Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG 2019

SMK TAMAN JELUTONG KALI KE 15

BIL PERKARA CATATAN


Mengambil Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila
tempat mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan
bermula sebentar saja lagi. Kerjasama dan perhatian
dari tuan-tuan dan puan-puan saya dahulukan dengan
ucapan terima kasih.

Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Tn Haji Wan


Khairul Faizi bin Hj Wan Mahmud diiringi Cikgu
Suyamin bin Samsudin Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Jelutong barisan pentadbir dan
AJK PIBG. Hadirin dimohon berdiri.

NYANYIAN Marilah sama-sama kita berdiri untuk menyanyikan


LAGU Lagu Negaraku dan mengalunkan
NEGARAKU Asmaul Husna

*************************
Hadirin dipersilakan duduk.

Solutasi
Kompang Bergema Pusaka Bangsa
Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Yang Berusaha Ustaz Abdul Mutalib bin Saad


Pegawai Sayang Aspirasi SMKTJ merangkap penyelia
kanan Unit Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan
Daerah Kulim Bandar Bharu

Yang Berusaha Tn Haji Wan Khairul Faizi bin Haji


Wan Mahmud YDP PIBG SMK Taman Jelutong

Yang Berusaha Cikgu Suyamin bin Shamsudin,


Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman
Jelutong

Yang Dihormati INSPEKTOR MOHD TARMIZI BIN


MOHD ZAID
Ketua Polis Balai Kulim
Merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah

Cikgu Marsita bt Mohamad Penolong Kanan


Pentadbiran

Ustaz Hassan bin Abdul Lahak Penolong Kanan HEM

Cikgu Norziah Md Noor Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Guru-guru kanan, guru-guru, AJK PIBG, ibu bapa


serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan


syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu,
digerakkan minda dan deria rasa, dikurniakan
kecerdasan fizikal dan mental untuk sama-sama
berkumpul di Dewan ini bagi MESYUARAT AGUNG
PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Taman
Jelutong kali ke 16 tahun 2019

Mawar di taman mekar nan indah


Harum mewangi di rumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai.

Hadirin Yang Dimuliakan,

Bacaan Doa Kayu jati si kayu cendana


Mari di tanam kita berdua
Majlis kami tidak kan sempurna
Tanpa diiring seutai doa

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah


sama-sama kita menadah tangan memohon limpah
rahmat dan barakah dari Yang Maha Esa.
Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput
dan mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Sabri bin
Mohd NOOR untuk memimpin bacaan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan…

**************BACAAN DOA*******************

Majlis merakamkan terima kasih kepada ustaz Mohd


Sobri  atas pimpinan doa itu tadi. Mudah-mudahan
majlis yang berlangsung akan terus terpancar
keberkatan dari Ilahi.
Warga dewan yang dimuliakan,

Ucapan Guru Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Yang


Besar Berusaha Cikgu Suyamin bin Shamsudin, Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jelutong
Majlis dengan segala hormatnya, dipersilakan.

**************UCAPAN TP*************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Cikgu
Suyamin bin Samsudin atas kesudian menyampaikan
ucapan sebentar tadi.

Ucapan Hadirin sekalian..


Pegawai Seterusnya majlis demgan segala hormatnya
seranta menjemput INSPEKTOR MOHD TARMIZI BIN MOHD
ZAID Ketua Balai Polis Kulim
Merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah untuk
menyampaikan taklimat lalulintas. Dipersilakan.

- Taklimat lalulintas -

Terima kasih diucapkan.

Ucapan YDP Bagi melengkapkan perjalanan majlis kita pada hari


PIBG ini, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tn Haji Wan
Khairul Faizi bin Haji Wan Mahmud YDP PIBG SMK
Taman Jelutong untuk menyempurnakan bingkisan
ucapan seterusnya merasmikan mesyuarat PIBG SMK
Taman Jelutong kali ke 15 tahun 2019.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*************ucapan YDP*************

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn


Haji Wan Khairul Faizi bin Haji Wan Mahmud YDP
PIBG SMK Taman Jelutong atas kesudian
menyampaikan ucapan sebentar tadi.

MESYUARAT Hadirin yang Dimuliakan,


AGUNG PIBG
Mesyuarat Agong PIBG KALI KE 15 akan dimulakan
sebentar lagi. Saya serahkan majlis ini kepada Tn Haji
Wan Khairul Faizi bin Haji Wan Mahmud selaku YDP
PIBG untuk meneruskan mesyuarat. Dipersilakan.

- Mesyuarat agung PIBG -


Penyampaian Majlis kita pada hari ini akan diteruskan dengan
Wang Zakat penyampaian wang zakat kepada waris dan murid.
kepada waris Majlis berbesar hati menjemput dan mempersilakan
dan murid Tuan Haji Wan Khairul Faizi bin Wan Mahmud Yang
Dipertua PIBG SMKTJ untuk menyampaikan
sumbangan. Dipersilakan.

- Penyampaian wang zakat-

Seterusnya Penyampaian Anugrah Khas Sarana


PIBG

- Penyampaian Anugrah Khas Sarana PIBG –

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Wan


Khairul Faizi bin Wan Mahmud Yang Dipertua PIBG
SMKTJ atas kesudian menyampaikan sumbangan.

Hadirin sekalian

Mesyuarat Agong PIBG Kali ke 15 SMK Taman


Jelutong 2019 ditangguhkan.

Cabutan Hadirin sekalian..


Bertuah Majlis kita pada hari ini akan diteruskan dengan
cabutan bertuah

Majlis mempersilakan Tuan Haji Wan Khairul Faizi bin


Wan Mahmud Yang Dipertua PIBG SMKTJ untuk
membuat cabutan.

-Cabutan bertuah-

Tahniah diucapkan
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Wan
Khairul Faizi bin Wan Mahmud Yang Dipertua PIBG
SMKTJ atas kesudian menyampaikan hadiah kepada
individu yang bertuah.

Hadirin sekalian..
Untuk pengetahuan hadirin sekalian selepas majlis ini
akan diadakan wang batuan awal persekolahan.
Tingkatan 1,2,3 penyerahan akan dilakukan di kantin
sekolah
Manakala tingkatan 4 dan 5 di dewan terbuka SMKTJ

Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Penutup Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami urusetia PIBG dan SMK Taman Jelutong,


merakamkan penghargaan terima kasih kepada
semua yang hadir hari ini atas kesudian meluangkan
masa pada petang ini untuk merasmikan Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-15 Tidak dilupakan juga kepada
ibu bapa, guru-guru dan Tuan-tuan dan Puan-puan.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh…..

Anda mungkin juga menyukai