Anda di halaman 1dari 12

BAB 1 KISAH DI KEDAI KOPERASI

Kedai Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan telah


ditubuhkan kira-kira lima tahun yang lalu. Pada pagi itu, terdapat seorang
pembantu kedai dan tiga orang ahli lembaga pengarah sedang sibuk
melayani pembeli-pembeli dengan sabar dan baik. Sebagai ahli lembaga
pengarah yang bertugas sebagai jurujual telah menegur seorang pelajar
lelaki yang cuba mencuri sebatang pen. Cikgu Zulkifli masuk ke kedai itu dan
memberitahu ahli lembaga pengarah bahawa pada petang, mesyuarat
lembaga pengarah kali pertama tahun itu akan diadakan. Norlela sebagai
pembantu kedai juga dijemput hadir dalam mesyuarat itu.

BAB 2 MESYUARAT MELAKSANAKAN HARAPAN

Di bilik mesyuarat Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan,


mesyuarat Lembaga Pengarah telah diadakan. Sebanyak 11 orang murid dan
empat orang guru yang dilantik sebagai ahli Lembaga pengarah dengan
empat orang guru manakala pengetua sekolah, Cikgu Syamsudin telah
menjadi Pengerusi Koperasi sekolah itu. Encik Sulaiman selaku Pegawai
Pembangunan Koperasi turut hadir dalam mesyuarat itu. Pengetua
mengucap tahniah kepada Razali kerana dipilih sebagai penolong
setiausaha. Menurut pengetua, penubuhan koperasi sekolah bertujuan untuk
menggalakkan sikap berjimat cermat dan menolong diri sendiri dan antara
ahli. Beliau menyeru supaya semua ahli lembaga pengarah dapat
menjalankan
tugas
dengan
penuh
amanah.
Seterusnya Cikgu Zulkifli membentangkan usul mesyuarat yang lalu, iaitu
pertama, koperasi hendak berusaha menternak ayam telur. Kedua, koperasi
akan menjual barang-barang makanan dan keperluan lain selain alat tulis,
pakaian sukan dan buku-buku. Ketiga, koperasi hendak menubuhkan sebuah
bilik bacaan. Ketiga-tiga usul itu diterima oleh ahli lembaga pengarah
dengan sebulat suara.

BAB 3 PERJANJIAN MEMBALAS DENDAM


Munir berasa kesal kerana tidak dipilih sebagai penolong setiausaha lembaga
pengarah koperasi sekolah. Dia merungut kepada kawannya Leong dan
Silvam. Sebagai ahli lembaga pengarah, mereka berasa tidak puas hati atas
kemenangan Razali dipilih sebagai penolong setiausaha. Apabila ternampak
Ramlah sedang membantu Razali untuk menyiapkan minit mesyuarat, Munir
cemburu dan menyindir Razali sengaja mendekati Ramlah.

BAB 4 PERSIAPAN KEDAI KOPERASI

Pada pagi itu, Norlela dan beberapa orang ahli lembaga pengarah sibuk
melayani pelajar di kedai koperasi. Razali mendapati bahawa Munir, Silvam
dan Leong tidak datang untuk bertugas di kedai koperasi itu. Swee Lan,
Ramlah, Harun, Saridevi dan Razali terpaksa menggantikan tugas mereka.
Cikgu Zulkifli berasa kesal atas sikap Munir dan kawannya. Razali
menyenaraikan barangan yang hendak dijual di kedai koperasi. Mereka juga
hendak menyediakan bilik bacaan dan akhbar dan majalah. Ayah Swee Lan,
Encik Aik Hong telah memberikan potongan harga untuk kedai koperasi atas
barangan yang akan dijual di koperasi itu. Mereka juga mendapat bantuan
daripada Encik Aziz selaku tauke kedai buku dengan potongan harga buku
sebagai 20% kepada koperasi sekolah itu.

BAB
5
CITA-CITA
DAN
HARAPAN
Sebelum pulang, Munir, Leong dan Silvam sedang menunggu Ramlah, Swee
Lan dan Saridevi untuk mengajak mereka menonton tayangan gambar.
Bagaimanapun Ramlah dan kawan-kawannya menolak ajakan itu. Munir
berasa marah dan menganggap bahawa Razalilah yang menyebabkan
Ramlah
tidak
suka
akannya.
Dia
ingin
mengajar
Razali.
Keesokan hari, Munir cuba mendekati Ramlah yang sdang menyusun rak
buku di kedai koperasi, lalu memberi Ramlah sepucuk surat kepadanya.
Ramlah menolak dan meminta bantuan daripada Razali. Razali menegur
Munir. Munir, Leong dan Silvam meninggalkan kedai koperasi itu. Ramlah
juga memberitahukan hal itu kepada Cikgu Zulkifli.

BAB 6 PERSIAPAN
Razali, Cikgu Zulkifli, Cikgu Hassan, Swee Lan, Saridevi dan beberapa orang
ahli lembaga pengarah sibuk membersihkan reban-reban ayam . Sebaliknya
Ramlah, Cikgu Robeah, Rozita, Harun, Sivam dan Leong sibuk mengemaskan
bilik bacaan kerana minggu depan Penolong Pengarah Pembangunan
Koperasi Bahagain Sekolah akan melawat ke koperasi mereka. Koperasi
sekolah telah memperuntukkan RMm 30 untuk membeli akhbar dan majalah
dalam bilik baca itu. Ketika mereka sibuk menjalankan tugas pembersihan,
Munir bermain bola di padang. Cikgu Zulkifli pergi ke padang dan mendapati
Munir telah dihalau keluar dari padang kerana bermain bola dengan kasar.
Cikgu Zulkifli menasihati Munir agar melaksanakan tugasnya sebagai ahli
lembaga pengarah koperasi sekolah. Munir berjanji bahawa dia tidak
ponteng tugas lagi. Cikgu Zulkifli juga memberikan amaran kepada Munir
supaya tidak tulis surat kepada Ramlah lagi. Munir berjanji bahawa dia tidak
melakukan hal itu lagi.

BAB 7 SEMANGAT

Encik Mansur selaku Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi , Bahagian


Fungsi Sekolah-sekolah telah melawat ke Kedai Koperasi Sekolah Menengah
Teknik Pertanian Seri, reban ayam telur dan bilik baca. Beliau memberikan
pujian atas usaha dan kerjasama semua ahli lembaga pengarah koperasi
sekolah itu. Dalam ucapan, beliau berharap agar koperasi sekolah dapat
menyemaikan minat berniaga, semangat bekerjasama, bersatu padu dalam
kalangan generasi muda.

BAB 8 MEMPELAJARI ILMU PERDAGANGAN

Di Tingkatan 5C1, Cikgu Saiful, guru mata pelajaran Perdagangan telah


membincangkan kepentingan prinsip akaun kepada ahli perniagaan, tetapi
Munir asyik mengganggu pelajar lain. Akhirnya Cikgu Saiful menahan Munir
di dalam kelas untuk menyalin semua catat sebelum pulang. Ramlah, Swee
Lan, Saridevi, dan Rozita hendak pergi ke rumah Razali untuk mengulang kaji

tentang prinsip akaun. Ketika Munir turut dari tangga, dia ternampak Ramlah
dan kawan-kawannya bersama dengan Razali dengan muka yang masam.

BAB 9 KERJA RUMAH

Rumah Razali di pinggir sawah. Kedatangan Ramlah dan kawan-kawannya


disambut oleh ibu Razali , Mak Sopiah dengan mesra. Mak Sopiah
menjemput mereka masuk ke dalam rumah. Bagaimanapun Razali mengajak
mereka mengulang kaji di pondok yang terletak di tengah sawah. Ternyata di
situ sungguh nyaman dan sunyi. Mak Sopiah turut menghidangkan minuman
dan pisang goreng untuk mereka di pondok itu.
BAB 10 PENGAKUAN

Munir dipanggil ke bilik kerjaya. Cikgu Zulkifli dan Cikgu Muniam selaku guru
kaunseling dan guru kerjaya sekolah telah meminta Munir memberikan
penjelasan tentang sikapnya yang suka mengganggu pelajar lain di dalam
kelas dan selalu ponteng ketika menjalankan tugas di kedai koperasi. Munir
tidak mengakui tuduhan itu. Setelah diberi nasihat, Munir mengaku tidak
akan berbuat demikian lagi. Cikgu Zulkifli berharap agar Munir akan sedar
akan kesalahannya.

BAB 11 MELEPASKAN DENDAM


Pada petang itu, Munir, Leong dan Silvam menunggang motosikal lalu
singgah di tepi jalan yang menuju ke arah rumah Razali. Mereka menunggu
kedatangan Razali. Ketika ternampak Razali, mereka terus memukul Razali
sehingga Razali tersungkur dan mukanya berdarah. Setelah mereka
meninggalkan tempat itu, Ramlah, Swee Lan dan Saridevi menunggang
basikal ke situ. Setelah mengetahui perlakuan Munir, mereka ingin
melaporkan perkara itu kepada Cikgu Zulkifli, tetapi Razali enggan berbuat
demikian kerana takut kalau berita itu sampai pada ayah tirinya.

BAB 12 KASIH SEORANG IBU

Ketika Razali sampai di rumah, Mak Sopiah amat terkejut melihat keadaan
anaknya. Razali pun menyatakan perlakuan Munir terhadapnya. Kebetulan
ayah tiri Razali, Pak Zakaria telah pulang. Apabila ternampak keadaan Razali,
Pak Zakaria terus menyalahkan Razali sebagai anak yang sombong dan
angkuh sehingga bergaduh dengan orang lain. Mak Sopiah terus
mempertahankan anaknya. Pada petang itu, setelah makan, Razali membaca
di pondok yang terletak di sawah itu. Dia kecewa atas layanan ayah tirinya.
Razali terus bertanya kepada ibunya siapa ayahnya yang sebenarnya.
Bagaimanapun, Mak Sopiah enggan memberitahu Razali tentang ayahnya
kerana tidak mahu mengingat kembali kenangan pahit itu.

BAB 13 DENDAM MEMBAWA PADAH

Keesokan hari, Munir, Leong dan Silvam disuruh ke bilik pengetua kerana
terdapat aduan bahawa mereka dituduh memikul Razali. Setelah disoal
siasat, Cikgu Syamsudin mengambil keputusan untuk merotan Munir, Leong
dan Silvam di dalam bilik pengetua.

BAB 14 BERITA GEMBIRA

Cikgu Zulkifli mengumumkan bahawa Razali telah dipilih untuk menyertai


kursus koperasi di Petaling Jaya. Ahli lembaga pengarah koperasi sekolah
yang lain telah memberikan ucapan tahniah kepada Razali. Pada suatu
petang, Cikgu Zulkifli, Mak Sopiah, Harun, Swee Lan dan Ramlah telah tiba di
stesen bas untuk menghantar Razali yang akan menaiki bas ke Petaling Jaya.

BAB 15 BUDI BAIK DIKENANG JUA

Razali bersama-sama dengan peserta kursus seluruh koperasi sekolah


Malaysia telah menghadiri kursus di Maktab Kerjasama, Petaling Jaya selama
satu minggu. Penceramah itu telah menyatakan bahawa generasi muda
harus menyedari peranan koperasi dan dapat menjadi pemimpin koperasi
yang berjaya di negara kiga. Selepas kursus, para peserta dibawa melawat
ke Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia di Kuala Lumpur dan tempattempat di sekitar Kuala Lumpur. Razali berasa amat terhutang budi kepada
Jabatan pembangunan Koperasi Malaysia kerana memilih mereka untuk
menghadiri kursus tersebut.
BAB 16 KESAN KUNJUNGAN

Setelah seminggu kemudian, Razali balik ke sekolah semula. Dalam


mesyuarat koperasi sekolah, Razali telah memberikan laporan ringkas
tentang pengetahuan yang diperoleh daripada kursus itu. Cikgu Syamsudin
juga mengemukakan usul, iaitu sama ada mereka akan menyertai
pertandingan untuk memilih koperasi yang maju, berjaya dan baik
pentadbirannya yang dianjurkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan
Malaysia (ANGKASA). Swee Lan memberikan cadangan supaya mereka
masuk pertandingan itu. Akhirnya semua ahli lembaga pengarah bersetuju
atas cadangan itu. Cikgu Hassan mengharapkan semua ahli lembaga
pengarah berusaha dan menunjukkan semangat untuk memajukan koperasi
mereka pada tahun itu.

BAB 17 SEMAKIN JAUH TERBANG BURUNG

Untuk membuat persediaan tentang pertandingan itu, semua ahli lembaga

pengarah bergilir-gilir mengurus projek mereka. Bangsal ternakan ayam dan


bilik bacaan mereka sentiasa dijaga rapi. Baik guru penasihat mahupun
pelajar sebagai ahli lembaga pengarah telah sibuk mengemaskan kedai
koperasi mereka. Sebaliknya Munir, Leong dan Silvam ada di padang untuk
bermain bola tanpa menjalankan tugas mereka. Atas arahan pengetua,
Munir, Leong dan Silvam balik ke kedai koperasi. Ketika Munir berada di meja
setiausaha, dia terlihat anak kunci terletak di situ lalu diambil dan ditelitinya
anak kunci itu. Setelah itu, mereka bertiga tidak berpuas hati terhadap Razali
kerana Razali menjadi tumpuan pelajar perempuan, terutama Ramlah. Munir
ingin membuat sesuatu terhadap Razali lagi.
BAB 18 MALANG TIDAK DIDUGA

Pada malam itu , ada lembaga hitam membuka pintu dan menceroboh kedai
koperasi itu. Keesokan hari, apabila Razali membuka pintu kedai koperasi itu
dengan kuncinya, dia dan kawan-kawannya terkejut kerana semua barangan
jualan mereka bertaburan di lantai dan wang sebanyak RM200 juga dicuri
orang. Mereka segera melaporkan hal itu kepada Cikgu Zulkifli . Cikgu Zulkifli
mengambil keputusan untuk melaporkan kejadian itu kepada pengetua dan
pihak polis.
BAB 19 MISTERI EDAI KOPERASI

Dua orang anggota polis telah datang ke kedai koperasi sekolah untuk
membuat siasatan. Mereka mendapati pintu kedai itu tidak ada kesan
dikopak orang. Mereka mendapati bahawa hanya Razali dan pengetua
memiliki kunci koperasi itu. Oleh itu Razali dan Cikgu Zulkifli telah dibawa ke
balai polis untuk membuat siasatan lanjut. Semua guru dan ahli lembaga
pengarah tidak percaya bahawa Razali terlibat dalam kes itu. Munir, Leong
dan Silvam telah membuat sindiran bahawa Razali yang terlibat dalam kes
itu. Cikgu Zulkifli, Cikgu Robeah, dan Cikgu Hassan telah berbincang dengan
pengetua tentang kes itu. Cikgu Hassan bercadang supaya mereka cuba
merangkap pencuri itu. Mereka bimbang bahawa kes itu akan mengganggu
persiapan mereka untuk masuk pertandingan.

BAB 20 TINDAKAN AYAH TIRI

Ketika Pak Zakaria hendak pulang ke rumah, Munir dan dan Leong
menunggung motosikal ke arahnya. Mereka memberitahu Pak Zakaria
bahawa Razali terlibat dalam kes kecurian kedai koperasi sekolah sehingga
disiasat oleh pihak polis. Pak Zakaria amat marah akan peristiwa . Apabila
ternampak kepulangan Razali, Pak Zakaria yang berada di beranda terus
memarahi Razali sebagai pencuri yang memalukannya. Dia hendak
menghalau Razali keluar dari rumahnya. Mak Sopiah segera keluar dan
membela Razali. Dia percaya kata-kata Razali lalu mengatakan bahawa jika
Razali dihalau, dia akan mengikut Razali keluar dari rumah itu juga. Dengan
geram, pak Zakaria mencapai basikalnya lalu menunggangnya dengan
tergesa-gesa.

BAB 21 HIDUP YANG DIRUNDUNG MALANG

Razali berlegar-legar di tengah sawah. Dia cuba mencari ketenangan di


pondok sawah itu. Dia berasa sedih atas nasib yang malang. Dia tidak tahu
di mana ayahnya. Dia asyik termenung tenang fitnah yang dilemparkan
terhadapnya. Mak Sopiah cuba menenangkan jiwa Razali. Sekali lagi, Razali
meminta ibunya supaya memberitahu keadaan ayahnya. Mak Sopiah
menangis dan merayu Razali supaya tidak meninggalkannya. Mak Sopiah
tetap enggan memberitahu Razali siapa ayahnya kerana tidak mahu
membangkit peristiwa pahit pada masa dahulu. Razali memeluk ibunya dan
berjanji bahawa dia tiak akan menyakiti hati ibunya lagi.

BAB 22 MISTERI BERAKHIR

Cikgu Zulkifli bergegas ke kedai koperasi kerana diberitahu oleh SweeLan


danMarzuki bahawa kedai koperasi dicerobohi lagi. Pengetua , Cikgu
Syamsudin sangat marah atas kejadian itu dan mengambil keputusan untuk
memeriksa beg dan pakaian murid satu demi satu. Akhirnya Cikgu Hassan
berjaya mengesan murid yang menceroboh kedai koperasi itu, iaitu Munir.
Dari beg sekolah Munir, Hassan telah mendapat kunci yang sama dengan
nombor kunci kedai koperasi mereka dan sehelai wang kertas RM10.00 yang
terdapat huruf K seperti yang ditulis oleh Cikgu Hassan. Cikgu Zulkifli
sangat kesal atas perlakuan Munir. Ketika ditanya oleh Cikgu Syamsudin,
Munir mengakui bahawa dialah menceroboh kedai koperasi untuk memfitnah
Razali kerana tidak suka Ramlah yang sering mendekati Razali. Cikgu
Syamsudin mengambil keputusan untuk menghukum Munir. Beliau akan
mengadakan mesyuarat dengan guru disiplin untuk menentukan hukuman
yang sepatutnya. selain memecatnya daripada menjawat jawatan ahli
lembaga pengarah.

BAB 23 HUKUMAN
Mengikut keputusan mesyuarat guru disiplin sekolah itu, Munir akan dirotan
di hadapan perhimpunan sebanyak 3 kali. Kedua-dua ibu bapa Munir juga
diberitahu dahulu dan mendapat kebenaran dengan harapan disiplin Munir
akan berubah. Cikgu Muniam telah mengumumkan kesalahan yang
dilakukan oleh Munir. Munir akan dirotan oleh Pengetua sendiri dan
digantung persekolahannya selama seminggu. Ketika tampil ke depan, tibatiba Munir menghulurkan tangan dan meminta maaf kepada Razali. Razali
mengangguk-angguk lalu memeluk tubuh Munir. Mereka berpelukan. Air
mata Razali berderaian. Semua warga sekolah terharu. Cikgu Syamsudin
mengingatkan semua pelajar supaya peristiwa itu sebagai pengajaran.

BAB 24 MEMASUKI DUNIA BAHARU

Ketika selesai menunaikan solat, Munir tiba di halaman rumah Razali. Munir
datang untuk meminta maaf kepada Pak Zakaria dan Mak Sopiah. Dia
mengakui kesalahannya dan membuat fitnah sehingga menjejaskan nama
baik keluarga Razali. Pak Zakaria memaafkan Munir yang telah insaf akan
kesalahannya. Selain itu, Munir juga datang untuk meminta Razali supaya
boleh mengajarnya memandangkan peperiksaan SPM semakin menjelang.
Razali tidak keberatan untuk membantu Munir dalam pelajaran. Munir
terharu atas budi Razali dan merasai dirinya menjadi orang baharu dalam
hidupnya. Dia telah mendapat seorang sahabat baharu.

BAB 25 HARAPAN BERBUNGA INDAH

Pada suatu hari, tiga orang hakim Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah


dari ANGSAKA datang untuk menghakimi Koperasi Sekolah Menengah Teknik
Pertanian Seri Kayangan. Mereka meneliti barang jualan, buku-buku akaun
dan sebagainya di kedai koperasi. Kemudian mereka juga meninjau projek
ternakan ayam telur dan bilik bacaan yang disediakan oleh koperasi sekolah
itu.
Pada pagi itu, mua murid Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan
berbaris dalam perhimpunan. Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi
Negeri hadir bersama, termasuk beberapa orang ibu bapa yang dijemput
khas. Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri Perlis dijemput untuk berucap
dan seterusnya menyampaikan hadiah. Beliau mengumumkan bahawa
Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan berjaya menjadi
johan dalam Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah pada tahun itu. Razali
dipilih untuk menerima piala daripada pengarah itu. Semua guru dan pelajar
bertepuk tangan dengan gembira. Razali juga dijulang oleh empat orang ahli
lembaga
pengarah
dan
diarak
mengelilingi
perhimpunan
itu.
Setelah perhimpunan tamat, Mak Sopiah dan Pak Zakaria ternampak seorang
lelaki tua dan dapat mengesan lelaki itu ialah Ramli. Mereka bersalaman.
Cikgu Syamsudin berasa ada sesuatu rahsia dalam pertemuan itu. Beliau
segera menjemput mereka ke bilik pejabatnya, termasuk pengarah.

BAB 26 TERBUKA RAHSIA

Encik Ramli mula membuka rahsia antara mereka. Menurut Ramli , dia
tinggal di Melaka, anaknya Ramlah tinggal bersama dengan abangnya
seorang polis di kampung. Ramli mengatakan bahawa Mak Sopiah ialah
bekas isterinya. Kira-kira 16 tahun yang lalu, dia telah bercerai dengan Mak
Sopiah dan meninggalkan anak lelaki . Ketika itu, dia sebagai tentera di
Seremban. Selepas itu, Pak Zakaria telah mengambil Mak Sopiah sebagai
isteri. Setelah tamat tempoh perkhidmatan sebagai tentera, Pak Zakaria
telah membawa Mak Sopiah dan Razali tinggal di situ. Sebaliknya Ramli balik
ke Melaka dan berkahwin dengan seorang janda beranak tiga di Melaka.
Selama ini, Pak Ramli tidak tahu tempat Razali dan ibunya berada. Mak
Sopiah mengatakan bahawa dia tidak mahu memberitahu Razali tempat
ayahnya
berada
kerana
takut
Razali
akan
meninggalkannya.
Razali dan Ramlah dipanggil ke pejabat Pengetua, Razali diberitahu bahawa
ayah yang dicarinya selama ini ialah ayah kepada Ramlah yang berada di
bilik itu. Setelah mendengar penjelasan ayah tirinya, Razali segera menerpa
dan mencium tangan Pak Ramli. Ramlah terkejut kerana Razali ialah
saudaranya. Mereka tersenyum riang melihat pertemuan itu. Encik Ali,
Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri mengatakan bahawa
sungguh besar jasa koperasi sekolah kerana dapat mempertemukan anak
dengan ayahnya. Rupa-rupanya bersempena dengan kejayaan koperasi,
Razali dapat bertemu dengan ayahnya yang dicari-carinya selama ini.
Mereka bersama-sama ketawa dengan riang.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah gigih berusaha dalam melakukan sesuatu pekerjaan supaya mendapat
kejayaan
2. Kita hendaklah bersedia memaafkan kesalahan orang lain kerana sikap pemaaf
merupakan sikap yang mulia
3. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga supaya hidup sentiasa bahagia dan gembira
4. Kita hendaklah bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugas supaya mencapai
kejayaan
5. Kita hendaklah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan
6. Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan
kepada kita
7. Kita janganlah melakukan jenayah mencuri kerana akan merosakkan masa depan kita
8. Kita janganlah menyimpan dendam terhadap orang lain
9. Kita hendaklah tabah menghadapi segala dugaan yang mendatang dalam kehidupan

Anda mungkin juga menyukai