Anda di halaman 1dari 2

Karangan jenis keperihalan

Karangan jenis keperihalan atau gambaran memerlukan anda


memerihalkan sesuatu kejadian, suasana, peristiwa, pengalaman dan
sebagainya.

Karangan ini memerlukan anda menceritakan sesuatu kejadian,


suasana, peristiwa, pengalaman dan sebagainya seolah-olah anda
sendiri mengalami situasi tersebut.

Anda dapat menggunakan daya imaginasi dan kekreatifan anda


untuk mengambarkan sesuatu situasi berdasarkan soalan.

Bagi menghasilkan sebuah karangan yang menarik, anda digalakkan


untuk menggunakan struktur umum karangan jenis ini, iaitu:
pengenalan, kemuncak dan penyelesaian.

Sekiranya anda mempunyai isi yang banyak untuk dikemukakan.


Cuba sampaikan dalam teknik yang menarik, iaitu: ringkas, padat
dan tidak membosankan. Elakkan penyampaian yang berulang-
ulang. Pastikan anda tidak membazirkan masa untuk menjawab
soalan berkenaan.
Soalan:
Semasa pulang dari sekolah, anda telah menyaksikan kemalangan
ngeri antara sebuah kereta dengan sebuah motosikal. Gambarkan
suasana pada ketika itu.

Ketika itu hujan turun dengan selebat-lebatnya, diselang-seli dengan


dentuman guruh dan kilat sambar-menyambar. Aku dan beberapa orang
murid lain yang terperangkap dalam kawasan sekolah menanti hujan teduh
dengan penuh gelisah. Jam menunjukkan angka 2 petang. Bermakna aku
sudah lewat 10 minit. Namun begitu, aku berasa lega kerana aktiviti
kokurikulum pada petang ini ditangguhkan atas sebab-sebab yang aku tidak
ketahui. Kira-kira pukul 2.30 petang, hujan mulai reda.

Murid-murid yang lain sudah mulai melangkah meninggalkan


sekolah. Ada yang berjalan kaki, ada yang menaiki basikal dan tidak kurang
juga yang menunggang motosikal. Aku turut menyertai rakan-rakan yang
lain. Setelah mengambil basikal, aku mengayuh meninggalkan kawasan
sekolah. Aku berbasikal dengan berhati-hati memandangkan keadaan jalan
yang licin.

Sebelum menghampiri jalan besar, aku melihat sebuah lori membawa


muatan kelapa sawit bergerak dengan perlahan. Di belakang lori tersebut ada
sebuah motosikal sedang memecut untuk memintasi lori itu. Nasib
penunggang motosikal itu agak malang kerana pada masa yang sama, sebuah
kereta yang datang dari arah yang bertentangan telah bertembung dengan
motosikal itu. Aku tergamam menyaksikan kemalangan yang berlaku di
depan mataku.

Akibat kemalangan tersebut, keadaan lalu lintas mengalami kesesakan


yang teruk. Mangsa ialah seorang pemuda India yang berusia dalam
lingkungan 20-an. Aku dapati beberapa orang mencuba mengangkat mangsa
untuk dibawa ke hospital. Dalam keadaan kelam-kabut itu, ambulans dan
anggota polis pun tiba. Polis mengawal lalu lintas manakala kakitangan
hospital mengangkat mangsa yang cedera ke dalam ambulans.

Tidak lama kemudian, keadaan kembali tenang, aku pulang ke rumah


dengan perasaan sedih dan berjanji akan sentiasa berhati-hati di jalan raya.

Anda mungkin juga menyukai