Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARAAN

“ANNUAL HI-TEA 2022/2023”


SMK MAJIDI BARU 2, JOHOR BAHRU

BIL AGENDA TEKS


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Mohon perhatian, Majlis akan dimulakan sebentar lagi, hadirin diminta mengambil tempat
masing-masing
Hadirin Yang Dihormati,
- Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, hadirin diminta agar memastikan
telefon bimbit berada di dalam pengaturcaraan senyap.
- Hadirin juga diminta untuk kekal berada di dalam dewan sehingga majlis selesai.
- Apabila mengumumkan ketibaan dif-dif jemputan, hadirin diminta untuk berdiri.

Umum Masuk Mengumumkan ketibaan Puan Aini Binti Kaman, Pengetua SMKMB2 diiringi barisan
pentadbir untuk mengambil tempat di dalam dewan.

Hadirin hadirat dipersilakan duduk

Pantun Daun layu ditengah gurun


pembuka Nampak jalur pohon cemara
Tradisi melayu turun temurun
Pantun ditutur pembuka bicara

Indah sungguh tasik cini


Di tambah seri pepohon ara
Di hari sabtu bertemu di sini
Izinkan kami mulakan acara.

Salutasi Yang berusaha Puan Aini Binti Kaman,


Pengetua SMK Majidi Baru 2

Yang dihormati Tuan Haji Abdul Karim Bin Masiran


Penolong Kanan Pentadbiran

Yang dihormati Puan Khaliza Binti Arbaa


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang dihormati Puan Azizan Binti Abdul Rahman


Penolong Kanan Kokurikulum

Yang dihormati Encik Mohd Azmi bin Munjiat


Penolong Kanan Petang
Barisan guru kanan mata pelajaran,
Barisan guru-guru,
Barisan Anggota Kumpulan Pelaksana
serta hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.

Kata Aluan Bismillahirrahmanirrahim.


Pengerusi Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera
Majlis.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan izin Nya jua,
maka dapat kita dipertemukan dan berkumpul bagi meraikan majlis kita pada hari ini.

Majlis dengan penuh rasa hormat dan bangganya mengucapkan selamat datang serta
mengalu-alukan kehadiran para hadirin sekalian ke majlis “Annual Hi-Tea SMK Majidi
Baru 2 Sesi 2022/2023”

Untuk pengetahuan hadirin sekalian,


Majlis ini diadakan adalah merupakan satu aktiviti tahunan yang diadakan pada setiap
hujung akhir sesi akademik persekolahan bagi mengeratkan silaturahim dan hubungan
kekeluargaan ahli-ahli Kebirus SMK Majidi Baru 2 dalam komunikasi yang lebih santai
dan tidak formal.Di samping menghargai jasa dan penat lelah semua sepanjang sesi
2022/2023.

Menadah tangan tanda kerendahan,


Bacaan doa Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-sama mengaminkan bacaan
doa yang akan dipimpin oleh Encik Muhamad Syakir Bin Sabarudin. Dipersilakan.

Amin amin ya rabbal al-amin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik
Muhamad Syakir Bin Sabarudin atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan Naib Duduk sekawan gadis jelita,


Pengerusi Buat santapan untuk pahlawan,
KEBIRUS Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.
Oleh itu, Majlis menjemput En Muhammad Hafizudin Bin Wan Ibrahim
Naib Pengerusi KEBIRUS SMK Majidi Baru 2 untuk memberi ucapan alu- aluan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Muhammad Hafizudin Bin Wan
Ibrahim atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Ucapan Emas tempawan buatmu puteri,


Pengetua Busana indah buat rupawan,
Sudilah puan tampilkan diri,
Bersama madah kata ucapan.

Oleh itu, Majlis menjemput Yang Berusaha Puan Aini Binti Kaman,
Pengetua SMK Majidi Baru 2 untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Aini Binti Kaman, Pengetua
SMK Majidi Baru 2 atas ucapan sebentar tadi.

Tayangan Sidang hadirin yang dikasihi sekalian,


Multimedia
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan tayangan multimedia . Video ini disunting
khas untuk semua warga kebirus smk majidi baru 2 yang merangkumi aktiviti-aktiviti
kebirus bagi sesi 2021/2022 dan 2022/2023. Sama-sama kita saksikan.

Demikianlah tadi , kita telah saksikan tayangan multimedia yang mengamit memori kita
semua. Moga kita semua akan terus bersama melangkar kenangan serta memori yang
indah pada masa akan datang.,
Jamuan Hadirin sekalian masa yang ditunggu telah tiba
Makan
Rehat sebentar di pulau rusa
Sambal menikmati air nira
Hidangan tersedia seenak rasa
Jemputlah semua menjamu selera

Dipersilakan En Muhammad Syakir bin Sabaruddin Untuk memimpin bacaan doa makan.
Untuk itu, semua tetamu kehormat dan yang berada di dalam dewan dijemput untuk
menjamu selera.
Cabutan Hadirin sekalian. Saat yang kita tunggu-tunggu . di kesempatan ini, majlis berbesar hati
Bertuah untuk meneruskan acara dengan acara cabutan bertuah sebagai penghargaan terima
Pusingan 1 kasih kepada seluruh hadirin dalam menjayakan majlis kita pada hari ini.

Tuah ayam tampak di kaki, tuah kita siapa yang kena. Mohon hadirin memberi tumpuan
kepada skrin layar di hadapan untuk melihat nama siapa yang bertuah.

Bagi sesi yang pertama ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan yang dihormati .................................................... untuk mengklik tetikus
untuk memaparkan nama yang bertuah . dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada ..................................................... di atas


kesudian menyempurnakan acara cabutan bertuah sebentar tadi.
Persembahan Hadirin yang dihormati sekalian, sambil menikmati hidangan majlis dihangatkan lagi
dengan persembahan dari rakan-rakan yang memilik bakat yang terpendam. Majlis
disukacitanya menjemput ............................................ . dipersilakan,

Permainan 1 Mohon kerjasama semua rakan-rakan semua untuk memberi tumpuan ke skrin layar di
hadapan untuk kita teruskan dengan slot permainan yang pertama . Berikut adalah
gambar rakan-rakan sewaktu kecil. Di sini, rakan rakan perlu meneka dengan tepat
keempat-empat gambar berikut. Rakan rakan boleh menaip di hp masing2. Yang
terpantas dan tepat dikira pemenang.

Cabutan Seterusnya acara cabutan bertuah diteruskan lagi dengan


pusingan 2 mempersilakan ........................................... untuk meklik tetikus untuk memaparkan
nama yang bertuah. Seterusnya menyampaikan hadiah kepada yang bertuah.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada ................................................... di atas


kesudian menyempurnakan acara cabutan bertuah sebentar tadi.

Permainan 2 Permainan seterusnya akan dimulakan sekarang. Mohon rakan rakan beri perhatian
sambil-sambil menjamu selera. Arahan adalah berbunyi begini.

Dalam kiraan 30 saat. Siapakah dalam kalangan kita ini yang memiliki duit syiling yang
paling banyak. Mohon tampil kehadapan.

Cabutan Seterusnya acara cabutan bertuah diteruskan lagi dengan


pusingan 3 mempersilakan ........................................... untuk meklik tetikus untuk memaparkan
nama yang bertuah. Seterusnya menyampaikan hadiah kepada yang bertuah.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada ................................................... di atas


kesudian menyempurnakan acara cabutan bertuah sebentar tadi.

Penyampaian Hadirin sekalian , dalam menghargai usaha rakan-rakan ahli jawatankuasa kebirus sesi
sijil 2021/2022 dan sesi 2022 / 2023 . Majlis dengan ini
penghargaan mempersilakan ............................................... untuk menyampaikan sijil penghargaan
kepada ajk kebirus. Majlis dimulakan dengan penyampaian.

PENGERUSI : JAWALLAL KHAIRI BIN MOHD SHARIF


NAIB MOHAMAD HAFIZUDIN BIN WAN
PENGERUSI : IBRAHIM
SETIAUSAHA : ZAWIAH BINTI JUSOH
NAIB
SETIAUSAHA : SHAHIRA BINTI SATIMAN
BENDAHARI : NURDIYANA BINTI SAIFUL ANWAR
NAIB
BENDAHARI : NUR EMARINA BINTI OTHMAN

AJK : ARIJATUL WARDAH BINTI AHMAD


LIM LEE WEN
MOHAMAD FAWZEE BIN FAWA'ID
NOR AISHAH BINTI KHAMIS
NORIDAH BINTI ABD RAHIM
NUR SABARIAH BINTI RAMLEE
NURAINI BT HUSSIN
NUR'AISYAH HIDAYAH BINTI ZAINAL
ABIDIN
NURASMA BINTI MISNI
ROHANA BINTI MOHD
ZAHIDEE BIN OMAR
Sijil Seterusnya , majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah khas sempena
penghargaan Annual Hi Tea SMK Majidi Baru 2 sesi 2022/2023. Anugerah ini memberi penghargaan
anugerah khas khusus kepada guru-guru yang komited dalam hadir bertugas sepanjang sesi 2022/2023.
Anugerah Kehadiran Penuh Bertugas Bagi Sesi 2022/2023 dimulaikan dengan
mempersilakan.

1. En. Mohd Azmi Bin Munjiat


2. Ustaz Khairul Abidin Bin Basir
3. Pn. Rohaida Binti Abdul Rahman
4. Pn. Norliza Binti Hj Madon
5. En Muhammad Haziq Bin Kamarudin
6. Pn. Nur Liyana Qamariah Binti Leman
7. Cik Diana Binti Hamad Hazam

Anugerah Khas seterusnya ialah Anugerah Bilik Guru Kanan Matapelajaran Terbaik .
Anugerah ini diberikan kepada Pn. Zanariah Binti Karsan @ Md Tahir. Yang merupakan
Guru Kanan Matapelajaran Bahasa.

Tibalah saat yang dinantikan-nantikan Anugerah Best Dress Kategori Lekaki dan
Perempuan. Pemenang bagi Anugerah Best Dress Kategori Lelaki Jatuh
kepada ..................................................... dan Anugerah Best Dress Kategori Perempuan
Jatuh kepada .......................................................... Tahniah diucapkan kepada para
penerima anugerah.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Aini Binti Kaman, Pengetua SMK
Majidi Baru 2 atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Penutup Hadirin sekalian, dengan berakhirnya penyampaian anugerah-anugerah sebntar tadi.


Maka selesai sudah majlis kita pada hari ini. Semoga majlis ini dapat mengeratkan
ukhuwah dalam kalangan kita untuk terus mengapai kejayaan dalam semua bidang pada
akan datang

Sebelum majlis melabuhkan tirainya , kami mengambil kesempatan ini untuk memohon
ampun dan maaf seandainya kami menerajui majlis ini, terdapat tutur dan kata yang
menyinggung hati dan jiwa. Sesungguhnya apa yang baik itu datangnya daripada Allah
SWT dan yang selainnya adalah kerana kelemahan kami sendiri.

Selesai sudah majlis kita


Gurau senda sekadar saja
Silap bicara maaf dipinta
Moga berjumpa dilain masa

Penghargaan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada semua sama ada
yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini

Sekian saya sudahi majlis dengan wabillahi taufik wahidayah wasalamualaikum w.b.t .
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai