Anda di halaman 1dari 28

MELENGKAPKAN CERITA

1.Lengkapkan karangan ini.

Pada waktu malam yang sepi, aku membaca buku di dalam bilik tidur.
Ibu dan bapaku belum pulang ke rumah. Jam menunjukkan tepat pukul
dua belas malam. Tiba-tiba..........

1. Aku terdengar bunyi ketukan pintu.


2. Aku bangun dan membuka pintu.
3. Aku ingat ibu dan bapa sudah pulang.
4. Aku membuka pintu tetapi tidak ada siapa pun di situ.
5. Aku berasa sangat hairan.
6. Aku masuk ke bilik semula.
7. Sekali lagi aku mendengar bunyi ketukan pintu.
8. Aku membuka pintu lagi.
9. Aku melihat satu lembaga yang besar di depanku.
10. Aku menjerit sekuat-kuatnya.
11. Aku mula berlari ke dalam rumah.
12. Aku terdengar seperti seseorang memanggilku.
13. Aku pun membuka mataku.
14. Ibuku berdiri di hadapan ku.
15. Rupa-rupanya aku telah bermimpi.

CEREKA

2.Pada hari Ahad yang lalu, anda sekeluarga berkelah di tepi pantai.
Semasa berkelah anda telah menyelamatkan seorang budak yang
lemas ketika mandi di laut. Ceritakan tindakan anda.

1.Pada hari Ahad, saya dan keluarga pergi berkelah.


2.Ramai orang berkelah pada hari itu.
3.Kami meletakkan barang kami di bawah pokok.
4.Saya pergi berenang.
5.Bapa dan adik saya bermain bola di tepi pantai.
5.Ketika saya sedang berenang, saya terdengar seperti seseorang meminta
tolong.
6.Suara itu sangat dekat dengan saya.
7.Saya mencari dari mana datangnya bunyi itu.
8.Saya melihat seorang budak lemas.
9.Saya menarik tangan budak itu dan berenang ke pantai.
10.Orang ramai di situ membantu saya mengangkat budak itu.
11.Bapa budak itu mengucapkan terima kasih kepada saya.
12.Saya gembira kerana dapat menolong seseorang.
CERITA

3.Tuliskan sebuah karangan tentang percutian anda sekeluarga ke


salah satu tempat peranginan yang terkenal pada cuti penggal
persekolahan yang lalu.

1.Pada cuti yang lalu, saya sekeluarga pergi ke Cameron Highlands.


2.Kami pergi dengan menaiki kereta ayah.
3.Dalam perjalanan, kami berbual-bual dengan gembira.
4.Tidak lama kemudian, kami pun tiba di Cameron Highlands.
5.Kami melihat ramai pelancong di sana.
6.Kami melawat ladang teh, ros dan limau.
7.Kami mengambil gambar di sana.
8.Kami membeli cenderahati untuk keluarga.
9.Kami juga tidak lupa untuk membeli strawberi.
10.Kami pulang pada pukul 5.00 petang.
11.Saya berasa gembira kerana dapat banyak pengalaman.
12.Saya berharap dapat melawat lagi ke sana.

CERITA

4.Pada cuti hujung minggu yang lalu, kamu telah pergi berkelah bersama
keluarga. Ceritakan pengalaman anda tersebut.

1. Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga pergi berkelah.


2. Kami pergi dengan menaiki kereta ayah.
3. Dalam perjalanan, kami berbual-bual dengan gembira.
4. Tidak lama kemudian, kami pun tiba di pantai Teluk Bahang.
5. Kami melihat ramai pengunjung di sana.
6. Kami meletakkan barang di bawah pokok.
7. Saya dan abang pergi berenang.
8. Adik dan kakak pula membina istana pasir di tepi pantai.
9. Selepas itu, kami makan bekalan yang dibawa.
10. Kami pulang pada pukul 5.00 petang.
11. Kami berasa letih tetapi gembira.
12. Kami berharap dapat pergi lagi ke sana.

CERITA

5.Tulis sebuah karangan tentang lawatan ke Zoo Negara.

1. Pada cuti yang lalu, kami sekeluarga pergi ke Zoo Negara.


2. Kami pergi dengan menaiki kereta.
3. Dalam perjalanan, kami berbual-bual dengan gembira.
4. Tidak lama kemudian, kami pun tiba di Zoo Negara.
5. Kami melihat ramai pengunjung di sana.
6. Kami melihat harimau, singa, monyet dan gajah.
7. Kami juga dapat melihat orang utan menari.
8. Kami juga melihat persembahan ular.
9. Selepas itu, kami makan tengah hari di sebuah gerai makan.
10. Kami pulang pada pukul 3.00 petang.
11. Kami berasa letih tetapi gembira.
12. Kami berharap dapat pergi lagi ke sana.

KEPERIHALAN

6. Semasa cuti sekolah yang lalu, kamu dan keluarga telah menziarahi
nenek dan datuk kamu di kampung. Ceritakan pengalaman kamu
berada di kampung.

1. Pada musim cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga pulang ke
kampung.
2. Di kampung saya menemani datuk ke dusunnya.
3. Ketika itu musim buah-buahan.
4. Pelbagai jenis pokok buah-buahan yang datuk tanam.
5. Antaranya buah rambutan, langsat dan dokong.
6. Saya membantu datuk memungut buah-buahan yang dikaitnya ke
dalam raga.
7. Saya berasa seronok dapat membantu datuk di kebunnya.
8. Udara di kampung juga nyaman dan segar.
9. Saya juga mandi di sungai.
10. Saya juga berjalan-jalan di sawah padi.
9. Di bandar banyak pencemaran asap kenderaan dan kilang.
10. Saya berasa seronok dan gembira berada di kampung.

KEPERIHALAN

7.Tuliskan sebuah karangan tentang sambutan hari ibu.

1. Pada 8 Mei yang lalu, keluarga saya telah menyambut Hari Ibu.
2. Pada hari itu, bapa membeli sebiji kek untuk ibu.
3. Kek itu sangat cantik.
4. Kakak memasak mi goreng.
5. Kami menyusun semua bahan makanan di atas meja.
6. Kami menjemput ibu dekat meja.
7. Kemudian, kami menyanyi lagu Selamat Hari Ibu.
8. Ibu pula meniup lilin pada kek itu.
9. Kami juga memberi hadiah kepada ibu.
10. Ibu berasa amat gembira apabila membuka hadiah itu.
11. Saya amat sayang akan ibu.
12. Saya berjanji akan membalas jasa ibu.

MENYAMBUNG CERITA

8. Hari semakin larut. Hujan renyai-renyai. Ibu dan ayah saya masih belum pulang.
Tiba-tiba....

1. Bekalan elektrik di rumah teputus.


2. Rumah menjadi gelap.
3. Saya mencari lilin di dapur lalu menyalakannya.
4. Tiba-tiba, saya terdengar ketukan pintu.
5. Saya takut untuk membukanya.
6. Saya berjalan perlahan-lahan ke arah pintu.
7. Saya terdengar suara orang.
8. Apabila saya membuka pintu, saya terlihat dua lembaga di luar rumah.
9. Saya berasa lega kerana ibu dan bapa telah pulang.
10. Mereka pulang lewat kerana ada pokok tumbang di jalan raya.
CERITA

9.Kamu sekeluarga pergi ke suatu majlis perkahwinan. Tulis pengalaman


kamu.

1. Pada hari Ahad lalu, saya pergi ke majlis perkahwinan.


2. Saya pergi dengan bapa dan ibu.
3. Ramai orang ada di situ.
4. Suasana di situ sangat meriah.
5. Saya sekeluarga makan nasi minyak.
6. Saya banyak makan ayam goreng.
7. Kedua-dua pengantin sangat cantik bagai pinang dibelah dua.
8. Ada pemuda-pemuda bermain kompang.
9. Pengantin bersanding di atas pelamin.
10. Saya berasa sangat gembira kerana dapat melihat suatu majlis perkahwinan.

CERITA GAMBARAN

10.Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Sekolah Idamanku”.

1. Setiap murid inginkan sebuah sekolah yang cantik.


2. Begitu juga dengan aku.
3. Antara cirri-ciri sekolah idamanku ialah bilik darjah yang cantik dan
ceria.
4. Guru-guru yang mengajar semuanya mesti baik.
5. Semua guru mesti sayang semua murid.
6. Aku mahukan persekitaran yang tenang dan selesa.
7. Aku mahu sekolahku dipenuhi dengan pokok bunga yang berwarna-
warni.
8. Aku inginkan rakan-rakan yang berdisiplin.
9. Aku berharap semua kawanku baik hati.
10. Aku berharap impianku menjadi kenyataan.

CERITA

11. Kamu mengikut bapa kamu untuk memancing ikan. Tuliskan pengalaman
kamu.

1. Pada hari Ahad lalu, saya dan bapa pergi memancing ikan.
2. Kami memancing ikan di sebatang sungai.
3. Kami pergi dengan menaiki kereta.
4. Kami membawa joran, umpan, mata kail dan baldi.
5. Kami mencari tempat yang redup.
6. Tiba-tiba, umpan saya dimakan ikan.
7. Saya mendapat seekor ikan yang besar.
8. Bapa pula mendapat lima ekor ikan.
9. Pada pukul 7.00 malam, kami pun pulang ke rumah.
10. Saya berasa sangat gembira kerana dapat pergi memancing ikan.

PENGALAMAN
12.Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Pameran Lukisan di Sekolah
Saya”

1. Kelab Seni Lukis sekolah saya mengadakan pameran.


2. Pameran ini diadakan di dewan sekolah.
3. Banyak ibu bapa datang untuk melihat pameran.
4. Pelbagai lukisan telah dipamerkan.
5. Pertandingan melukis dan mewarna juga diadakan.
6. Guru Besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
7. Para pemenang sangat gembira.
8. Pameran mendapat sambutan yang baik.
9. Orang ramai suka melihat pameran.
10. Saya berharap pameran lukisan akan diadakan lagi.

KEPERIHALAN
13. Sekolah kamu telah mengadakan Hari Sukan. Tulis sebuah karangan
mengenai hari sukan tersebut.

1. Pada hari Ahad yang lalu, sekolah saya mengadakan hari sukan.
2. Sukan itu diadakan di padang sekolah.
3. Sukan itu dirasmikan oleh Pengerusi PIBG.
4. Mula-mula murid-murid berjalan keliling padang.
5. Selepas itu, acara sukan pun dimulakan.
6. Antaranya adalah acara olahraga dan acara sukaneka
7. Acara pertama ialah lumba lari 100 meter.
8. Murid-murid bersorak semasa kawan mereka berlari.
9. Pasukan merah telah menjadi johan.
10. Guru besar menyampaikan hadiah kepada pemenang.
11. Sukan tamat pada pukul 2.00 petang.

PENGALAMAN
14.Pada cuti persekolahan yang lalu. Kamu berpeluang menyertai aktiviti
perkhemahan pengakap. Ceritakan peristiwa-peristiwa menarik yang berlaku
sepanjang perkhemahan itu.

1. Perkhemahan pengakap diadakan pada 12 April 2014.


2. Seramai 3 orang guru dan 30 orang murid terlibat.
3. Perkhemahan ini diadakan di tepi hutan.
4. Kami berkumpul di sekolah dan menaiki bas ke tapak perkhemahan.
5. Pemandangan sangat cantik sepanjang perjalanan.
6. Kami menurunkan barang setelah sampai di situ.
7. Kami mengikut kumpulan masing-masing selepas mendengar arahan guru.
8. Kami membuat tugasan yang diberikan.
9. Selepas mendirikan khemah, kami pun memasak.
10. Kami meredah hutan dan melihat banyak tumbuh-tumbuhan.
11. Pada waktu malam, kami membuat unggun api.
12. Pada malam akhir, kami adakan persembahan mengikut kumpulan.
13. Kami bersiap-siap untuk pulang.
14. Kami berasa seronok dan gembira.
15. Kami berharap dapat mengikuti perkhemahan seperti ini lagi.

CERITA

15.Kamu sekeluarga minat berkebun. Tuliskan pengalaman kamu berkebun.

1. Saya dan ayah suka berkebun.


2. Kami menanam sayur-sayuran.
3. Kami menanam sayur sawi, cili, kubis dan kacang panjang.
4. Setiap hari ayah menyiram sayur-sayuran itu.
5. Saya pula mencabut rumput-rumput di atas batas.
6. Setiap hari, ayah menyiram sayur-sayuran yang sudah besar.
7. Bapa menjual sayur-sayuran itu di pasar malam.
8. Bapa mendapat banyak duit.
9. Bapa menyimpan duit ke dalam bank.
10. Saya berasa sangat gembira kerana dapat menolong bapa.

CERITA

16.Ceritakan pengalaman kamu ketika melawat seorang pesakit di hospital.

1. Pada hari Ahad lalu, saya dan keluarga pergi ke hospital.


2. Kami melawat datuk yang sakit.
3. Datuk demam panas sejak semalam.
4. Saya bersalam dengan datuk sambil memberi buah tangan.
5. Datuk mengucapkan terima kasih.
6. Seorang doktor memberi ubat kepada datuk.
7. Ayah dan ibu berbual-bual dengan datuk.
8. Saya mengupas buah epal untuk datuk.
9. Pada pukul 7.00 malam, kami pun pulang.
10. Saya berdoa agar datuk cepat sembuh.

CERITA

17.Kamu sekeluarga berhari raya di rumah kawan kamu. Tuliskan suasana yang
kamu rasai pada hari itu.

1. Saya ada seorang kawan yang baik bernama Ali.


2. Pada hari Ahad itu, kami sekeluarga pergi ke rumahnya.
3. Ali merayakan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarganya.
4. Saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Ali.
5. Ali menjemput saya masuk ke dalam rumahnya.
6. Ibu Ali menghidangkan kuih raya dan lemang.
7. Saya makan sambil berbual-bual dengan Ali.
8. Bapa Ali memberi duit raya kepada saya.
9. Saya mengucapkan terima kasih.
10. Pada pukul 7.00 malam, saya pun pulang.

CERITA

18.Tuliskan pengalaman yang tidak dapat kamu lupakan semasa membantu jiran.

1. Saya ada seorang jiran yang baik bernama Abu.


2. Pada hari Ahad lalu, dia balik ke kampungnya.
3. Abu meminta saya sekeluarga menjaga rumahnya.
4. Pada suatu hari, saya nampak seorang pemuda yang bertopeng.
5. Dia berdiri dekat rumah jiran saya.
6. Dia membuka besi tingkap rumah Abu.
7. Dia cuba masuk ke dalam rumah Abu.
8. Saya memberitahu bapa tentang itu.
9. Saya cepat-cepat menelefon polis.
10. Polis datang lalu menangkap pencuri itu.
11. Abu pulang dari kampong, dia berterima kasih kepada kami sekeluarga.
12. Saya berasa sangat gembira kerana dapat menolong jiran saya.

KEPERIHALAN

19.Sekolah kamu tlah mengadakan pesta ria. Ceritakan tentang pesta ria itu.

1. Pada hari Ahad yang lalu, sekolah saya telah mengadakan pesta ria.
2. Pesta ria itu diadakan pada pukul 8.00 pagi.
3. Semua gerai telah bersedia untuk menjual barang masing-masing.
4. Ramai orang yang datang ke pesta ria itu.
5. Suasana pesta ria itu sangat meriah.
6. Banyak gerai menjual pelbagai barangan.
7. Acara sukaneka dan nyanyian juga diadakan.
8. Peraduan teka kacang juga diadakan.
9. Pesta ria itu tamat pada pukul 5.00 petang.
10. Selepas itu, semua orang pulang ke rumah.

MENGAKHIRI CERITA

20.Tuliskan sebuah karangan dengan diakhiri ayat berikut.

...................berasa amat gembira kerana mendapat banyak hadiah.

1. Pada hari Ahad lalu, ibu mengadakan majlis hari lahir saya.
2. Saya mengajak ramai kawan.
3. Ibu membeli sebiji kek yang cantik untuk saya.
4. Ibu juga telah membeli sehelai baju yang cantik untuk saya.
5. Kakak menghias ruang tamu dengan cantik
6. Bapa pula membeli minuman untuk para tetamu.
7. Pada pukul 7.00 malam, semua kawan sudah datang.
8. Mereka membawa pelbagai hadiah untuk saya.
9. Mereka menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi untuk saya.
10. Saya meniup api lilin lalu semua orang bertepuk tangan.
11. Kami makan sambil bermain permainan.
12. Saya berasa amat gembira kerana mendapat banyak hadiah.

CERITA

21.Kamu sekeluarga melawat ke sebuah zoo. Ceritakan pengalaman kamu.

1. Pada hari Ahad lalu, saya dan keluarga pergi ke Kuala Lumpur.
2. Kami pergi dengan menaiki kereta.
3. Saya berbual-bual dengan adik di sepanjang jalan.
4. Kami tiba di Zoo Negara.
5. Ayah membeli lima keping tiket.
6. Ada harimau, ular, gajah dan kuda di Zoo Negara.
7. Kami menonton pertunjukkan gajah.
8. Ada burung kakak tua yang pandai bercakap.
9. Pada pukul 5.00 petang, kami pun pulang.
10. Saya berasa sangat gembira kerana dapat banyak pengalaman.
PERBINCANGAN

22.Banyak kebaikan tinggal di desa. Jelaskan.

1. Desa ialah kampung.


2. Ada banyak faedah tinggal di kampung.
3. Pertamanya, kita dapat udara segar.
4. Ini kerana tiada pencemaran alam di desa.
5. Keduanya, kita dapat tolong-menolong sesama jiran sekampung.
6. Ketiganya. kita dapat mengamalkan gotong-royong.
7. Keempatnya, kita dapat melihat keindahan suasana desa.
8. Kelimanya, kita dapat merasa makanan kampung.
9. Banyak kebaikan tinggal di desa.
10. Oleh itu, semua orang mestilah menjaga keindahan kampung.

PERBINCANGAN

23.Tuliskan karangan yang bertajuk “Cara-cara menjaga kebersihan kawasan


perumahan”.

1. Menjaga kebersihan perumahan sangat penting.


2. Kawasan perumahan kita mestilah kita jaga.
3. Kita mestilah mengadakan gotong-royong.
4. Kita juga perlu aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan
perumahan kita.
5. Kita mestilah menanam tin-tin kosong.
6. Kita hendaklah mencuci longkang yang tersumbat.
7. Kita tidak boleh membuang sampah di merata-rata tempat.
8. Kita tidak boleh melakukan pembakaran terbuka.
9. Semua penduduk mestilah bekerjasama.
10. Negara bersih rakyat sihat.

PERBINCANGAN

24.Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Kepentingan Menyertai Kegiatan


Kokurikulum di Sekolah”

1. Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar kelas.


2. Kita dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah.
3. Kita dapat memupuk sikap bertanggungjawab.
4. Kita dapat belajar hidup bekerjasama dan berdikari.
5. Kita dapat belajar mematuhi peraturan.
6. Kita dapat belajar menjadi ketua.
7. Kita juga dapat kawan yang baharu.
8. Kita juga dapat berfikir dengan baik.
9. Kita mesti menyertai aktiviti kokurikulum.
10. Kita akan dapat banyak faedah.

PERBINCANGAN
25.Hidup berjiran banyak kebaikannya.Huraikan.

1. Jiran ialah orang yang tinggal setaman dengan kita.


2. Hidup berjiran sangat penting.
3. Hidup berjiran banyak kebaikkannya.
4. Pertamanya, kita dapat menolong jiran yang miskin.
5. Keduanya,jiran dapat menolong menjaga rumah kita apabila kita keluar.
6. Ketiganya, kita dapat bermain bersama-sama.
7. Keempatnya, kita dapat bertukar-tukar idea.
8. Kelimanya, kita dapat memupuk perpaduan.
9. Tanpa jiran hidup kita sunyi.
10. Oleh itu, kita mestilah menghormati jiran.

PERBINCANGAN

26.Bincangkan tajuk “Kebaikan Belajar Secara Berkumpulan”

1.Belajar secara kumpulan sangat baik.


2.Kumpulan ini ada yang besar dan kecil.
3.Kumpulan boleh diadakan di rumah atau di sekolah.
4.Kita boleh belajar bersama-sama.
5.Kalau tidak faham kita boleh menanya kawan.
6.Kawan yang pandai boleh membantu kawan yang lemah.
7.Masalah dapat diselesaikan bersama-sama.
8.Kita juga dapat berkongsi idea.
9.Kita boleh dapat banyak faedah.
10.Belajar secara berkumpulan memang banyak kebaikan.

FAKTA

27.Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “ Jagalah Kebersihan Tempat Tinggal Kita”

1.Kita perlu menjaga kebersihan tempat tinggal.


2.Kebersihan dapat menghindari penyakit.
3.Kita perlu mengemaskan tempat tidur.
4.Pinggan mangkuk mesti dicuci selepas digunakan.
5.Kita harus menyapu sampah.
6.Rumah menjadi kemas dan bersih.
7.Kita harus mencuci longkang-longkang.
8.Daun-daun kering juga perlu disapu.
9.Rumput yang panjang hendaklah dipotong.
10.Jika tempat tinggal bersih,hidup pun sihat.

BIOGRAFI

28.Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Ibu Saya”.


1. Saya mempunyai seorang ibu yang penyayang.
2. Nama ibu saya ialah Puan Ramlah.
3. Beliau berusia 29 tahun.
4. Ibu amat menyayangi saya.
5. Setiap pagi ibu akan mengejutkan saya bangun daripada tidur.
6. Setiap pagi ibu menyediakan sarapan untuk kami.
7. Ibu mengemas rumah dan sentiasa mementingkan kebersihan.
8. Saya selesa berada di rumah kerana bersih dan kemas.
9. Ibu selalu menasihati saya supaya menjaga kebersihan dan kesihatan diri.
10. Saya akan belajar bersungguh-sungguh.

BIOGRAFI

29.Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Jiran saya”

1. Saya ada seorang jiran yang baik bernama Abu.


2. Dia seorang yang baik hati.
3. Dia suka memberi buah-buahan kepada saya.
4. Dia selalu membantu saya menyiapkan kerja rumah.
5. Bapa Abu seorang doktor.
6. Ibu Abu pula seorang guru.
7. Setiap hari raya, mereka mengajak saya ke rumah mereka.
8. Pada masa lapang, kami pergi berjoging.
9. Anak-anak mereka suka bermain badminton dengan saya.
10. Saya berasa sangat gembira kerana ada jiran yang baik.

BIOGRAFI

30.Tuliskan sebuah karangan bertajuk ‘Sekolah Saya’.

1. Nama sekolah saya ___________________________________.


2. Sekolah saya sangat besar dan cantik.
3. Sekolah saya ada dua belas buah kelas.
4. Sekolah saya ada sebuah padang yang besar.
5. Sekolah saya juga ada banyak pokok bunga.
6. Kantin sekolah saya besar dan bersih.
7. Terdapat 26 orang guru di sekolah saya.
8. Guru-guru sekolah saya sangat baik dan penyayang.
9. Terdapat 230 orang murid di sekolah saya.
10. Murid-murid sekolah saya rajin belajar.
11. Sekolah saya selalu menjadi johan dalam pertandingan.
12. Saya sayang akan sekolah saya.

AUTOBIOGRAFI

31.Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Perpustakaan”

1. Aku sebuah perpustakaan.


2. Aku juga dipanggil pusat sumber.
3. Aku ada di sebuah sekolah yang besar.
4. Badan aku ada pelbagai jenis buku.
5. Murid-murid selalu menggunakan aku untuk belajar.
6. Murid-murid selalu meminjam buku dari badan aku.
7. Aku dijaga oleh guru media dan pustakawan.
8. Pustakawan menyusun buku dengan rapi.
9. Murid yang lambat hantar buku akan didenda.
10. Aku berasa sangat bangga kerana dapat menolong murid-murid.

AUTOBIOGRAFI

32.Tulis sebuah karangan yang bertajuk”Aku Sebuah Telefon Bimbit”

1. Aku sebuah telefon bimbit.


2. Namaku Samsung.
3. Aku dilahirkan di sebuah kilang.
4. Badan aku diperbuat daripada besi dan plastik.
5. Aku dihantar ke sebuah Kedai Telefon Bimbit.
6. Aku dipamerkan oleh pekerja kedai itu.
7. Hargaku RM 1178.00.
8. Pada suatu hari, seorang pemuda membeliku.
9. Tuan aku bernama Raagul.
10. Beliau menggunakan aku untuk berbual-bual dan menghantar “sms”
11. Beliau menjagaku dengan baik bagai menatang minyak yang penuh.
12. Aku berasa sangat gembira kerana berjasa kepada tuan aku.

DIALOG

33.Anda pergi ke kedai untuk membeli barang yang dipesan oleh ibu. Tulis
perbualan anda dengan penjual barang runcit itu.

Chee Ming : Saya mahu beli barang. Boleh pak cik tolong ?

Pak Cik Lim : Boleh. Banyakkah barang itu ?

Chee Ming: Tidak banyak. Ini senarainya.

Pak Cik Lim : Garam sebungkus, tepung sekilo, gula sekilo dan minyak
masak sebotol. Ini barang-barangnya.

Chee Ming : Ini duitnya, pak cik.

Pak Cik Lim : Ibu mahu masak apa ?

Chee Ming : Ibu hendak membuat kuih untuk minum petang.

Pak Cik Lim : Ini bakinya. Terima kasih. Datang lagi, ya.

Chee Ming : Sama-sama.


SURAT RASMI

34. Anda ingin melanggan majalah Dewan Pelajar selama 7 bulan. Tuliskan
sepucuk surat kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk tujuan tersebut.

No 92, Taman Indah,


Jalan Paya Besar
11900 Bayan Lepas,
Pulau Pinang.
______________________________________________________________________________
___

Penerbit
Dewan Bahasa dan Pustaka,
12345 Kuala Lumpur,
Selangor. 6 APRIL 2014

Tuan,

Langganan Majalah Dewan Pelajar

1. Merujuk perkara di atas, saya ingin melanggan Majalah Didik.


2. Saya hendak melanggan selama 7 bulan.
3. Bayaran majalah adalah sebanyak RM 21.00.
4. Saya akan kirimkan melalui wang pos.
5. Saya suka membaca majalah itu.
6. Saya dapat menambahkan ilmu.
7. Majalah ini sangat bagus.
8. Kawan-kawan saya pun suka membacanya.
9. Saya harap tuan menghantar majalah itu dengan segera.
10. Segala kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih.
11. Sekian, terima kasih.

Yang benar,
______________________
( RAMAN A/L KANNAN )

SURAT RASMI

35. Kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana terpaksa pulang melawat nenek
kamu yang sakit di kampung. Tulis sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk
memaklumkan perkara tersebut.

Lim Chin Chin


No 8, Taman Pelangi,
36700 Ipoh,
Perak.
______________________________________________________________________________
__

Guru Kelas 6 Cempaka,


SJK (C) Chong Cheng,
36700 Ipoh,
Perak. 9 APRIL 2014

Tuan,

Memohon Cuti

1. Merujuk perkara di atas, saya Lim Chin Chin tidak dapat hadir ke sekolah.
2. Saya tidak dapat hadir kerana mengikut keluarga pulang ke kampung.
3. Kami melawat nenek yang sakit di kampung.
4. Untuk makluman cikgu, nenek saya dimasukkan ke sekolah.
5. Saya akan bertanya kawan tentang kerja sekolah.
6. Saya berjanji akan menyiapkan semua kerja sekolah yang diberikan.
7. Saya akan hadir semula selepas itu.
8. Saya berharap cikgu menerima permohonan saya ini.
9. Sekian, terima kasih.
Yang benar,

__________________
( LIM CHIN CHIN )

SURAT TIDAK RASMI

36. Tuliskan sepucuk surat kepada nenek kamu yang bekas guru di kampung. Ceritakan
kepadanya tentang sambutan Hari Guru di sekolah kamu.

No 128,Taman Satu,
31350 Ipoh.
Perak.
5 Mac 2014

Menemui nenda di kampung semoga sihat dan sejahtera.

Nenda ,

Apa khabar ? Saya sihat di sini. Di harap nendai pun sihat di sana.

1.Sekolah cucunda baru sambut Hari Guru.


2.Kami berkumpul di dewan.
3.Guru-guru menyanyi beberapa lagu.
4.Guru Besar memberi ucapan.
5.Murid menyanyi dan menari.
6.Kami juga bermain dengan guru.
7.Kami makan dan minum di kantin.
8.Cucunda rindu akan nenek.
9.Cucunda akan balik kampung.
10.Harap nenek sihat dan gembira.

Setakat ini sahaja buat kali ini. Kirimlah salam mesra buat semua ahli keluarga disana.
Sekian.

Yang benar,

Meena
SURAT TIDAK RASMI

37.Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk menceritakan tentang


pengalaman anda bercuti ke kampung datuk anda.

No 40, Taman Indah


35000 Bayan Lepas,
Pulau Pinang.
12 Mac 2014

Menemui sahabatku, Roshini yang berada di Ipoh, semoga sihat.

Saudari,

Apa khabar ? Saya sihat di sini. Di harap saudari pun sihat di sana.

1. Pada cuti yang lalu, saya sekeluarga pulang ke kampung.


2. Kami pergi dengan menaiki kereta.
3. Dalam perjalanan,kami berbual bual.
4. Di kampung saya ,musim buah-buahan.
5. Kami pergi ke dusun datuk.
6. Kami juga memetik buah-buahan.
7. Selepas itu,kami makan buah-buahan.
8. Kami pulang pada pukul 5.00 petang.
9. Saya berharap dapat pulang ke kampung lagi.

Setakat ini sahaja buat kali ini. Kirimlah salam mesra buat keluarga saudari disana.
Sekian.

Sahabatmu,
Kumar
SURAT TIDAK RASMI

38. Kamu mengikut ibu pergi ke pasar malam Tuliskan sepucuk surat kepada
kawan untuk menceritakan pengalaman kamu.

No 42, Taman Raja,


35000 Puchong,
Selangor.
10 Mac 2014

Menemui sahabatku Swetta yang kini berada di Kuala Lumpur semoga sihat.

Saudari,

Apa khabar ? Saya sihat di sini. Di harap saudari pun sihat di sana.

1.Ahad lalu, saya dan ibu pergi ke pasar malam.


2.Kami pergi dengan menaiki kereta.
3.Ramai orang sedang membeli barang-barang di sana.
4.Suasana di pasar malam sangat riuh-rendah.
5.Ada banyak gerai menjual pelbagai barang.
6.Saya membeli sepasang kasut dan sehelai baju.
7.Ibu pula membeli ikan, ayam, sayur dan buah-buahan.
8.Saya juga membeli nasi ayam untuk makan malam.
9.Pada pukul 9.00 malam, kami pun pulang.

Setakat ini sahaja buat kali ini. Kirimlah salam mesra buat keluarga saudari disana. Sekian.

Sahabatmu,
Haliza
SURAT TIDAK RASMI

39. Sukaneka telah diadakan di taman perumahan kamu. Tuliskan sepucuk surat
kepada kawan kamu untuk menceritakan suasana sukaneka tersebut.

No 32, Taman Indah,


18000 Sungai Petani,
Kedah.
9 Februari 2014

Menemui sahabatku Ramlah yang berada di Ipoh dengan sihat dan selamatnya.

Saudari,

Apa khabar ? Saya sihat di sini. Di harap saudari pun sihat di sana.

1. Pada hari Ahad lalu, taman perumahan saya mengadakan sukaneka.


2. Banyak acara diadakan.
3. Ada acara tiup belon.
4. Ada acara tarik tali.
5. Ada acara lari dalam guni.
6. Suasana sangat meriah kerana ramai orang.
7. Saya masuk acara makan buah pisang.
8. Saya dapat tempat kedua.
9. Sukaneka tamat pada pukul 2.00 petang.
10. Saya berasa gembira kerana dapat bersukaneka.

Setakat ini sahaja buat kali ini. Kirimlah salam mesra buat keluarga saudari disana. Sekian.

Sahabatmu,
Haliza
SURAT TIDAK RASMI

40.Kamu baru bertukar ke sekolah berasrama penuh. Tulis sepucuk surat


kepada sepupu untuk menceritakan pengalaman kamu belajar di
sekolah baharu itu.

34A, Blok B,
Asrama SK Ampang,
31350 Gunung Rapat,
Perak.
24 Mac 2014

Menemui saudara Raju yang berada di Ipoh, semoga saudara dan keluarga sihat sejahtera.

Saudara,

Apa khabar ? Saya sihat di sini. Di harap saudara pun sihat di sana.

1.Tujuan saya ingin beritahu bahawa saya dapat belajar ke Sekolah berasrama
penuh.
2.Saya ingin beritahu pengalaman saya berada di sekolah ini.
3.Saya telah belajar di sini selama dua bulan.
4.Ada banyak perbezaan antara sekolah biasa dengan sekolah ini.
5.Kami mesti hadir ke kelas tambahan pada pukul 5.00 petang.
6.Setiap murid mesti mengambil bahagian dalam aktiviti sukan.
7.Murid-murid mesti belajar dari pukul 8.00 malam hingga pukul 10.00 malam.
8.Semua lampu bilik mesti dipadamkan jam 10.00 malam.
9.Saya seronok tinggal di sini kerana dapat berdikari.

Setakat ini sahaja buat kali ini. Kirimlah salam mesra buat keluarga saudara disana.
Sekian.

Sahabatmu,
Indran

SURAT TIDAK RASMI


41.Abang kamu telah mengutus surat untuk mengetahui persiapan
kamu menghadapi UPSR. Tuliskan surat balasan selengkapnya.

No 5, Jalan Satu,
Taman Permata,
31100 Sungai Petani,
Kedah.
25 Mei 2014

Menemui kakandaku yang berada di Ipoh dengan sihat dan selamatnya.

1.Terima kasih kerana menghantar surat.


2.Apa khabar kakanda di sana?
3.Tahun ini adinda akan menghadapi peperiksaan UPSR.
4.Adinda akan mengulangkaji pelajaran pada waktu malam.
5.Adinda juga belajar bersama kawan-kawan.
6.Selain itu, adinda belajar di kelas tuisyen.
7.Adinda lemah dalam pelajaran Bahasa Melayu.
8.Kalau tidak faham adinda akan tanya guru.
9.Harap kakanda doakan kejayaan adinda.
10.Semoga berjumpa lagi.

Setakat ini sahaja buat kali ini. Kirimlah salam mesra buat semua ahli keluarga disana.
Sekian.

Adindamu,
Kamal

SURAT TIDAK RASMI

42.Kamu telah berpindah ke sekolah baharu. Tuliskan sepucuk surat


kepada sahabat kamu di sekolah lama kamu untuk menceritakan
tentang sekolah baharu kamu.
No 5, Jalan Satu,
Taman Permata,
31100 Sungai Petani,
Kedah.
15 Mei 2014

Menemui kakandaku yang berada di Ipoh dengan sihat dan selamatnya.

Saudara,

1.Tujuan saya menulis surat ini, untuk memberitahu saudara bahawa saya sudah
berpindah ke sekolah baharu.
2.Sekolah saya terletak berhampiran pekan.
3.Terdapat lima buah bangunan di sekolah saya.
4.Sekolah saya besar dan luas.
5.Sekolah baharu saya bersih dan cantik
6.Murid di sekolah ini adalah seramai lima ratus orang.
7.Ada dua puluh buah belas kelas semuanya.
8.Ada empat puluh orang guru di sekolah saya.
9.Guru-guru dan rakan-rakan saya sangat peramah dan baik.
10.Saya sangat gembira dan seronok belajar di sini.
11.Saya harap saudara dapat membalas surat saya ini.

Setakat ini sahaja buat kali ini. Kirimlah salam mesra buat semua ahli keluarga disana.
Sekian.

Yang benar,
Karim

PERIBAHASA

43. Tuliskan sebuah karangan yang menggunakan peribahasa “Bagai


Mencurahkan Air ke Daun Keladi”.

1. Rizal seorang budak yang nakal.


2. Rizal suka merayau-rayau dan kacau ternakan orang.
3. Orang kampung mengadu kepada ibu bapanya.
4. Mereka menasihatinya. Tetapi dia masih buat juga.
5. Pada suatu hari, dia diserang lembu itu.
6. Rizal berlari lalu jatuh ke dalam parit.
7. Badannya luka-luka dan kakinya patah.
8. Dia dihantar ke hospital.
9. Setelah sihat, Rizal kacau lagi ternakan orang kampung.
10. Sikap Rizal ini seperti “mencurahkan air ke daun keladi”.

PERIBAHASA

44.Tulis sebuah karangan berkaitan peribahasa “Seperti Aur Dengan Tebing”

1.Pada hari Ahad lalu,saya dan keluarga bergotong- royong.


2.Bapa menyediakan cangkul, cat dan penyapu.
3.Ibu menanam pokok-pokok bunga di halaman rumah.
4.Kakak membersihkan longkang di depan rumah.
5.Abang pula mengecat dinding rumah.
6.Bapa menyapu dan saya mengutip sampah-sarap.
7.Apabila letih dan dahaga, kami pun minum.
8.Pada pukul 1.00 petang, kami habis bergotong-royong.
9.Kami berasa sangat gembira kerana kawasan rumah saya sudah cantik.
10.Kerjasama kami bagai aur dengan tebing.

PERIBAHASA

45.Tuliskan sebuah cerita bedasarkan peribahasa “Melentur buluh Biarlah daripada


rebungnya”.

1. Saya ada sebuah keluarga yang bahagia.


2. Ibu saya seorang suri rumah
3. Bapa pula seorang guru.
4. Saya ada tiga orang adik lelaki.
5. Seorang perempuan dan dua orang lelaki.
6. Ibu saya seorang yang tegas.
7. Setiap hari, beliau mengajar kami nilai-nilai yang baik.
8. Bapa pula selalu mengingatkan kami agar rajin belajar.
9. Beliau sentiasa membantu kami jika kami tidak faham sesuatu pelajaran.
10. Ibu bapa kami yakin dengan kami kerana mereka tahu bahawa
“melentur buluh biarlah daripada rebungnya”.

PERIBAHASA

46.‘Sepert Kacang Lupakan Kulit’. Tulis sebuah cerita mengenai


peribahasa tersebut.

1.Pak Atan dan Mak Cik Limah tinggal di sebuah kampung.


2.Mereka hidup miskin,Pak Atan seorang nelayan.
3.Mak Cik Limah pula menjual kuih-muih.
4.Mereka ada seorang anak.Namanya Rudi.
5.Mereka sangat sayang akan Rudi.
6.Rudi berjaya belajar di universiti.
7.Sekarang Rudi menjadi seorang doktor.
8.Tetapi dia tidak mahu balik ke kampung.
9.Rudi malu kerana ibu bapanya miskin.
10.Sikap Rudi adalah seperti kacang lupakan kulit.

LAPORAN

47.Kawasan kediaman kamu mengadakan gotong-royong. Tulis laporan


selengkapnya.

LAPORAN GOTONG-ROYONG DI TAMAN AMAN

1. Taman Aman mengadakan gotong-royong.


2. Gotong-royong ini diadakan pada 1 April 2014.
3. Semua orang berkumpul di dewan.
4. Ada yang membawa cangkul,sabit dan cat.
5. Semua orang tolong-menolong semasa aktiviti gotong-royong.
6. Ada yang mencuci dan mengecat dewan.
7. Ada yang menebas lalang dan menanam pokok bunga.
8. Ada pula yang mencuci longkang
9. Semua penduduk gembira kerana kawasan taman sudah bersih.
10. Kami berharap aktiviti gotong-royong dapat diadakan pada setiap tahun.

Disediakan oleh, 5 APRIL 2014


___________________
(HASSAN BIN ISMAIL )

LAPORAN

48.Pada cuti semester yang lalu, kamu telah menyertai lawatan ke


beberapa buah tempat menarik. Kamu diminta menyediakan
laporan mengenai lawatan itu.

LAPORAN LAWATAN KE MELAKA

1.Pada cuti penggal yang lalu, kami pergi ke Melaka.


2.Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi.
3.Kami pergi dengan menaiki bas.
4.Kami sampai di sana pada pukul 11.00 pagi.
5.Kami melawat Muzium Melaka.
6.Selepas itu, kami melawat Kota A-Famosa dan Bangunan Stadthuys.
7.Kami makan di tepi pantai.
8.Kami gembira melihat pemandangan yang cantik.
9.Kami membeli buah tangan.
10.Pada pukul 5.00 petang kami pun pulang ke rumah.

Disediakan oleh , 20 MAC 2014


____________________
( AHMAD BIN RAMLI )

LAPORAN

49.Sekolah kamu telah mengadakan Hari Penyampaian hadiah. Tuliskan


laporan tentang hari tersebut selengkapnya.

1.Pada 8 Mac, 2014, sekolah saya mengadakan Hari Penyampaian Hadiah.


2.Guru-guru, ibu bapa dan murid-murid berkumpul di dewan.
3.Kami menyanyi lagu ‘Negaraku’.
4. Selepas itu, Guru besar memberi ucapan.
5.Guru besar memberi hadiah kepada murid yang berjaya.
6.Ada murid-murid menyanyi dan menari.
7.Pada pukul 12.00 tengah hari, semua pergi ke kantin untuk makan.
8.Kami pun pulang ke rumah.
9.Kami berasa sangat gembira.
10.Kami harap majlis ini akan didadakan lagi.

Disediakan oleh , 20 MAC 2014

______________________
(ROSHINI A/P GOVIND)

CATATAN

50.Kawan kamu mengadakan rumah terbuka semasa perayaan baru-


baru ini. Tuliskan catatan kamu pada hari itu.

30 September 2014

1.8.00 pagi
Saya dan keluarga pergi ke rumah kawan.
2.8.30 pagi
3.Kami tiba di rumah Ali.
4.Kami disambut oleh keluarga Ali
5.Saya mengucapkan selamat hari raya kepada keluarga Ali.
6.Ali mengucapkan terima kasih.
7.Saya minum air soya dan biskut yang dihidangkan.
8.Bapa Ali memberi saya duit raya.
9.7.00 malam
Kami pun pulang ke rumah.
10.Saya berasa gembira kerana dapat pergi ke rumah terbuka Ali.
CATATAN

51.Kamu sekeluarga balik ke kampung baru-baru ini. Tuliskan catatan


kamu.

26 Ogos 2014, Isnin

8.00 pagi
Saya dan keluarga pergi ke kampung nenek di Tapah.Kami pergi dengan menaiki kereta. Saya
berbual-bual dengan adik di sepanjang jalan.

9.30 pagi
Datuk dan nenek sangat gembira melihat kami tiba. Saya bersalam dengan mereka. Saya memberi
buah tangan kepada nenek.

12.00 tengah hari


Kami makan tengah hari bersama-sama.

2.00 petang
Saya mengikut datuk memancing ikan di sebatang sungai. Kakak pula membantu nenek untuk
memasak.

7.00 malam
Kami pun pulang. Kami berasa sangat gembira kerana dapat balik ke kampung.

CATATAN

52.Kamu telah menghadiri satu Kem Motivasi UPSR di sekolah.Tuliskan


catatan tentang kem motivasi tersebut.

20 APRIL 2014
Kami mendaftar diri dan simpan barang di bilik masing-masing.
Kami berkumpul di dewan.
Guru besar memberi ucapan.
Guru memberi taklimat tentang kem motivasi.

21 APRIL 2014
Para penceramah menasihati murid.
Kami diajar cara-cara menjawab soalan.
Kami berehat dan makan di kantin.
Kami juga menyanyi dan bermain.

22 APRIL 2014
Guru Besar menyampaikan cenderamata.
Kami balik dengan gembira.

CATATAN
53. Kamu sekeluarga telah bercuti ke Cameron Highlands. Tulis sebuah catatan tentang
lawatan anda itu.

11 Mac 2013, Isnin

8.00 pagi
Kami bertolak ke Cameron Highlands. Kami pergi dengan menaiki kereta ayah. Dalam
perjalanan, kami berbual-bual.

9.30 pagi
Kami tiba di Cameron Highlands. Kami melihat ramai pelancong di sana.

10.30 pagi
Kami melawat ladang teh. Kami dapat memetik daun teh. Kami juga melawat ladang bunga ros.

12.00 tengah hari


Kami makan di sebuah restoran.

2.00 petang
Kami pulang ke rumah. Kami sangat gembira.

CATATAN

54.Pada hari Ahad yang lalu, kamu dan keluarga pergi berkelah di air terjun. Tulis catatan kamu
pada hari tersebut.

12 April 2014, Selasa

7.00 pagi
Kami bersiap-siap pergi berkelah.

8.00 pagi
Ibu menyediakan makanan dan barang keperluan.

9.00 pagi
Kami sekeluarga bertolak dengan menaiki kereta ayah.

10.00 pagi
Kami tiba di Air Terjun Batu Kawan.

11.00 pagi
Kami mandi di air terjun.

12.00 tengah hari


Kami makan di tepi air terjun itu.

2.00 petang
Kami mandi sekali lagi sebelum pulang ke rumah.

4.00 petang
Kami pulang ke rumah.

5.10 petang
Kami tiba di rumah. Kami berasa seronok. Kami mahu pergi lagi ke sana.

BERITA

55. Pasukan bola sepak sekolah kamu telah menjuarai pertandingan


bola sepak peringkat daerah.Tuliskan berita itu untuk dimuatkan
dalam majalah sekolah.

TAIPING, Sabtu – Sekolah Kebangsaan Matang menjadi johan bola sepak peringkat daerah.

1. Lapan buah sekolah mengambil bahagian.


2. Ramai ibu bapa datang melihat.
3. Tempat pertandingan di padang sekolah.
4. Pemain bermain sungguh-sungguh.
5. Penonton bertepuk tangan.
6. Ada pemain yang luka.
7. Sekolah Kebangsaan Ampang telah menjadi johan.
8. Guru besar menyampaikan hadiah.
9. Pasukan yang menang sangat gembira.
10. Pasukan yang kalah dinasihatkan supaya tidak berputus asa.

UCAPAN

56. Kamu akan berpindah ke sekolah baharu kerana mengikut bapa


kamu bertukar ke tempat lain. Kamu diminta menyampaikan
ucapan dalam satu majlis yang diadakan. Tuliskan ucapan tersebut
selengkapnya.
1. Selamat pagi, Tuan Guru Besar dan kawan-kawan.
2. Terima kasih kerana memberi peluang untuk berucap.
3. Bapa saya akan bertukar kerja.
4. Saya berasa sangat sedih.
5. Selepas ini kita tidak akan berjumpa lagi.
6. Kita tidak dapat belajar dan bermain lagi.
7. Saya harap semua kawan tidak lupakan saya.
8. Terima kasih kepada guru kerana mengajar saya.
9. Saya akan selalu ingat kawan-kawan dan guru.
10. Saya harap dapat berjumpa lagi.

UCAPAN

57.Sebagai ketua murid, kamu diminta berucap pada hari perpisahan murid-murid
tahun enam. Guru besar dan guru-guru hadir pada majlis tersebut. Tuliskan ucapan
kamu selengkapnya.

Selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Guru besar, guru-guru dan rakan sekalian.

1. Saya berasa sangat sedih.


2. Saya ucapkan terima kasih kepda guru-guru.
3. Saya akan selalu ingat jasa guru.
4. Saya meminta maaf sekiranya ada kesalahan.
5. Saya mewakili murid-murid lain untuk meminta maaf.
6. Saya harap kawan-kawan tidak lupa jasa guru.
7. Kami berjanji akan menjaga nama baik sekolah.
8. Kami juga berjanji untuk mencapai cita-cita.
9. Saya harap guru-guru doakan kejayaan kami.
10. Sekian terima kasih.

SYARAHAN

58.Kamu telah mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk
syarahan anda ialah “Perlunya murid-murid mematuhi peraturan sekolah”. Tuliskan
syarahan kamu itu.

Terima kasih Tuan Pengerusi, Guru besar, guru-guru dan rakan-rakan. Tajuk syarahan saya ialah
“Perlunya murid-murid mematuhi peraturan sekolah”.

1.Peraturan sekolah mesti diikuti oleh murid-murid.


2.Peraturan jadikan murid-murid berdisiplin.
3.Murid-murid tidak boleh berambut panjang.
4.Selain itu, murid-murid tidak boleh ponteng.
5.Peraturan juga bermula dari rumah.
6.Kita mesti mengikut peraturan.
7.Murid-murid yang tidak mengikut peraturan akan didenda.
8.Peraturan jadikan kita baik.
9.Peraturan jadikan kita murid bertanggungjawab.
10.Kita hendaklah mengikut peraturan sekolah.

Sekian, terima kasih.

SYARAHAN

59.Kamu terpilih mewakili kelas dalam pertandingan syarahan ketika


Minggu Bahasa Melayu di sekolah.Kamu dihendaki menyampaikan
syarahan mengenai aktiviti hujung minggu di rumah.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, Tuan Guru
Besar, guru-guru serta rakan sekalian. Salam sejahtera dan selamat pagi saya ucapkan.

1. Hujung minggu merupakan hari cuti.


2. Hari yang selalu kita tunggu-tunggu.
3. Semua ahli keluarga akan berkumpul di rumah.
4. Kita boleh melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga.
5. Kita boleh bergotong-royong membersihkan rumah.
6. Kita juga boleh mencuci longkang dan menyapu daun-daun kering.
7. Hubungan antara ahli keluarga akan bertambah baik.
8. Kasih sayang kepada ahli keluarga bertambah.
9. Aktiviti-aktiviti seperti ini mesti dilakukan selalu.
10.Rumah bersih, hidup sihat.

Sekian, terima kasih.

WAWANCARA

60.Kamu selaku penerbit majalah sekolah telah mewawancara


seorang tokoh guru di sekolah.Tuliskan wawancara tersebut.

1.Rosli : Selamat pagi tuan.


2. Saya ucap tahniah kepada cikgu
3. Bilakah cikgu menjadi guru ?
4.Cikgu Roslan : Sejak 20 tahun yang lalu.
5.Rosli : Di manakah cikgu mula mengajar?
6.Cikgu Roslan : Saya mula mengajar di SK Seri Permai.
7.Rosli : Apakah perasaan cikgu menjadi tokoh guru ?
8.Cikgu Roslan : Saya berasa gembira dan bangga .
9.Rosli : Apakah nasihat cikgu kepada kami ?
10.Cikgu Roslan : Belajarlah rajin-rajin.
11.Rosli : Terima kasih cikgu kerana sudi diwawancara.

Anda mungkin juga menyukai