Anda di halaman 1dari 11

TEKS PENGERUSI MAJLIS BAKTI DISANJUNG BUDI DIJUNJUNG

Pengacara Majlis : Encik Mohd Noor Asyraf bin Che Basir &
Puan Farizyan binti Piut

PERKARA BUTIRAN CATATA


N
8.30 pg Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t dan Yan
Ketibaan salam sejahtera.
Tetamu
Pagi hari pergi ke pekan,
Hendak membeli buah kuini,
Selamat datang kami ucapkan,
Semoga hadirin selesa di sini.

Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis


kita akan bermula sebentar lagi.
*****

9.00 pg Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Puan Hajah Murni


Ketibaan yang Binti Samuri dengan diiringi Guru Besar dan barisan
dirai pentadbir SK Sementa masuk ke dalam
dewan. Dipersilakan..

Ucapan Aluan Biji selasih boleh dimakan Asyraf


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri.

Yang Dihormati, Encik Hasbullah Bin Ibrahim


Guru Besar SK Sementa
Yang Diraikan, Pn. Hajah Murni Binti Samuri
Guru SK Sementa

1
Yang Berusaha Pn. Rohaya bt Abd Wahab
Penolong Kanan Pentadbiran SK Sementa

En. Faridzul Azwan bin Mohd Kamarudin


Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid

Pn. Nornajmah binti Muah


Penolong Kanan Kokurikulum

Pn. Rohana Bt. Badri


Penolong Kanan Petang

Seterusnya
Barisan guru, dif jemputan yang dirahmati Allah sekalian.

Kuning emas masaknya padi,


Mawar merah dahannya berduri,
Terima kasih daun keladi,
Kerana sudi menghadirkan diri.

Selamat datang ke :
Majlis “Bakti Disanjung, Budi Dijunjung”.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur ke hadrat


ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat
bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan
guru-guru dan staf yang telah berpindah dan sempena
persaraan Pn. Hajah Murni binti Samuri dalam Majlis
“Bakti Disanjung, Budi Dijunjung”.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
2
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan


kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan Pn. Hajah
Murni binti Samuri sepanjang perkhidmatan beliau di
dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru di SK
Sementa.

Hadirin yang dimuliakan, Yan


Bacaan Doa
Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh
bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al
Fadhil Ustaz Mazlan bin Ayub . Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

***********

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Pergi mengail ikan haruan,


Buat selendang kain pelikat,
Terima kasih kepada tuan,
Doa dipohon semoga berkat.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Mazlan bin Ayub atas
bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dikasihi, Asyraf

3
Ucapan Guru
Besar Pergi ke pantai mencari lokan,
Rehat berteduh di pohon jati,
Ucapan Guru Besar kita nantikan,
Mari bersama kita hayati.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha


Encik Hasbullah bin Ibrahim, Guru Besar, SK Sementa.
Dipersilakan

***********
Terima kasih diucapkan kepada Encik Hasbullah bin
Ibrahim atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Ucapan Puan Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan menjemput Yan


Nur Sakinah Puan Nur Sakinah binti Mustakim untuk memberi ucapan.
Dipersilakan..

***********

Terima kasih diucapkan kepada Puan Nur Sakinah atas


ucapan itu tadi.

Malam hari berlagu unggas,


Memecah sunyi di dalam hutan,
Walau terpisah tempat dan tugas,
Budimu puan dalam ingatan.

Ucapan Puan Seterusnya, majlis menjemput Puan Cik Wan Norasyidah


Cik Wan untuk memberi ucapan. Dipersilakan. Asyraf
Norasyidah
***********
Kain songket cantik kilauan,

4
Ditenun oleh orang Kemaman,
Tak terbalas budimu puan,
Kami merakam setinggi-tinggi penghargaan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Cik Wan Norasyidah


atas ucapan sebentar tadi.

Tayangan Video Para Hadirin yang dimuliakan,


Yan
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Seterusnya, mari sama-sama kita saksikan tayangan video.


Dipersilakan..

Biodata Hadirin, bak kata perpatah ,tak kenal maka tak cinta.tidak Asyraf
lengkap rasanya majlis, tanpa mengenal empunya diri
insan yang diraikan pada pagi yang damai ini.

Disini saya membacakan sedikit biodata yang di raikan


Puan Hajah Murni Binti Samuri.
Puan Hajah Murni binti Samuri dilahirkan pada tanggal 8
Mac 1963 di Batu Pahat, Johor. Beliau merupakan anak ke
3 daripada 9 orang adik beradik.

Puan Hajah Murni menerima pendidikan awal di Sekolah


Kebangsaan Seri Utama, Semerah, Batu Pahat dari tahun
1970-1975. Kemudian pada tahun 1976-1980, beliau
bersekolah menengah tingkatan 1-5 di Sekolah Menengah
Semerah, Batu Pahat dan meneruskan pelajaran di
tingkatan enam pada tahun 1981 di Sekolah Tinggi Batu

5
Pahat. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke
Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka pada tahun
selama 2 tahun.

Penempatan pertama Puan Hajah Murni ialah di Sk Bandar


Ester Kota Tinggi Johor dari tahun 1988 hingga 1994.
Seterusnya beliau bertugas di SK Seri Maimon, Batu Pahat
Johor selama setahun pada tahun 1994 sebelum berpindah
ke SK Telok Pulai, Klang Selangor pada tahun 1995
hingga 2002. Setelah 7 tahun, pada tahun 2003, beliau
mula berkhidmat dan setia di SK Sementa selama 18 tahun
sehingga kini. Beliau telah berkecimpung dalam bidang
keguruan selama 34 tahun.

Beralih kepada hal kekeluargaan Puan Hajah Murni binti


Samuri. Berstatus ibu tunggal kepada 3 orang anak yang
kesemuanya masih belajar. Pertama di UiTM Puncak
Alam dalam bidang Pegurusan Teknologi, yang kedua di
Universiti Malaya dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan
anak bongsu beliau bersekolah di Maahad Tahfiz Alam
Impian.

Kenangan mengusik jiwa Puan Hajah Murni binti Samuri


apabila dapat menunaikan ibadah haji Bersama anak dan
arwah suami yang sudah berkerusi roda pada tahun 2016.
Kepulangan suami kepada penciptanya pada 23 Oktober
2019 setelah 8 tahun diserang penyakit strok.

Motto hidup yang dipegang Puan Hajah Murni, Usaha,


Doa, Tawakkal Pasti Berjaya.

Empat buah sekolah selama di alam perkhidmatan


pendidikan pastinya tersemat seribu satu cerita kenangan
suka duka yang akan menjadi memori seorang yang
bergelar guru.

6
Ucapan Yang Hadirin yang dimuliakan, Yan
Dirai
Yang patah kan tumbuh
Yang hilang kan berganti
Namun yang datang
Takkan sama dengan yang hilang
Kerana setiap dari kita
Hamba Allah edisi terhad

Hadirin, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan bagi


mendengar bingkisan kata dan amanat daripada Yang
Diraikan Pn. Hajah Murni binti Samuri. Majlis dengan
segala hormatnya  menjemput dan mempersilakan.

**********

Kicak kicau mendayu-dayu,


Tumbuh berangan di hujung desa,
Sebak di dada pilu di kalbu,
Sejuta kenangan segunung jasa.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Yang Diraikan Pn. Hajah Murni binti Samuri
atas ucapan itu tadi.

Hadirin, majlis diteruskan dengan acara penyampaian Asyraf


Penyampaian hadiah dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan.
Hadiah &
cenderamata Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan Puan Nur Sakinah untuk menerima cendera
kenangan.

7
Rujuk senarai hadiah……

**** Selesai hadiah Puan Nur Sakinah ****

Terima kasih diucapkan kepada Puan Nur Sakinah.

Seterusnya, majlis menjemput Puan Puan Cik Wan


Norasyidah Bt Meor Mohd Affandi untuk menerima
cendera kenangan . Dipersilakan.. Yan

Rujuk senarai hadiah……

**** Selesai hadiah Cik Wan Norasyidah ****

Terima kasih diucapkan kepada Puan Cik Wan


Norasyidah.

Hadirin, majlis diteruskan dengan penyampaian cendera


kenangan buat yang diraikan Puan Hajah Murni Binti
Samuri. Majlis dengan itu, menjemput tuan Guru Besar,
Encik Hasbullah bin Ibrahim bagi mengiringi Puan Hajah Asyraf
Murni binti Samuri menerima hadiah. Dipersilakan.

Rujuk senarai hadiah……

**** Selesai hadiah Cikgu Murni ****

Terima kasih diucapkan kepada Encik Hasbullah bin


Ibrahim kerana sudi mengiringi Yang Diraikan Puan
Hajah Murni binti Samuri menerima hadiah.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada semua
penyampai cenderamata sebentar tadi.

8
Yan

Pemotongan Sebagai tanda ingatan tulus ikhlas dan meraikan hari Asyraf
Kek ulang tahun kelahiran yang diraikan, dipersilakan yang
berusaha Encik Hasbullah bin Ibrahim, Guru Besar Sk
Sementa dan semua barisan pentadbir untuk bersama-
sama dengan yang diraikan puan Hajah Murni binti
Samuri bagi acara pemontongan kek hari lahir dan
persaraan. Marilah sama-sama kita nyanyikan lagu selamat
hari jadi untuk yang diraikan.

*********

Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha Encik


Hasbullah bin Ibrahim kerana sudi bersama dalam acara
sebentar tadi.

Umpama memanjat dah sampai ke puncak Yan


Penutup Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul

Pada sahabat-sahabat yang akan meninggalkan kami di SK


Sementa ini,
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu,
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu,
Selamat bertugas di tempat baharu,
Semoga Allah sentiasa merahmatimu.

Untuk cikgu Murni……….

Guru umpama bintang cemerlang

9
Walau bersara jasa dikenang

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Majlis  mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Diraikan kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang
penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar
Yang Diraikan Pn. Hajah Murni binti Samuri bertambah
ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada


semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa
bersama-sama memeriahkan Majlis “Bakti Disanjung Budi
Dijunjung” ini.

Di kesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan


kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami
mengacarakan majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa bali
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua Kembali

Kembang harum si bunga seroja,


Buat hiasan penyambut tetamu,
Terhidang sudah jamuan di meja
Dipersilakan semua hadirin menjamu.

Majlis menjemput Yang diraikan, Pn. Hajah Murni, serta


Guru Besar dan barisan pentadbir SK Sementa, untuk
10
menjamu selera di bilik jamuan vip.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq


walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa
Barakatuh

11

Anda mungkin juga menyukai