Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA MAJLIS

ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN APRESIASI MURID


SK BUKIT LINTANG 2023/2024

BIL QUE PENGUMUMAN CATATAN

PERHATIAN KEPADA SEMUA HADIRIN,

DIMINTA UNTUK BERSEDIA KERANA MAJLIS


AKAN BERMULA SEBENTAR LAGI.

PARA HADIRIN JUGA DIINGATKAN UNTUK


TIDAK MENINGGALKAN DEWAN SEHINGGA
MAJLIS SELESAI.

Mengumumkan ketibaan…
Yang Berbahagia Encik Muhammad Nazri bin
Kasmen, Penghulu Tertinggi Daerah Kota
Tinggi Diiringi Tuan guru besar, barisan pentadbir
dan dif-dif jemputan masuk ke dewan dan
mengambil tempat.

1. Nyanyian lagu Sidang hadirin sekalian,

Lagu Bangsa Johor dan lagu Negaraku akan


berkumandang sebentar lagi. Hadirin serta hadirat
sekalian mohon berdiri dan bersedia.

**************

Terima kasih diucapkan atas nyanyian lagu


tersebut. Hadirin dipersilakan duduk.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam


SALUTASI Sebintang terus cemerlang…

Salam sembah pembuka bicara,


Majlis anugerah kita bersua,
Izinkan kami mulakan acara,
semoga majlis disambut ceria.

i)Yang berbahagia,
Encik Muhamad Nazri bin Kasmen, Penghulu

1
Tertinggi Daerah Kota Tinggi
ii) Yang Berusaha, Encik Roslan Bin Bongsu @
Baba, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit
Lintang.

iii) Yang Dihormati barisan pentadbir,


- Puan Sofia Aini binti Yusof, Guru Penolong
Kanan Pentadbiran.
- Puan Azlina binti Mahmud, Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid.
- Encik Abdul Hamid bin Ahmad, Guru Penolong
Kanan Kokurikulum.
Puan Rosidah binti Basri, Guru Penolong Kanan
Petang.
iv) Yang dihormati,
Encik Mohd Sham bin Kunji Ai,
Yang dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit
Lintang.

Yang Dihormati
Encik Amran bin Saari,
Ketua Kampung Kg. Lukut

Yang dihormati
Encik Suhaimi bin Hashim
Ketua kampung Kg. Temenin

Yang dikasihi rakan-rakan guru, Ahli-ahli


Jawatankuasa PIBG, Ahli jawatankuasa KSIB, ibu
bapa serta anak-anak yang diraikan.

Hadirin yang dihormati,

Hinggap minum di tepi kali,


Penat si helang membelah angkasa ,
Pelajar Cemerlang Sama dirai,
Agar Terlaksana Wawasan Negara.

Bersyukur kita pada pagi yang penuh barakah ini,


kita dapat berkumpul di dalam dewan yang telah
dihias indah bagi meraikan Majlis Anugerah
Kecemerlangan dan Apresiasi Murid Sekolah
Kebangsaan Bukit Lintang sesi 2023/2024 bagi
menyaksikan catatan kenangan manis buat para
penerima anugerah.

Majlis ini amat bersesuaian dengan misi sekolah

2
untuk melahirkan insan berilmu , berakhlak mulia
dan memiliki jati diri melalui pelaksanaan
pendidikan yang berkesan dan berkualiti.
Pada pagi ini , murid-murid yang menunjukkan
kecemerlangan dalam bidang akademik, sahsiah
dan kokurikulum akan diberikan anugerah
sebagai bukti penghargaan pihak sekolah. Bukan
itu sahaja , jasa ibu bapa serta masyarakat
setempat yang banyak membantu memajukan
sekolah juga tidak dilupakan.

Hadirin hadirat yang dimuliakan,


2.
Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.

BACAAN DOA Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis
menjemput saudara Mohd Harith bin Khairularifin
untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan ini mempersilakan.
*********************************************

Amin Amin Ya Rabbal A’lamin.


Terima kasih diucapkan kepada saudara Mohd
Harith atas bacaan doa sebentar tadi.

3. UCAPAN GURU Hadirin-hadirat yang budiman,


BESAR

Bukan rumput sebarang rumput,


Rumput penghias tepi halaman,
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

Bagi meneruskan acara, majlis dengan segala


hormatnya menjemput Yang Berusaha, Encik
Roslan bin Bongsu @ Baba, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Bukit Lintang untuk menyampaikan
bingkisan kata dalam majlis yang serba indah ini.
***********************************
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang
Berusaha, Encik Roslan bin Bongsu @ Baba,
atas ucapan aluan sebentar tadi.

4. Hadirin yang dihormati,

3
Jangan tertawan alpa duniawi,
Hanya indah serupa mimpi,
Duhai pahlawan kesatria pertiwi,
UCAPAN
Hulurkan madah kata perasmi.
PERASMI
Majlis seterusnya dengan penuh takzim
mempersilakan Encik Muhamad Nazri bin
Kasmen, Penghulu Tertinggi Daerah Kota Tinggi

Untuk menyampaikan ucapan seterusnya


merasmikan majlis. Dipersilakan tuan.

************************

Majlis dengan perasaan terhutang budi


merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Yang Berbahagia
Encik Muhamad Nazri bin Kasmen kerana sudi
merasmikan majlis pada pagi ini.
5. Persembahan 1 Sehabis merah daun yang sihat,
NYANYIAN Dahan melebar bercerita sakan,
Mohd Hakim Majlis anugerah mohon berehat,
Persembahan murid kita saksikan.

Hadirin sekalian,
Marilah sama-sama kita dengarkan nyanyian
yang akan didendangkan oleh Adik Mohd Hakim
bin Hairol Helmi dengan lagu yang bertajuk
HIDUP BERSAMA
Majlis mempersilakan.

**************persembahan nyanyian**************

Terima kasih diucapkan kepada adik mohd hakim


atas persembahan nyanyian sebentar tadi.
Berikan tepukan yang gemuruh kepada beliau.

6. Penyampaian PARA HADIRIN DIINGATKAN UNTUK TIDAK


ANUGERAH MENINGGALKAN DEWAN SEHINGGA MAJLIS
PENINGKATAN SELESAI.
TERBAIK PEND.
KHAS

4
Hadirin sekalian,
ANUGERAH
KEDUDUKAN Berkebaya batik berwarna merah,
Dipakai pula gadis pinggiran,
TERBAIK
Tibalah masa penyampaian anugerah
Penerima teruja menunggu giliran

Sidang hadirin yang dihormati, penyampaian


anugerah pada pagi ini dimulakan dengan
Penyampaian Anugerah Peningkatan Terbaik
Pendidikan Khas, Anugerah Kedudukan Terbaik
tahun 1 hingga 6 dan sijil penghargaan jasabakti.

Majlis dengan berbesar hati menjemput


Penyampai: Yang Berbahagia Encik Muhamad
Nazri bin Kasmen, Penghulu Tertinggi Daerah
Kota Tinggi
Diringi oleh: Encik Roslan bin Bongsu @ Baba,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit
Lintang
untuk menyampaikan anugerah. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

##rujuk senarai penerima##

Terima kasih diucapkan kepada Yang


Berbahagia Encik Muhamad Nazri bin
Kasmen, atas kesudian menyampaikan sijil
sebentar tadi. Untuk itu, majlis dengan berbesar
hati menjemput tuan guru besar Encik Roslan bin
Bongsu @ Baba untuk menyampaikan
cenderamata kepada Encik Muhamad Nazri.
Terima kasih diucapkan kepada tuan guru besar
atas penyampaian cenderamata itu tadi.

Dijemput Encik Muhamad Nazri, tuan guru besar,


para pentadbir dan dif-dif kehormat untuk
menjamu selera di Bilik Seri Andalas.
Penyampaian Hadirin sekalian,
ANUGERAH
MATAPELAJARA Penyampaian anugerah seterusnya ialah
N TERBAIK Anugerah Matapelajaran Terbaik tahun 1-6 dan
TAHUN 1-6 Penyampaian Anugerah Seri Mutiara.

ANUGERAH SERI Majlis dengan berbesar hati menjemput


MUTIARA Penyampai: Yang dihormati En. Mohd Sham
bin Kunji Ai
Diringi oleh: Pn Rosidah bt Basri, Guru
Penolong Kanan Petang
untuk menyampaikan sijil. Dengan segala

5
hormatnya dipersilakan.

##rujuk senarai penerima##

Terima kasih diucapkan kepada Yang dihormati


En. Mohd Sham bin Kunji Ai
atas kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi
7. Penyampaian Hadirin sekalian,
Anugerah
HEM Penyampaian anugerah seterusnya
& ialah.penyampaian Anugerah Hal Ehwal Murid ,
KOKURIKUKUM Anugerah Kokurikulum dan Sijil Penghargaan
SIJIL AJK TV PSS Sebintang TV.
PENGHARGAAN
AJK TVPSS Majlis dengan berbesar hati menjemput
SEBINTANG TV Penyampai: Yang dihormati En. Mohd Aidil bin.
Masih
Diringi oleh: Puan Azlina bt Mahmud, Guru
Penolong Kanan HEM
untuk menyampaikan sijil. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

##rujuk senarai penerima##

Terima kasih diucapkan kepada Yang dihormati


En. Mohd Sham bin Kunji Ai
atas kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi.

8. Persembahan 2 Hadirin dan hadirat sekalian,

Marilah sama-sama kita memberi tumpuan ke


pentas utama untuk menyaksikan persembahan
nyanyian yang akan disampaikan oleh Adik Mohd
Asyraf Firdaus bin Mohd Faizal yang bertajuk
MATAHARI. Majlis mempersilakan.

**************persembahan nyanyian**************

Sungguh mempesonakan persembahan nyanyian


yang telah disampaikan sebentar tadi. Berikan
tepukan yang gemuruh kepada Mohd Asyraf

PARA HADIRIN DIINGATKAN UNTUK TIDAK


9. Penyampaian Sijil MENINGGALKAN DEWAN SEHINGGA MAJLIS
Tamat SELESAI
Persekolahan Hadirin sekalian,
Tahun 6 dan
Pendidikan Khas Penyampaian anugerah seterusnya ialah

6
penyampaian Sijil Tamat Persekolahan Tahun 6
dan Pendidikan Khas.

Majlis dengan berbesar hati menjemput


Yang Berusaha Encik Roslan bin Bongsu @
Baba, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit
Lintang

Diringi oleh: Pn Sofia Aini Bt Yusof, Guru


Penolong Kanan Pentadbiran
untuk menyampaikan sijil. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

##rujuk senarai penerima##

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha


encik roslan bin bongsu @baba
atas kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi.

PERSEMBAHAN 3 Dari Kedah ke bandar Perlis,


ACTION SONG Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan akhir memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian, majlis


penyampaian anugerah pada pagi ini diserikan
lagi dengan persembahan Action Song yang akan
disampaikan oleh murid² tahun 3.
Majlis mempersilakan.

************
Marilah sama-sama kita berikan tepukan gemuruh
kepada kumpulan Action Song atas persembahan
yang menceriakan itu tadi. Untuk makluman
hadirin, kumpulan Action Song telah mendapat
tempat kedua dalam Pertandingan Action Song
peringkat daerah dalam Karnival Bahasa Inggeris
dan persembahan itu tadi telah dibimbing oleh
Cikgu Haslinda dan Cikgu Suzee.

Penyampaian Sidang hadirin yang dihormati sekalian,


10. Anugerah Tokoh
NILAM Kolah rupanya disangka perigi,
Seela dekat ke arah titi,
Penyampaian Penyampaian anugerah diteruskan lagi,
Anugerah Penerima-penerimanya sabarlah menanti.
Akademik
Penyampaian anugerah diteruskan lagi dengan
Penyampaian penyampaian anugerah Tokoh NILAM, Anugerah
Anugerah Tokoh Akademik, Anugerah Tokoh Sahsiah, Anugerah

7
Sahsiah Emas Bakat Murid dan Anugerah Khas Perdana
Fabolous Sebintang. Majlis dengan berbesar hati
Penyampaian menjemput
Anugerah Emas
Bakat Murid Penyampai :
Yang Dihormati,
Penyampaian Encik Mohd Aidil bin Masih, Penghulu Mukim
Anugerah Khas Kota Tinggi
Perdana Fabolous Diringi oleh:
Sebintang Encik Roslan bin Bongsu @ Baba, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang

Puan Sofia Aini bt Yusof, Guru Penolong


Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Bukit
Lintang

Untuk menyampaikan anugerah. Majlis


mempersilakan.

## rujuk senarai penerima ##

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para


penerima anugerah.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada
Encik Mohd Aidil bin Masih, Penghulu Mukim
Kota Tinggi
Atas kesudian menyempurnakan penyampaian
anugerah sebentar tadi.

Sidang hadirin sekalian,

Kita telahpun tiba dipenghujung majlis,

Bersyukur kini kami panjatkan


Majlis anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
12.
Segulung tahniah kami ucapkan.
PENUTUP
Kami mewakili pihak majlis menyusun sepuluh jari
andai ada keterlanjuran bicara dan merakamkan
jutaan terima kasih buat semua hadirin dan
jawatankuasa yang menjayakan majlis hari ini.

“Kejayaan yang luar biasa dicapai oleh orang


biasa yang berusaha secara luar biasa “

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah.


Assalamualaikum wbt.
Majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai