Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGERUSI MAJLIS SEJAMBAK BUDI SEHARUM KASIH

Tarikh : 6 Disember 2022


Masa : 10.00 pagi

PERKARA/ BUTIRAN CATATAN


PEMBACA
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Ketibaan
Tetamu Dijemput semua tetamu dah guru mengambil tempat untuk
perarakan.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Puan Mariah binti


Aawang, diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam bilik
mesyuarat.

Majlis dengan sukacitanya menjemput Puan Siti Halijah


binti Ramli, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, mewakili Tuan
Guru Besar ke pentas untuk menyarungkan selempang pada
yang diraikan. Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Siti


Halijah atas kesudian beliau menyempurnakan majlis
sebentar tadi.

****************************

Hadirin dipersilakan duduk.

pembukaan Melati kuntum tumbuh melata


Sayang merbah di pohon cemara
Assalamualaikum mulanya kata
Saya sembah pembuka bicara

Assalamualaikum w.b.t,

Yang Diraikan
Puan Mariah binti Awang
Mantan Kerani SK Kampong Bukit Chendering
Yang Berusaha
Encik Mohd Shamsudin bin Mahmood
Guru Besar SK Kampong Bukit Chendering

Yang dihormati Encik Ahmad Nazim bin Jusoh


Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Dihormati Puan Siti Halijah binti Ramli


Penolong Kanan Hal-ehwal Murid

Yang Dihormati Encik Ahmad Yusri bin Yusof


Penolong Kanan Kokurikulum

Seterusnya
Barisan guru, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah.

Selamat datang ke Majlis “Sejambak Budi Seharum Kasih”


sempena persaraan Yang Diraikan ,Puan Mariah binti Awang.

Terlebih dahulu, marilah kita mengucapkan syukur kerana


dengan limpah dan kurniaNya, maka kita dapat bersama-
sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan persaraan
beliau.

Bacaan doa Hadirin yang dimuliakan,

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna


ini, saya menjemput Ustaz Kamarudin bin Ali untuk bacaan
doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** bacan doa.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Ustaz Kamarudin bin Ali atas bacaan doa itu
tadi.
Ucapan Wakil Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Guru

Emas tempawan buatmu puteri,


Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Encik


Aizatfikri bin Jamaludin selaku Pengerusi KEWAS Sekolah
Kebangsaan Kampong Bukit Chendering untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.

***………Ucapan pengerusi kewas

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik


Aizat atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan


Ucapan GB
Yang Berusaha, Encik Mohd Shamsudin bin Mahmood
Tuan Guru Besar SK kampong Bukit Chendering untuk
menyampaikan ucapan Dipersilakan.

***………Ucapan Tuan GB

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan Guru


Besar atas kesudian beliau menyampaiakan ucapan sebentar
tadi.

Ucapan yang Hadirin yang dimuliakan,


diraikan

Terbang di awan burung jentayu


Di atas papan batang selisih;
Tampillah puan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu


ucapan daripada Yang Diraikan Puan Mariah binti awang.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan.

***………Ucapan Puan Mariah

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Yang Diraikan Yang Diraikan atas ucapan itu
tadi.

Potong Pulut
Kuning Hadirin yang dimuliakan,
Seperti yang kita sedia maklum, hari ini, 31 DIsember
2022, adalah hari terakhir perkhidmatan Puan Mariah
Awang sebagai penjawat awam

Majlis dengan ini, menjemput yang diraikan sekali lagi,


untuk tampil kehadapan diiringi semua pentadbir bagi
memotong pulut kuning sebagai simbolik menyambut
persaraan. Dipersilakan.

***********majlis potong pulut kuning***********

Majlis merakamkan ribuan terima kasih diucapkan kepada


yang diraikan kerana sudi menyempurnakan majlis tadi.

Penyampaian Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Watikah

Inilah yang dikatakan, umpama belayar


telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh, telah sampai di muara
Umpama pelari, telah sampai ke garisan penamat,

Majlis seterusnya ialah penyampaian sijil penghargaan.

Untuk itu, majlis mempersilakan Encik Shamsuddin bin


Mahmood untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan
majlis tersebut. Dipersilakan.

Majlis sekali lagi menjemput dan mempersilakan Puan


Jauuhiri Abdul Rahman untuk menerima sijil daripada Tuan
Guru Besar, mewakili pegawai PPD Kuala Terengganu.
Majlis mempersilakan.

************penyampaian watikah***************

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan guru


besar atas kesudian beliau menyampaikan sijil sebentar tadi.

Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah


Hadiah & dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan
cenderamata yang kita raikan pada hari ini iaitu Puan Jauuhiri Abdul
Rahman.
Jue

1. Mendahului penyampaian cenderahati, majlis


menjemput Tuan Guru Besar, mewakili semua guru
dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Kampong Bukit
Chendering untuk menyampaiakann hadiah. Majlis
mempersilakan.

2. Majlis seterusnya menjemput


…………………………………………………………………………………….,
Yang Dipertua PIBG SK Kampong Bukit Chendering
untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

3. Seterusnya, mewakili Kelab Warga Sekolah,


dijemput Puan Hanisah Hashim selaku Pengerusi
untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

4. Seterusnya dipersilakan pula Puan Wan


Norhasmizan binti Wan Sulaiman, mewakili Pusat
SUmber Sekolah untuk menyampaikan cenderamata
kepada yang diraikan.

5. Majlis seterusnya menjemput Puan Ezza Hairani


mewakili Panitia BI untuk menyampaikan
cenderamata kepada yang diraikan. Dipersilakan.
6.
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah,

Umpama memanjat dah sampai ke puncak


Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang


kenangan khusus untuk Yang Diraikan iaitu Puan Mariah
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada beliau atas
kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut
merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai
cenderemata sebentar tadi.

Kepada kak Ma, dengarkan pantun-pantun ini.

Putih-putih si bunga melati


Melati disimpan di dalam lemari
Janganlah dikau bersedih hati
Meski perpisahan datang menghampiri.

Bulan datang di malam hari

Meski satu ditemani berjuta bintang

Maafkan salahku selama ini

Sampai jumpa di waktu mendatang.

 Hati gembira berbarengan teman


Bergembira ria di bawah jembatan
Seandainya kita diizinkan Tuhan
Tentu bersua di hari kemudian.

Dengan ini, berakhirlah majlis kita pada pagi ini. Majlis


Penutup mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan
Jue Puan Mariahi kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang
penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang
Diraikan bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan
seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-
sama memeriahkan Majlis “Sejambak Budi Seharum Kasih”
ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan


kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya
mengacarakan majlis ini.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq


walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa
Barakatuh

Anda mungkin juga menyukai