Anda di halaman 1dari 3

KARANGAN

SEKOLAH

AUTOBIOGRAFI

AKU

SEPASANG

KASUT

Aku mula __________ oleh seorang pereka kasut sekolah yang


terkenal di Malaysia. Setelah itu, aku menjalani proses pembuatan
di sebuah kilang kasut berjenama Adidas yang terletak di selatan
tanah air. Aku ______________ daripada kanvas dan campuran getah.
Setelah siap, aku ______________ rapi untuk dihantar ke sebuah
kedai alatan dan pakaian sekolah di Temerloh, Pahang.
Aku diletakkan di atas rak untuk _______________. Ramai
pelanggan yang tertarik melihat kecantikan dan ketelitian hasil
pembuatanku. Namun, hargaku yang agak mahal membuatkan
mereka melupakan hasrat untuk memilikiku. Hari berganti hari.
Satu persatu daripada rakan-rakanku di kedai itu telah __________
orang. Namun, aku tetap tidak berputus asa. Aku yakin suatu hari
nanti pasti ada pelanggan yang akan membeliku.
Pada suatu hari, seorang wanita datang ke kedai bersamasama anak perempuannya. Perempuan itu membelek-belek tubuh
badanku sehingga berpuas hati. Setelah wang bertukar tangan,
aku menjadi milik anak perempuannya, Fadwa. Aku _____________
pulang ke rumahnya dan _______________ di atas rak sementara
menunggu hari persekolahan tiba.
Setiap hari persekolahan, aku akan berkhidmat kepada tuanku
dengan sebaiknya. Aku bangga dapat melindungi kaki tuanku
daripada sebarang kecederaan. Aku juga ____________ dengan baik
oleh tuanku. Setiap hujung minggu, Fadwa pasti akan
memandikanku dengan penuh kasih sayang serta mencantikkanku
dengan sapuan kapur yang berwarna putih.
Malang tidak berbau. Pada suatu hari ketika kami pulang dari
sekolah, aku dan Fadwa terjatuh ke dalam parit kerana terlanggar
seketul batu.
Hadapan badanku terkoyak. Aku menangis
kesakitan. Namun, aku berasa terharu kerana aku masih
________________ lagi oleh tuanku.
Lama-kelamaan, koyakan pada badanku semakin besar dan
menyebabkan diriku menjadi tidak selesa. Suatu hari, ketika

pulang dari sekolah, aku dapati ada seorang rakan baru yang
menghuni tempat tinggalku selama ini. Rupa-rupanya ibu Fadwa
telah membelikan kasut sekolah yang baharu. Tugasku kini
_____________ alih oleh rakanku, sementara aku ______________ di
dalam almari kasut bersama rakan-rakanku yang tidak
_____________ lagi.
KARANGAN
SEKOLAH

AUTOBIOGRAFI

AKU

SEPASANG

KASUT

Aku mula direka oleh seorang pereka kasut sekolah yang


terkenal di Malaysia. Setelah itu, aku menjalani proses pembuatan
di sebuah kilang kasut berjenama Adidas yang terletak di selatan
tanah air. Aku diperbuat daripada kanvas dan campuran getah.
Setelah siap, aku dibungkus rapi untuk dihantar ke sebuah kedai
alatan dan pakaian sekolah di Temerloh, Pahang.
Aku diletakkan di atas rak untuk dipamerkan. Ramai
pelanggan yang tertarik melihat kecantikan dan ketelitian hasil
pembuatanku. Namun, hargaku yang agak mahal membuatkan
mereka melupakan hasrat untuk memilikiku. Hari berganti hari.
Satu persatu daripada rakan-rakanku di kedai itu telah dimiliki
orang. Namun, aku tetap tidak berputus asa. Aku yakin suatu hari
nanti pasti ada pelanggan yang akan membeliku.
Pada suatu hari, seorang wanita datang ke kedai bersamasama anak perempuannya. Perempuan itu membelek-belek tubuh
badanku sehingga berpuas hati. Setelah wang bertukar tangan,
aku menjadi milik anak perempuannya, Fadwa. Aku dibawa pulang
ke rumahnya dan disimpan di atas rak sementara menunggu hari
persekolahan tiba.
Setiap hari persekolahan, aku akan berkhidmat kepada tuanku
dengan sebaiknya. Aku bangga dapat melindungi kaki tuanku
daripada sebarang kecederaan. Aku juga dijaga dengan baik oleh
tuanku. Setiap hujung minggu, Fadwa pasti akan memandikanku
dengan penuh kasih sayang serta mencantikkanku dengan sapuan
kapur yang berwarna putih.

Malang tidak berbau. Pada suatu hari ketika kami pulang dari
sekolah, aku dan Fadwa terjatuh ke dalam parit kerana terlanggar
seketul batu.
Hadapan badanku terkoyak. Aku menangis
kesakitan. Namun, aku berasa terharu kerana aku masih digunakan
lagi oleh tuanku.
Lama-kelamaan, koyakan pada badanku semakin besar dan
menyebabkan diriku menjadi tidak selesa. Suatu har,i ketika
pulang dari sekolah, aku dapati ada seorang rakan baru yang
menghuni tempat tinggalku selama ini. Rupa-rupanya ibu Fadwa
telah membelikan kasut sekolah yang baharu. Tugasku kini diambil
alih oleh rakanku, sementara aku disimpan di dalam almari kasut
bersama rakan-rakanku yang tidak digunakan lagi.

Anda mungkin juga menyukai