Anda di halaman 1dari 24

5.

0 TINDAKAN KAJIAN
5.1 Perosedur Tindakan
Pada kajian tindakan kali ini saya memilih untuk menggunakan model
Kemmis dan McTaggart (1988). Ini kerana model tersebut mudah difahami
dan mudah dilaksanakan. Jika kita lihat pada rajah di bawah, model ini
merangkumi empat peringkat iaitu merancang, bertindak, memerhati dan
mereflek. Pada peringkat pertama, individu yang menggunakan model ini
akan membuat segala perancangan terhadap isu yang ingin dikaji. Ia akan
menyediakan segala instrument yang boleh dijadikan sebagai bahan bukti.
Seterusnya ialah fasa tindakan, dalam fasa ini, individu tersebut perlulah
melaksanakan perancangan yang telah dibuat pada sebelumnya. Individu
akan mengaplikasikan bahan atau kaedah yang ingin digunakan bersama
responden. Pada peringkat ketiga pula ialah pemerhatian. Pada fasa ini,
individu tersebut akan memerhatikan keberkesanan kaedah atau bahan yang
digunakan dalam kajian tersebut bersama responden. Pada peringkat
terakhir bagi kajian ini ialah membuat refleksi. Individu tersebut perlu
melihat sejauh mana keberkesanan dan sejauh mana objektif dapat dicapai.
Individu tesebut juga seharusnya membuat muhasabah dan membuat
penambah baikan di dalam penggunaan bahan atau kaedah yang digunakan.
Jika terdapat kekurangan atau objektifnya tidak tercapai maka seharusnya
pengkaji tersebut menggunakan kitaran yang kedua bagi memastikan kajian
berjaya dilaksanakan.:

Rajah 1 : Model Kemmis & McTaggart (1988)


Berdasarkan kitaran pertama dalam penggunaan model kajian ini, penyelidik
harus mengenal pasti isu yang timbul dalam sesi pembelajaran dan
pengajaran berlaku. Pada peringkat ini, pengkaji seharusnya memahami isu
yang ditengahkan dengan mendalam dan memliki perangcangan untuk
menyelesaikan isu yang timbul. Kemudian, proses pertama yang perlu
dilakukan oleh individu yang memilih model Kemmis & McTaggart ini ialah
merancang. Pada peringkat ini, perancangan perlu disusun dengan baik dan
rapi supaya ia dapat memudahkan proses kajian yang akan dijalankan.
Penggkaji juga seharusnya membuat pertimbangan tentang tindakan yang
akan

diambilnya

dan

memilih

satu

tindakan

yang

sesuai

untuk

menyelesaikan isu yang timbul. Ketika ini, pengkaji telah membuat pemilihan
tindakan berdasarkan impak dan tahap pencapaian yeng diperolehi oleh
responden kajian.

Pada fasa kedua merupakan proses tindakan. Pada fasa ini, pengkaji telah
melaksanakan segala bentuk yang dirancang dan dipilih olehnya. Susulan
daripada proses tersebut, pengkaji perlu membuat pemerhatian terhadap
keberkesanan idea yang ditonjolkan dalam kajian menerusi data yang telah
dikutip dan membuat analisis terhadap hasil intervensi.
Akhirnya

pengkaji

berada

pada

tahap

membuat

refleksi

terhadap

keberkesanan kajian dalam menyelesaikan isu yang timbul. Sekiranya, kajian


tersebut kurang berjaya, maka pengkaji seharusnya melaksanakan kitaran
kedua bagi membolehkan isu yang timbul dapat diselesaikan dengan
jayanya.
5.2 Tinjauan Masalah
Dalam membuat kajian ini, beberapa tinjauan telah dibuat berdasarkan
pemerhatian, jurnal dan analisis dokumen ( lembaran kerja) yang telah
dijalankan.
5.2.1 Pemerhatian
Bagi

mengenal

pasti masalah responden

dan melihat sejauh

mana

keberkesanan idea yang dilontarkan di dalam kajian ini, pengkaji telah


memilih untuk menggunakan kaedah pemerhatian berstruktur bagi tinjauan
masalah. Pemerhatian dijalankan

ke atas reponden dalam sebelum

penggunaan bahan kajian dan selepas kajian dijalankan untuk melihat


tingkah laku dan reaksi responden ketika sesi pembelajaran dan pengajaran

serta menilai kemampuan murid membezakan kesan apabila individu itu


tidak beriman dengan Allah bersifat Al-Hayat dengan kelebihan indidvidu
yang beriman dengan Allah bersifat Al-Hayat. Pengkaji telah menggunakan
borang pemerhatian bagi memudahkan pengkaji mencatat dan merekodkan
maklumat berdasarkan item-item yang ingin diperhatikan.

5.2.2 Temu bual


Temu bual merupakan kaedah yang terbaik untuk mengetahui dan meneroka
maklumat daripada responden melalui sesi temu bual. Temu bual ini
dijalankan secara formal dan berstruktur. Oleh yang demikian, pengkaji telah
menyediakan satu set soalan untuk dijawab oleh responden. Ini juga
bertujuan untuk memastikan soalan yang diutarakan berfokuskan pada tajuk
kajian. Sesi temu bual ini dijalankan selepas kajian untuk membolehkan
pengkaji mengetahui kesan kajian terhadap responden. Data yang diambil
telah

dicatat

dan

dianalisis

untuk

menunjukkan

keperluan

penambahbaikan dalam menangani isu yang ditengahkan.


5.2.3 Analisis Dokumen (Lembaran kerja)

terhadap

Analisis dokumen merupakan salah satu cara untuk membuktikan isu


tersebut wujud dan membuktikan keberkesanan terhadap kajian yang telah
dijalankan. Bagi memudahkan pengkaji untuk mendapatkan data yang
berkait rapat dengan pencapaian dan prestasi responden dalam menguasai
fakta Allah bersifat Al-Hayat, maka pengkaji telah menyediakan dua set
soalan penilaian. Pada peringkat awal, murid hanya menjawab di dalam
lembaran

kerja

sahaja

tetapi

kemudiannya

pengkaji

memilih

untuk

melaksakannya dalam bentuk aktiviti. Ini membolehkan responden tersebut


meningkatkan keyakinannya dalam menjawab soalan berkenaan dengan
fakta Allah Bersifat Al-Hayat. Antara set lembaran kerja yang disediakan
kepada reponden adalah membuat pemilihan fakta berdasarkan jawapanjawapan yang telah disediakan. Murid perlu memilih fakta yang tepat dan
menulisnya ke dalam ruangan yang betul. Pada set kedua pula, pengkaji
telah menyediakan soalan yang berbentuk pemahaman. Murid perlu
menjawab soalan yang diberikan berdasarkan pemahaman mereka setelah
diterangkan di dalam sesi pembelajaran dan pengajaran sebelum ini.
Selepas responden menjawab soalan tersebut, pengkaji perlu membuat
semakan jawapan dan membuat analisis terhadap peningkatan pencapaian
mereka. Penilaian ini dijalankan bagi membolehkan responden tersebut
dipilih untuk terlibat dengan kajian. Pemilihan responden dibuat berdasarkan
kesalahan yang ditunjukkan ketika menjawab kedua-dua set soalan.
5.2.4 Jurnal

Jurnal merupakan salah satu cara guru untuk membuat refleksi dan
merancang penambahbaikan yang akan dijalankan pada sesi pembelajran
dan pengajaran yang seterusnya. Dalam kajian ini, pengkaji telah membuat
jurnal

pada

minggu

kesepuluh

berpraktikum

berkenaan

dengan

keberkesanan penggunaan lirik lagu dalam membantu menghidupkan


suasana pembelajaran. Berdasarkan jurnal yang telah dibuat, pengkaji dapat
mengesan beberapa isu yang boleh diketengahkan di dalam kajian.

5.3 Analisis Tinjauan Masalah


Data yang diperolehi semasa tinjauan masalah perlu dianalisis untuk
mengenal pasti isu sebenar yang timbul serta membentuk satu kaedah
penyelesaian yang sesuai terhadap isu yang timbul berdasarkan data-data
yang telah dikutip.

5.3.1 Analisis Pemerhatian


Dalam

pemerhatian

yang

dijalankan,

saya

telah

mengklasifikasikan

pemerhatian saya kepada dua kategori. Ia merupakantingkah laku murid


secara am dan melihat tingkah laku murid ketika proses pembelajaran dan
pengajaran sedang dijalankan. Dalam membuat pemerhatian terhadap
tingkah laku murid, saya melihat sejauh mana perhatian murid terhadap
proses pembelajaran dan pengajaran. Saya fokuskan kepada reaksi yang
bersifat minoriti, ini kerana hanya sebahagian kecil sahaja yang ingin saya
jadikan responden di dalam kajian saya. Saya juga menfokuskan reaksi murid
terhadap arahan-arahan yang diberikan semasa proses pembelajaran dan
pengajaran. Ini kerana, saya mengjangkakan respon yang berbeza daripada
setiap responden. Contohnya, apabila saya menyuruh murid-murid untuk
menghafal isi pelajaran, maka berkemungkinan ada yang merasakan arahan
tersebut susah untuk dituruti, mungkin juga ada dalam kalangan mereka
yang tidak mempunyai masalah dalam melakukan arahan tersebut. Dari
situlah saya menandakan beberapa tingkah laku murid di dalam borang
pemerhatian yang disediakan. Apabila selesai menanda borang pemerhatian,
saya dapati ada sebilangan murid yang tidak memberikan perhatian
terhadap sesi pembelajaran dan pengajaran. ini merupakan faktor murid
tidak menguasai fakta yang dipalajari. Murid juga tidak menunjukkan minat
terhadap bidang Al-Quran. Selain itu, murid tidak melibatkan diri secara aktif
terhadap sesi pembelajran dan pengajaran yang telah dijalankan.

Ini

disebabkan tidak adanya komunikasi dua hala di dalam sesi tersebut.

Seterusnya, murid seringkali bertanyakan soalan berkenaan dengan fakta


berulang kali. Ini berlaku ketika melakukan aktiviti kumpulan iaitu membuat
peta minda mengenai kelebihan Allah bersifat Al-hayat. Murid tidak dapat
membezakan antara kelebihan dan kesan terhadap inidividu yang percaya
dan tidak beriman dengan Allah bersifat Al-Hayat.
Murid juga dilihat ingin meniru jawapan rakan sebelah ketika membuat
lembaran

kerja.

Ini

disebabkan

murid

tidak

dapat

menguasai

isi

pembelajaran yang dipelajari dengan baik. Selain itu, murid juga kelihatan
termenung ketika menjawab soalan lembaran kerja. Ini berpunca daripada
ketidakfokusan

mereka

di

dalam

kelas

ketika

isi-isi

pembelajaran

dibincangkan.

5.3.2 Analisis temu bual


Melalui kaedah temu bual, pengkaji menggunakan kaedah temu bual yang
berstruktur. Pengkaji menggunakan kaedah ini terhadap responden kajian.
Pengkaji juga ada menjalankan temu bual secara tidak berstruktur kepada
guru Pendidikan Islam mengenai isu tersebut. Mereka mengatakan bahawa
murid kurang berminat terhadap bidang aqidah disebabkan kekangan idea
guru dalam menyediakan bahan bantu belajar dalam bidang tersebut.
Apabila ditanyakan pada murid pula, mereka tidak menyukai bidang aqidah
ialah

kerana

sesi

pembelajaran

tersebut

hanya

menggunakan

satu

kemahiran sahaja iaitu mendengar. Selain itu, murid turut menyatakan

kesusahan mereka dalam menghafal fakta dalam bidang aqidah. ini kerana
mereka harus menghafal ayat Al-quran yang juga merupakan dalil naqli
dalam tajuk tersebut. Mereka juga menyatakan keberkesanan dan keterujaan
selepas menggunakan kaedah yang diterpkan di dalam kajian ini. Mereka
menyatakan kaedah tersebut mamapu untuk membantu mereka dalam
menguasai fakta-fakta yang telah diperolehi.
5.3.3 Analisis dokumen (lembaran kerja)
Melalui analisis dokumen pula, pengkaji mendapati terdapat seorang murid
bertukar jawapan antara kelebihan mengimani Allah bersifat Al-hayat
dengan Akibat tidak mengimani Allah bersifat Al-hayat. Ini disebabkan oleh
kurang penguasaan murid terhadap fakta yeng dipelajari. Dalam analisis
dokumen tersebut juga, saya mendapati jawapan yang diisi pada ruanganruangan yang tidak tepat berdasarkan apa yang mereka pelajari. Ini
disebabkan oelh ketidakfokusan di dalam sesi pembelajaran dan pengajaran.
Mereka tidak dapat menjawab definisi dengan tepat. ini merupakan perkara
asas bagi sesuatu mata pelajara. Itu membuatkan saya memilh responden
tersebut untuk dijadikan sebahagian daripada kajian.

Kitaran 1
a) Merancang
Berdasarkan kepada pemerhatian dan permasalahan yang telah ditemui oleh
pengkaji, pengkaji telah merancang satu strategi dan kaedah yang terbaik
untuk membantu responden dalam menguasai fakta Allah Bersifat Al-Hayat.
Pengkaji menengahkan isu ini kerana aqidah merupakan perkara asas bagi
umat Islam dan ini merupakan masalah utama yang dihadapi oleh responden
dalam menguasai definisi dan perbezaan antara kesan dan kelebihan bagi
orang yang beriman dan tidak beriman terhadap Allah Bersifat Al-Hayat. Ini
merupakan satu asas ilmu yang perlu mereka ketahui bagi membolehkan
ilmu tersebut menjadi pendinding bagi kehidupan mereka pada masa akan
datang.
Pada permulaan proses pembelajaran dan pengajaran, murid-murid sukar
untuk menguasai definisi dan perbezaan antara kesan dan kelebihan bagi

orang yang beriman dan tidak beriman terhadap Allah Bersifat Al-Hayat.
Oleh yang demikian, pengkaji telah mengatur langkah untuk memilih dan
menggunakan satu langkah yang sesuai dan menarik bagi memastikan
objektif pembelajaran tercapai. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan satu
kaedah nyanyian yang dipanggil rentak ANC Atas Nama Cinta dalam
membantu murid tahun 5 Khawarizmi dalam menguasai fakta Allah Bersifat
Al-Hayat. Akhir sekali, pengkaji merancang kaedah penilaian bagi tujuan
melihat pencapaian murid.

Jadual 4 : Perancangan Pelan Tindakan Kitaran 1


Bil
1.

Tindakan
Pengkaji menganalisis tingkah laku murid ketika sesi pembelajran dan

2.
3.

penagajran.
Pengkaji mengeluarkan isu hasil daripada analisi pemerhatian.
Pengkaji menggunakan kaedah nyanyian untuk memudahkan murid

4.

menguasai fakta Allah bersifat Al-Hayat.


Pengkaji membuat lirik berdasarkan fakta yang terdapat dalam isi

5.

pelajaran Allah bersifat Al-Hayat


Pengkaji memnggunakan kaedah nyanyian terhadap responden kajian

6.
7.

dan memberikan contoh nyanyian lagu tersebut.


Pengkaji membuat penilaian pertama melalui lembaran kerja.
Pengkaji mengkaji kekuatan dan kelemahan kaedah kajian dan
membuat penambahbaikan.

8.

Pengkaji merancang pelan tindakan Kitaran 2

b) Bertindak
Dalam fasa ini, pengkaji telah melaksanakan teknik dan kaedah terhadap
responden yang telah diilih. Pada permulaan, pengkaji telah memberikan
contoh nyanyian dalam penggunaan rentak ANC kepada responden serta
iramanya.

Sehubungan

itu,

berikut

merupakan

langkah-langkah

yang

pengkaji laksanakan untuk menggunakan Penggunaan Rentak ANC ini dalam


pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Antara langkah-langkah yang
diambil adalah seperti berikut :

Jadual 5 : Pelaksanaan Bahan Kajian di dalam Kelas


1 Pengkaji mengenal pasti murid-murid yang menghadapi masalah dalam
.

menguasai definisi dan perbezaan antara kesan dan kelebihan bagi orang
yang beriman dan tidak beriman terhadap Allah Bersifat Al-Hayat

2 Pengkaji mencipta lirik berdasarkan isi pelajaran dan memlih penggunaan


. rentak yang sesuai diterapkan pada murid-murid.
3 Pengkaji meminta responden untuk menyanyikan lagu yang telah dicipta
. berdasarkan isi pelajran yang dipelajari oleh mereka.
4 Rasional penggunaan kaedah ini adalah memudahkan responden kajian
.

menguasai fakta Allah Bersifat Al-Hayat dengan baik.

Setelah responden menguasai penggunaan rentak ANC, pengkaji telah


meminta mereka untuk menyanyikan lagu secara berdua. Hal ini dapat
memastikan
disediakan

responden
oleh

guru.

kajian

benar-benar

Kemudaian,

mengikuti

responden

diminta

aktiviti

yang

melengkapkan

lembaran kerja yang telah diberikan.

c) Memerhati
Fasa ketiga ini merupakan fasa memerhati. Pengkaji sendiri telah membuat
pemerhatian terhadap perkembangan responden dalam penguasaan fakta
Allah bersifat Al-Hayat. Melalui hasil dapatan, responden menunjukkan
keterujaan yang tinggi dan berminat untuk menggunakan kaedah tersebut
dalam meningkatkan penguasaan mereka dalam isi pelajran Allah Bersifat AlHayat secara optimum.
Melalui pemerhatian pengkaji, penggunaan Kaedah Nyanyian dapat
membantu responden menguasai fakta sepserti definisi dan perbezaan
antara kesan dan kelebihan bagi orang yang beriman dan tidak beriman

terhadap Allah Bersifat Al-Hayat. Bagi responden kajian pertama, responden


kajian ketiga dan keempat menunjukkan perubahan dari segi tahap
keyakinan dan telah mewujudkan komunikasi dua hala. Ini menyebabkan
mereka

melibatkan

diri

secara

aktif

dalam

sesi

pembelajaran

dan

pengajaran. Bagi reponden keempat, dia sudah tidak kerap bertanyakan


soalan yang sama tentang definisi dan perbezaan antara kesan dan
kelebihan bagi orang yang beriman dan tidak beriman terhadap Allah
Bersifat

Al-Hayat.

Ini

disebabkan

responden

tersebut

menguasai

isi

pelajaran. Mereka tidak lagi bersifat pasif, bosan dan suka berkhayal. Mereka
menumpukan tumpuan terhadap sesi pembelajaran dan pengajaran.

d) Mereflek
Berdasarkan penilaian yang dibuat, pengkaji mendapati responden satu dan
tiga dapat menguasai fakta dan sangat berminat terhadap aktivit yang
dilakukan setelah menggunakan kaedah nyanyian. Mereka boleh menjawab
soalan yang diutarakan oleh guru secara langsung. Namun, responden kedua
dan keempat masih lagi tidak menunjukkan minat yang mendalam terhadap

penggunaan kaedah ini. Setelah membuat penelitian, pengkaji telah


menneruskan kitaran kedua bagi penggunaan rentak ANC ke atas reponden
kajian ini.

Kitaran 2
a) Merancang

Pengkaji telah menilai dan ingin merancang semula pelan tindakan bagi
kitaran kedua dengan penambahbaikan pada aktiviti selepas penggunaan
kaedah tersebut. Pengkaji telah berbincang dengan rakan-rakan praktikum
bersama guru pembimbing, hasilnya pengkaji mendapat satu idea untuk
menambah baik aktiviti dimana pengkaji menggunakan kad baord sebagai
bahan bantu di dalam aktiviti. Ini untuk memupuk minat murid dalam aktiviti
yang dijalankan ketika sesi pembelajaran dan pengajaran. Seterusnya, ialah
untuk mengukuhkan lagi ingatan murid di dalam menguasai fakta Allah
Bersifat Al-Hayat.

Jadual 6 : Perancangan Pelan Tindakan 2


Bi

Tindakan

l
1.
2.

Pengkaji mengenal pasti masalah pada kitaran pertama.


Pengkaji menyemak kembali data awal yang dikutip pada kitaran

3.

pertama.
Pengkaji membuat penambahbaikan dari segi aktiviti yang lebih menarik

untuk mengukuhkan ingatan murid.


Pengkaji menyediakan kad board untuk digunakan di dalam aktiviti

5.

selepas penggunaan kaedah penggunaan rentak.


Pengkaji menyediakan lembaran kerja dan intrumen kajian (borang

6.

pemerhatian, borang temu bual dan dua set soalan)


Pengkaji mengaplikasikan segala penambahbaikan tersebut ke atas

7.

responden kajian.
Pengkaji menjalankan menjalankan pemerhatian dan membuat temu

8.
9.
1

bual berstruktur.
Pengkaji membuat penilaian terhadap instrumen kajian.
Pengkaji menganalisis data dan membuat dapatan kajian.
Pengkaji membuat refleksi tentang kekuatan dan kelemahan kajian

0.

untuk penambahaikan.

b) Bertindak
Pada kitaran pertama dalam kajian ini, pengkaji hanya menjalankan soal
jawab sahaja sebagai aktiviti pengukuhan selepas penggunaan rentak ANC.
Namun, pada kitaran kedua, pengkaji telah membuat penambahbaikan dari
segi aktiviti iaitu menggunakan kad board sebagai bahan dalam aktiviti
tersebut.
Dalam aktiviti tersebut, pengkaji menyediakan kad board sebagai satu papan
untuk melekatkan sesuatu ke atasnya. Pengkaji juga telah menyediakan
potongan potongan perkataan yang boleh dibentuk ayat menerusi fakta
Allah bersifat Al-hayat. Murid akan membina perkataan menjadi satu ayat
fakta menjurus kepada soalan yang ditanyakan oleh pengkaji. Dengan ini,
responden kajian lebih menarik untuk terlibat di dalam aktiviti pembelajaran
dan dapat mengukuhkan lagi ingatan responden kajian. Akhirnya minat dan
tumpuan

responden

terhasil

daripada

penggunaan

kaedah

nyanyian

tersebut.
Bagi mengukuhkan kecekapan responden dalam menguasai fakta Allah
Bersifat Al-hayat, pengkaji telah memeberi masa yang singkat untuk

melengkapkan

fakta

yang

diingini.

Ini

menajamkan

lagi

kecerdasan

responden dalam sesi pembelajaran.


Berikut merupakan langkah-langkah pengkaji yang telah dilaksanakan untuk
penggunaan kaedah rentak ANC pada sesi pembelajaran dan pengajaran di
dalam kelas. Antara langkah-langkahnya ialah :
Jadual 7 : Langkah Pelaksanaan Penggunaan Rentak ANC
Bil

Langkah Pelaksanaan

.
1.
2.

Responden mendengar contoh nyanyian dengan menggunakan audio.


Responden menyanyikan lagu secara kelas berdasarkan lirik yang telah

3.
4.

dihasilkan oleh pengkaji.


Responden diminta untuk datang ke hadapan kelas.
Responden diminta melengkapkan satu ayat fakta menjurus kepada

5.

soalan yang ditanyakan oleh pengkaji.


Setiap responden akan melakukan aktiviti dihadapan kelas secara
berseorangan

c) Memerhati
Melalui pemerhatian pengkaji dalam kitaran kedua, kesemua responden
telah menunjukkan minat yang tinggi terhadap aktiviti yang dilakukan.
Secara tidak langung, ia telah mewujudkan satu komunikasi yang baik di
antara responden dan pengkaji. Kesemua responden juga telah dapat
menjawab persoalan dengan baik. Ini disebabkan penggunaan kaedah dan
aktiviti tersebut sesuai dengan minat murid yang juga dapat mengukuhkan
lagi inngatan murid. Secara keseluruhannya, apa yang pengkaji lakukan
pada kitaran kedua ini dapat memberikan impak positif kepada responden
kajian. Pengkaji juga telah melihat kesungguhan yang dipamerkan oleh
responden kajian di dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Mereka juga
bermotivasi untuk melibatkan diri di dalam aktiviti yang dilaksanakan oleh
pengkaji. Hasilnya, mereka dapat menguasai fakta Allah bersifat Al-hayat
dengan baik.
d) Mereflek
Setelah

melakukan

penambahbaikan

pada

kitaran

kedua,

pengkaji

mendapati kesemua reponden mempunyai penguasaan dalam fakta Allah


Bersifat Al-Hayat. Pengunaan Rentak ANC dan aktiviti yang dijalankan dapat
membantu kesemua responden untuk lebih mudah mengingati fakta yang
terdapat di dalam isi pelajaran. Responden juga mempunyai keyakinan yang
tinggi untuk menjawab persoalan daripada guru.

Pada fasa refleksi ini, pengkaji memperoleh kesedaran bahawa kelas


cemerlang pun masih mempunyai masalah di dalam penguasaan fakta
inikan pula kelas yang berada pada tahap yang rendah. Ia menuntut pengkaji
untuk lebih kreatif dan inovasi di dalam menghasilkan sesuatu kaedah yang
dapat membantu murid untuk menguasai fakta di dalam isi pelajaran.

5.4 Cara mengumpul data


Perlaksanaan kajian ini telah menggunakan ketiga-tiga instrument dalam proses
pengumpulan data bagi tujuan triangulasi data. Pengkaji telah menggunakan
instrumen pemerhatian berstruktur, temu bual berstruktur dan analisis dokumen
yang dijalankan menerusi lembaran kerja.
Jadual 8 : Instrumen Kajian
INSTRUMEN
Pemerhatian berstruktur

TUJUAN
Memerhati tindak balas responden
kajian serta tingkah laku yang
ditunjukkan semasa perlaksanaan

Temu bual berstruktur

kajian.
Mendapatkan
berkenaan

Analisis dokumen ( lembaran kerja)

respon

lisan

penggunaan

rentak

ANC di dalam kelas.


Mengukuhkan
data

pemerhatian berstruktur.
Menilai
tahap
penguasaan
responden

dalam

hasil

penguasaan

fakta Allah Bersifat Al-Hayat.

5.4.1 Pemerhatian
Dalam melakukan proses kutipan data pemerhatian ini, pengkaji telah mengmbil
peranan peserta sebagai pemerhati. Menurut Chong (2011), pengkaji terlibat dalam
melaksanakan kajian dan pada masa yang sama memerhati serta merekod data
yang diperoleh sepanjang kajian berlansung. Menurut Akhiar dan Shamsina (2011)
pula, peranan pemerhati sebagai peserta membolehkan pengkaji menyelidik
dangan lebih mendalam isu yang dikaji. Pengkaji telah melakukan pemerhatian
terhadap responden semasa proses pembelajran dan pengajaran di bawah tajuk
Allah Bersifat Al-hayat. Pemerhatian ini dijalankan untuk meneliti

dan menilai

tingkah laku kesemua reponden kajian. Tempoh pemerhatian ialah sepanjang 60


minit sepanjang sesi pembelajaran dan pengajaran berlangung. Pengkaji telah
melaksanakan pemerhatian berstruktur dalam kajian ini iaitu memerhati responden
berdasarkan aspek-aspek yang telah ditentukan. Aspek-aspek yang ditentukan ialah
aspek tingkah laku ketika sesi pembelajaran dan pengajaran berlangsung. Aspek
yang kedua menjadi pemerhatian pengkaji ialah dari segi lisan responden. Berikut

merupakan aspek-aspek yang telah digunakan oleh pengkaji di dalam kajian yang
dijalankan.
Jadual 9 : Senarai Semak Pemerhatian

ASPEK YANG
DIPERHATIKAN
Memberi perhatian
semasa proses
pembelajaran dan
pengajaran.
Menunjukkan minat
dalam pembelajaran
aqidah.
Sering melibatkan diri
dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Menunjukkan minat
dalam penggunaan
rentak ANC
5 Dapat menyebut faktafakta Allah bersifat AlHayat dengan baik
selepas penggunaan
rentak ANC
6 Dapat mengaplikasikan
kaedah nyanyian dalam
melengkapkan papan
fakta dihadapan.
Dapat menyenaraikan
kelebihan beriman dengan
Allah bersifat Al-Hayat
7 Dapat membanding beza
kelebihan beriman
dengan Allah bersifat AlHayat dengan akibat
tidak mengimani Allah
bersifat Al-hayat.

5.4.2

Temu bual

R1

SEBELUM
R2
R3 R4

R5

R1

SELEPAS
R2 R3
R4

R5

Menurut

Bahagian

Perancangan

dan

Penyelidikan

Dasar

Pendidikan

Kementerian Palajaran Malaysia (2008), temu bual merupakan kaedah


pengutipan data yang melibatkan interaksi bersemuka antara pnyelidik dan
informan atau orang yang ditemu bual. Pengkaji telah menggunakan temu
bual secara berstruktur sebagai instrumen kajian.
Menurut Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2011) temu bual secara
berstruktur merupakan kaedah penyelidikan yang lazimnya digunakan di
dalam penyelidikan tinjauan. Pengkaji telah melaksanakan temu bual
berstrukutr bersama responden. Soalan temu bual ialah berdasarkan
pengalaman pemebelajaran yang lalu, penguasaan selepas menggunakan
rentaj ANC dan bagaimanan penggunaan kaedah ini dapat membantu
responden dalam penguasaan fakta Allah Bersifat Al-Hayat. Temu bual ini
juga digunakan untuk mengukuhkan jawapan dari pemerhatian yang telah
dijalankan kepada responden. Jadual 10 menunjukkan item temu bual
bersama responden yang telah pengkaji gunakan dalam pelaksanaan kajian.

Jadual 10 : Soalan Temu Bual


Soalan 1 : Adakah sebelum ini kamu berminat untuk mempelajari bidang
aqidah? Kenapa?
Soalan 2 : Bagaimanakah penggunaan rentak ANC ini boleh membantu kamu

mengingati fakta-fakta Allah bersifat Al-Hayat? Kenapa?


Soalan 3 : Adakah kamu boleh membezakan kelebihan orang beriman
dengan Allah bersifat Al-hayat dengan akibat tidak beriman dengan Allah
Bersifat Al-Hayat?

5.4.3 Analisis Dokumen


Bagi tujuan menyokong data yang diperoleh, pengkaji turut menggunakan
analisis dokumen untuk mengukur sejauh mana pencapaian responden
dalam menguasai fakta Allah bersifat Al-Hayat. Dalam pelaksanaan kajian
ini, dokumen yang dikumpul adalah dua set lembaran kerja yang salah
satunya berkenaan padanan perbezaan antara kelebihan dan kesan apabila
individu itu beriman atau tidak beriman dengan Allah Bersifat Al-Hayat.
Kedua ialah berkisarkan soalan pemahaman. Item dalam setiap ujian adalah
sama bagi kesemua responden kajian. Ini bertujuan bagi mengelakkan bias
dan mendapatkan data yang tekal.

Anda mungkin juga menyukai