Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG SK

TAMAN JOHOR JAYA 2


TEKS PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG 2021
SK TAMAN JOHOR JAYA 2

BIL PERKARA CATATAN


Mengambil Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila
tempat mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan
bermula sebentar saja lagi. Kerjasama dan perhatian
dari tuan- tuan dan puan-puan saya dahulukan dengan
ucapan terima kasih.

Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Yang


……………………………….
dengan diiringi oleh Puan Wan Gayah Binti Ali, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota, En.
Sarlan Bin Shahrum, Naib Yang Dipertua PIBG, guru-
guru Penolong Kanan dan AJK PIBG. Hadirin dimohon
berdiri.

NYANYIAN Marilah sama-sama kita berdiri untuk menyanyikan


LAGU Lagu Negaraku
NEGARAKU *************************
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu
tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

Solutasi
Kompang Bergema Pusaka Bangsa
Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

‫بسم هلال الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Yang dimuliakan
En Mohd Nurulfaiz bin Aman
(Penghulu Mukim Plentong)
Yang Berusaha Puan Zarinah binti Borhan, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 2,
Yang Dihormati, En. Mohd Fairouse bin Mustapha
Kamal, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan
Taman Johor Jaya 2,

Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Suhaiza binti


Adnan

Guru Penolong Kanan HEM, Puan Natra Linda binti


Pungut,

Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Pn Norjannah


binti Arshad,
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, En Sukor bin
Maniso,

AJK PIBG sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 2,


barisan Guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan yang
dikasihi.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan


syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya
jua maka kita diberikan luangan waktu, digerakkan
minda dan deria rasa, dikurniakan kecerdasan fizikal
dan mental untuk sama-sama berkumpul Platform
zoom bagi MESYUARAT AGUNG PIBG Sekolah
Kebangsaan Taman Johor Jaya 2 kali ke 26.

Mawar di taman mekar nan indah


Harum mewangi di rumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai.

Hadirin Yang Dimuliakan,


Bacaan Doa
Kayu jati si kayu cendana
Mari di tanam kita berdua
Majlis kami tidak kan sempurna
Tanpa diiring seutai doa

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah


sama-sama kita menadah tangan memohon limpah
rahmat dan barakah dari Yang Maha Esa.
Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput
dan mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Nasaruddin
bin Mohd Nawawi untuk memimpin bacaan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan…

**************BACAAN DOA*******************

Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz Mohd


Nasaruddin bin Mohd Nawawi atas pimpinan doa itu
tadi. Mudah-mudahan majlis yang berlangsung akan
terus terpancar keberkatan dari Ilahi.

Hadirin yang dimuliakan,


Ucapan Guru
Besar Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Yang
Berusaha Puan Zarinah bt borhan, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 2. Majlis
dengan segala hormatnya, dipersilakan.

**************UCAPAN GB*************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Guru
Besar atas ucapan sbentar tadi.

Ucapan Bagi melengkapkan perjalanan majlis kita pada hari ini,


YDP majlis menjemput dan mempersilakan En. Mohd
Fairouse bin Mustapha Kamal untuk menyempurnakan
bingkisan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan.
*************ucapan YDP*************

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Fairouse bin


Mustapha Kamal atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Hadirin yang dimuliakan,


Perasmian
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Bagi memeriahkan lagi majlis kali ini, majlis sangat


berbesar hati memberi laluan, peluang dan
kesempatan kepada
En Mohd Nurulfaiz bin Aman
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN
JOHOR JAYA 2. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

**********Ucapan *******************

Majlis merakamkan jutaan terima kasih diucapkan


kepada En Mohd Nurulfaiz bin Aman
atas
ucapan perasmian sebentar tadi.
Persembahan Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah
Video sama-sama kita saksikan persembahan video aktiviti
sepanjang 2021. Dipersilakan..

******************************
Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan
video sebentar tadi. untuk makluman hadirin,

Penyampaian Hadirin yang Dimuliakan,


Cenderahati Bagi menghargai jasa dan sumbangan Jawatankuasa
jawatankuasa PIBG SK Indera Mahkota Sesi 2013/2014, majlis
PIBG- berbesar hati menjemput dan mempersilakan
Perasmi …………………………………………… untuk
menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan.
Dipersilakan.

Dipersilakan....
1.
2.
3.
4.

AJK IBU BAPA

1.
2.
3.
4.

AJK GURU:
1.
2.
3.
4.

Penutup Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan SK Taman Johor


Jaya 2, merakamkan penghargaan terima kasih
kepada
En Mohd Nurulfaiz bin Aman atas kesudian
meluangkan masa pada pagi ini untuk merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 26 Tidak dilupakan
juga kepada ibu bapa, guru-guru dan Tuan-tuan dan
Puan-puan.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh…..
MESYUARAT Seterusnya, saya serahkan kepada
PIBG 2021 En. Mohd Fairouse bin Mustapha Kamal. untuk
meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG SK
Taman Johor Jaya 2 bagi tahun 2021
Anugerah Seterusnya, majlis akan mengumumkan Anugerah
Murid Paling Murid Paling Aktif PDPR 2021
Aktif PDPR
2021 ......................................................................
Diharapkan murid2 lebih bermotivasi untuk melibatkan
diri dalam sesi PDPR

Penutup Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan SK Taman Johor


Jaya 2, merakamkan penghargaan terima kasih
kepada
En Mohd Nurulfaiz bin Aman atas kesudian
meluangkan masa pada pagi ini untuk merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 26 Tidak dilupakan
juga kepada ibu bapa, guru-guru dan Tuan-tuan dan
Puan-puan.
Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh…..
Jamuan Ringan

Anda mungkin juga menyukai