Anda di halaman 1dari 3

LATAR TEMPAT NOVEL SEJAMBAK BAKTI -

KARYA REJAB F.I


KONSEP LATAR TEMPAT:
latar tempat ialah semua jenis keterangan tentang keadaan, suasana, peristiwa,
ciri-ciri dan sejarah di sesuatu tempat dalam cerita.

LATAR TEMPAT NOVEL SEJAMBAK BAKTI.

    
1.  Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan
 Tempat Razali dan rakan-rakannya belajar
 Ahli Lembaga Pengarah melakukan tugas-tugas yang diberikan  

2.   Kedai Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan


 Di tempat itulah Razali dan rakan-rakan bertugas menjaga dan menguruskan
kedai sehinggalah koperasi tersebut terpilih sebagai koperasi terbaik di peringkat
kebangsaan.
 Lembaga hitam menceroboh kedai koperasi pada waktu malam

3. Rumah di pinggir sawah


 iaitu rumah keluarga Razali yang didiami oleh ibunya, Mak Sopiah dan bapa
tirinya, Pak Zakaria.
 Rozita, Ramlah dan Saridevi datang ke rumah Razali untuk belajar.

4. Maktab Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya, Selangor


 Razali menjalani kursus koperasi selama seminggu untuk mendalami ilmu yang
berkaitan dengan koperasi.

5. Sebuah pondok di tengah sawah


 iaitu tempat yang selalu dikunjungi oleh Razali untuk mengulang kaji pelajaran
secara sendirian atau bersama dengan rakan-rakannya Ramlah, Rozita, dan
Saridevi
 Tempat Razali menenangkan  hati setelah dimarahi oleh ayah tirinya

7.  Bilik Mesyuarat Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan.


          Tempat alhli lembaga pengarah koperasi mengadakan mesyuarat untuk
membincangkan hal-hal koperasi dan persediaan untuk pertandingan Koperasi
Daerah.

8. Bilik Tuan Pengetua/cikgu Syamsudin


         Razali bertemu ayah kandungnya Pak Ramli
         Razali mengetahui bahawa Ramlah merupakan sauda
LATAR MASA NOVEL SEJAMBAK BAKTI
Konsep Latar Masa
Latar masa ialah semua jenis keterangan tentang masa atau waktu sesuatu peristiwa yang
berlaku dalam sesebuah cerita,  Masa meliputi aspek saat, ketika, waktu, jam, saman,
musim era ataupun tarikh sesuatu peristiwa berlaku.

LATAR MASA NOVEL SEJAMBAK BAKTI

1.    Pada waktu pagi

         Ketika Razali dan beberapa orang kawan membuka pintu kedai koperasi, mereka
terkejut kerana kedai koperasi mereka telah dicerobohi orang. Semua barangan jual
bertaburan di lantai. RM200 yang disimpan di dalam laci meja juga dicuri orang. Mereka
segera melaporkan peristiwa itu kepada Cikgu Zulkifli.
         Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan telah menenangi johan
dalam Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah pada tahun itu. Razali telah mewakili
sekolah untuk menerima piala itu.
2. Pada waktu  petang
         Razali telah dipukul oleh Munir, Leong dan Silvam di tengah jalan setelah pulang dari
sekolah. Razali tersungkur dan mukanya berdarah.
         Razali, Ramlah, Rozita, dan Saridevi belajar bersama-sama di pondok  di tengah
sawah.
         Mesyuarat ahli lembaga pengarah diadakan
3.    Pada waktu  malam 

Satu lembaga hitam telah membuka pintu Kedai Koperasi Sekolah lalu masuk ke dalam
kedai itu. Lembaga hitam sanggup memunggah kedai itu sehingga barang-barang di
kedai itu besepah dan tunggang-langgang.
LATAR MASYARAKAT NOVEL SEJAMBAK
BAKTI
KONSEP LATAR MASYARAKAT
Latar masyarakat ialah semua jenis keterangan tentang keadaan, suasana, aksi, cara
hidup, amalan, agama, pekerjaan, dan pemikiran masyarakat yang berada di sesuatu
tempat dalam cerita.    
LATAR MASYARAKAT
1.    Masyarakat yang bekerjasama untu mencapai kecemerlangan

 Ahli lembaga pengarah bekerjasama menghiaskan kedai koperasi dan bilik


bacaan sebelum menyertai Pertandingan Koperasi Sekolah.

2. Masyarakat yang saling membantu.

 Rozita, Ramlah, dan Saridevi membantu Razali yang baru saja dipukul oleh
Munir, Selvam dan Leong.
 Rozita, Ramlah, Saridevi, dan Razali saling membantu dalam membuat
persiapan bagi pertandingan Koperasi Sekolah.
 Razali membantu Munir yang ketinggalan dalam pelajarannya

3. Masyarakat yang menyayangi anak.

 Mak Sopiah amat menyayangi anaknya Razali.  Apabila suaminya menghalau


Razali , dia turut mengugut akan mengikut Razali keluar dari rumah.  Mak Soiah tidak
percaya akan kata-kata buruk tentang anaknya.

4. Masyarakat guru.

 Guru-guru Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan sentiasa


berkhidmat untuk mendidik para murid seperti cikgu Syamsudin bin Saidi, Cikgu Zulkifli,
dan cikgu Robeah

5. Masyarakat pelajar

 Razali, Ramlah, Rozita, Saridevi, Munir belajar di Sekolah Menengah Teknik


Pertanian Seri Kayangan.

6. Masyarakat pelajar yang mempunyai masalah disiplin

 Munir sering ponteng tugas di koperasi, menceroboh koperasi dan mencuri wang
koperasi.  Dia juga sering menyakiti Razali dan mengganggu murid-murid perempuan.

7. Masyarakat yang memaafkan kesalahan orang lain

 Razali memaafkan kesalahan Munir yang memfitnahnya mencuri wang koperasi

Anda mungkin juga menyukai