Anda di halaman 1dari 80

NOTA KOMSAS

NOVEL
SEJAMBAK
BAKTI
NOVEL:
SEJAMBAK BAKTI
K A RYA : R E J A B F 1
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI

SINOPSIS
Suasana di koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri
Kayangan pada pagi itu sangat sibuk. Terdapat seorang pembantu kedai dan tiga
orang ahli pengarah sedang melayani pembeli-pembeli dengan sabar dan baik.
Seorang pelajar lelaki mencuba untuk mencuri sebatang pen telah ditegur oleh
seorang ahli lemabga pengarah. Cikgu Zulkifli masuk ke koperasi itu dan
memaklumkan kepada ahli lembaga pengarah bahawa pada petang itu akan
diadakan mesyuarat agung untuk mengumumkan ahli-ahli jawatankuasa Lembaga
Pengarah dan membincangkan usul-usul. Mesyuarat telah membuat keputusan
bahawa Razali telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Lembaga Pengarah bagi
koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI

Munir berasa tidak puas hati kerana tidak dipilih sebagai Penolong
Setiausaha. Dia merungut kepada kawannya Leong dan Silvam. Dia dan kawan-
kawannya, Leong dan Silvam, mula berdendam dengan Razali. Kemarahan Munir
bertambah apabila seorang pelajar baharu sekolah mereka rapat dengan Razali. Di
samping itu, Razali dan ahli-ahli lembaga pengarah yang lain cuba menaiktarafkan
koperasi dan melaksanakan usul-usul yang telah dipersetujui dalam mesyuarat
yang lepas. Bilik bacaan akan diadakan atas dasar kebajikan dan untuk kebaikan
murid-murid
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI

Sikap Munir yang sering tidak menyiapkan kerja sekolah, mengganggu


pelajar perempuan, dan tidak melaksanakan tugasnya sebagai ahli lembaga
pengarah, telah menyebabkan dia dipanggil guru kaunseling sekolah itu, iaitu Cikgu
Muniam. Munir tidak mengakui kesalahannya. Setelah diberikan nasihat, Munir
berjanji tidak akan berbuat demikian lagi. Walau bagaimanapun, tindakan tersebut
menyebabkan Munir menajdi lebih marah dan menuduh Razali yang mengadukan
perkara itu kepada guru kaunseling. Jadi, dia mengambil keputusan untuk
membalas dendam. Leong dan Silvam turut serta kerana Razali dianggap sebagai
penghalang hasrat mereka untuk merapati Swee Lan dan Saridevi.
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI
Petang itu, Razali dibelasah oleh Munir dan rakan-rakannya. Ramlah, Swee
lan, dan Saridedevi yang terjumpa dengan Razali di tempat kejadian itu ingin
melaporkan perkara itu kepada Cikgu Zulkifli tetapi dilarang oleh Razali. Razali
tidak mahu perkara itu diketahui oleh ayah tirinya. Ketika sampai di rumahnya,
ibunya terkejut melihat keadaan Razali. Razali menceritakan perlakuan Munir
terhadapnya. Ayah tiri Razali ternampak akan keadaan Razali lantas menyalahkan
Razali sebagai anak yang sombong sehingga dipukul oleh orang lain. Mak Sopiah
mempertahankan anaknya. Tindakannya menyebabkan Razali terasa dan ingin
bersama dengan ayah kandungnya. Dia bertanya tentang ayah kandungnya kepada
Mak Sopiah tetapi ibunya enggan menceritakannya kerana perkara tersebut
merupakan sejarah hitam buat Mak Sopiah. Keesokan harinya, Munir, Leong, dan
Silvam dihukum rotan kerana membelasah Razali.
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI

Razali telah menerima tawaran untuk mengikuti kursus koperasi bersama


wakil koperasi-koperasi sekolah di Malaysia di Kuala Lumpur. Kursus tersebut telah
membuka mata Razali tentang koperasi-koperasi yang terdapat di Malaysia.
Selepas dia pulang dari kursus itu, mereka mengadakan mesyuarat tentang
pertandingan koperasi anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia
(ANGKASA). Mereka bersetuju untuk menyertai pertandingan itu.
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI
Ahli-ahli Lembaga Pengarah bekerjasama mencantikkan koperasi. Munir tidak
mahu memberikan kerjasama dan memilih untuk bermain bola.Walau bagaimanapun,
dia dipanggil oleh Cikgu Zulkifli untuk melakukan tugas. Ketika Munir berada di meja
setiausaha, dia ternampak kunci koperasi itu lalu diambilnya. Setelah itu, Munir dan
rakan-rakannya merancang sesuatu bagi membalas dendam terhadap Razali. Suatu
malam, koperasi telah diceroboh masuk. Kesesokan harinya, apabila koperasi dibuka,
Razali mendapati kedai semua barang jualan bertaburan di lantai dan wang sebanyak
RM200 telah dicuri. Dia melaporkan kepada Cikgu Zulkifli. Pihak polis telah menyiasat
tetapi tiada kesan pecah masuk. Kunci koperasi masih berada dalam pegangan Razali
dan Pengetua. Hal itu membuatkan Munir, Leong, dan Silvam menuduh Razali yang
memecah masuk koperasi kerana dia mempunyai kunci. Munir mengadukan hal ini
kepada Pak Zakaria. Pak Zakaria berasa amat marah lalu menghalau Razali daripada
rumah tetapi dihalang oleh Mak Sopiah.
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI

Cikgu Zulkifli bergegas ke kedai koperasi kerana diberitahu oleh Swee Lan dan
Marzuki bahawa Koperasi dicerobohi lagi. Cikgu Syamsudin sangat marah atas
kejadian itu dan mengambil keputusan untuk memeriksa beg dan pakaian murid
satu demi satu. Akhirnya, pihak sekolah telah dapat menangkap pencurinya, iaitu
Munir. Dari beg sekolah Munir, Cikgu Hassan telah memperoleh kunci yang sama
nombornya dengan kunci koperasi dan duit kertas RM10 yang bertanda ‘K’.
Sebagai hukuman, Munir telah dipecat daripada ahli Lembaga Pengarah dan
digantung sekolah selama seminggu. Munir mula sedar akan kesalahannya dan
meminta maaf kepada Razali dan keluarganya
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI

Keputusan pertandingan Koperasi telah diumumkan. Koperasi Sekolah


Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan telah mendapat Johan.
Pihak sekolah dan ibu bapa yang dijemput hadir pada pagi itu sangat berbangga
dengan kejayaan mereka itu. Antara ibu bapa yang hadir ialah Mak Sopiah dan Pak
Zakaria. Kemudian, mereka terjumpa dengan Pak Ramli, iaitu bapa kepada Ramlah.
Mereka bersalaman. Cikgu Syamsudin berasa ada suatu rahsia dalam pertemuan
itu. Beliau menjemput mreka ke bilik pejabatnya. Pak Ramli menceritakan
hubungan mereka bertiga. Rupa-rupanya, Pak Ramli ialah bekas suami Mak Sopiah
dan ayah kandung kepada Razali. Cikgu Zulkifli amat terkejut lalu mencadangkan
untuk memanggil Razali dan Ramlah. Mereka tidak menyangkakan kejayaan
koperasi ini telah menemukan seorang anak dengan ayah dan adiknya
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI
• Kegigihan sekumpulan remaja memajukan kedai koperasi sekolah - Hal in
dibuktikan menerusi watak Razali yang bertugas sebagai Penolong Setiausaha.
Dia dibantu oleh Ramlah, Harun, Swee Lan, dan Saridevi sehingga koperasi
TEMA sekolah mereka diumum sebagai koperasi terbaik di peringkat kebangsaan.
Walaupun mendapat cabaran seperti kedai koperasi diceroboh sebanyak dua
kali, namun mereka tetap bersiap siaga dengan dibantu oleh Cikgu Zulkifli untuk
memastikan koperasi mereka boleh menyertai pertandingan

• Setia kawan dalam menjalani kehidupan remaja – Contoh : Ramlah


tetap menyokong dan memberi semangat ketika Razali menghadapi dugaan
seperti dituduh menceroboh kedai koperasi.
• Perasaan dendam menyebabkan hilang pertimbangan akal –
Contohnya : Munir yang mendendami Razali gara-gara tidak dapat
menjalinkan hubungan dengan Ramlah sehinggakan sanggup memukul dan
memfitnah Razali menceroboh koperasi sekolah.
PERSOALAN • Menyimpan rahsia kerana takut kehilangan orang yang disayangi –
Contohnya : Mak Sopiah sanggup merahsiakan ayah kandung Razali kerana
tidak mahu anaknya itu meninggalkannya kelak jika Razali mengetahui ayah
kandungnya yang sebenar.
• Pengaruh rakan sebaya yang boleh merosakkan hidup remaja –
Contohnya : Silvam dan Leong mengikut sahaja kata-kata Munir supaya
membelasah Razali menyebabkan mereka berdua dijatuhi hukuman rotan
oleh pengetua
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI

PLOT
Gambaran latar tempat iaitu Perjalanan mesyuarat ahli lembaga

PERMULAAN

PERKEMBANGAN
Sekolah Menengah Teknik Pertanian pengarah koperasi kali pertama
Seri Kayangan dan tugas-tugas Ahli pada tahun tersebut dijalankan.
Lembaga Pengarah Koperasi. Harun, Mesyuarat turut dihadiri oleh
Swee Lan dan Saridevi bertugas pegawai dari Jabatan Pembangunan
sambal dibantu Norlela. Cikgu Koperasi Negeri. Usul yang
Zulkifli dating ke kedai koperasi dan mempelbagaikan barang jualan di
meminta mereka menghadiri kedai koperasi, menjalankan
Mesyuarat Lembaca Pengarah kali ternakan ayam telur dan
pertama menyediakan bilik bacaan telah
diluluskan dan akan dilaksanakan.
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI

Konflik bermula apabila Munir merasa Munir Berjaya ditangkap kerana

PELERAIAN
KLIMAKS
tidak berpuas hati kerana dia gagal
menceroboh koperasi dan
memegang jawatan sebagai Penolong
dikenakan hukuman. Munir insaf
Setiausaha koperasi. Dia juga kecewa
kerana Ramlah yang diminatinya
dan memohon maaf daripada
berkawan rapat dengan Razali. Munir Razali dan keluarganya. SMT
dan Leong bersetuju tidak Pertanian Seri Kayangan
memberikan kerjasama kepada Razali. menjadi johan pertandingan
Munir dihantar ke unit kaunseling
Koperasi sekolah-sekolah
akibat pelbagai masalah disiplin. Munir
Malaysia. Razali menemui bapa
dan rakan-rakannya mengambil
tindakan agresif terhadap Razali. Dia kandungnya, Ramli ketika majlis
dihukum rotan. Munir turut penerimaan hadiah kemenangan
menceroboh kedai koperasi 2 kali koperasi.
pada waktu malam
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI

TEKNIK PLOT
PEMERIAN
• Contoh: Pengarang menceritakan suasana pagi di Sekolah
Menengah Teknik Seri Kayangan (halaman 1).

DIALOG
• Contoh: Mak Sopiah ni ialah bekas isteri saya kira-kira 16
tahun yang lalu. Ketika….” (halaman 154-155)
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI

MONOLOG
• Percakapan seorang diri. Contoh: “Maafkan ayah, Razali….”
(halaman 157)

MONOLOG DALAMAN
• Bercakap dalam hati atau berfikir. Contoh: “Pada suatu hari
nanti, pasti aku menjadi angkasawan” Bisik hatinya
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI

IMBAS KEMBALI
• Razali teringatkan sikap Pak Zakaria yang sering mencemuhnya. Contoh:
Memang itulah yang amat dikhuatirkan oleh Razali. Dia selalu dicemuh oleh ayah
tirinya itu…. (halaman 74)

IMBAS MUKA
• Gambaran awal tentang peristiwa yang bakal berlaku seterusnya. Contoh:
Mak Sopiah terkejut bertemu dengan Pak Ramli semasa hari penyampaian
hadiah.

SASPENS
• Ketika pencuri yang menceroboh kedai koperasi SMTPSK ditemui dan dibawa
ke bilik pengetua, pembaca tertanya-tanya siapakah pencuri yang
dimaksudkan.
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI

GAYA BAHASA
PERSONAFIKASI
METAFORA PERLAMBANGAN
Angin membelai-belai
Sedikit sahaja bara Wajahnya mula menyinga.
tubuhnya, akan
kebenciannya dihembus, maka (halaman 115)
tetapi…..(halaman 75)
cepatlah marak api kebencian itu. Menyinga melambangkan
(halaman 121) Matanya singgah ke wajah
marah
Munir. (halaman 39)

PERIBAHASA SINKOPE
“Hm, kalua tidak ada apa-apa, “Terima kasihlah. Kami tak
masakan tempua dapat menonton. Petang ini AYAT PENDEK
bersarang rendah,” kata kami dah ada rancangan nak Munir mencebik (halaman30)
Norlela, pembantu kedai belajar di rumah Saridevi,”
koperasi itu…(halaman 3) (halaman 30)
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI

AYAT INVERSI
HIPERBOLA PERBANDINGAN TERUS Buruk akibatnya nanti. (halaman
Namun, hati dan perasaan salah 104)
Seribu tanda Tanya seorang daripada tiga orang murid Buat malu aku sahaja. (halaman
menghantui fikiran masing- itu tidaklah sesegar tiupan 121)
masing (halaman 110) angin. *Subjek ayat dibelakangkan,
pradiket dihadapankan

AYAT PANJANG REPETISI


Pagi itu setelah murid-murid “Baguslah kalua begitu. Saya harap
berhimpun di tapak perhimpunan kita akan berjaya. Kita berjaya
sekolah dan menyanyikan lagu memerangkap pencuri itu dan kita
“Negaraku”, “Jalur Gemilang”, juga berjaya dalam pertandingan
“Malaysia Berjaya”, Cikgu Muniam koperasi nanti.” (halaman 118)
tampil di atas pentas dan membuat Pengulangan perkataan dalam satu
pengumuman. (halaman 137) ayat.
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI

LATAR
MASA
• PAGI – Aktiviti sekolah bermula pada waktu pagi.
• TENGAHARI – Sesi persekolahan tamat
• PETANG – Aktiviti selepas sekolah
• MALAM – Koperasi Sekolah diceroboh
• 24 JULAI – Razali terpilih mengikuti kursus di Maktab Kerjasama Petaling Jaya, Selangor.

TEMPAT
• SM TEKNIK PERTANIAN SERI KEYANGAN PERLIS – Aktiviti koperasi sekolah, Murid melajar di
sekolah
• KAMPUNG SERDANG, PERLIS – Tempat tinggal Razali, Munir, Leong, Silvam, Swee Lan, dan Rozita.
• BANDAR KANGAR – Kedai barang-barang runcit Encik Aik Hong dan Kedai buku Encik Aziz.
• KEDAI KOPERASI – Tempat Ahli Koperasi bertugas.
• PONDOK DI TENGAH SAWAH – Tempat Razali belajar dan melepaskan kesedihan.
• BILIK PENGETUA – Bilik Berugas Encik Samsudin
• TAPAK PERHIMPUNAN SEKOLAH – Tempat Munir menerima hukuman rotan.
• BALAI POLIS – Tempat Cikgu Zulkifli dan Razali disoal siasat
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI

MASYARAKAT

• MASYARAKAT SEKOLAH – Watak-watak merupakan guru-guru dan


murid-murid Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan.
• MASYARAKAT PESAWAH – Kebanyakkan penduduk kampong Serdang
merupakan pengusaha padi sawah.
• MASYARAKAT PENIAGA – Encik Aik Hong dan Encik Aziz merupakan
pemilik kedai.
• MASYARAKAT YANG SALING MEMBANTU - Razali dan rakan-rakan
ahli lembaga pengarah koperasi saling membantu antara satu sama lain.
• MASYARAKAT YANG BEKERJASAMA – Koperasi SMTPSK menjadi
Johan pertandingan kerana kerjasama yang padu daripada semua pihak.
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI

WATAK DAN PERWATAKAN


• LATAR BELAKANG:
• Nama sebenar: Razali Bin Ramli.
• Murid tingkatan 5C1
• Dipelihara ibunya Mak Sopiah dan bapa tirinya, Pak Zakaria.
• Menjadi Penolong Setiausaha Koperasi SMTP Seri
Kayangan
• PERWATAKAN:
• Rajin - Menyiapkan laporan minit mesyuarat dan menyusun
RAZALI barang-barang di koperasi.
• Bertanggungjawab dan amanah – Membuka koperasi
setiap pagi, bertugas setiap hari, & melaksanakan semua
rancangan koperasi.
• Bijak – Bijak dalam mata pelajaran Perdagangan.
• Baik Hati – Memaafkan Munir yang telah mengkhianati
dirinya dan belajar bersama-sama bagi menghadapi SPM.
• Menghormati orang tua – Tidak melawan bapa tirinya, Pak
Zakaria walaupun bapa tirinya sering memarahi dan
menghalaunya keluar rumah.
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI

• LATAR BELAKANG:
• Nama sebenar – Munir bin Ibrahim.
• Belajar di tingkatan 5C1
• Air mukanya angkuh, keras, mata bulat bersinar-sinar, pipi
berisi dan rambut panjang ke bahu.
• PERWATAKAN:
• Suka mengganggu murid lain – Munir sering mengganggu
Ramlah.
• Pembuli dan pendendam – Munir mengajak Leong dan
MUNIR Selvam memukul Razali. Dia dibuang padang kerana mengasari
murid lain ketika bermain bola sepak.
• Pengkhianat – Munir memfitnah Razali dengan mengadu
kepada Pak Zakaria bahawa Razali telah menceroboh kedai
koperasi.
• Tidak bertanggungjawab – Munir tidak mahu menjalankan
tugas di koperasi.
• Insaf akan kesalahan – Akhirmya Munir menjadi baik
setelah menjalani hukuman rotan dan gantung sekolah. Dia
menjadi sahabat baik Razali
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI

• Rakan baik Munir dan Silvam.


• Mudah terpengaruh dengan sikap negative Munir.
LEONG • Meminati Swee Lan.
• Ahli lembaga pengarah koperasi.
• Anak peniaga kedai runcit.

• Ahli lembaga pengarah koperasi.


• Rakan karib Munir dan Leong.
SILVAM • Meminati Saridevi.
• Anak seorang buruh.
• Mudah terpengaruh dengan sikap negative Munir.

• Ahli lembaga pengarah koperasi.


• Baharu berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri
Kayangan dari Melaka.
RAMLAH • Adik tiri Razali.
• Rajin – Dia patuh keoada jadual bertugas di koperasi dan
membantu Razali menyiapkan laporan minit mesyuarat.
• Cantik – Munir meminatinya kerana dia cantic.
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI

• Ibu Razali.
• Penyayang – Mak Sopiah menyediakan makanan untuk Razali
MAK dan memujuk Razali apabila dimarahi oleh Pak Zakaria.
• Penyabar – Mak Sopiah bersabar dengan sikap Pak Zakaria yang
SOPIAH sering menghina dan memaarahi Razali.
• Bijak menyimpan rahsia – Sejak Razali kecil hingga remaja,
Mak Sopiah tidak pernah bercerita tentang bapa kandung Razali.

• Bapa tiri Razali.


• Dia membenci Razali.
• Pernah bertugas sebagai tentera di Seremban bersama Pak Ramli.
PAK • Mukanya dipenuhi jambang dan berlubang-lubang bekas jerawat.
ZAKARIA • Dia mengusahakan padi sawah.
• Bertindak terburu-buru – Dia menghalau Razali kerana
percaya fitnah Munir yang mengatakan Razali telah menceroboh
kedai koperasi.
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI

ROZITA, SWEE LAN, • Ahli lembara pengarah koperasi.


SARIDEVI, • Bertanggungjawab dalam menggalas tugas sebagai ahli lembaga
MARZUKI, HARUN pengarah koperasi.

PAK RAMLI • Bapa kandung Razali

CIKGU ZULKIFLI • Setiausaha Koperasi SMT Pertanian Seri Kayangan

CIKGU ROBEAH • Bendahari Koperasi

CIKGU HASSAN • Naib Pengerusi Koperasi

CIKGU SYAMSUDIN • Pengetua SMT Pertanian Seri Kayangan.


BIN SAIDI • Pengerusi Koperasi
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI

CIKGU SAIFUL • Guru mata pelajaran Perdagangan 5C1

CIKGU KHALID • Menangkap Munir yang menceroboh kedai koperasi.

ENCIK SULAIMAN • Pegawai Pembangunan Koperasi Negeri

ENCIK MANSUR BIN • Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi Bahagian Fungsi


ARIFFIN Sekolah-sekolah.
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI

NILAI
INTEGRITI MENGHARGAI
BAIK HATI
(KEJUJURAN) MARUAH DIRI

Razali memaafkan Apabila dibelasah,


Razali dan ahli Munir yang kerap oleh Munir, Leong
lembaga pengarah mengkhianatinya. Dia dan Selvam, Razali
koperasi kecuali membantu Munir
tetap menentang
Munir, Selvam dan menyampaikan
palajaran yang untuk
Leongmenjalankan
tertinggal ketika Munir mempertahankan
tugas dengan jujur.
digantung sekolah diri walaupun kalah.
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI

AKAUNTABILITI
HEMAH TINGGI KEBIJAKSANAAN
(BERTANGGUNGJAWAB)

Razali yang telah diberi Cikgu Zulkifli tidak


peluang mengikuti menuduh sesiapa atau
kursus telah Razali tidak melawan
bertindak melulu
menyampaikan ilmu ayah tirinya yang
apabila kedai koperasi
dan pengalaman kepada bersikap kasar
diceroboh sebaliknya
pihak koperasi sekolah terhadapnya walaupun
mengadakan
sebaik dia pulang dari dia tidak bersalah.
pemeriksaan mengejut
berkursus di Petaling kepada semua murid.
Jaya.
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI

KASIH SAYANG KEGIGIHAN KERJASAMA

Mak Sopiah Razali dan ahli lembaga


menyediakan makanan pengarah koperasi yang Guru-guru SMT
dan minuman kepada lain gigih Pertanian Seri
Razali ketika Razali mengusahakan Kayangan bekerjasama
sedang belajar. Mak perniagaan kedai bagi menangkap
Sopiah juga memujuk koperasi, menternak penceroboh kedai
Razali yang sedang ayam telur dan koperasi.
bersedih kerana membangunkan bilik
dimarahi oleh Pak bacaan
Zakaria
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI

RASIONAL KEBERANIAN SALING MEMBANTU

Sebelum Munir dijatuhi Munir berani mengakui Razali mengajar


hukuman rotan dan kesalahannya terhadap Ramlah, Rozita dan
gantung sekolah selama Razali di tapak Saridevi dalam mata
seminggu, pengetua perhimpunan sekolah pelajaran Perdagangan
sekolah, guru-guru dan memohon bertajuk Penyata Aliran
disiplin dan kaunselor kemaafan daripada Tunai.
sekolah bermesyuarat Razali.
terlebih dahulu.
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI

PENGAJARAN
Kita hendaklah saling bekerjasama untuk mencapai sesuatu
kejayaan.

Kita hendaklah melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-


sungguh

Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain


BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI

Guru hendaklah mendidik murid-murid

Kita hendaklah menghormati orang tua.

Ibu bapa hendaklah menunaikan tanggungjawab menjaga dan


mendidik anak-anak
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI

Janganlah kita menzalimi dan menghina orang lain.

Ibu bapa hendaklah memahami perasaan anak-anak.

Kita hendaklah menghargai kejayaan dan usaha rakan atau orang


lain
BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI

Kita hendaklah insaf akan kesilapan, mengakui kesalahan dan


memohon maaf.

Kita hendaklah menjaga maruah orang lain.


BM TINGKATAN 1 – NOVEL: SEJAMBAK BAKTI

Disediakan oleh: Pn. Siti Hasmah Abdul Hussain


Galeri CIKGU SITI
NOTA KOMSAS
ANTOLOGI
KUINGIN
BERTERIMA KASIH
KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1 Pengenalan 2
2 Latar Belakang 4
Novel
3 Destinasi Impian 7
4 Sejambak Bakti 12
5 Formula Termodinamik 24
6 Pelari Muda 33
Cerpen
7 Hadiah 43
8 Kuih Bakul Limau Mandarin 45
9 Oren 47
Drama
10 Hadiah 49
Puisi Moden
11 Aku 52
12 Kita Umpama Sehelai Daun 54
13 Kuingin Berterima Kasih 56
14 Kunci Bahasa 58
Puisi Tradisional
15 Pantun Dua Kerat 61
16 Syair Pohon Buluh 63
Prosa Tradisional
17 Asal Padi 66
Pengenalan
Komponen Sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (KOMSAS) dilaksanakan
selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mempertingkat daya
mengekspresi dan kemahiran berbahasa ke tahap yang tinggi dalam kalangan murid
sehingga dapat menggunakan bahasa kiasan dan bahasa perbandingan. Pada akhir
pembelajaran sekolah menengah, murid diharapkan dapat:

 memupuk minat membaca;


 memperkukuh kemahiran berbahasa iaitu mendengar dan bertutur, membaca dan
menulis;

 mengenali dan menghayati karya sastera;


 memahami budaya;
 menghasilkan karya sastera yang kreatif;
 mengenal penulis; serta
 mengurus emosi sendiri, mewujudkan empati dan mampu mengendalikan hubungan
baik dengan orang lain.

Dilaksanakan secara berperingkat, KOMSAS pertama kali dijalankan pada tahun 2000 bagi
murid Tingkatan 1 dan 4, tahun 2001 bagi murid Tingkatan 2 dan 5 dan pada tahun 2002
bagi murid Tingkatan 3. Pada tahun 2010 teks KOMSAS ditukar kepada yang baharu secara
berperingkat bermula dengan Tingkatan 1 dan 4. Kini, teks KOMSAS sekali lagi ditukar
buat kali ke-3 bermula dengan Tingkatan 1 dan 4 pada tahun 2015, Tingkatan 2 dan 5 pada
tahun 2016 dan Tingkatan 3 pada tahun 2017.

Pertukaran teks ini dilakukan sejajar dengan perubahan zaman dan sebagai persediaan
kepada murid untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Murid diharapkan dapat
memanfaatkan karya sastera dalam menjana pemikiran aras tinggi bagi penyelesaian
masalah, serta membentuk jati diri dan mengamalkan nilai murni termasuk perpaduan dan
patriotisme bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, perhubungan sosial,
pendidikan dan kerjaya.
Dua genre yang terdiri daripada novel dan antologi yang mengandungi kompilasi cerpen,
drama, prosa tradisional, puisi moden dan puisi tradisional telah diperkenalkan. Dengan
peruntukan dua waktu seminggu daripada enam waktu Bahasa Melayu sekolah menengah,
KOMSAS wajib dipelajari oleh semua murid dan turut diuji dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM).

Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KSSM),
karya dalam teks KOMSAS dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk
mencapai bidang estetik iaitu bidang yang memberikan fokus kepada keupayaan murid
untuk memahami, menguasai dan menghasilkan penulisan kreatif serta bukan kreatif.
Melalui bacaan karya-karya ini, murid akan:

 memahami dan memberikan respons peribadi tentang karya sastera;


 mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa
dan sudut pandangan;

 menguasai laras bahasa dan gaya bahasa dalam karya penulisan kreatif dan bukan
kreatif; serta

 menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif.

Namun demikian, KOMSAS boleh dijadikan bahan PdP dalam bidang interpersonal
(keupayaan murid berinteraksi, memberikan pendapat, berunding serta membuat
pertimbangan) dan dalam bidang maklumat (keupayaan murid mendapat, memproses dan
menyampaikan maklumat). Tema karya KOMSAS yang pelbagai dalam bidang sains, sosial,
ekonomi dan politik sangat berkesan dijadikan bahan yang boleh diteroka untuk
menambahkan pengetahuan, menjana pemikiran aras tinggi, memupuk sikap prihatin dan
mengambil berat serta berfikiran terbuka. Melalui kebijaksanaan guru merancang PdP
berasaskan aktiviti, murid akan teransang untuk membaca keseluruhan karya, seterusnya
sedikit demi sedikit dapat memupuk budaya membaca dan cinta akan karya sastera.
Latar Belakang
Komponen Sastera atau KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu telah
diperkenalkan pada tahun 1999. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan teks
yang wajib dipelajari dan diuji dalam peperiksaan awam. Pelaksanaan KOMSAS di sekolah
dijalankan secara berperingkat mulai Mac, 2000 bagi murid tingkatan satu dan empat,
tahun 2001 bagi tingkatan dua dan lima, serta tahun 2002 bagi tingkatan lima. Dengan
terlaksananya dasar ini maka semua murid daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima
telah mendapat pendedahan asas mengenai sastera Melayu. Mulai 2015, teks KOMSAS
yang sedia ada telah ditukar kepada teks yang baharu bermula dengan Tingkatan 1 dan 4,
2016 Tingkatan 2 dan 5, dan 2017 Tingkatan 3.

Teks yang dipilih bagi kesemua genre merangkumi atau mencakupi pelbagai tema. Antara
tema yang dipilih adalah seperti patriotisme / sejarah, teknologi maklumat dan
komunikasi/sains dan teknologi, jati diri / kerohanian / moral, kemanusiaan / keamanan
sejagat, perpaduan / kemasyarakatan / kewarganegaraan, setiakawan / persahabatan /
kekeluargaan, alam sekitar / pembangunan, sukan / gaya hidup sihat/ kesihatan, budaya
ilmu/ budaya saing, cinta dan kasih sayang, perniagaan dan keusahawanan, dunia remaja,
wawasan negara, kebebasan/ hak asasi, kesenian/ adat/ warisan, keselamatan selaras
dengan perubahan pendidikan negara.

Pertimbangan juga melibatkan aspek-aspek intrinsik teks misalnya tema dan persoalan,
plot, teknik penceritaan, watak dan perwatakan, latar (latar masa, latar tempat dan latar
masyarakat), nilai dan pengajaran, gaya bahasa dan sudut pandangan dalam teks serta
boleh dianalisis oleh guru dan murid. Pertimbangan turut mengambil kira aras kesukaran
untuk setiap teks agar murid yang mempelajari KOMSAS boleh mengikuti pengajaran guru
dengan berkesan.

Enam waktu seminggu telah diperuntukkan kepada murid bagi mengikuti mata pelajaran
Bahasa Malaysia dengan nisbah empat waktu untuk Bahasa Melayu dan dua waktu untuk
KOMSAS. Berdasarkan Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu (KBSM)
semakan 2002 yang telah diterbitkan oleh Bahagian Pembangunan
Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia, KOMSAS tergolong dalam bidang
estetik. Bidang ini memberikan fokus pada keupayaan murid untuk menguasai aspek
kebahasaan, keindahan dan kehalusan bahasa. Selain itu, ia juga menekankan kepada
penghayatan penghasilan dan persembahan sesebuah teks yang dikaji itu.

Objektif

Hasrat memasukkan komponen sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
adalah untuk membolehkan murid:

Meningkatkan dan mengukuhkan minat membaca pelbagai genre sastera iaitu novel,
cerpen, drama, prosa tradisional, puisi moden (sajak), dan puisi tradisional

Mengenal, menghayati dan menghargai karya sastera bagi mengukuhkan kemahiran


mendengar dan bertutur, membaca dan menulis

Mengenal dan menggunakan istilah sastera, iaitu tema dan persoalan, watak dan
perwatakan, gaya bahasa, latar, plot, sudut pandangan, nilai dan pengajaran

Mengenal pengarang berdasarkan karya yang telah diperakui seperti pengarang


Sasterawan Negara dan penulis terkenal

Menghayati nilai murni dan pengajaran daripada karya sastera yang dibaca
Menghasilkan karya sastera yang kreatif seperti menghasilkan novel, cerpen, sajak
dan drama yang bermutu tinggi dan boleh dibanggakan

Oleh itu pendedahan komponen sastera bertujuan membolehkan murid menikmati dan
mengapresiasi karya sastera, mengetahui ilmu sastera secara ringkas, mengenal penulis
dan sejarah perkembangan tanah air berdasarkan karya yang dibaca serta mengukuhkan
kemahiran berbahasa murid. Melalui pembacaan karya-karya ini, secara tidak langsung
murid dapat memupuk tabiat minat membaca.
NOVEL
Formula Termodinamik
(Obasiah Haji Usman)
Sinopsis Keseluruhan

Cerita Formula Termodinamik digambarkan dengan latar kampung yang dikelilingi sawah.
Amir dan Asma mengimbau kenangan manis zaman kanak-kanak mereka yang selalu
bermain di sawah bersama-sama Usama, Adnin dan Zaid. Asma anak kacukan Dusun dan
Brunei, berjaya melanjutkan pelajarannya di maktab perguruan manakala Amir dan Usama
ke Politeknik. Usamah di Perak dan Amir di Putatan. Mereka bertemu semula ketika Amir
dan Usamah menghabiskan cuti semester di rumah nenek mereka yang tinggal
bersebelahan dengan rumah Asma. Amir dan Usama telah merancang satu projek
pengubahsuaian mesin rumput supaya berfungsi sebagai pemotong rumput dan
mencangkul tanah. Amir menggunakan formula Termodinamik bagi memprogramkan mesin
rumput terpakai dan projek ini dibantu oleh Profesor Othman dengan Formula Dua Hukum
Popular bagi memastikan kejayaan. Sejak tersebar berita Amir dan rakan-rakannya
mencipta mesin 2 dalam 1, Aswan berasa kurang senang dan ingin menyaingi mereka.
Aswan bercadang untuk mencipta model yang sama, menggunakan mesin rumput yang
panjang dan stor minyak petrolnya digantung di belakang dan di hujung pemotong rumput
itu diwujudkan tangan robot. Namun begitu, semua nota telah hilang dan perkara tentang
Formula Dua Hukum Popular Termodinamik tidak diketahuinya. Amir sangat risau akan
kehilangan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik dan tiba-tiba sahaja storan
formulanya hilang. Selain itu, Amir terkejut juga apabila didapati pencerobohan berlaku pada
data syarikat ayahnya. Amir cuba menerangkan perkara yang berlaku kepada Syarikat
Bahagia kepunyaan ayahnya tetapi gagal kerana ayahnya terlalu sibuk. Amir telah mengatur
strategi untuk menangkap penjenayah. Akhirnya Aswan telah meminta maaf kepada Amir
dan Usama kerana dialah yang mencuri Formula Termodinamik tersebut. Projek mesin 2
dalam 1 ciptaan Amir dan Usama telah memenangi Anugerah Saintis Muda dan mereka
turut mendapat biasiswa kerajaan bagi melanjutkan pelajaran di luar negara.
Sinopsis Bab demi Bab

Bab 1
Amir dan Asma mengimbau kenangan manis zaman kanak-kanak mereka yang selalu
bermain di sawah bersama-sama Usamah, Adnin dan Zaid. Asma adalah dua pupu Amir
dan Usamah. Asma anak kacukan Dusun dan Brunei, berjaya melanjutkan pelajaran di
maktab perguruan manakala Amir dan Usamah ke Politeknik. Usamah di Perak dan Amir di
Putatan. Mereka bertemu semula ketika Amir dan Usamah menghabiskan cuti semester di
rumah nenek mereka yang tinggal bersebelahan dengan rumah Asma. Amir mula berasa
ada perasaan indah yang terbit di hatinya terhadap Asma tetapi Asma pula seperti
menyimpan cerita yang sukar diungkapkan. Dalam masa yang sama Amir dan Usamah
telah merancang satu projek pengubahsuaian mesin rumput supaya berfungsi sebagai
pemotong rumput dan mencangkul tanah. Amir menggunakan formula Termodinamik bagi
memprogramkan mesin rumput yang terpakai dan dibantu oleh Profesor Othman dengan
Formula Dua Hukum Popular bagi memastikan kejayaan projek tersebut.

Bab 2
Sejak tersebar berita Amir dan rakan-rakannya mencipta mesin 2 dalam 1, Aswan berasa
kurang senang dan ingin menyaingi mereka. Dia juga mahu menebus kekecewaannya ketika
di Politeknik dulu walaupun dia tahu dia tidak sehebat Amir dan Usamah. Dia mahu
membuktikan yang dia tidak lemah, dia bijak dan handal serta mampu menyaingi Amir dan
Usamah. Aswan bertekad akan menentang Amir dan Usamah. Dia tidak akan membiarkan
kedua-dua sepupu itu menempa nama di Kampung Warisan. Aswan menyuarakan hasrat
tersebut kepada kawan-kawan baiknya, Fikri dan Majibon. Aswan bercadang untuk mencipta
model yang sama, menggunakan mesin rumput yang panjang dan stor minyak petrolnya
digantung di belakang dan di hujung pemotong rumput itu diwujudkan tangan robot. Fikri dan
Majibon agak kurang senang dengan hasrat dan tujuan Aswan yang ingin menyaingi Amir
dan Usamah sehingga berlaku sedikit percanggahan prinsip di antara mereka dengan
Aswan. Bagi Fikri dan Majibon persaingan biarlah sihat dan tidak bermusuhan.
Namun begitu, Fikri dan Majibon tidak sampai hati untuk menghampakan Aswan. Projek
tersebut akan dijalankan dengan bantuan Fikri dan Majibon namun yang menjadi masalah
ialah mereka tidak mempunyai formula. Fikri dan Majibon tidak pernah belajar bidang
kejuruteraan, hanya Aswan seorang pernah belajar teori kejuruteraan waktu di Politeknik.
Namun begitu, semua nota-notanya telah hilang dan banyak perkara tentang Formula Dua
Hukum Popular Termodinamik tidak diketahuinya. Walaupun dengan sedikit pengetahuan,
Aswan tetap yakin mampu menyaingi Amir dan Usamah kerana dia tidak mahu meminta
bantu daripada Amir, Usamah dan Profesor Othman seperti yang disarankan oleh Fikri dan
Majibon.

Bab 3
Amir dan Usamah bertungkus lumus membuat pengubahsuaian bagi memastikan projek
mesin 2 dalam 1 mereka berjalan lancar. Mesin tersebut menggunakan kuasa 6 kw, kincir
angin model SAMA, iaitu singkatan Sabah, Malaysia. Mana-mana komponen yang tidak
boleh dibuat sendiri kerana kekurangan kelengkapan seperti membentuk mata pisau cangkul
dihantar ke kedai besi untuk dibentuk. Aswan, Fikri dan Majibon telah datang melihat projek
mesin 2 dalam 1 yang diusahakan oleh pasangan sepupu itu. Fikri dan Majibon sangat
berminat dengan projek tersebut. Mereka telah diberi penerangan terperinci tentang proses
pengubahsuaian dan pengendalian mesin 2 dalam 1 oleh Amir , penuntut tahun akhir
Diploma Kejuruteraan Am. Aswan lebih berminat melihat bilik operasi.

Bab 4
Setelah kerja-kerja pengubahsuaian mesin 2 dalam 1 siap, Zaid dan Adnin mengajak Amir
dan Usamah pergi memancing di sawah untuk menenangkan fikiran. Semasa memancing
itulah Zaid dan Adnin telah bercerita tentang kecurian baja subsidi orang Kampung Warisan
dari stor dewan. Zaid yakin bahawa Aswan dan rakan-rakannya yang telah mencuri baja
tersebut.
Bab 5
Aswan sangat gembira kerana telah berjaya memperoleh formula yang diperlukan untuk
melaksanakan projek impiannya, mencipta mesin menanam padi. Mesin ini amat relevan
untuk masa depan yang dapat mengurangkan risiko generasi menjadi bongkok. Lakaran
grafik yang telah disediakan oleh Aswan diperlihatkan kepada Fikri dan Majibon. Aswan
secara terperinci menerangkan cara projek itu akan dimulakan sehinggalah ke peringkat
operasi.

Bab 6
Amir sangat risau akan kehilangan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik. Tiba-tiba
sahaja storan data formulanya hilang. Dia berasa kesal kerana cuai dan tidak menyimpan
storan dengan baik. Bertahun-tahun dia mengumpul data untuk menyiapkan formula tersebut
dan dibantu oleh Profesor Othman. Dia tidak tahu orang yang telah menceroboh masuk ke
bilik operasi mereka. Bukan mudah untuk dia mengingati formula tersebut. Amir risau
tidak dapat menunaikan janjinya kepada nenek untuk membajak tapak semaian dengan
mesin 2 dalam 1 tersebut.

Bab 7
Amir dan Usamah pulang ke Putatan. Sampai sahaja di rumahnya, Amir terus ke pejabat
persendirian ayahnya untuk mencari Formula Termodinamik dan melayari data Syarikat
Bahagia. Amir amat terkejut mendapati ada pencerobohan sedang berlaku pada data
syarikat ayahnya. Amir dan Usamah berusaha untuk menyekat pencerobohan tersebut
dengan menerbit kod baru Adang Keselamatan Rahsia.

Bab 8
Intan, ibu Amir amat terkejut apabila diberitahu oleh Amir tentang pencerobohan data
Syarikat Bahagia. Tetapi Amir tidak berpeluang untuk menceritakan peristiwa itu kepada
ayahnya kerana dia berada di Manila atas urusan perniagaan. Amir dan Usamah pulang
semula ke Kampung Warisan. Mereka sangat gembira melihat Asma, Zaid dan Adnin
sedang menolong neneknya di tapak semaian. Adnin sedang menolak
mesin 2 dalam 1 untuk menyediakan tapak semaian. Neneknya tersenyum bangga. Amir
mewarisi kepintaran anaknya, Damit.

Bab 9
Amir bangga melihat semangat bergotong royong masih menjadi amalan penduduk
Kampung Warisan. Ramai penduduk kampung datang menolong menanam padi di sawah
neneknya. Usamah bersungut tentang mesin ciptaan Aswan yang belum disiapkan lagi,
jika tidak bolehlah digunakan oleh orang kampung pada musim menanam kali ini.
Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suasana hingar bingar. Amir dan Usamah terperanjat
melihat nenek jatuh ke dalam air paya. Pak Cik Suib, ayah Asma mengangkat nenek ke
batas sawah. Nenek tidak bersuara. Amir dan Usamah berusaha memberi pertolongan
kepada nenek. Setelah sedar nenek dibawa pulang ke rumah. Atas desakan Asma
nenek kemudiannya dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Bab 10
Nenek menjalani pembedahan kecil pada buku lalinya untuk memastikan tidak ada
pendarahan dan bagi mengelakkan jangkitan kuman ke anggota lain. Semua ahli keluarga
Amir, ayah, ibu dan adik-adiknya serta Usamah turut berada di hospital menemani nenek.
Nenek sangat terharu dengan layanan dan kasih sayang daripada anak cucunya.

Bab 11
Aswan tidak lagi memberi fokus kepada projek mesin menanam padinya tetapi banyak
masanya dihabiskan di hadapan komputer. Dia tidak berpuas hati selagi pencariannya
belum berhasil. Aswan mencuba meramal beberapa nombor digital sehinggalah dapat
ditembusi. Maklumat yang ditemui beberapa hari lalu muncul semula. Pengaliran data itu
tidak dapat disekat lagi. Aswan terpukau melihat jumlah aset syarikat tersebut. Dia sangat
teruja dan memperlihatkan data tersebut kepada Fikri dan Majibon. Aswan bercadang
memindahkan wang sejumlah RM1.3 juta itu ke dalam akaunnya. Majibon membantah
keras hasrat Aswan itu atas prinsip agama
melarang mengambil hak orang lain. Aswan kemudiannya bercadang untuk mengambil
RM10,000.00 sahaja sebagai modal menjalankan projek mereka. Fikri pula menentang
hasrat Aswan dan mengingatkan mereka perlu berpegang teguh pada etika kerja serta
bersaing secara sihat. Dalam masa yang sama, Amir dapat mengesan pencerobohan dan
data syarikat ayahnya dibocori lagi. Usamah berusaha keras mengesan kebocoran data
tersebut dan cuba menyekatnya. Akhirnya mereka bersepakat untuk menyiasat perkara
tersebut.

Bab 12
Amir cuba menerangkan peristiwa yang berlaku kepada Syarikat Bahagia kepada ayahnya
tetapi gagal kerana ayahnya terlalu sibuk. Intan, ibu Amir telah menceritakan pencerobohan
dan kebocoran maklumat syarikat mereka. Pada masa yang sama Amir dan Usamah telah
kembali semula ke Kampung Warisan. Nenek mereka telah beransur sihat dan akan keluar
dari hospital. Amir berasa bangga melihat mesin 2 dalam 1 ciptaan mereka digunakan oleh
bapa Zaid dan orang-orang kampung untuk membajak tanah. Hasil ciptaan mereka telah
dapat berbakti kepada orang kampung. Zaid dan Adnin pula telah melaporkan peristiwa
yang telah dapat menjejak penjenayah Kampung Warisan yang menyimpan barang-barang
curi di sebuah pondok tidak jauh dari pangkalan. Amir telah mengatur strategi untuk
memerangkap penjenayah itu.

Bab 13
Dua hari membuat persiapan dan mengatur strategi, Amir dan rakan-rakannya bergerak
selepas Isyak menuju ke pondok yang dinyatakan oleh Zaid. Setengah jam perjalanan
mereka sampai di pangkalan. Dari situ mereka bergerak ke sebuah pondok dan
bersembunyi di tempat yang sukar dikesan oleh penjenayah. Dari situ mereka mengatur
strategi untuk memerangkap penjenanyah tersebut. Akhirnya Lahop dan Oyong pemuda
Kampung Warisan yang diupah menjaga pondok tersebut dapat diberkas dan dihantar ke
balai polis. Amir menemui CD yang menyimpan seribu rahsia yang sukar ditafsir.
Bab 14
Semalaman Amir tidak dapat tidur memikirkan CD yang ditemukan semasa operasi
penangkapan dua orang pemuda di pondok berhampiran dengan pangkalan. Amir dan
Usamah berasa kehilangan Formula Termodinamik ada kaitan dengan CD tersebut.
Tiba-tiba ada e-mel masuk. Orang yang tidak dikenali menghantar mesej meminta maaf.
Mereka kehairanan dan mengesyaki itulah orang yang telah mencuri formula mereka.
Mereka cuba bertanya tentang penghantar e-mel itu tetapi tiada jawapan. Kemudian Zaid
datang membawa berita bahawa Asma akan berkahwin. Adnin pula menyusul dalam
keadaan basah kuyup dan mengajak mereka membantu memindahkan orang kampung
kerana air telah naik melepasi satu meter.

Bab 15
Aswan , Fikri dan Majibon dibawa arus deras. Mereka hanya berpaut pada sebatang kayu
untuk menyelamatkan diri. Aswan rasa menyesal tidak mendengar nasihat ibunya supaya
tidak menghadiri majlis sambutan Krismas di rumah Majibon kerana cuaca buruk. Dia juga
mulai sedar mungkin itu adalah balasan Allah terhadap dosa-dosa yang telah dilakukannya.
Dalam suasana gelap malam mereka bertiga terus berpaut pada sebatang kayu sehinggalah
diselamatkan oleh Amir dan rakan-rakannya. Aswan telah meminta maaf kepada Amir dan
Usamah serta mengaku dialah yang mencuri Formula Termodinamik dan penghantar e-mel.

Bab 16
Projek mesin 2 dalam 1 ciptaan Amir dan Usamah telah membolehkan mereka memenangi
Anugerah Saintis Muda dan mereka turut mendapat biasiswa kerajaan bagi melanjutkan
pelajaran di luar negara. Pada hari keberangkatan, semua ahli keluarga berada di
lapangan terbang. Aswan, Fikri dan Majibon turut sama. Asma datang mengucapkan
tahniah kepada mereka berdua dengan menghulurkan sejambak mawar putih buat Usamah
dan mawar merah buat Amir.
Tema
Novel ini membawa tema sains dan teknologi. Dua orang anak muda iaitu Amir dan Usamah
yang berwawasan tinggi dan masih menuntut telah memanfaatkan ilmu yang dipelajari
dengan melakukan inovasi terhadap mesin rumput terpakai. Inovasi tersebut dinamakan
mesin 2 dalam 1 yang berfungsi sebagai pemotong rumput dan boleh membajak tanah.
Mesin 2 dalam 1 ini akhirnya telah digunakan secara meluas oleh penduduk Kampung
Warisan. Amir dan Usamah pula telah menerima Anugerah Saintis Muda.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dalam novel ini, antaranya :

i. Persoalan tanggungjawab melakukan inovasi untuk kepentingan masyarakat


Contoh : Amir dan Usamah berusaha melakukan pengubahsuaian terhadap mesin
rumput terpakai bagi memudahkan neneknya dan orang kampung membajak tanah
untuk pertanian.

ii. Persoalan mengamalkan etika


Contoh : Fikri sangat berpegang teguh kepada etika kerja yang bersih iaitu
bersaing secara sihat dan tidak menganggap Amir dan Usamah sebagai musuh
dalam melaksanakan projek masing-masing.

iii. Persoalan taat kepada ajaran agama


Contoh : Fikri menentang keras hasrat Aswan yang ingin memindahkan wang RM 1.3
juta milik syarikat yang telah diceroboh ke dalam akaunnya. Dia mengingatkan

Aswan bahawa agama melarang kita mengambil hak orang lain, perbuatan yang
tidak bermoral.

iv. Persoalan perniagaan dan keusahawanan


Contoh : Bapa Aswan seorang usahawan import eksport.
v. Persoalan kasih sayang nenek terhadap anak cucunya
)
Contoh : Nenek sentiasa menyokong usaha Amir dan Usamah dalam menjayakan
Projek mesin 2 dalam 1 dan nenek juga banyak mengajar serta mendidik mereka.
Walaupun baru saja menjalani pembedahan, nenek sudah teringat hendak
membuat kuih bahulu kegemaran bapa Usamah. Nenek juga berjanji untuk
membuat kuih jala untuk Amir.

vi. Persoalan tanggungjawab terhadap seorang sahabat


Contoh: Zaid, Amir, Usamah dan Adnin telah menyelamatkan Aswan, Fikri dan
Majibon daripada mati lemas dalam kejadian banjir di kampung mereka.

vii. Persoalan mengamalkan budaya ilmu


Contoh: Amir dan Usamah telah mempraktikkan ilmu yang dipelajari di politeknik
untuk menghasilkan projek mesin 2 dalam 1 bagi membajak tanah pertanian untuk
kegunaan orang kampung dan tidak lokek berkongsi ilmu dengan orang lain (ingin
membantu Aswan dalam projek mesin menanam padi).
CERPEN
Hadiah
(Tie Camar)

Sinopsis

Cerpen ini mengisahkan Azizah yang merupakan seorang pelajar miskin tidak mampu
membeli hadiah untuk guru kesayangannya iaitu Cikgu Zaleha. Azizah mencuba meminta
wang daripada ibu dan bapanya namun hampa. Ibu Azizah mencadangkan agar Azizah
membuat tudung saji untuk dijadikan hadiah Hari Guru untuk Cikgu Zaleha. Setelah
mempelajari cara menganyam tudung saji, Azizah berusaha untuk menyiapkan tudung saji
yang cantik sebagai hadiah untuk guru kesayangannya. Pada Hari Guru, setelah
menyerahkan hadiah kepada Cikgu Zaleha, Azizah dikejutkan oleh Cikgu Zaleha yang
menawarkannya supaya menyertai sebuah pertandingan. Azizah bersetuju lalu berusaha
sedaya upaya untuk menghasilkan pelbagai rekaan yang berkualiti dan menarik. Gadis ini
berjaya memenangi Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah dan seterusnya ke
peringkat negeri. Akhirnya, dia telah berjaya menambat hati juri dan hakim di peringkat
kebangsaan. Usaha gigih dan kerajinan yang ditunjukkan oleh Azizah ialah kejayaan Cikgu
Azizah yang terbesar.

Tema

Tema cerpen Hadiah karya Tie Camar ialah kegigihan dan kecekalan seorang murid yang
berjaya memperoleh kejayaan. Watak utama cerpen iaitu Azizah gigih dan cekal
menyiapkan tudung saji untuk Cikgu Zaleha serta menyertai Pertandingan Kraftangan
Peringkat Daerah. Seterusnya, Azizah berjaya melayakkan diri ke pertandingan peringkat
negeri seterusnya ke peringkat kebangsaan.
Persoalan

Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam cerpen ini, antaranya:

i. Penghargaan kepada guru yang telah berjasa


Contoh : Azizah dan rakan-rakannya teruja untuk memberikan hadiah kepada guru
masing-masing yang telah berjasa sempena sambutan Hari Guru.

ii. Persoalan kegigihan dan kerajinan seorang murid


Contoh : Azizah gigih dan rajin menghasilkan tudung saji yang ingin dihadiahkan
olehnya kepada Cikgu Zaleha. Selain itu, dia juga gigih dan rajin menghasilkan pelbagai
rekaan yang berkualiti dan menarik sehingga memenangi Pertandingan Kraftangan
Peringkat Daerah.

iii. Persoalan kebijaksanaan menyelesaikan masalah


Contoh : Ibu Azizah mencadangkan pembuatan tudung saji sebagai ganti hadiah untuk
Cikgu Zaleha kerana mereka tidak berwang.
Kuih Bakul Limau Mandarin
(Mohd. Helmi Ahmad)
Sinopsis

Cerpen ini mengisahkan Sim Pau, seorang ibu yang gembira apabila menerima panggilan
telefon daripada Lim Meng yang hendak pulang beraya. Namun berita gembira itu tidak
disenangi oleh Lim Pooi, si ayah yang masih menyimpan kemarahan terhadap anak
perempuannya itu. Anak bongsu keluarga berbangsa Cina itu dipersalahkan atas segala
musibah yang menimpa keluarga mereka termasuklah kematian anak sulung lelaki mereka,
Lim Foong. Sim Pau yang selama ini bersabar, akhirnya bersuara menentang suaminya.
Lim Pooi terkejut melihat keberanian isterinya. Sim Pau menceritakan segala-galanya
termasuklah punca kematian Lim Foong. Lim Pooi menginsafi kesalahannya. Sehari
sebelum Tahun Baru Cina, kepulangan Lim Meng disambut oleh kedua-dua orang tuanya
dengan perasaan terharu. Akhirnya, mereka berkumpul sebagai sebuah keluarga semula.

Tema

Kasih sayang keluarga yang kembali terjalin menjadi tema kepada cerpen Kuih Bakul
Limau Mandarin karya Mohd. Helmi Ahmad. Lim Pooi, Sim Pau dan Lim Meng berkumpul
semula sebagai sebuah keluarga setelah mereka melupakan konflik yang melanda mereka.

Persoalan

Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam cerpen ini, antaranya:

i. Persoalan kepercayaan pada perkara khurafat


Contoh : Lim Pooi mempercayai bahawa kelahiran Lim Meng membawa malang
kepada keluarga dan perniagannya.
ii. Persoalan keegoan seorang bapa
Contoh : Lim Pooi tidak mahu menerima kepulangan Lim Meng kerana dia
berpendapat bahawa Lim Meng ialah punca segala kesedihannya.

iii. Persoalan keberanian menyuarakan pendapat


Contoh : Sim Pau berani menyuarakan pendapatnya tentang perkara sebenar yang
berlaku yang berkaitan dengan Lim Foong.

iv. Persoalan keinsafan seorang bapa


Lim Pooi menginsafi kesalahannya terhadap Lim Meng setelah mendengar perkara
sebenar daripada Sim Pau.
Oren
(Saifullizan Yahaya)

Sinopsis
Kehilangan Oren iaitu seekor kucing jantan membimbangkan ayah sekeluarga. “Aku”
berpendapat bahawa kehadiran Kelabu, juga seekor kucing jantan telah menyebabkan Oren
membawa diri. Ayah teringat ketika Oren dibawa pulang olehnya. Hal ini membuatkan ibu
tertanya-tanya kerana ayah tidak suka akan kucing. Kemudian, pertanyaan ibu terjawab
kerana ibu kepada Oren dilanggar oleh ayah tanpa disedari. Akibat terlalu bimbang, ayah
bermimpikan Oren yang pulang ke rumah. Keesokannya, Anis menemukan Oren yang telah
mati. Air menggenangi mata ayah.

Tema
Tema cerpen Oren ialah kasih sayang antara manusia dengan haiwan. Ayah membawa
Oren pulang selepas kematian ibu Oren malahan ayah sekeluarga amat bimbang apabila
Oren hilang dari rumah.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam cerpen ini, antaranya:
i. Persoalan belas kasihan terhadap haiwan
Contoh : Ayah membawa Oren pulang ke rumah setelah ibu Oren mati.

ii. Persoalan keprihatinan terhadap haiwan


Contoh : Ayah menunjukkan keprihatinannya terhadap Oren apabila memelihara
Oren selepas kematian ibu Oren.

iii. Persoalan sikap pilih kasih


Contoh : Layanan yang diberikan oleh ayah dan keluarganya terhadap Kelabu
berbeza dengan layanan mereka terhadap Oren. Kelabu lebih mendapat perhatian
mereka berbanding Oren.
DRAMA
Hadiah
(Aripin Said)

Sinopsis
Setelah kematian Sarjan Akhbar, keluarga Sarjan Akhbar mengalami masalah kewangan.
Hayati tidak dapat menjelaskan bayaran asrama lalu mengambil keputusan pulang ke
kampung buat sementara waktu. Keluarga Hayati hanya bergantung hidup kepada
datuknya, Pak Mail yang menerima pencen yang sedikit. Masalah mereka telah diadukan
kepada penghulu kampung dan guru besar. Mereka berjanji akan membantu keluarga
Hayati. Nasib menyebelahi Hayati sekeluarga apabila wakil daripada Kementerian
Pertahanan menyampaikan bantuan sebanyak RM10,000.00 atas jasa ayahnya yang
terkorban semasa mempertahankan negara. Dengan bantuan yang diperoleh, Hayati dapat
meneruskan persekolahannya.

Pemikiran
Pemikiran drama Hadiah tulisan Aripin Said ialah hikmah kesabaran ketika berhadapan
dengan dugaan hidup. Buktinya, Hayati dan keluarganya bersabar dalam mendepani
masalah kewangan. Kesabaran mereka terbalas apabila mereka memperoleh hadiah
berbentuk wang tunai.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam drama ini, antaranya:
i. Persoalan ketabahan menghadapi dugaan dalam kehidupan
Contoh : Fauziah tabah menerima kematian suaminya, Sarjan Akhbar yang terkorban
semasa bertempur di sempadan.

ii. Persoalan penghargaan terhadap jasa seseorang


Contoh : Kementerian Pertahanan telah menghantar Encik Musa sebagai wakil mereka
untuk menyerahkan sekeping cek bernilai RM10,000.00 kepada Fauziah sekeluarga
sebagai penghargaan atas jasa Sarjan Akhbar.
iii. Persoalan berusaha untuk menyelesaikan masalah
Contoh : Pak Mail berusaha untuk mengatasi masalah kewangan yang dihadapi oleh
keluarganya dengan mengadukan hal mereka kepada Datuk Penghulu.

iv. Persoalan adab menerima tetamu


Contoh : Pak Mail menjemput Datuk Penghulu dan Encik Musa naik ke rumah lalu
menjemput mereka duduk sebagai adab melayan tetamu.
PUISI MODEN
Aku
(Rosli K.Matari)

Maksud Sajak
Rangkap 1
Penyajak mendapati dirinya keseorangan tanpa ada manusia lain di pantai ini.

Rangkap 2
Penyajak menyusuri sepanjang pesisir pantai sambil membayangkan dirinya ialah Nabi
Adam.

Rangkap 3
Penyajak menggambarkan hari tersebut seolah-olah merupakan hari Nabi Adam iaitu
manusia pertama yang dicipta oleh Tuhan. Pada hari itu, baginda dapat melihat keindahan
alam ciptaan Tuhan buat kali pertama.

Rangkap 4
Sebelum baginda dicipta oleh Tuhan, baginda tidak pernah mendengar deruan ombak.

Rangkap 5
Baginda juga tidak pernah merasai tiupan angin.

Rangkap 6
Baginda juga tidak pernah mengetahui kewujudan hidupan laut dan tumbuh-tumbuhan di
situ.

Rangkap 7
Baginda percaya akan kekuasaan Tuhan yang Maha pencipta kerana baginda baru sahaja
dicipta.
Tema
Tema sajak ‘Aku’ karya Rosli K. Matari ialah percaya akan kewujudan Tuhan.
Penyajak menyatakan kewujudan Tuhan dengan membuktikannya melalui manusia dan
alam yang dicipta oleh-Nya.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi ini, antaranya:
i. Persoalan kesyukuran terhadap kurniaan Tuhan
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa manusia harus bersyukur kepada Tuhan yang
mencipta hidupan dan alam ini.

ii. Persoalan ketaatan kepada Tuhan


Contoh : Penyajak menyatakan bahawa manusia sebagai ciptaan Tuhan harus taat
kepada Tuhan.

iii. Persoalan kedamaian alam semula jadi


Contoh : Penyajak menggambarkan keindahan alam semula jadi melalui angin yang
bertiup di mana-mana dan bunyi ombak.
Kita Umpama Sehelai Daun
(SMahadzir)

Maksud Sajak
Rangkap 1
Kehidupan manusia di muka bumi ini ibarat sehelai daun. Manusia dilahirkan, membesar
dan menjadi dewasa. Manusia harus mampu menyumbangkan jasa kepada insan lain agar
dapat menerangi kehidupan mereka seterusnya keluar daripada belenggu penderitaan.

Rangkap 2
Sekiranya kita gagal untuk menjadi manusia yang berbuat jasa, tiada ruang dan peluang
untuk sesiapa yang hidup dalam kepayahan untuk bergantung harap.

Rangkap 3
Kehidupan manusia ibarat sehelai daun yang bakal menjadi tua lalu mati. Oleh itu, kita tidak
seharusnya bersikap sombong dengan kelebihan yang kita miliki sehingga melupakan
kesusahan hidup orang lain yang bergantung harap kepada kita.

Rangkap 4
Jadikanlah hidup kita seperti sehelai daun yang menyumbangkan jasa semasa hidup
malahan setelah mati, jasa dan bakti kita masih dapat dimanfaatkan oleh orang lain.

Tema
Tema sajak, “Kita Umpama Sehelai Daun” tulisan SMahadzir ialah manusia seharusnya
berbuat jasa dalam kehidupan.
Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi ini, antaranya:
i. Persoalan berbuat jasa kepada orang lain
Contoh : Penyajak menyarankan pembaca agar hidup berjasa kepada orang lain
seperti daun yang mampu menjadi teduhan unggas daripada panas matahari.

ii. Persoalan sikap rendah hati


Contoh : Penyajak menyarankan pembaca agar mengamalkan sikap rendah hati iaitu
tidak sombong akan kebolehan diri.

iii. Persoalan keprihatinan terhadap orang lain


Contoh : Penyajak menyarankan pembaca supaya prihatin akan kesusahan hidup
orang lain.
Kuingin Berterima Kasih
(Ihsan Noorzali)

Maksud Sajak
Rangkap 1
Penyajak berterima kasih kepada hujan yang turun membasahi bumi. Kehadiran hujan
menyejukkan suasana dan jiwa manusia. Kedinginan yang dibawa mampu meredakan api
kemarahan.

Rangkap 2
Penyajak juga ingin berterima kasih dan berbakti kepada tanah yang subur. Tanah yang
subur telah memberikan rezeki dan pendapatan kepada para petani.

Rangkap 3
Penyajak juga ingin berterima kasih kepada ikan-ikan di laut kerana memberikan rezeki
kepada nelayan.

Rangkap 4
Penyajak juga berasa amat kagum atas pengorbanan para perajurit yang telah banyak
berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh.
Pengorbanan mereka itu mempamerkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi seorang
rakyat terhadap tanah air.

Rangkap 5
Kadangkala penyajak teringin untuk menjadi sukarelawan yang dapat mengubati kedukaan
dan penderitaan mangsa peperangan. Penyajak juga berharap dapat memberikan
kesedaran kepada masyarakat dunia betapa peperangan hanya akan menimbulkan lebih
banyak kehancuran dan penderitaan.
Rangkap 6
Penyajak berpendapat bahawa dunia akan lebih aman dan damai jika semua pihak dapat
berfikir secara waras dan bersama-sama berganding bahu menuju kejayaan dan keamanan
sejagat.

Tema
Manusia yang bersyukur atas nikmat yang diterima menjadi tema kepada sajak “Kuingin
Berterima Kasih” karya Ihsan Norzali. Jika semua manusia mengamalkan nilai kesyukuran,
dunia akan menjadi sebuah tempat yang aman untuk didiami oleh manusia.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi ini, antaranya:
i. Persoalan kepentingan hujan kepada hidupan
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa hujan yang turun mampu menyejukkan
suasana dan jiwa manusia.

ii. Persoalan kepentingan berbakti kepada tanah


Contoh : Penyajak menyatakan bahawa petani yang rajin bercucuk tanam akan
memperoleh hasil yang lumayan.

iii. Persoalan penghargaan kepada perwira negara


Contoh : Penyajak menyatakan bahawa dia berasa kagum akan semangat
patriotisme yang dimiliki oleh perwira negara dalam mempertahankan kedaulatan
negara.

iv. Persoalan kesedaran untuk mengekalkan keamanan dunia


Contoh : Penyajak menyatakan bahawa dunia akan menjadi tempat yang indah
apabila semua orang menyedari kepentingan hidup bersama-sama dengan aman.
Kunci Bahasa
(Abdul Hadi Yusof)

Maksud Sajak
Rangkap 1
Penyajak menegaskan bahawa bahasa yang bermaruah digambarkan oleh penutur yang
berbicara dan bertutur dengan bahasa yang betul dan penuh kesantunan.

Rangkap 2
Penyajak menyatakan bahasa yang maju sentiasa mengalami perubahan yang dinamik dan
bersistematik walaupun berlaku perubahan zaman.

Rangkap 3
Sejak dahulu lagi, susunan bahasa dibuat begitu sistematik sehingga tidak timbul sebarang
kekeliruan.

Rangkap 4
Penggunaan bahasa yang bersusila menjadi pengikat hubungan sesama insan.

Rangkap 5
Bahasa juga digunakan untuk berkomunikasi.

Rangkap 6
Bahasa didapati begitu indah melalui ungkapan-ungkapan dan susunan kata serta bahasa
yang puitis.
Tema
Tema yang ingin disampaikan oleh Abdul Hadi Yusof dalam sajaknya “ Kunci Bahasa” ialah
kepentingan bahasa kepada setiap masyarakat di dunia amnya dan Malaysia khasnya.
Bahasa memiliki pelbagai kepentingan dalam kehidupan masyarakat misalnya bahasa itu
digunakan dalam komunikasi sesama manusia. Tanpa bahasa kehidupan masyarakat akan
terbatas.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi ini, antaranya:
i. Persoalan penggunaan bahasa yang bersusila
Contoh: Penyajak menyatakan bahawa bahasa yang digunakan secara bersusila
menggambarkan keperibadian penuturnya serta mengelakkan hati orang lain
tergores .

ii. Persoalan silaturahim yang terjalin melalui bahasa


Contoh: Penyajak menyatakan bahawa hubungan sesama manusia terjalin melalui
bahasa yang difahami oleh kedua-dua pihak.

iii. Persoalan perkembangan bahasa


Contoh: Penyajak menyatakan bahawa bahasa seharusnya menerima
perkataan-perkataan baharu untuk membolehkan bahasa itu berkembang.
PUISI TRADISIONAL
Pantun Dua Kerat
(Pantun kanak-kanak)

Maksud Pantun
Rangkap 1
Hubungan antara Tuhan dengan manusia amat dekat kerana manusia diciptakan oleh
Tuhan. Oleh itu, manusia harus mentaati perintah Tuhan dan menjauhi larangan-Nya.

Rangkap 2
Penyajak berpendapat bahawa orang yang berselimut iaitu kiasan kepada orang yang tidak
mahu melakukan apa-apa akan menyebabkan orang itu menjadi malas.

Rangkap 3
Setiap manusia dilahirkan dengan warna kulit yang berbeza namun orang yang berkulit
hitam manis tetap cantik pada pandangan penyajak.

Rangkap 4
Penyajak menyatakan bahawa orang yang tidak mahu berusaha tidak akan dapat
menikmati kehidupan yang senang.

Rangkap 5
Menurut penyajak, kedua-dua belah tangan memiliki fungsi masing-masing. Kedua-duanya
mesti kita gunakan dengan baik untuk berusaha memajukan diri.

Tema
Tema pantun kanak-kanak di atas ialah kepelbagaian ragam manusia. Menurut penyair,
manusia memiliki perwatakan dan tingkah laku yang berbeza-beza.
Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi tradisional ini, antaranya:
i. Persoalan sikap malas merugikan diri
Contoh: Penyajak menyatakan bahawa manusia yang malas berusaha akan terus
hidup dalam kedaifan.

ii. Persoalan ketaatan kepada Tuhan


Contoh: Penyajak menyatakan bahawa manusia sebagai ciptaan Tuhan harus taat
kepada Tuhan.

iii. Persoalan setiap manusia memiliki keistimewaan tersendiri


Contoh: Penyajak menggambarkan orang yang berkulit hitam manis tetap cantik
dipandang.

iv. Persoalan kegigihan untuk mencapai kejayaan


Contoh: Penyajak berpendapat bahawa kedua-dua belah tangan mesti digunakan
untuk mencapai kejayaan dalam hidup.
Syair Pohon Buluh
(Mohd. Yusof Md. Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh)

Maksud Syair
Rangkap 1
Serumpun buluh digambarkan ibarat sebuah menara yang tinggi yang bertingkat-tingkat
tetapi tidak memiliki bilik dan tangga. Setiap ruas buluh dikawal oleh miang buluh.

Rangkap 2
Dedaun buluh umpama kibaran bendera dari pangkal rumpun buluh hingga puncak buluh
yang paling atas. Secara umumnya, saiz daun buluh adalah sama.

Rangkap 3
Kepelbagaian saiz buluh dalam rumpun yang sama menggambarkan kesatuan yang kuat.

Rangkap 4
Sifat buluh adalah licin sama ada di luar atau di dalam buluh. Bahagian dalam batang
buluh diumpamakan gelap seperti malam malah boleh menakung air tanpa tumpah.
Rumpun buluh yang banyak menyebabkan kawasan sekitar menjadi teduh.

Tema
Keistimewaan pohon buluh merupakan tema bagi syair Pohon Buluh yang terdapat dalam
puisi tradisional tingkatan satu . Pohon buluh digambarkan hidup dalam rumpun yang
saling membantu dan memberikan manfaat kepada manusia boleh diumpamakan dengan
manusia yang hidup bermasyarakat.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi tradisional ini, antaranya:
i. Persoalan sikap saling melengkapi dalam semua perkara
Contoh: Penyajak menyatakan bahawa buluh menjadi kuat kerana setiap batang
buluh berperanan untuk melengkapi batang-batang yang lain.
ii. Persoalan kesamarataan darjat
Contoh: Penyajak menyatakan bahawa saiz daun buluh adalah sama dari pangkal
perdu buluh hingga pucuk yang teratas.

iii. Persoalan keteguhan melalui penyatuan


Contoh: Penyajak menyatakan bahawa rumpun buluh hidup subur dan kuat
walaupun terdapat saiz buluh yang berbeza-beza di dalam rumpunnya.
PROSA TRADISIONAL
Asal Padi

Sinopsis

Cerita ini mengisahkan sepasang suami isteri yang kaya telah meninggal dunia. Kedua-dua
orang anak lelaki mereka yang masih kecil dianiaya oleh penjahat. Harta yang tinggal
hanyalah sebuah kolam ikan. Suatu hari, Si Bongsu melihat tujuh orang perempuan sedang
bersiap-siap untuk pulang ke kayangan. Si Bongsu mendapat keizinan untuk ke kayangan.
Di kayangan, Si Bongsu ditinggalkan sendirian. Dia melihat sesuatu yang berkilau-kilau
seperti emas, sedang dijemur di tengah-tengah dusun. Rupa-rupanya, sesuatu yang
berkilau-kilau itu ialah padi. Si Bongsu ingin meminta sedikit padi untuk ditanam di bumi
tetapi tidak dibenarkan oleh empunya padi itu. Apabila berpeluang, Si Bongsu mengambil
segenggam padi lalu melarikan diri. Dia dapat ditangkap lalu dicederakan oleh empunya
padi hingga tumitnya luka. Si Bongsu bermohon supaya dia dibenarkan bekerja dengan
empunya padi. Si Bongsu berjaya menyembunyikan segenggam padi dan memberitahu
empunya padi bahawa dia mahu kembali ke bumi. Di bumi, Si Bongsu menanam padi dan
berbuah dengan lebat tetapi padi di kayangan sudah tidak menjadi kerana daya hidup padi
di kayangan telah hilang. Empunya padi telah menghantar burung pipit untuk menyiasat jika
padi hidup di bumi. Burung pipit pulang ke kayangan lalu melaporkan bahawa tiada tanaman
padi di bumi. Namun empunya padi tidak percaya lalu menghantar Si Tekuri pula. Si Tekuri
akan membunuh pipit jika di bumi ada padi jika sebaliknya, pipit akan membunuh Si Tekuri.
Sebaik-baik tiba di bumi, Si Tekuri mendapati burung pipit berkata bohong, lalu Si Tekuri
berkelahi dengan burung pipit. Burung pipit telah kalah lalu kerongkongnya disepit oleh Si
Tekuri dengah kuat hingga temboloknya telah beralih ke arah tengkuknya. Itulah punca
tembolok burung pipit berada di tengkuknya dan inilah asal usul padi di bumi.
Tema

Tema cerita Asal Padi yang terdapat dalam Prosa Tradisional Tingkatan Satu ialah
kebijaksanaan seseorang dalam menyelesaikan masalah. Si Bongsu bijak menyelesaikan
masalah dalam usahanya mendapatkan padi yang berasal daripada kayangan untuk dibawa
pulang ke bumi.

Persoalan

Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam cerita ini, antaranya:

i. Persoalan keberanian melakukan sesuatu tindakan


Contoh: Si Bongsu dengan berani memasukkan padi itu ke dalam mulutnya dan
melarikan diri namun dapat ditangkap oleh empunya padi sehingga tumitnya luka.

ii. Persoalan kebijaksanaan mencari akal


Contoh: Si Bongsu mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu di
dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh empunya padi.

iii. Persoalan persoalan mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain


Contoh: Orang-orang jahat telah mengambil segala harta yang ditinggalkan oleh
pasangan suami isteri kepada anak-anak mereka yang masih kecil.

iv. Persoalan bersungguh-sungguh menjaga hak


Contoh: Empunya padi benar-benar memastikan padi yang ditanamnya tidak dicuri
orang.
NOTA KOMSAS
GAYA BAHASA
NOTA GAYA BAHASA KOMSAS TINGKATAN 2

BIL. GAYA BAHASA PENERANGAN CONTOH


Pengulangan kata pada awal Terbang kenanga terbang pohon
1. Anafora
baris Terbang burung sering dipohon
Pengulangan kata pada tengah- Sayang indah pergi Johor
2. Responsi
tengah baris Dia yang kupinta pergi datang
Pengulangan kata pada akhir Sayang Salmah hatinya pedih
3. Epifora
baris Teruja sakitnya hati pedih
Pengulangan kata pada baris Pergilah sayang pergi jauh
4. Repitasi / Repitisi
yang sama Hati ini hati yang dilukai
Pengulangan kata pada awal Sayang seribu kali sayang
5. Simplok
dan akhir baris yang sama Hanya aku yang kau kenali
6. Sinkof / Sinkope Penggunaan singkatan kata Ku, mu, mau, tak, nak, mak
Bukit-bukit harapan
*Bukit ( unsur konkrit)
*harapan ( unsur abstrak)
Perbandingan secara tidak
7. Metafora
langsung atau kiasan
Hatinya mengalir sungai duka
*sungai (unsur konkrit)
*duka (unsur abstrak)
Perbandingan atau kiasan
secara langsung yang bersendi Seperti kolek terdampar di pasir
8. Simile
laksana, seperti, bak, umpama, Bagai buih kecil di air
bagaikan dan sebagainya
Kebosanan menggigit pangkal
rasa
Penggunaan unsur kemanusiaan
9. Personifikasi *kebosanan bukan manusia,
terhadap unsur bukan manusia
kebosanan tidak boleh
menggigit.
Cinta kepadanya cinta jutaan
bunga-bungaan
*manusia tak mungkin dapat
Penggunaan unsur yang cinta akan berjuta-juta bunga
10. Hiperbola
melampau
Seribu tahun kembali juga
*manusia tak mungkin berjumpa
selepas seribu tahun
Bertanggungjawab
*Tanggung + jawab
Penyatuan dua kata menjadi
11. Hybrid
satu kata
Ketidakpastian
*Tidak + pasti
Aduhai adinda berpesan adik
12. Inversi Pembalikan kata *Sepatutnya ditulis Aduhai
adinda adik berpesan
Menangis dalam kegembiraan
Penggunaan unsur positif dan
13. Paradoks *Menangis – unsur negatif
negatif dalam satu baris puisi
*Kegembiraan – unsur positif
Aduhai malang Pak Kaduk
14. Asonansi Pengulangan bunyi vokal
*pengulangan huruf vokal "a"
Ayamnya menang kampung
tergadai
15. Aliterasi Pengulangan bunyi konsonan
*Pengulangan huruf konsonan
"m"
16. Imejan Penggunaan unsur alam Sungai, laut, bukit, tasik

Anda mungkin juga menyukai