Anda di halaman 1dari 39

5.

0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Langkah-langkah Tindakan


Sebelum pengkaji melaksanakan kajian, pengkaji akan mendapatkan data awal
tentang murid yang mengalami masalah kurang minat terhadap mata pelajaran Sejarah
terutamanya dalam tajuk Jata Negara terlebih dahulu. Pengumpulan data dibuat dalam
masa dua minggu. Data awal telah diperoleh melalui beberapa kaedah seperti soal selidik,
pemerhatian dan analisis dokumen. Seterusnya masalah ini telah cuba ditangani oleh
pengkaji dengan mengadaptasikan kaedah Pendidikan Seni Visual iaitu dengan
menggunakan bidang membentuk dan membina yang merupakan antara bidang utama
Pendidikan Seni Visual. Adaptasi yang dilakukan adalah bertujuan bagi meningkatkan minat
murid dalam tajuk Jata Negara. Kaedah membentuk dan membina yang dicadangkan
pengkaji telah melalui tiga peringkat tindakan yang sistematik.

Tindakan 1

Pengkaji telah menggunakan kaedah pembelajaran berpusatkan guru terlebih


dahulu sebelum intervensi dijalankan. Dalam peringkat ini, pengkaji telah mengajar peserta-
peserta kajian mengenai topik Jata Negara seperti biasa dengan berpandukan Rancangan
Pengajaran Harian yang telah disediakan sebelum PdPc. Set induksi PdPc dimulakan
dengan pengkaji menunjukkan gambar Jata Negara yang dicetak kepada murid-murid.
Setelah itu, murid disoal dengan soalan seperti, “Apakah gambar yang anda lihat ini?”,
“Apakah antara simbol-simbol yang terdapat di dalam Jata Negara ini?”, “Apakah makna
bagi setiap simbol-simbol tersebut?”.

Setelah memberi penerangan tentang maksud kepada setiap lambang yang ada
pada Jata Negara, setiap murid diberikan lembaran kerja (Ujian Pra) yang telah disediakan
oleh pengkaji. Setiap murid dikehendaki untuk menjawab latihan yang diberikan mengenai
makna-makna simbol yang terdapat pada Jata Negara. Ujian yang dilaksanakan adalah
selama 20 minit. Semasa PdPc ini berjalan, setiap tingkah laku murid diperhatikan dan
dicatatkan dalam borang senarai semak pemerhatian yang diesdiakan. Selain itu, peserta-
peserta juga dikehendaki untuk menjawab borang soal selidik yang turut disediakan oleh
pengkaji bagi melihat pandangan mereka terhadap cara pengajaran biasa yang berpusatkan
guru itu sendiri.
Tindakan 2

Pada fasa tindakan kedua, intervensi kajian telah difokuskan. Pengkaji telah
mengaplikasikan bidang membentuk dan membina PSV ke dalam PdPc mata pelajaran
Sejarah iaitu dalam topik Jata Negara. Pengkaji telah memilih penanda buku sebagai hasil
karya yang akan dilakukan. Hal ini kerana pengkaji telah memikirkan beberapa kelebihan
dan kesesuaian penanda buku terhadap topik Jata Negara.

Antara kelebihan membuat penanda buku Jata Negara adalah murid-murid boleh
memanfaatkannya semasa aktiviti membaca buku dalam kehidupan seharian mereka. Murid
bukan sahaja menghasilkan penanda buku semata-mata, namun mereka turut ditekankan
dengan kandungan pembelajaran iaitu makna-makna yang terdapat di Jata Negara itu
sendiri. Set induksi PdPc adalah dengan penggunaan bahan maujud di mana pengkaji telah
menggunakan ‘passport’ nya sendiri. Hal ini demikian kerana simbol jata negara jelas
terpampang di kulit hadapan passport. Pengkaji membuat perkaitan antara passport dan
pengajaran pada hari tersebut dengan bertanyakan beberapa soalan kepada murid-murid.
Pengkaji juga menunjukkan hasil karya penanda buku yang telah siap dihasilkan oleh
pengkaji sendiri.

Pengkaji seterusnya memaklumkan aktiviti yang akan dilakukan dalam sesi PdPc
tersebut. Demonstrasi aktiviti penghasilan karya penanda buku dilakukan oleh pengkaji di
hadapan kelas dalam keadaan semua peserta dapat melihat demonstrasi tersebut dengan
selesa dan jelas. Langkah demonstrasi atau juga dkenali sebagai kaedah tunjuk cara dalam
penghasilan karya Pendidikan Seni Visual merupakan satu langkah penting yang perlu
dilaksanakan. Hal ini demikian kerana murid-murid akan dapat mencontohi tunjuk cara yang
dilakukan oleh guru sewaktu pengajaran dengan lebih tepat. Demonstrasi dari guru juga
berupaya untuk membina keyakinan pelajar supaya mereka dapat melaksanakan
demonstrasi secara individu dengan baik dalam kerja amali. Ramlah (1992) dalam Azizi
Yahaya et al (tt) menyatakan bahawa kaedah demonstrasi telah lama dikenal pasti sebagai
teknik yang paling berkesan untuk kemahiran psikomotor.

5.2 Kaedah Pengumpulan Data


.
5.2.1 Metodologi Kajian
Metodologi merupakan prosedur yang sistematik menggabungkan penyesuaian
pendekatan kajian serta analisis data yang sealiran dengan peraturan tersendiri bagi
memastikan prestasi kajian penyelidikan dapat dicapai dengan baik dan sempurna (Bhasah
Abu Bakar & Yuslina Mohamed, 2013). Ia merangkumi aspek kaedah penyelidikan, reka
bentuk kajian, sampel dan populasi, kaedah pengumpulan data dan instrumen yang
digunakan serta kaedah analisis yang diaplikasikan.

5.2.2 Reka Bentuk Kajian


Kajian ini menggunakan pendekatan reka bentuk kajian tindakan. Reka bentuk
penyelidikan adalah tatacara untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan penyelidikan.
Ia boleh boleh dikategorikan berdasarkan jenis data yang dikutip, sama ada melalui kaedah
kualitatif, kuantitatif atau gabungan (Mok, 2010). Reka bentuk kajian ini adalah merupakan
kaedah gabungan di antara kaedah kualitatif dan kuantitatif.

Kaedah kualitatif adalah prosedur penyelidikan yang dijalankan menghasilkan data


gambaran yang boleh diamati. Ianya bergantung kepada pengamatan manusia dalam
kawasannya sendiri dan berkait dengan orang-orang tersebut dalam bahasa dan
peristilahannya (Mohd Hisyam, 2011). Penyelidikan kualitatif mempunyai bentuk data yang
tersendiri yang berbeza dengan penyelidikan kuantitatif. Ianya bersifat deskriptif yang lebih
kepada penghuraian ‘makna’ perkara-perkara yang dikaji. Ia tidak mengutamakan data-data
berbentuk numerikal. Ia kurang berstruktur, terbuka dan lebih menumpukan kepada proses.
Skop kajiannya pula meliputi bilangan responden yang kecil. Data kualitatif ialah dalam
bentuk soal selidik, pemerhatian, dan analisis dokumen. Data yang diperolehi terdiri
daripada hasil pemerhatian yang terperinci tentang sesuatu situasi, kejadian, interaksi, dan
tingkah laku yang diamati di lapangan. Hasil pembicaraan pula merujuk kepada kutipan
langsung dari pernyataan orang-orang tentang pengalaman, sikap, keyakinan, dan
pemikiran mereka dalam kesempatan temubual mendalam. Manakala dalam aspek bahan
bertulis, ia mengenai petikan atau keseluruhan dokumen, surat-menyurat, rakaman, dan kes
sejarah (Kamarul Azmi Jasmi, tt). Dalam kajian ini, kaedah soal selidik, pemerhatian dan
analisis dokumen telah digunakan bagi tujuan memperoleh data.

Kaedah kuantitatif mengutamakan ‘kuantiti’ dan melibatkan angka-angka, data-data


numerikal atau statistik. Pendekatan kuantitatif dikatakan lebih berstruktur , mempunyai
darjah kekaburan yang minima, makna yang jelas, bercorak linear, mempunyai penjadualan
yang jelas, dan menumpukan kepada hasil (Lisah Chong, tt). Dari segi skop kajian ia boleh
melibatkan responden yang besar. Dalam kajian ini, penglibatan kaedah kuantitaif dapat
dilihat pada kiraan skor peserta-peserta kajian dalam Ujian Pra dan Pos. Peserta yang
mendapat markah yang baik akan dijadikan bukti kukuh keberhasilan kajian ini.

Dalam kajian ini, pendekatan kualitatif digunakan untuk mengesahkan atau


menyokong penemuan data kuantitatif (Creswell & Plano Clark, 2011)

Rajah 3 : Rajah Kajian Jenis Campuran Serentak Bersarang

(Creswell & Plano Clark, 2011)


Data akan dianalisis secara kuantitatif bagi ujian pra dan pasca. Manakala,
analisis soal selidik dan pemerhatian yang dijalankan akan dianalisis secara
kualitatif.

5.3 Cara Pengumpulan Data


Bahagian ini menerangkan secara terperinci berkaitan kaedah pengumpulan data
bagi tujuan menganalisis dan menginterpretasi data berdasarkan intervensi yang telah
dijalankan. Aspek ini penting dalam menentukan kesahan dan kebolehpercayaan data yang
dikumpulkan. Berikut adalah instrumen yang digunakan dalam proses mengumpul data.

5.3.1 Kaedah Pemerhatian


Menurut Kamus Dewan edisi kempat, pemerhatian bermaksud perihal menumpukan
pandangan dan fikiran pada sesuatu (Noresah Baharom, 2013). Kaedah pengumpulan data
secara pemerhatian memberi peluang kepada pengkaji mendapatkan maklumat secara
langsung terhadap program, proses atau semua perkara yang ingin dikaji dalam sesuatu
situasi semula jadi. Dalam konteks kajian ini, pemerhatian dilakukan secara pemerhatian
berstruktur. Pemerhatian secara berstruktur dipilih kerana permerhatian menggunakan
senarai semak adalah lebih mudah untuk dilaksanakan dan dianalisis serta memberi
peluang kepada penyelidik untuk membuat pemerhatian tanpa bantuan penyelidik lain
(Rosinah, 2012). Fokus pemerhatian termasuklah tingkah laku peserta, bahasa badan
semasa PdPc peserta, tindak balas verbal dan bukan verbal spontan peserta semasa
berlakunya PdPc, gangguan yang dilakukan terhadap rakan yang lain, reaksi peserta dan
penglibatan peserta dalam proses PdPc. Data dari pemerhatian ini juga akan digunakan
untuk menjawab persoalan kajian. Borang semak pemerhatian telah dirangka oleh pengkaji
bagi memudahkan proses merekod data (tingkah laku) peserta di dalam kelas dengan lebih
sistematik.

BORANG PEMERHATIAN SEBELUM INTERVENSI

Peserta kajian:

Kelas: 5 Farabi

Markah mata pelajaran Sejarah pada Peperiksaan Pertengahan Tahun:

Bil Item Tidak Kadang Ya


. -kadang
1. Murid memberi fokus semasa guru mengajar dan
memberi penerangan.
2. Murid bergantung pada guru untuk mendapatkan
jawapan.
3. Murid kelihatan mengelamun.
4. Murid menganggu rakan lain semasa PdPc
berlangsung.

Catatan pemerhatian:

__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

BORANG PEMERHATIAN SEMASA INTERVENSI

Peserta kajian:

Kelas: 5 Farabi

Markah mata pelajaran Sejarah pada Peperiksaan Pertengahan Tahun:

Bil Item Tidak Kadang Ya


. -kadang
1. Murid memberi fokus semasa guru mengajar dan
memberi penerangan.

2. Murid bergantung pada guru untuk mendapatkan


jawapan.

3. Murid kelihatan mengelamun.

4. Murid menganggu rakan lain semasa PdPc


berlangsung.
Catatan pemerhatian:

__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

5.3.2 Kaedah Soal Selidik


Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan dan bukan
dalam bentuk tulisan (atas talian). Ia merupakan satu alat yang dibentuk secara khusus
untuk mengumpul maklumat bagi tujuan analisis yang dapat menjawab persoalan kajian
(Shahrul Nizam, 2017). Penggunaan kaedah soal selidik sebagai alat ukur adalah lebih
praktikal dan berkesan kerana ia dapat membantu mengurangkan perbelanjaan, masa dan
tenaga bagi pengumpulan data. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah soal
selidik terbuka kerana pengkaji memerlukan data-data dalam bentuk penjelasan terhadap
persoalan seperti ‘bagaimana’ dan ‘mengapa’ daripada responden. Peserta kajian telah
menjawab soal selidik pada masa dan tempat yang sama. Sungguhpun begitu, peserta
bebas menjawab soal selidik tanpa terikat dengan sebarang tempoh masa agar mereka
dapat memberikan jawapan yang terbaik. Dalam kajian ini, kaedah soal selidik digunakan
untuk mendapatkan data terhadap pandangan peserta kajian mengenai kaedah PdPc
sebelum dan selepas intervensi di samping mengetahui perasaan dan sebarang komen lain
peserta kajian yang akan membantu mengukuhkan kajian ini.
SENARAI SEMAK SOALAN SOAL SELIDIK SEBELUM INTERVENSI DIJALANKAN

Bahagian A: Latar belakang responden

1. Nama:
2. Umur:
3. Kelas:
4. Markah peperiksaan Sejarah (awal tahun, pertengahan tahun dan akhir tahun):
i) Peperiksaan pertengahan tahun:

Bahagian B: Persepsi tentang proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) mata pelajaran
Sejarah.

1. Adakah kamu berminat dengan mata pelajaran Sejarah. Mengapa?


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

2. Buku teks, mendengar penerangan guru, latihan dan membuat aktiviti seni. Manakah
yang paling anda gemari?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

3. Adakah rakan-rakan kamu tidak minat terhadap cara pengajaran mata pelajaran
Sejarah? Mengapa?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

4. Adakah kamu mempunyai cara lain untuk mempelajari mata pelajaran Sejarah?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
__________________________________________________________________

SENARAI SEMAK SOALAN SOAL SELIDIK SELEPAS INTERVENSI DIJALANKAN

Bahagian A: Latar belakang responden


5. Nama:
6. Umur:
7. Kelas:
8. Markah peperiksaan Sejarah (awal tahun, pertengahan tahun dan akhir tahun):
ii) Peperiksaan pertengahan tahun:

Bahagian B: Persepsi tentang proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) mata pelajaran
Sejarah.

5. Adakah anda berasa seronok membuat penanda buku Jata Negara?


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
__________________________________________________________________

6. Adakah anda berminat dengan aktiviti tersebut? Mengapa?


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
__________________________________________________________________

7. Adakah anda mudah mengingati makna-makna lambang yang terdapat di dalam


topik tersebut setelah menghasilkan penanda buku tersebut? Mengapa?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

8. Membuat latihan, membaca buku teks, mendengar penerangan daripada guru dan
membuat penanda buku. Aktiviti manakah yang paling anda gemari?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

9. Adakah anda menyukai penggunaan warna di dalam proses membuat penanda


buku?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
__________________________________________________________________

10. Adakah anda mendapati rakan-rakan anda yang lain minat dalam menghasilkan
penanda buku?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
__________________________________________________________________
5.3.3 Kaedah Ujian Pra dan Pasca
Terdapat dua jenis ujian iaitu ujian Pra dan ujian Pasca. Ujian digunakan untuk
membandingkan prestasi murid sebelum dan selepas sesuatu rawatan atau program
intervensi dijalankan. Jika keputusan ujian Pasca menunjukkan peningkatan yang signifikan
berbanding ujian Pra, maka objektif kajian tercapai. Kedua-dua set soalan ujian pra dan
ujian pasca mestilah setara (bukan sama). Suasana peperiksaan kedua-dua ujian juga mesti
tidak jauh berbeza. Keputusan yang diperoleh daripada ujian boleh menjadi satu indikator
yang baik tentang pencapaian atau penguasaan terhadap sesuatu kemahiran atau
pengetahuan yang telah diajar kepada murid.

Dalam Konteks kajian ini, peserta diberikan ujian pra dan pasca bagi mendapatkan
skor pencapaian sebelum dan selepas pembelajaran. Ujian pra diberikan selepas
pengajaran topik Jata Negara diajarkan dengan menggunakan kaedah biasa (sebelum
membuat aktiviti membuat penanda buku). Manakala ujian Pasca yang juga merupakan
soalan yang setara tetapi tidak sama diberikan selepas selesai pengajaran menggunakan
kaedah tersebut.

Penyediaan kertas soalan telah disediakan mengikut spesifikasi Sukatan Pelajaran


Sejarah Tahun 5. Data dari ujian pra dan pasca akan digunakan untuk menjawab persoalan
kajian. Pengkaji juga telah membuat pembandingan peratus (%) untuk melihat perubahan
peningkatan peserta kajian dalam penguasaan terhadap tajuk Jata Negara.
5.4 Cara Menganalisis Data
Data yang telah dikumpul dalam kajian ini perlu melalui proses analisis dan
penafsiran. Melalui penganalisisan data, pengkaji dapat membuat laporan hasil kajian
berdasarkan bukti-bukti yang diperoleh.

5.4.1 Pemerhatian
Senarai semak telah digunakan dalam dua peringkat iaitu sebelum dan semasa
tindakan. Borang senarai semak yang disediakan akan mengandungi empat item. Melalui
borang senarai semak ini pengkaji melihat aspek seperti tingkah laku, pergerakan badan
dan fokus peserta kajian. Data yang diperolehi daripada pemerhatian telah dicatat dalam
senarai semak pemerhatian. Senarai semak ini telah dianalisis dan diterjemahkan dalam
bentuk graf.

5.4.2 Soal Selidik


Instrumen soal selidik digunakan untuk membantu mendapatkan maklumat aspek-
aspek lain seperti minat peserta kajian mengenai kaedah biasa PdPc dan kaedah
membentuk dan membuat binaan (Penanda Buku). Instrumen ini juga digunakan untuk
memperoleh kebolehpercayaan dan tahap kesahan kajian yang dilakukan. Menurut Rosseni
Din et al (2009), Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik,
maka semakin jitu data yang diperoleh. Hasil dapatan akan dianalisis secara manual dan
secara kualitatif. Borang soal selidik dianalisis bagi mendapatkan maklumat penting seperti
minat atau tidak minat, alasan minat atau tidak minat, cadangan aktiviti lain bagi
menggantikan kaedah PdPc biasa dan pandangan terhadap intervensi yang dilakukan,
Menerusi soal selidik tentang cadangan aktiviti yang peserta cadangkan bagi menggantikan
kaedah PdPc biasa, ia dapat untuk membantu pengkaji memilih kaedah yang sesuai bagi
mengatasi masalah yang dihadapi oleh peserta kajian ketika proses PdPc mata pelajaran
Sejarah. Selain itu, ia juga bertujuan untuk membantu pengkaji mengetahui kehendak
sebenar peserta kajian. Ia juga dapat membantu pengkaji dalam mengetahui masalah
utama yang menganggu fokus dan menarik minat peserta kajian.

5.4.3 Ujian Pra dan Pasca


Ujian merupakan kaedah yang digunakan untuk mengutip data bagi menilai dan
mengesan kefahaman murid terhadap sesuatu pelajaran yang telah dipelajari. Ujian pra dan
pasca akan dijalankan untuk melihat perubahan dari aspek minat dan penguasaan
kandungan dalam topik Jata Negara melalui fasa intervensi. Ujian pra yang dijalankan
bertujuan untuk melihat tahap penguasaan kandungan dan tingkah laku peserta kajian
sebelum fasa intervensi. Setelah intervensi dijalankan, ujian pasca pula akan diberikan
kepada peserta kajian. Ujian pra dan pasca adalah setara di mana soalan yang sama
diberikan, namun diubah sedikit dari segi penyusunan ayat dan struktur soalan. Selepas
mendapat data daripada ujian pos dan ujian pasca, sebarang penambahbaikkan yang
dilakukan oleh peserta kajian dalam kedua-dua ujian ini akan dapat menunjukkan
keberkesanan intervensi yang dijalankan. Untuk memperlihatkan ketekalan intervernsi,
maka tindakan sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan dalam tempoh masa yang
berbeza. Setelah ujian dilaksanakan, pengkaji menganalisis markah kesemua peserta kajian
dan jumlah markah. Markah yang diperolehi dari ujian pra dan pencapaian akan
dibandingkan untuk melihat keberkesanan kaedah intervensi.

5.5 Perancangan Cara Menyemak Data


Kesahan merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat ukur berjaya mengukur apa
yang sepatutnya diukur (Norlia Harun & Faizah Abd Ghani, tt). Kebolehpercayaan pula
dapat ditakrifkan sebagai suatu nilai ukuran yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk
menentukan ketekalan skor sesuatu item (Izzati Rosman, tt). Kebolehpercayaan bertujuan
untuk mengetahui sama ada ukuran itu memberikan jawapan yang sama apabila ia
digunakan untuk konsep yang sama kepada populasi sampel atau responden yang sama
(Sabitha Marican, 2005). Menurut Mohd. Majid (2005), kesahan dan kebolehpercayaan
instrumen sangat penting bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah
kepada kecacatan. Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan
instrumen maka semakin jitu data-data yang dierolehi bagi menghasilkan kajian yang baik
dan berkualiti. Justeru, bagi menginterpretasi data, pengkaji telah memilih kaedah
triangulasi. Triangulasi merupakan kaedah yang boleh digunakan untuk meningkatkan
kebolehpercayaan sesuatu pengkajian. Dalam kajian ini, dua teknik triangulasi akan
dilaksanakan. Antaranya ialah triangulasi kaedah dan masa.

5.5.1 Triangulasi Kaedah


Triangulasi kaedah akan digunakan apabila pengkaji menyemak kredibiliti data yang
diperolehi dengan membuat perbandingan sumber data yang telah dikaji iaitu borang
senarai semak pemerhatian, soal selidik dan ujian pra dan pasca. Hal ini bagi membolehkan
maklumat yang diperolehi secara menyeluruh dan membanding beza maklumat yang
diperolehi. Kaedah ini membantu menjelaskan satu idea daripada perspektif yang berbeza.
Secara tidak langsung dapat meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan kerana
maklumat yang diperolehi tidak bergantung kepada satu kaedah sahaja.

5.5.2 Triangulasi Masa


Seterusnya, dalam triangulasi masa pula pengkaji akan menjadikan data
senarai semak pemerhatian sebagai alat pengumpulan data yang dilakukan dalam suatu
tempoh. Tinjauan awal dan akhir tingkah laku peserta kajian akan dilaksanakan dengan
jarak masa tertentu antara kedua-dua tinjauan tersebut. Hal ini adalah untuk membolehkan
pengkaji melihat kesan penggunaan kaedah PdPc yang berbeza. Triangulasi masa juga
dilaksanakan melalui ujian pra dan pasca. Melalui ujian pra dan pasca, pengkaji
membandingkan jawapan setiap peserta kajian sebelum dan selepas intervensi dijalankan.
Melalui pengujian pengkaji dapat melihat aspek ketekalan dan penguasaan peserta kajian
terhadap aspek yang diuji.

5.6 Analisis Data


Penganalisisan merupakan aktiviti untuk memperolehi maklumat yang berguna
daripada data bahan mentah. Penganalisisan data melibatkan aktiviti manipulasi mengatur,
memilih, menggabung dan menjadual. Penganalisisan data juga melibatkan aktiviti
pengiraan data mentah (Mohd Majid, 2005). Berasaskan maklumat yang terhasil daripada
penganalisisan tersebut, penyelidik akan menggunakan maklumat tersebut sebagai bukti
untuk membuat sesuatu keputusan. Setelah menjalankan intervensi menggunakan kaedah
membentuk dan membina (Penanda Buku), pengkaji telah menggunakan beberapa
instrumen dan membuat analisis serta interpretasi data untuk menentukan sama ada
intervensi yang dilaksanakan mencapai objektif dan persoalan kajian yang telah ditetapkan.
Tujuan alat kajian ini digunakan secara triangulasi adalah untuk menunjukkan kesahan dan
kebolehpercayaan data yang diperolehi.

5.6.1 Analisis Pemerhatian


Pengkaji telah melaksanakan pemerhatian secara berstruktur terhadap
peserta kajian. Data-data yang telah diperolehi daripada pemerhatian telah dicatat
dan dikumpul. Hal ini demikian kerana, melalui data pemerhatian ini pengkaji akan
melihat tingkah laku peserta kajian sebelum dan selepas intervensi dijalankan.
Pengkaji telah menjalankan pemerhatian semasa proses PdP berlangsung di dalam
kelas. Borang pemerhatian yang telah dibina khusus bagi kajian ini boleh dirujuk
pada Lampiran 5. Aspek pemerhatian yang difokuskan adalah berdasarkan kod
tingkah laku di bawah:

1. Murid memberi fokus semasa guru mengajar dan memberi penerangan.

2. Murid bergantung pada guru untuk mendapatkan jawapan.

3. Murid kelihatan mengelamun.

4. Murid menganggu rakan lain semasa PdPc berlangsung.

Hasil dapatan daripada pemerhatian ini telah dianalisis dalam bentuk


kekerapan dan graf. Pemerhatian ini telah dilakukan sebelum dan semasa intervensi
dijalankan. Pengkaji melakukan pemerhatian sebanyak dua kali iaitu pada sebelum
dan selepas intervensi dijalankan. Item-item ini mewakili tingkah laku peserta kajian
bagi menunjukkan keberkesanan kaedah membentuk dan membina PSV dalam
PdPc sejarah.

Keputusan pemerhatian item 1:

Item 1 M01 M02 M03 M04 M05


(Afrina)
(Iqmal) (Danish) (Husna) (Dhalisa)
Kekerapan
Sebelum
Murid memberi
fokus semasa // // //// // ////
guru mengajar
dan memberi
penerangan.
Semasa
Murid memberi
fokus semasa ///// ///// // //// ///// /
/////
guru mengajar
dan memberi
penerangan.
Jadual 7, menunjukkan perbandingan antara kelima-lima peserta kajian bagi item 1
berdasarkan senarai semak pemerhatian sebelum dan selepas tindakan dijalankan.
Keputusan menunjukkan jumlah kekerapan bagi M01, M02 DAN M04 adalah sama
pada sebelum kajian dijalankan iaitu sebanyak 2 kali. Selepas kajian dijalankan,
kekerapan memberi fokus semasa guru mengajar adalah semakin meningkat pada
setiap murid. M01 dan M02 mendapat jumlah kekerapan yang sama iaitu sebanyak
5 kali. M03 meningkat dengan begitu banyak iaitu sebanyak 7 kali kekerapan. M04
sebanyak 4 kali dan M05 sebanyak 6 kali. Data yang dikutip menunjukkan fokus
murid meningkat setelah intervensi membentuk dan membina (penanda buku)
dijalankan.

Item 1: Peserta kajian memberi fokus


semasa guru mengajar
8

6
Sebelum
5 Semasa
4

0
M01 M02 M03 M04 M05

Rajah 5: Perbandingan pemerhatian sebelum dan selepas tindakan bagi Item1

Perbandingan antara ketiga-tiga peserta kajian bagi item 1 ditunjukkan dalam

bentuk graf bar. Hal ini jelas menunjukkan kekerapan kekerapan kelima-lima peserta

kajian meningkat selepas intervensi dijalankan.


Keputusan pemerhatian item 2:

Item 2 M01 M02 M03 M04 M05


(Afrina)
(Iqmal) (Danish) (Husna) (Dhalisa)
Kekerapan
Sebelum
Murid
bergantung ///// // /// /// ///
pada guru
untuk
mendapatkan
jawapan.
Semasa
Murid
bergantung / / / //
///
pada guru
untuk
mendapatkan
jawapan.

Jadual 8, menunjukkan perbandingan antara kelima-lima peserta kajian bagi item 2

berdasarkan senarai semak pemerhatian sebelum dan selepas tindakan dijalankan.

Kutipan data menunjukkan kekerapan murid bergantung kepada guru untuk


mendapatkan jawapan dalam persoalan berkaitan dengan topik Jata Negara.
Peserta M01 merupakan peserta yang paling kerap bertanyakan soalan kepada
guru(pengkaji). Meskipun merujuk markah peperiksaan pertengahan tahun M01
beliau mendapat markah sebanyak 44% iaitu paling tinggi berbanding peserta-
peserta kajian yang lain, namun sikap gemar bertanya menunjukkan bahawa
peserta M01 mempunya daya ingin tahu dan tidak segan untuk bertanyakan tentang
sesuatu yang beliau tidak ketahui. Kekerapan peserta M02 bertanyakan soalan
kepada guru adalah sebanyak 2 kali. Berdasarkan markah peperiksaan pertengahan
tahun peserta M02, beliau dan peserta M03 merupakan murid yang mendapat
markah paling rendah iaitu sebanyak 40%. Meskipun tidak faham akan sesuatu
persoalan, kedua murid ini kurang bertanyakan soalan kepada guru di mana
kekerapan masing-masing adalah sebanyak 2 dan 3 kali. Pengkaji membuat
andaian berkemungkinan ia mempunyai kaitan dengan sikap pasif murid-murid
tersebut. Peserta kajian M04 dan M05 memperoleh kekerapan sebanyak 3 kali
sebelum intervensi dijalankan dan kekerapan tersebut menurun masing-masing
kepada 2 dan 3 kali.

Item 2: Peserta kajian bergantung pada guru


untuk mendapatkan jawapan.
6

4 Sebelum
Semasa
3

0
M01 M02 M03 M04 M05

Rajah 6: Perbandingan pemerhatian sebelum dan selepas tindakan bagi Item2

Perbandingan pemerhatian sebelum dan selepas tindakan bagi Item2 juga

ditunjukkan dalam bentuk graf bar. Graf bar ini menunjukkan bahawa kelima-lima

peserta kajian menunjukkan peningkatan positif kerana kekerapan mereka


bergantung kepada guru untuk mendapatkan jawapan menurun berbanding sebelum
intervensi dijalankan. Hal ini menunjukkan tahap kefahaman dan ingatan mereka
meningkat berbanding sebelum intervensi dilaksanakan. Penggunaan pensil warna
dan pelbagai lagi medium mewarna dan menulis yang bersifat berwarna-warni dapat
mengukuhkan ingatan dan memberi pengalaman belajar yang bermakna buat murid-
murid. Hasil karya penanda buku yang dihasilkan oleh murid sendiri memberi kesan
yang mendalam terhadap kognitif mereka berbanding kaedah membaca dan
membuat latihan seperti biasa.

Keputusan pemerhatian item 3:

Item 3 M01 M02 M03 M04 M05


(Afrina) 42
(Iqmal) 44 (Danish) 40 (Husna) 40 (Dhalisa)44
Kekerapan
Sebelum
Murid kelihatan /// ///// ///// / /// ///
mengelamun.

Semasa
Murid kelihatan
mengelamun / // // - -

Jadual 8, menunjukkan perbandingan antara kelima-lima peserta kajian bagi item 3


berdasarkan senarai semak pemerhatian sebelum dan selepas tindakan dijalankan.
Kutipan data menunjukkan kekerapan murid mengelamun ketika PdPc dijalankan.
Peserta M02 dan M03 merupakan peserta kajian yang paling banyak mengelamun
semasa sebelum kajian dilaksanakan. Kekerapannya adalah M02 sebanyak 5 kali
dan M03 sebanyak 6 kali. M02 dan M03 merupakan murid yang mendapat markah
paling rendah sekali di dalam peperiksaan pertengahan tahun yang lalu iaitu hanya
sebanyak 40%. Namun, setelah intervensi dijalankan, kadar kekerapan mereka
mengelamun menurun kepada 2 kali. Peserta M04 dan M05 turut memiliki kadar
kekerapan mengelamun di sebelum intervensi dijalankan iaitu sebanyak 3 kali.
Semasa berlangsungnya intervensi, pengkaji mendapati mereka tidak lagi
mengelamun, sebaliknya memberi fokus terhadap hasil karya yang dilakukan.
Item 3: Murid mengelamun semasa PdPc
dijalankan
7

5
Sebelum
4 Semasa

0
M01 M02 M03 M04 M05

Rajah 7: Perbandingan pemerhatian sebelum dan selepas tindakan bagi Item 3

Melalui graf bar ini jelas menunjukkan kekerapan kelima-lima peserta kajian
menurun selepas intervensi dijalankan. Peserta M04 dan M05 didapati tidak lagi
mengelamun semasa intervensi dijalankan. Hal ini demikian kerana mereka
mempunyai minat terhadap aktiviti seni visual iaitu membentuk dan membuat binaan
yang mempunyai elemen hands-on. Peserta M01 menurun daripada kadar
kekerapan 3 kepada 1. Peserta M02 menurun daripada kadar kekerapan 5 kepada
2. Manakala peserta M03 mengalami penurunan yang banyak daripada 6 kepada 2.
Keputusan yang diperoleh daripada proses analisis data ini menunjukkan bahawa
fokus peserta kajian berubah iaitu meningkat berbanding dengan hanya
menggunakan kaedah PdPc biasa. Penglibatan elemen psikomotor halus yang
dapat dilihat daripada aktiviti menggunting, menampal dan mewarna dapat menarik
fokus mereka. Penggunaan warna yang berwarna-warni dan kebebasan peserta-
peserta kajian dalam aspek penggunaan warna pensil warna, pen, kertas warna dan
batang aiskrim memberi keseronokan kepada mereka dalam menghasilkan karya
Jata Negara yang kreatif dan menarik.

Keputusan pemerhatian Item 4


Item 3 M01 M02 M03 M04 M05
(Afrina) 42
(Iqmal) 44 (Danish) 40 (Husna) 40 (Dhalisa)44
Kekerapan
Sebelum
Murid
menganggu
///// // // //// ///
rakan lain
sewaktu PdPc
berlangsung.

Semasa
Murid
menganggu
rakan lain /// / - - -

sewaktu PdPc
berlangsung.

Jadual 7, menunjukkan perbandingan antara kelima-lima peserta kajian bagi


item 4 iaitu kekerapan murid menganggu rakan lain sewaktu PdPc berlangsung.
Keputusan menunjukkan jumlah kekerapan bagi peserta kajian M01, M02, M03, M04
dan M05 mengalami perubahan iaitu menurun bagi semua peserta. Peserta kajian
M03, M04 dan M05 mempunyai kadar kekerapan yang hampir sama iaitu 2 dan 3.
Peserta-peserta kajian tersebut juga mengalami perubahan yang sama di mana
ketiga-tiga daripada mereka tidak lagi menganggu rakan semasa berlangsungnya
PdPc. Pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa faktor sikap terutamanya
golongan murid lelaki yang gemar menganggu rakan lain di dalam PdPc yang
mendorong kepada peserta M01 dan M02 untuk tetap berkelakuan sedemikian
meskipun semasa menjalankan intervensi. Namun begitu, kadae kekerapan tersebut
menurun berbanding dengan kadar kekerapan sebelum intervensi dijalankan.
Item 4: Murid menganggu rakan lain
sewaktu PdPc berlangsung
6

4 Sebelum
Semasa
3

0
M01 M02 M03 M04 M05

Graf bar ini jelas menunjukkan kekerapan kelima-lima peserta kajian menurun
selepas intervensi dijalankan. Peserta M03, M04 dan M05 tidak lagi didapati
menganggu rakan mereka semasa intervensi dijalankan. Peserta M01 dan M02
masih lagi menganggu rakan, namun kekerapan perlakuan tersebut menurun
dengan ketara sekali.

5.6.2 Analisis Soal Selidik


Data yang dikumpul secara kaedah soal selidik terbuka juga dianalisis untuk
mengetahui keputusan kaedah PdPc yang dijalankan secara biasa dan selepas intervensi
dilakukan. Soal selidik terbuka digunakan kerana pengkaji memerlukan jawapan (data)
daripada responden yang menghuraikan dengan lebih mendalam tentang sesuatu
pandangan terhadap soalan yang diberikan. Penggunaan kaedah soal selidik secara
terbuka dapat mengukuhkan lagi data-data yang dikumpul dengan menggunakan kaedah-
kaedah lain selain soal selidik. Responden akan menjawab soal selidik dengan menulis
jawapan dan pandangan di ruang jawapan pada borang yang telah diedarkan.

Jadual 5 menunjukkan item-item soal selidik terbuka beserta dengan respon


daripada peserta-peserta kajian sebelum intervensi dijalankan.

Item M01 M02 M03 M04 M05 Ulasan

1.“Adakah “Kurang “Kurang “Saya minat “Kurang “Tidak Semua


anda berminat berminat. dengan topik berminat berminat peserta
berminat kerana Saya suka Jata Negara sebab cikgu kerana kajian
dengan bosan dan tengok tapi saya lagi bercakap bosan” tidak
topik Jata banyak video tapi suka dekat depan. berminat
Negara? latihan”. cikgu bagi membuat Saya nak dengan
banyak aktiviti- tengok mata
latihan”. aktiviti” video”. pelajaran
Sejarah.
Dua
daripada
kalangan
mereka
menyatak
an
bahawa
menonto
n video
merupak
an aktiviti
yang
digemari.

2.“Adakah Tidak. Tidak. “Tidak. “Tidak ingat “Tidak Semua


anda Simbol Banyak Banyak kerana ingat peserta
mudah terlalu perkara simbol yang banyak kerana kajian
mengingati kecil. yang perlu perlu perkara perlu susah”. menyatak
makna- diingati”. diingati” diingati”. an
makna bahawa
yang mereka
terdapat tidak
pada ingat
lambang akan
Jata makna-
Negara? makna
Mengapa?” yang
terdapat
pada
lambang
jata
negara.
Tiga
daripada
mereka
menyatak
an
bahawa
banyak
perkara
yang
perlu
diingati.

3. “Adakah “Tidak “Tidak “Tidak “Tidak “Tidak Semua


anda berminat berminat berminat berminat berminat. responde
berminat kerana kerana kerana guru kerana Sebab n
dengan banyak bosan banyak bosan”. malas memberi
kaedah kerja bosan” bercakap” belajar jawapan
PdPc yang sekolah dan “tidak
dilakukan yang berasa berminat”
oleh guru diberi” bosan”. .Empat
anda? daripada
Mengapa?” responde
. n
memberi
alasan
“membos
ankan”
manakala
seorang
responde
n
memberi
alasan
“malas
untuk
menyiapk
an kerja
sekolah”.

4. “Adakah “Ya. Warna “Ya. Saya “Ya. ”Ya. Saya “Ya. Semua
anda itu menarik suka guna Mewarna dapat Saya responde
menyukai saya untuk gam dan adalah hobi mewarnakan dapat n
penggunaa belajar gunting saya”. dan menggun menyukai
n warna, dengan dan warna membuat akan penggun
alatan dan seronok”. kerana sesuatu kraf pensil aan
bahan tidak dengan warna alatan,
dalam bosan” seronok”. saya dan bahan
sesebuah tidak dan
PdPc? bosan”. warna
Mengapa?” dalam
PdPc.Du
a
daripada
mereka
menyatak
an
bahawa
ianya
tidak
membosa
nkan dan
dua
daripada
mereka
menyatak
an
bahawa
ianya
seronok.
Jadual 8: Kesimpulan Analisis Soal Selidik Sebelum Intervensi.

Bil item. Setuju (%) Kurang/Tidak Setuju (%)


1. Adakah kamu
berminat dengan Topik 20 80
Jata Negara? Mengapa?
2.“Adakah anda mudah
mengingati makna-makna
yang terdapat pada
lambang Jata Negara?
Mengapa?” 0 100

3. “Adakah anda berminat


dengan kaedah PdPc yang
dilakukan oleh guru anda? 0 100
Mengapa?”.
4. “Adakah anda menyukai
penggunaan warna, alatan
dan bahan dalam sesebuah 100 0
PdPc? Mengapa?”
Jadual 6 menunjukkan item-item soal selidik terbuka beserta dengan respon daripada
peserta-peserta kajian selepas intervensi dijalankan.

Item M01 M02 M03 M04 M05 Ulasan


1. “Adaka “Ya”. “Ya”. “Ya”. “Ya”. “Ya”. Semua
h anda responden
bermin suka
at melakukan
dengan aktiviti
topik membuat
Jata penanda
Negara buku Jata
Negara.
2. “Adaka “Ya “Boleh “Ya “Ya sebab Semua
h anda keran sedikit “Boleh kerana banyak responden
mudah perkataa kerana ingat mengguna menggguna menyataka
mengin n yang perkataa sedikit kan kan pensil n bahawa
gati digunaka n kerana banyak warna mereka
makna- n itu ringkas”. saya ada alatan dan warni” boleh ingat
makna mudah” menulis warna”. makna-
lamban isi . makna
g yang penting”. yang
terdapa dipelajari di
t di dalam topik
dalam Jata
topik Negara.
tersebu Dua
t? . responden
Menga . mengaitkan
pa?” nya dengan
penggunaa
n pensil
warna yang
berwarna
warn. Dua
orang
responden
menyataka
n bahawa
perkataan
yang ditulis
adalah
mudah dan
ringkas.
3. “Adaka
h anda “Ya. “Ya. “Ya Ya kerana “”Ya. Saya Tiga
berminat Sebab Kerana kerana saya suka daripada
dengan tidak tidak saya dapat mewarna” responden
aktiviti mengant mengant suka menggunti menyataka
tersebut? uk”. uk” membuat ng dan n
Mengapa?” aktiviti mewarna” penggunaa
menggunt n alatan
ing dan ” dan bahan
berwarna
warni
adalah
punca
mereka
minat
membuat
aktiviti
tersebut.
Manakala,
dua orang
responden
menyataka
n bahawa
aktiviti
tersebut
tidak
membuatka
n mereka
berasa
mengantuk.

4.“Adakah “Suka “Suka. “Suka “Suka. “Sangat Semua


anda kerana Penanda sangat. Warna suka. Saya responden
menyukai penanda buku Saya yang dapat suka akan
penggunaan buku saya suka digunakan hasilkan penggunaa
warna di yang nampak mewarna” bewarna penanda n warna
dalam saya menarik” . warni”. buku yang dalam
proses hasilkan . cantik”. aktiviti
membuat nampak penghasila
penanda cantik”. n penanda
buku?” buku.
Empat
daripa da
mereka
menyataka
n bahawa
penanda
buku yang
dihasilkan
menarik
dan cantik.
Jadual 9: Kesimpulan Analisis Soal Selidik Selepas Intervensi.

Bil item. Setuju (%) Kurang/Tidak Setuju (%)


1. Adakah anda
berminat dengan 100 0
topik Jata Negara?

2. “Adakah anda mudah


mengingati makna- 0
makna lambang yang 100
terdapat di dalam
topik tersebut ?
Mengapa?”

3. Adakah anda
berminat dengan
aktiviti tersebut? 100 0
Mengapa?”

4. “Adakah anda
menyukai
penggunaan warna di 100 0
dalam proses
membuat penanda
buku?”

5.6.3 Analisis Ujian Pra dan Pasca


Antara analisis yang digunakan oleh pengkaji ialah analisis ujian pra dan pasca.
Ujian Pra telah dijalankan terhadap peserta setelah pengkaji melaksanakan PdPc berkaitan
dengan topik Jata Negara tanpa menggunakan kaedah intervensi iaitu kaedah membentuk
dan membuat binaan (membuat penanda buku). Peserta kajian melakukan intervensi sedara
individu. Ujian Pasca pula dijalankan setelah guru menjalankan PdPc dengan menggunakan
kaedah membentuk dan membuat binaan dengan menghasilkan penanda buku Jata Negara
bagi melihat sejauh mana pembabitan kecerdasan psikomotor dalam kaedah secara hands-
on, penggunaan medium menulis berwarna-warni yang digunakan dalam intervensi yang
dicadangkan oleh pengkaji.
Ujian pra dan pasca yang telah dibina adalah sama antara satu sama lain. Namun,
ianya telah diolah daripada aspek struktur ayat. Ujian pra dan pasca yang dijalankan oleh
pengkaji mengandungi lapan soalan subjektif yang perlu dijawab oleh peserta kajian dalam
tempoh masa yang ditetapkan. Instrumen soalan dalam ujian pra yang mengandungi 8
item soalan adalah berkaitan dengan topik Jata Negara dalam tahun 5. Setiap satu
soalan mewakili 1 markah (12.5%). Sekiranya 8 soalan dijawab dengan betul, maka
mereka akan memperolehi 8 markah (100%).

Seterusnya, Ujian Pos yang menggunakan instrumen ujian dan format


pemarkahan yang sama ini juga akan diberikan sekali lagi kepada responden. Ia
diberikan selepas pendekatan pendekatan intervensi bidang membentuk dan
membina (Pendidikan Seni Visual) dijalankan ke atas peserta kajian. Instrumen ujian
yang digunakan di dalam Ujian Pra dan Ujian Pos yang dijalankan ini adalah untuk
melihat peningkatan minat dan penguasaan kandungan melalui penggunaan kaedah
bidang membentuk dan membina PSV (membuat penanda buku) dijalankan ke atas peserta
kajian.

Kriteria permakahan juga turut ditetapkan berdasarkan jadual 2.

Jadual 2

Jawapan Subjek Kajian Markah yang diperolehi


Jawapan betul 1
Jawapan salah 0
Tiada jawapan 0

Jadual di atas digunakan sebagai panduan pemarkahan jawapan peserta kajian


untuk ujian pra dan pasca. Bagi jawapan yang betul 1 markah akan diberikan .
Manakala untuk jawapan yang salah atau tiada jawapan yang diberikan 0 markah
akan diberikan. Kemudian markah akan dijumlahkan dalam bentuk skor dan
ditukarkan kepada peratusan bagi melihat pencapaian peserta kajian sebelum dan
selepas intervensi dijalankan.

Jadual 3
Gred dan Peratusan Bagi Ujian Pra dan Pasca

Gred Markah Pencapaian


(%)
A 80-100 Cemerlang
B 60-79 Baik
C 40-59 Sederhana
D 20-39 Lemah
E 0-19 Sangat Lemah

Jadual 4: Keputusan Ujian Pra

NO.SOALAN
NAMA i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. SKOR (%) GRED
M01 X / X / / X / X 4 50 C
Iqmal
M02 X / / X X X / X 3 37.5 D
Danish
M03 / / X X X X / X 3 37.5 D
Husna
M04 X / / X X / / X 4 50 C
Dhalisa
M05 X / / X / X / X 4 50 C
Afrina

Jadual 4 menunjukkan pencapaian awal peserta kajian sebelum intervensi


dijalankan oleh pengkaji. Berdasarkan analisis, keputusan yang diperolehi oleh
peserta M01, M04 dan M05 telah memperoleh keputusan yang sama iaitu gred C
dan markah sebanyak 50%. Mereka menjawab 4 soalan dengan betul daripada 8
soalan yang telah disediakan. Peserta M02 dan peserta M03 juga memperoleh
keputusan yang sama iaitu mendapat gred D dan memperoleh markah sebanyak
37.5%. Mereka memperoleh 3 jawapan yang betul daripada 8 soalan yang telah
disediakan.
Berdasarkan analisis keputusan ujian pra di atas, dapat dikenalpasti bahawa
tahap pencapaian peserta kajian terhadap tajuk ini adalah sederhana (40%-59%)
dan lemah (20%-39%). Tiga daripada kalangan mereka memperoleh gred C
manakala dua daripada kalangan mereka memperoleh gred D. Tiada yang
memperoleh keputusan baik dan cemerlang. Setelah ujian pra dijalankan, pengkaji
menjalankan proses PdPc menggunakan intervensi yang telah dirancang iaitu
kaedah membentuk dan membuat binaan (membuat penanda buku) bagi
meningkatkan minat murid terhadap topik Jata Negara.

Jadual 5

Keputusan Ujian Pasca

NO.SOALAN
NAMA i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. SKOR (%) GRED
M01 / / / / / X / X 6 75 B
Iqmal (50-75
Peningkatan:
25)
M02 X / / / X / / X 5 62.5 B
Danish (37.5-62.5
Peningkatan:
25)
M03 / / / / / X / X 6 75 B
Husna (37.5-75
Peningkatan:
37.5)
M04 / / / / / / / / 8 100 A
Dhalisa (100-50
Peningkatan:
50%)

M05 / / / / / / / / 8 100 A
Afrina (100-50
Peningkatan:
50%)

Setelah intervernsi kaedah membentuk dan membina (membuat penanda


buku) dijalankan dalam PdPc, pengkaji telah melaksanakan ujian pasca pula untuk
mengukur keberkesanan kaedah yang telah digunakan. Jadual 5 menunjukkan
keputusan ujian pasca tahap penguasaan peserta kajian dalam topik Jata Negara.

Analisis menunjukkan terdapat peningkatan yang ketara dalam ujian pasca.


Peserta M01 dan M03 mendapat markah yang sama iaitu sebanyak 75 % dan gred
B iaitu berada di tahap yang baik. Markah M01 meningkat sebanyak 25% manakala
M03 mengalami peningkatan markah sebanyak 37.5%. Peserta M04 dan M05 turut
memperoleh markah yang sama iaitu sebanyak 100% di mana tiada kesalahan
yang dilakukan. Peningkatan yang sama diperoleh oleh M04 dan M05 iaitu sebanyak
50%. Peserta M02 adalah peserta yang mendapat markah paling rendah pada ujian
pra dan pasca. Namun begitu, berlaku peningkatan dalam ujian pasca yang telah
dilakukan iaitu sebanyak 25%.

6.0 DAPATAN KAJIAN


Hasil kajian telah menunjukkan bahawa kaedah membentuk dan membina mampu
meningkatkan minat murid Tahun 5 terhadap topik Jata Negara. Secara khususnya
bahagian ini akan mengupas dengan lebih terperinci tentang dapatan kajian yang telah
dijalankan bagi mencapai persoalan kajian iaitu:

1) Sejauh manakah kaedah bidang membentuk dan membina PSV berkesan


dalam mewujudkan fokus murid dalam PdPc mata pelajaran Sejarah ?
2) Adakah minat murid dapat ditingkatkan dengan membuat aktiviti membentuk
dan membina PSV?

Jadual 14: Perbezaan Skor Peserta Kajian Dalam Ujian Pra Dan Ujian Pasca

Peserta Skor Ujian Peratusan Skor Ujian Peratusan Peningkatan


Kajian Pra Pasca (%)
(/8) (/8)

M01 4 50 6 75 25
M02 3 37.5 5 62.5 25
M03 3 37.5 6 75 37.5
M04 4 50 8 100 50
M05 4 50 8 100 50

6.1 Adakah minat murid terhadap PdPc Sejarah dapat ditingkatkan dengan
membuat aktiviti membentuk dan membina PSV?

Bagi menjawab persoalan kajian yang pertama, bukti kukuh yang menunjukkan
bahawa objektif kajian tercapai ialah melalui keputusan ketiga-tiga sumber data iaitu
analisis data dari ujian pra dan pasca, pemerhatian dan soal selidik terhadap peserta
kajian.
Berdasarkan analisis keputusan ujian pra dan ujian pasca, pengkaji mendapati
bahawa sebelum peserta kajian dibimbing dengan menggunakan kaedah membentuk dan
membina PSV, keputusan ujian berada pada tahap yang sangat lemah walaupun peserta
kajian telah pun mempelajari topik yang terkandung dalam ujian ini di dalam PdPc yang
lalu. Hal ini menunjukkan bahawa murid tidak minat terhadap PdPc topik Jata Negara
seterusnya mempengaruhi tahap penguasaan kandungan topik ini. Perkara tersebut telah
menyumbang kepada kesukaran untuk peserta kajian menjawab soalan ujian. Semasa
menanda kertas ujian pra, pengkaji mendapati peserta kajian melakukan banyak
kesalahan terutamanya pada soalan lapan yang berbentuk fakta. Selain itu, murid juga
didapati lemah dalam soalan satu, empat dan enam. Kesemua jawapan terhadap soalan-
soalan tersebut memerlukan penulisan struktur jawapan yang agak panjang dan
mengelirukan. Bagi menyelesaikan masalah ini, pengkaji telah menggunakan kaedah
membentuk dan membina PSV dengan menghasilkan hasil karya penanda buku berbentuk
Jata Negara. Dalam aktiviti membuat penanda buku tersebut, semua makna bagi simbol-
simbol yang terdapat dalam Jata Negara telah ditulis dengan ringkas oleh peserta di
bahagian belakang penanda buku. Hal ini kerana, faktor saiz penanda buku yang kecil dan
sesuai dengan penulisan yang ringkas sahaja. Berdasarkan aktiviti menulis makna simbol-
simbol yang terdapat di bahagian belakang Jata Negara, peserta kajian akan mudah
mengingatinya kerana ia ditulis oleh mereka sendiri. Tambahan pula, ayat yang ditulis oleh
mereka dengan bimbingan pengkaji adalah ringkas sekaligus memudahkan mereka mudah
mengingatinya. Penggunaan warna-warna yang pelbagai dalam ayat-ayat yang ditulis
membantu memberi ransangan kepada minda mereka. Sekiranya peserta kajian kerap
membaca dan menggunakan penanda buku tersebut, sudah pasti mereka akan lebih
mengingati makna-makna simbol yang terdapat di penanda buku tersebut. Hasilnya, dapat
dilihat bahawa murid minat akan topik ini berbanding dengan penggunaan kaedah biasa
dan dapat menjawab ujian pasca dengan lebih baik dan tidak melakukan kesilapan yang
banyak berbanding ujian pra. Walaupun terdapat beberapa kesalahan yang dilakukan
namun peningkatan markah yang ketara dapat dilihat dalam ujian pasca yang dijalankan
setelah intervensi dilakukan.

Melalui analisis pemerhatian sebelum dan semasa yang dilakukan, berlaku


perbezaan ketara di antara keduanya. Dalam pemerhatian sebelum intervensi di jalankan,
semua peserta didapati kerap melakukan kesalahan seperti mengelamun, bergantung
kepada guru untuk mendapatkan jawapan, menganggu rakan sekelas dan tidak fokus
semasa guru mengajar di hadapan kelas. Setelah intervensi dijalankan, kekerapan murid
melakukan kesalahan-kesalahan tersebut berkurang dengan ketara. Mereka lebih fokus
dengan aktiviti membuat penanda buku tersebut. Mereka juga tidak lagi mengelamun
kerana aktiviti tersebut memerlukan fokus dari aspek kognitif dan kecerdasan psikomotor.
Bagi mewarna dan menulis simbol-simbol jata negara beserta maksudnya di belakang
penanda buku, mereka tidak bergantung kepada guru kerana mereka diberi kelonggaran
untuk merujuk buku teks. Di samping itu, aktiviti membuat penanda buku tersebut
memfokuskan penggunaan psikomotor halus murid iaitu dengan aktiviti menggunting,
menampal dan menulis makna bagi simbol yang terdapat dalam Jata Negara. Aktiviti ini
telah dapat menghilangkan bosan peserta kajian dan mengelakkan mereka daripada
mengelamun seperti dalam kaedah PdPc yang berpusatkan buku teks dan penerangan
guru semata-mata. Keseronokan dan fokus dalam membuat aktiviti mendorong mereka
untuk minat akan topik ini. Kenyataan tersebut dapat diperkukuhkan lagi dengan pendapat
yang diberikan oleh Mary Tan Mui Yee (2009) yang menyatakan bahawa pembelajaran
melalui ‘hands-on’ dapat memberikan murid-murid pengalaman sebenar tehadap konteks
pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah. Penggunaan pen, pensil warna dan
kertas berwarna-warni telah membantu merangsang perhatian, daya tarikan, kognitif dan
minat murid terhadap penghasilan penanda buku tersebut. Kognitif murid-murid yang
terangsang oleh penggunaan warna yang pelbagai itu memudahkan mereka untuk
mengingati simbol dan makna simbol dengan lebih cepat dan mudah. Penggunaan
psikomotor halus dan daya ransangan minda terhadap penggunaan bahan yang berwarna-
warni juga telah menghasilkan sebuah pembelajaran yang bermakna buat murid-murid.
Bagi tujuan menghias penanda buku tersebut, mereka tidak bergantung kepada guru
kerana telah diberi kebebasan untuk mengikut kreativiti masing-masing. Semasa proses
penghasilan penanda buku tersebut berlangsung, mereka didapati sangat tekun dan teruja
untuk mewarna dan menghias hasil karya yang dilakukan oleh mereka. Segala perubahan
tingkah laku semasa intervensi dijalankan dicatit oleh pengkaji dalam borang senarai
semak. Perubahan ketara yang ditonjolkan oleh peserta kajian membuktikan bahawa minat
murid terhadap topik Jata Negara dapat ditingkatkan melalui kaedah membentuk dan
membina PSV.

Soal selidik yang dilakukan ke atas peserta kajian turut membuktikan peningkatan
minat mereka terhadap mata pelajaran Sejarah khususnya topik Jata Negara itu sendiri.
Sebelum intervensi dijalankan, murid menyatakan bahawa mereka tidak menyukai kaedah
PdPc yang dijalankan oleh guru. Mereka menyatakan bahawa bosan dan mengantuk
sering terjadi terhadap diri mereka. Namun, setelah aplikasi bidang membentuk dan
membina dijalankan dalam intervensi, mereka memberi respon yang baik iaitu mereka
lebih bersemangat untuk menjalani PdPc Sejarah. Antara alasan yang diberikan adalah
seperti penggunaan pelbagai warna yang menarik dalam penghasilan penanda buku,
aktiviti yang banyak menggunakan pergerakan dan penglibatan alatan menulis dan
mewarna. Aktiviti menggunting, menampal, mewarna dan menulis mengelakkan peserta
kajian daripada berasa mengantuk. Seterusnya, makna simbol yang dinyatakan di
belakang penanda buku ditulis dalam bentuk ringkas dan mudah membantu mereka untuk
mudah memahami dan mengingati maklumat-maklumat tersebut.

6.2 Sejauh manakah bidang membentuk dan membina PSV berkesan dalam
mewujudkan fokus murid dalam PdPc mata pelajaran Sejarah ?

Berdasarkan keputusan ujian pra dan pasca, didapati bahawa terdapat peningkatan
markah yang ketara sekaligus membuktikan bahawa fokus murid terhadap topik Jata
Negara melalui kaedah bidang membentuk dan membina PSV adalah lebih baik berbanding
penggunaan kaedah mengajar biasa. Peningkatan markah ujian pra dan pasca yang ketara
itu menunjukkan berlakunya fokus oleh peserta kajian yang mendorong kepada penguasaan
mereka terhadap kandungan topik tersebut.

Seterusnya, berdasarkan analisis pemerhatian yang telah dilaksanakan oleh pengkaji,


terdapat perubahan tingkah laku yang dapat dilihat dalam kalangan peserta kajian sebelum
dan semasa intervensi kaedah membentuk dan membuat binaan PSV dilakukan. Sebelum
intervensi dijalankan, pengkaji mendapati bahawa murid tidak memberi fokus semasa guru
mengajar, mengelamun, bergantung pada guru untuk mendapatkan jawapan dan
menganggu rakan-rakan lain. Walau bagaimanapun, analisis yang telah dilaksanakan ke
atas borang senarai semak menunjukkan perubahan yang positif terhadap peserta kajian
selepas intervensi menghasilkan penanda buku dilakukan. Murid memberikan respon yang
sangat baik apabila mula membuat penanda buku jata negara. Pengkaji berpendapat
bahawa amalan demonstrasi yang dilakukan oleh pengkaji dalam menghasilkan penanda
buku yang baik merupakan permulaan awal fokus peserta kajian dalam intervensi yang di
jalankan. Menurut Ramlah (1992) dalam Azizi Yahaya et al (), kaedah demonstrasi telah
lama dikenalpasti sebagai teknik yang paling berkesan kepada psikomotor. Hal ini kerana,
fokus yang diberikan murid dalam demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru membolehkan
murid memahami dengan jelas sekali tentang sesuatu proses penghasilan karya. Fokus
yang diberikan oleh peserta kajian dalam demonstrasi yang dilakukan oleh pengkaji itu
mempengaruhi peserta kajian untuk menghasilkan sebuah penanda buku yang menarik
mengikut kreativiti masing-masing. Setelah berakhirnya intervensi, ujian yang dilakukan juga
dapat dilakukan dengan baik tanpa meminta pertolongan guru dan rakan. Oleh itu, murid
akan lebih mengingati makna simbol yang terdapat di jata negara apabila mereka fokus
dalam mencari penyelesaian sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Hal ini kerana
mereka telah pun menguasai maklumat penting dalam topik berkenaan.

Kajian ini juga dikukuhkan lagi dengan dapatan kajian melalui kaedah analisis soal
selidik yang dijalankan sebelum dan selepas intervensi. Soal selidik yang diberikan adalah
dalam bentuk terbuka di mana murid bebas memberi jawapan terhadap persoalan yang
telah diberikan. Berdasarkan analisis, jawapan yang diberikan murid terdiri daripada
setuju/ya (cenderung kepada kajian) atau pun tidak setuju/tidak (tidak cenderung kepada
kaedah kajian). Huraian yang diberikan terhadap sesuatu soalan itu membantu
mengukuhkan lagi jawapan utama yang diberikan. Ini telah memudahkan urusan pengkaji
untuk membuat kesimpulan terhadap soalan-soalan yang disediakan.

Dalam soal selidik selepas intervensi dijalankan, peserta M01 dan M02 menyatakan
bahawa mereka berminat dengan aktiviti membuat penanda buku kerana ia tidak
mengundang mengantuk. Manakala peserta M04 dan M05 menyatakan bahawa mereka
suka aktiviti penanda buku kerana tertarik dengan penggunaan bahan yang berwarna-warni.
Berdasarkan huraian yang diberikan oleh peserta M01 dan M02, dapat dibuktikan bahawa
intervensi kaedah membentuk dan membuat binaan PSV mampu menarik fokus mereka
iaitu mengelakkan mereka daripada mengantuk. Peserta M03 pula telah menyatakan
bahawa beliau berminat dengan aktiviti membuat penanda buku tersebut kerana PdPc yang
dijalankan telah melibatkan perlakuan membuat aktiviti dan tidak hanya mendengar
penerangan guru semata-mata. Hal ini demikian kerana, dengan kaedah membentuk dan
membuat binaan ini, ia melibatkan murid-murid untuk memegang sesebuah alatan dan
bahan untuk menghasilkan sebuah hasil karya yang berbentuk objek yang mempunyai
kaitan dengan topik yang dipelajari. Perlakuan memegang alatan dan bahan tersebut telah
menyentuh aspek kecerdasan psikomotor murid-murid iaitu melalui pergerakan tangan
mereka. Melalui pergerakan otot-otot di bahagian tangan mereka, ia telah merangsang
mereka untuk lebih fokus dalam pengendalian alatan dan bahan tersebut seterusnya dapat
mendorong ke arah penghasilan hasil karya yang baik mengikut kreativiti masing-masing.
Haron (2009) dalam Saroja Dhanopal et al (2014) menyatakan bahawa pelbagai elemen
dalam seni visual membantu kanak-kanak untuk meneroka, berimaginasi dan mencipta apa
yang mereka inginkan. Jadi, adalah dipercayai bahawa seni mampu menyumbang kepada
pendidikan.

Huraian yang diberikan oleh peserta M04 dan M05 pula menunjukkan bahawa
penggunaan bahan yang berwarna-warni mampu menarik minat mereka. Penglibatan
elemen warna dalam pembelajaran murid sangat memberi kesan bukan sahaja terhadap
kecerdasan emosi, namun juga terhadap ransangan minda mereka. Penggunaan warna
yang pelbagau berbanding penggunaan satu jenis warna dapat memberi fokus terhadap
suasana dan perkara yang dipelajari sekaligus membantu mengukuhkan ingatan murid-
murid itu sendiri. Pemilihan warna yang bersifat cerah dan menonjol mampu merangsang
pemikiran serta ingatan peserta kajian supaya lebih aktif (Nurul Syuhadah, 2018).

Seterusnya, peserta M01 dan M02 juga menyatakan bahawa faktor mereka mudah
mengingati makna-makna yang terdapat pada simbol jata negara adalah kerana
penggunaan ayat yang mudah dan ringkas. Sekiranya peserta kajian menjalani sesi PdPc
dengan menggunakan kaedah membaca dan merujuk buku teks, mereka akan berhadapan
dengan masalah penggunaan ayat yang panjang dan kompleks. Penggunaan ayat yang
ringkas membantu merangsang pemikiran mereka untuk lebih fokus dan cepat ingat akan
sesebuah maklumat itu. Hhal ini kerana, tidak banyak maklumat yang perlu diingati dalam
satu masa.

Anda mungkin juga menyukai