebentar tadi. Terima kasih diucapkan.Untuk makluman
hadirin sekelian Persembahan ini di bawah pimpinan
Cikgu Ummi Mardhiah

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


UCAPAN Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
YDP PIBG Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian


Majlis diteruskan dengan menjemput dan
mempersilakan En.ZAINAL ABIDIN BIN MAT
DAHARI,selaku Yang diPertua Persatuan Ibu Bapa dan
Guru, SKEMA untuk menyampaikan ucapan. ……
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En.ZAINAL ABIDIN


BIN MAT DAHARI, atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan


EN FAIRUZZABADI BIN ZAMZURI… Guru Besar
SKEMA untuk menyampaikan ucapan.

Dipersilakan.

************UCAPAN GB**********
UCAPAN
GURU BESAR Terima kasih diucapkan kepada EN FAIRUZZABADI
BIN ZAMZURI… Guru Besar SKEMA
..atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

_______________________________________

JEMPUT YANG DIRAI NAIK KE ATAS PENTAS

Majlis di teruskan lagi dengan menjemput dan


mempersilakan Yang Dirai PN.NOR HASMAWATI
BINTI BAHARI untuk naik bersemayam di atas
singgahsana.

Di jemput bersama … putera kepada Yang Dirai


membawa selepang SKEMA dan seterusnya
memakaikannya kepada bonda yang di cintai mereka.
Dipersilakan.

Seterusnya di jemput putera2 yang gagah perkasa ini


untuk mengambil tempat.

TAYANGAN Para Hadirin yang kami muliakan,


MULTIMEDIA
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan


Multimedia MAJLIS MENJUNJUNG APRESIASI
“BAKTI DISANJUNG, BUDI DIJUNJUNG”dan Bingkisan
Biografi Yang Diraikan PN NORHASMAWATI BT BAHARI

Di persilakan
-------Persembahan Montaj----------------

Begitulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan


multimedia dan Bingkisan Biografi sempena persaraan Yang
Diraikan PN NORHASMAWATI BT BAHARI. Persembahan
multimedia dan Bingkisan Biografi itu tadi telah diolah dan
disunting oleh EN AZHAR & US .YUSRI RIZAL serta
Pn.Nur Fashahah .Ucapan terima
kasih daun keladi, atas persembahan tersebut.
Mudah-mudahan dapat memberi sumber inspirasi buat kita
semua.

Hadirin yang dimuliakan,

UCAPAN Sudah teradat si anak lelaki


YANG DIRAI Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan


iaitu ucapan daripada Yang Diraikan.

Majlis sekali lagi menjemput PN NORHASMAWATI


BT BAHARI bagi menyampaikan amanat serta pesanan
buat kita semua…., dipersilakan

---------------Ucapan Yang Dirai----------------

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada Yang PN NORHASMAWATI BT
BAHARI atas ucapan itu tadi.

Hadirin yang dimuliakan,


GIMIK
(POTONG Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang
KEK) Diraikan PN.NORHASMAWATI BT BAHARI dan
keluarga tampil ke depan singgahsana bagi
menyempurnakan sesi memotong kek sebagai simbolik
menyambut ulang tahun kelahiran  dan persaraan

…….Dipersilakan…

Majlis mengucapkan terima kasih.

PENYAMPAIAN Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.


WATIKAH
PERSARAAN Majlis seterusnya ialah penyampaikan Watikah
Persaraan

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan En .Jamil bin Ibrahim ,Penolong Kanan
Pentadbiran Skema mengiringi En FAIRUZZABADI
BIN ZAMZURI Guru besar SKEMA tampil ke hadapan
bagi menyempurnakan penyampaian watikah tersebut.
Dipersilakan.

Seterusnya ,dijemput PN NORHASMAWATI BT


BAHARI tampil bagi menerima watikah tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada En FAIRUZZABADI


BIN ZAMZURI Guru Besar SKEMA diatas
penyempurnaan penyampaian watikah kepada PN
NORHASMAWATI BT BAHARI itu tadi

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah


dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat
insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Puan
NORHASMAWATI BT BAHARI

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput


dan mempersilakan Guru Besar Sk.Manong En
PENYAMPAIAN
HADIAH Fairuzzabadi bin Zamzuri untuk mengiringi Yang
Diraikan Puan NORHASMAWATI BT BAHARI bagi
menerima cenderamata kenang-kenangan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulai dengan penyampaian cenderamata


daripada pihak sekolah berupa hantaran sebanyak 5
dulang
1. Penyampaian hadiah daripada PIBG
2. PSS
3. PPKI
4. GURU LELAKI
5. GURU PEREMPUAN
Seterusnya..
Penyampaian cenderamata daripada rakan-rakan Yang
diraikan.
……Hadiah-hadiah….senarai nama

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Guru


Besar Sk.Manong En Fairuzzabadi bin Zamzuri kerana
mengiringi Yang Diraikan PN NORHASMAWATI BT
BAHARI atas kesudian menerima cenderamata itu
tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada


semua penyampai cenderamata sebentar tadi.

Kampung Dermawan di Pulau Ara,


Mari singgah menjengkal rotan,
Walaupun puan telah bersara,
Budi dan jasa kekal diingatan

SESI Seterusnya di jemput untuk sesi potografi


FOTOGRAFI

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di


pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama pelari telah sampai ke garisan penamat,

Umpama memanjat dah sampai ke puncak


Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Penutup
Yang menerima sudah menerima

Guru umpama bintang cemerlang


Walau bersara jasa dikenang

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Penutup
Dengan itu, berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang
Diraikan PN NORHASMAWATI BT BAHARI atas
kesudian untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna
ini dan kami mendoakan agar Puan Nor Hasmawati
bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian
disamping keluarga tercinta..
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada
semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa
bersama-sama memeriahkan MAJLIS MENJUNJUNG
APRESIASI
“BAKTI DISANJUNG, BUDI DIJUNJUNG”.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan


andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan
Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Majlis menjemput Yang Diraikan PN NORHASMAWATI


BT BAHARI serta putera beliau serta semua tetamu,
hadirin dan hadirat untuk menjamu selera di
kantin sekolah

Lambaian Terakhir Sebelum itu di jemput sekali lagi Yang Diraikan PN


NORHASMAWATI BT BAHARI untuk berada di luar
dewan untuk untuk majlis bersalam-salaman dan lambaian
terakhir

Sekian sahaja, salam hormat,Wabillah hitaufik wal


hidayah..wassalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai