Anda di halaman 1dari 5

1.

  Sinopsis
               Pada zaman Nabi Sulaiman, semua binatang
boleh bercakap seperti manusia. Manakala, Nabi
Sulaiman pula mempunyai lima Perdana Menteri yang
terdiri daripada seorang manusia, seekor jin bernama
Afrit, seekor unggas, seekor landak, dan seekor
pelanduk. Manusia merupakan Perdana Menteri yang
paling bijak diikuti oleh landak dan pelanduk, tetapi
pelanduk yang digelar sebagai Syah Alam di Rimba
ialah yang paling terkenal. 

Pada suatu hari, Syah Alam di Rimba meninjau


kawasan pemerintahannya dan menemui lubang
tempat tinggal memerang. Anak-anak memerang yang
sebanyak tujuh ekor sedang bermain-main di sekitar
lubang tersebut. Syah Alam di Rimba menghampiri
mereka lalu bertanyakan ibu bapa mereka. Anak
memerang itu memberitahu Syah Alam di Rimba
bahawa ibu bapanya pergi mencari ikan untuk dijadikan
makanan mereka.

Syah Alam di Rimba berasa runsing(risau) kerana


ikan-ikan pernah mengadu kepada Nabi Sulaiman
bahawa memerang menganiaya mereka. Pada waktu
itu, ditakdirkan Allah burung berbunyi dengan bersahut-
sahutan dan Syah Alam di Rimba lalu berpencak
silat menyerang anak-anak memerang. Anak-anak
memerang itu mengalami kecederaan parah, lalu mati
kesemuanya.

Setelah hari menjelang petang, pasangan suami


isteri memerang pulang dan mendapati anak-anak
mereka sudah mati. Hanya bekas tapak kaki Syah Alam
di Rimba sahaja yang ditemukan di sekitar kawasan itu.
Ibu memerang menangis kerana terlalu sedih. Pada
malam itu, pasangan memerang itu berbincang untuk
bertemu dengan Nabi Sulaiman pada keesokan harinya
bagi memaklumkan perkara tersebut.

Keesokan harinya selepas makan, pasangan


memerang itu pun pergi untuk berjumpa dengan Nabi
Sulaiman. Ketika itu, baginda
sedang bersemayam di atas takhta di hadapan
sekalian menteri, hulubalang rakyatnya yang tidak
terkira bilangannya. Mereka datang dengan menerima
pelbagai aduan untuk diselesaikan oleh baginda Nabi
Sulaiman.

Apabila tiba gilirannya, pasangan memerang itu


pun beri ampun sembah dan menceritakan perihal diri
mereka yang dianiaya Perdana Menteri Syah Alam di
Rimba. Anak-anak mereka telah di bunuh oleh Syah
Alam di Rimba semasa mereka berdua keluar mencari
makan. Setelah mendengar aduan itu, Nabi Sulaiman
termenung seketika  berasa hairan dengan perbuatan
Syah Alam di Rimba itu. Baginda memerintahkan
supaya unggas belatuk memanggil Syah Alam di lalu
perintah itu disampaikan dengan segera.

Setelah Syah Alam di Rimba datang menghadap,


Nabi Sulaiman bertanyakan kebenaran aduan
pasangan memerang itu serta sebab berbuat demikian.
Syah Alam di Rimba segera memohon ampun kepada
Nabi Sulaiman dan menceritakan hal yang sebenar.
Ketika dia berjumpa dengan anak-anak memerang itu,
dia terdengar Sang Bubut bersiul dengan bersahut-
sahutan dan memalu gendang perang dengan kuat. Dia
menyangka bahawa paluan itu ialah isyarat kedatangan
musuh lalu membuka silat dan tanpa sedar dia telah
mencederakan anak-anak memerang.

Selepas mendengar penjelasan Syah Alam di


Rimba, Nabi Sulaiman memerintahkan unggas belatuk
supaya memanggil Sang Bubut . Apabila Sang Bubut
datang menghadap, baginda bertanyakan sebab Bubut
memalu gendang perang tanpa menunggu perintah
baginda terlebih dahulu. Sang Bubut memberi alasan
bahawa dia ternampak Sang Biawak berlari-lari dengan
membawa pedang yang telah tercabut. Dia menyangka
bahawa ada musuh yang hendak menyerang Nabi
Sulaiman lalu Bubut memalu gendang dengan sekuat
hatinya supaya dapat didengar oleh para hulubalang.

Kemudian, Nabi Sulaiman memerintahkan unggas


belatuk supaya memanggil Sang Biawak. Apabila Sang
Biawak datang, baginda bertanya kebenaran dakwaan
Sang Bubut. Jika benar, baginda ingin tahu akan  Sang
Biawak membawa pedang tanpa sarung. Sang Biawak
menyatakan bahawa dia membawa pedang tanpa
sarung kerana dia terlihat Labi-labi membawa perisai.
Pada sangkaannya, ada musuh yang hendak
menyerang baginda.

Setelah itu, Sang Labi-labi pula dititahkan untuk


menghadap Nabi Sulaiman. Perkara itu ditanyakan pula
kepada Sang Labi-labi. Sang Labi-labi mendakwa
bahawa dia berbuat demikian setelah melihat Sang
Udang membawa tombak bercanggah. Dia juga
menyangka bahawa ada musuh besar yang datang
menyerang. Maka, Sang Udang pun dipanggil supaya
datang menghadap baginda. Setelah ditanya, Sang
Udang memberi alasan bahawa dia ternampak Sang
Sebarau berikat pinggang seolah-olah berhadapan
dengan masalah yang besar. Dia menyangka bahawa
masalah itu berkaitan dengan musuh yang hendak
menyerang Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman menitahkan pula unggas belatuk


memanggil Sang Sebarau. Belatuk menemui Sang
Sebarau di tengah jalan yang kebetulan mahu
berjumpa dengan Nabi Sulaiman juga. Setelah Sang
Sebarau datang menghadap, baginda bertanyakan
sebab Sang Sebarau berikat pinggang ;sehingga
melengkung seperti orang dalam kesusahan. Sang
Sebarau mengangkat sembah, lalu menyatakan
bahawa dia memang mahu berjumpa dengan baginda
bagi mengadukan hal dirinya.

Menurut Sang Sebarau, Sang Memerang telah


menganiaya kaumnya dan memakan anggota keluarga
serta kaum kerabatnya sehingga yang tinggal hanyalah
dirinya seekor saja. Sang Sebarau berasa sangat sedih
dengan keadaannya itu dan memohon agar Nabi
Sulaiman berlaku adil dengan menjatuhkan hukuman
kepada Sang Memerang.

Setelah mendengar penjelasan Sang Sebarau itu,


baginda berasa sangat murka terhadap Sang
Memerang suami isteri. Sang Memerang memohon
ampun dan mengakui akan kesalahan mereka itu. Nabi
Sulaiman menyatakan bahawa tindakan Syah Alam di
Rimba itu memang wajar bagi menebus nyawa anak-
anak dan kaum keluarga Sang Sebarau yang telah
dimakan oleh Sang Memerang.

Anda mungkin juga menyukai