Anda di halaman 1dari 3

MUHAMMAD SYAMIL BIN ZULKEFLY

TAHUN 4

SENARAI PERIBAHASA DAN SIMPULAN BAHASA DALAM BUKU TEKS TAHUN 4-6

PERIBAHASA MAKSUD
Alah membeli menang memakai Barang yang berkualiti memang mahal
harganya,tetapi dapat dipakai lama
Alang –alang berdakwat biar hitam Setiap kerja yang dibuat biarlah sempurna,
jangan separuh jalan sahaja.
Ayam tambatan Orang harapan dalam suatu pertandingan
atau perlawanan
Bagai aur dengan tebing Sikap tolong -menolong antara satu sama lain
Bagai bulan jatuh ke riba
Bagaimana acuan,begitulah kuihnya Anak mencontohi kelakuan ibu bapanya
Berat mata memandang,berat lagi bahu Betapa susah kita melihat kesusahan orang
memikul lain,terlebih susah orang yang menanggung
kesusahan itu.
Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing Suka duka sama-sama ditanggung /
semangat kerjasama
Berpantang maut sebelum ajal Tidak akan mati sebelum sampai waktunya
yang ditentukan tuhan
Besar hati Bangga / gembira
Bersatu teguh,bercerai roboh Kalau kita bersatu, kita akan menjadi kuat,
sebaliknya kalau kita berpecah, kita akan
menjadi lemah.
Biar putih tulang,jangan putih mata Lebih baik mati berjuang daripada
menanggung malu kerana menyerah kalah.
Ke bukit sama didaki,lurah sama dituruni Mengharungi kesenangan dan kesusahan
bersama-sama
Bulat air kerana pembentung,bulat kata kerana Kata sepakat yang dicapai dalam
muafakat mesyuarat/perbincangan.
Bulat hati Ikhlas /sungguh-sungguh
Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan Kalau seseorang mempunyai cita-cita, dia
akan berusaha untuk mencapainya
Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung Kita hendaklah menurut adat dan aturan
ditempat yang kita diami.
Harimau mati meninggalkan belang,manusia Setiap manusia dikenang kerana jasa yang
mati meninggalkan nama dilakukannya semasa hidup
Muafakat membawa berkat Sesuatu kerja yang dilakukan melalui
persetujuan bersama akan mendatangkan
Cikgu Nadia
hasil yang baik
Menara gading Pusat pengajian tinggi/universiti
Melentur buluh biarlah dari rebungnya Mendidik anak-anak biarlah dari kecil
Malang tidak berbau Sesuatu masalah atau musibah yang terjadi
scara tiba-tiba.
Kais pagi makan pagi,kais petang makan Orang miskin yang harus bekerja setiap masa
petang
Langkah seribu Melarikan diri dengan secepatnya kerana
takut
Pasang telinga Mendengar perbualan/ memberi perhatian
dengan mendengar
Seperti kacang lupakan kulit Orang yang tidak tahu mengenang budi
Tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas Adat yang tidak berubah/sesuatu yang tetap
utuh
Umpama tikus jatuh ke beras Perasaan suka /gembira kerana mendapat
keuntungan atau rezeki
Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih Sesuatu kejayaan tidak akan dapat dicapai
tidak dating melayang. tanpa usaha yang gigih.
Yang lama dikelek,yang baharu didukung. Adat lama diamalkan di samping budaya
hidup yang baru.
Tanah air Tempat kelahiran
Titik peluh Usaha yang sungguh-sungguh
Anak tunggal Tidak mempunyai adik-beradik lain
Air tangan Hasil kerja yang diusahakan seseorang
Kera sumbang Orang yang tidak suka bergaul dengan orang
lain.
Buah fikiran Pendapat/idea
Hati terbuka Menerima sesuatu dengan ikhlas
Lapang dada Perasaan lega/bersyukur
Membawa diri Tahu menjaga diri
Memerah keringat Berusaha dengan bersungguh-sungguh/gigih
Lupa daratan Lupa asal-usul apabila mendapat kesenangan
Murah hati Tidak kedekut
Orang berada Orang kaya
Menabur bakti Memberi sumbangan
Menghulur tangan Memberi pertolongan
Menambat hati Memikat Cikgu Nadia
Anak buah anak saudara / pengikut
Anak jati Penduduk asal
Anak didik Orang dibawah jagaan kita
Tangan terbuka Menerima kedatangan seseorang dengan
penuh sukacita/gembira.
Rambang mata Sukar membuat pilihan
Air muka Maruah diri/wajah seseorang
Berhati walang Dukacita/gelisah
Tergerak hati Timbul perasaan untuk melakukan sesuatu
Sekangkang kera Kawasan atau tanah yang sempit
Tulang empat kerat Menggunakan tenaga sendiri untuk melalukan
sesuatu.
Anak bujang Anak yang belum berkahwin
Seperti menatang minyak yang penuh Memelihara anak dengan penuh kasih-
sayang
Bagai dihiris sembilu Perasaan yang sangat sedih atau pilu
Hanya jauhari mengenal manikam Sesuatu ilmu itu hanya diketahui oleh
pakarnya.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di Walau bagaimana baik pun keadaan negara
negeri sendiri atau tempat lain, tempat atau negara kita
sendiri tetap lebih baik dan selesa.
Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak Berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu
berguna perkara supaya tidak menyesal dikemudian
hari.

Cikgu Nadia

Anda mungkin juga menyukai