Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGERUSI MAJLIS

MESYUARAT AGUNG PIBG SAM MUHAMMADIAH

KALI KE-24

TAHUN 2019

Agenda Perkara Catatan


Ketibaan Ibu Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila mengambil
Bapa/ mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar
tempat saja lagi. Kerjasama dan perhatian dari tuan-tuan dan puan-
puan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

*HADIRIN SEKALIAN DIINGATKAN AGAR BERDIRI APABILA


DIUMUMKAN KETIBAAN TETAMU KEHORMAT DAN TIDAK
MENINGGALKAN MAJLIS SEBELUM TETAMU MENINGGALKAN
MAJLIS.

Ketibaan VIP/
perasmi majlis Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tuan Ahmad
Mustain Bin Othman, Ahli Dewan Undangan Negeri Sabak
dengan diiringi oleh Tuan pengetua Sam Muhammadiah Tn.
Hj. Khirul Anuar Bin Lakimin, Yang Dipertua PIBG Tn. Hj.
Noorman Bin Abidin@ Jaidin, guru-guru Penolong Kanan dan
AJK PIBG.

Hadirin mohon berdiri.

Salutasi *Para jemputan dan hadirin dipersilakan duduk.

Kasihnya ibu membawa ke syurga


Kasihnya ayah berkorban nyawa
Kasihnya guru mencurah ilmu
Pemacu segala pelita dan lampu
Menjalankan tugas dengan amanah yang berkat
Seribu tahun menjadi hikmat

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera

Yang Berhormat Tuan Ahmad Mustain Bin Othman


Ahli Dewan Undangan Negeri Sabak

Yang Dihormati Tuan Haji Noorman Bin Abidin @Jaidin,


Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak

1
Yang Berusaha Tn Hj. Khirul Anuar Bin Lakimin,
Pengetua Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan
Sabak

Barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru,


SAM Muhammadiah Pekan Sabak

Barisan Penolong Kanan,


Barisan guru,
Para Ibu bapa dan penjaga
seterusnya hadirin yang dikasihi sekalian.

Marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat


Ilahi dan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad
SAW kerana dengan izin serta limpah rahmat-Nya kita
diberikan kelapangan untuk berhimpun dalam Majlis
Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SAM Muhammadiah Pekan Sabak kali ke-24.

Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran


Yang Berhormat Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabak
ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan
Guru, SAM Muhammadiah Pekan Sabak kali ke-24 ini.

Pihak majlis juga mengucapkan ribuan terima kasih atas


kehadiran ibu bapa dan penjaga, guru-guru dan para
jemputan dalam menunaikan amanah sebagai Ahli PIBG.
Semoga ruang dan peluang terbaik yang ada ini dapat
digunakan untuk mencari kesepakatan dan titik persamaan
bagi menjulang dan melakar kejayaan anak-anak SAM
Muhammadiah Pekan Sabak dalam setiap bidang di dunia dan
akhirat.

Bacaan Doa Hadirin yang dihormati sekalian,

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita


menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala
urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan
hormatnya mempersilakan Ustaz Nurizat Bin Kamal untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Amiin –aamin ya rabbal Alamin.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Nurizat


2
Bin Kamal atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Nyanyian Lagu
Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebagai tanda setia, tanda kasih kepada Negara. Marilah


sama-sama kita kumandangkan suara, untuk menyanyikan
lagu Negaraku bersama iringan muzik.

Para hadirin dipersilakan untuk berdiri.

*******Nyanyian Lagu*******************************

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas nyanyian


sebentar tadi.

Hadirin dipersilakan duduk.

Ucapan Pengetua
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Kepimpinan diteladani,
Program dirancang dan direalisasi,
Kejayaan pasti menjelma
bukan lagi sekadar mimpi.

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan mempersilakan Yang


Berusaha Tn. Hj Khirul Anuar Bin Lakimin, Pengetua, SAM
Muhammadiah Pekan Sabak merangkap Penasihat
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SAM Muhammadiah Pekan
Sabak untuk menyampaikan ucapan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Demikian tadi ucapan oleh Yang Berusaha Tn. Hj. Khirul


Anuar Bin Lakimin, Pengetua SAM Muhammadiah. Majlis
mengucapkan ribuan terima kasih.

Ucapan PIBG
Hadirin yang dihormati sekalian,

Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Yang


DiPertua PIBG SAM Muhammadiah, Tuan Haji Noorman Bin
Abidin @ Jaidin untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Demikian tadi ucapan oleh Yang DiPertua PIBG SAM

3
Muhammadiah, Tuan Haji Noorman Bin Abidin @ Jaidin.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Sidang hadirin yang budiman,

Kalau Tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami,
Kepada Dato’ ruang diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan


Yang Berhormat Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabak
bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya
menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG
SAM Muhammadiah Pekan Sabak kali ke-24.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan


kepada Yang Berhormat Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabak
atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Simbolik *Simbolik pelancaran tabung surau*


pelancaran tabung
Hadirin yang dikasihi sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan pelancaran tabung derma surau


al-Rahman

SEBAGAI SIMBOLIK KEPADA ACARA pelancaran tabung derma


surau Al-Rahman PADA PAGI INI DIPERSILAKAN Yang
Berhormat Tuan Ahmad Mustain Bin Othman untuk
pelancaran tabung surau

******memasukkan sejumlah derma dalam tabung surau***

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Ahmad


Mustain Bin Othman untuk simbolik pelancaran tabung
derma surau itu tadi.

Tabung ini akan diedar kepada ibu bapa sekiranya tuan-tuan


dan puan-puan ingin menderma bolehlah berbuat demikian.

Terima kasih sekali lagi diucapkan.

4
Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini
mempersilakan Yang di-Pertua PIBG SAM Muhammadiah,
Tuan Haji noorman bin Abidin @ Jaidin dengan diiringi oleh
Tuan Pengetua, Tuan Hj. Khirul Anuar Bin Lakimin untuk
menyampaikan cenderamata tanda penghargaan kepada Yang
Berhormat Tuan Ahmad Mustain Bin Othman, atas kesudian
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SAM Muhammadiah ke-
24 tahun 2019.

Penutup Tinggi bukit silang-gemilang,


Air pasang tenang-tenangan,
Budi sedikit takkan hilang,
Dalam hati kenang-kenangan.

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan di simpan di dalam peti,
Kalau ada khilaf dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Kini selesai sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung


Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SAM Muhammadiah Pekan
Sabak Kali Ke-24 Tahun 2019. Pihak majlis mengucapkan
jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Ahmad
Mustain Bin Othman Ahli Dewan Undangan Negeri Sabak
dan para jemputan sekalian, atas kesudian menghadiri majlis
pada pagi ini.

Dengan ini, maka tamatlah Majlis Perasmian Mesyuarat


Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SAM Muhammadiah
Pekan Sabak Kali Ke-24 Tahun 2019.
Sampai bertemu lagi dalam Mesyuarat Agung PIBG di tahun
hadapan.

Kita tutup majlis ini dengan bacaan Tasbih Kafarah dan Surah
Al-Asr.

Sekian. Wabilahitaufik Walhidayah Asalamualaikum WBT.

Vip Keluar dewan Dijemput Yang Berhormat Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabak
Menikmati jamuan yang telah kami sediakan

Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian diminta untuk

5
berdiri.

Mengumumkan perarakan keluar dif jemputan Yang


Berhormat Tuan Ahmad Mustain Bin Othman Ahli Dewan
Undangan Negeri Sabak keluar dewan.

Rehat 10 minit Hadirin dipersilakan duduk

Tuan-tuan-dan puan-puan hadirin yang dihormati,


Majlis berehat sebentar selama 10 minit, jika ada yang ingin
ketandas bolehlah berbuat demikian.

Setelah selesai,Hadirin diminta untuk masuk kedewan semula


untuk majlis seterusnya

Untuk majlis seterusnya, kita ke Agenda utama kita pada hari


ini iaitu
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali ke-24
tahun 2019

Bacaan ayat suci Hadirin yang dihormati sekalian,


al_Quran
Majlis diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.
Dengan ini, majlis dengan sukacitanya
mempersilakan saudara Ahmad Najmudin Bin Marwan untuk
bacaan ayat –ayat suci al-Quran. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada saudara Ahmad Najmudin
Bin Marwan atas bacaan ayat-ayat suci al-quran itu tadi.

Untuk pengetahuan para hadirin, Saudara Ahmad Najmudin


Bin Marwan merupakan peserta tilawah kebangsaan Majlis
Tilawah Al-Quran MTQ.

Panggilan Ajk Pibg Dijemput Ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru
mengambil untuk mengambil tempat masing-masing yang telah
tempat disediakan di hadapan dewan. Dipersilakan.

mesyuarat
AGUNG PIBG Seterusnya, saya serahkan kepada Yang Dihormati Tuan Haji
SAMMPS Noorman Bin Abidin @Jaidin,
Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak
untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG Sam
Muhammadiah Pekan Sabak kali ke-24 tahun 2019

6
*slot tambahan Bacaan Ikrar Pelajar “ikrar penetapan target
peperiksaan awam”

Hadirin yang dihormati sekalian,

1) Majlis diteruskan lagi dengan acara bacaan Ikrar daripada


pelajar, “Ikrar penetapan target peperiksaan awam”

Untuk itu, ikrar dimulakan dengan pelajar tingkatan 3

Dijemput para pelajar tingkatan 3 untuk bacaan ikrar,


dipersilakan.

Terima kasih pelajar tingkatan 3 atas bacaan ikrar itu tadi.

2) Seterusnya dijemput pelajar tingkatan 4 naik kepentas


untuk bacaan ikrar.

Demikian tadi bacaan ikrar penetapan target daripada pelajar


tingkatan 4

3) Seterusnya majlis menjemput pelajar tingkatan 5 untuk


bacaan ikrar.

Demikian tadi bacaan ikrar penetapan target daripada pelajar


tingkatan 5

4) Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar daripada pelajar


tingkatan 6

Demikian tadi bacaan ikrar penetapan target peperiksaan


awam daripada pelajar tingkatan 6

Kini selesai sudah bacaan ikrar daripada para pelajar yang


akan mengambil peperiksaan awam pada tahun 2019.
Diharapkan dengan bacaan ikrar penetapan target ini pelajar
dapat berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai target
yang telah ditetapkan. Kami daripada pihak sekolah sentiasa
mendoakan kejayaan semua pelajar Sam Muhammadiah.

7
Cabutan no. Hadirin yang dikasihi sekalian,
Hadiah Sabar
menanti Acara pada petang nan permai ini diteruskan lagi dengan
Acara Cabutan no. hadiah sabar menanti sesi pertama, Untuk
itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Dihormati Tuan Haji Noorman Bin Abidin @Jaidin,
Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak
yang akan membuat 30 cabutan bertuah dan seterusnya
menyampaikan hadiah cabutan kepada pemenang.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

CABUTAN

Terima kasih diucapkan Yang Dihormati Tuan Haji Noorman


Bin Abidin @Jaidin,
Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak
Kerana mencabut dan menyampaikan hadiah cabutan no.
hadiah sabar menanti itu tadi.

Kini berakhirlah sudah Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa


dan Guru kali ke-24 tahun 2019. Diharapkan mesyuarat pada
hari ini dapat mencapai kesepakatan dan titik persamaan bagi
menjulang dan melakar kejayaan anak-anak SAM
Muhammadiah Pekan Sabak dalam setiap bidang di dunia dan
akhirat.Sampai bertemu lagi dalam Mesyuarat Agung PIBG di
tahun hadapan.

Kita tutup majlis ini dengan bacaan Tasbih Kafarah dan Surah
Al-Asr.

Sekian. Wabilahitaufik Walhidayah Asalamualaikum WBT.

8
Pengumuman Hadirin dan hadirat yang di hormati sekalian,

Selepas ini Ibu bapa boleh berjumpa anak masing-masing dan


diingatkan untuk manandatangan borang penetapan target.

Para ibu bapa sekalian boleh berbuat demikian di ruang


belakang dewan di meja yang telah disediakan.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai