Anda di halaman 1dari 1

SINOPSIS NOVEL TINGKATAN 2 : DARAH TITIK DI SEMANTAN

(ARMAN SANI)

Bab 7 (Retak Zahid dan Awang Muhammad mengawal di kubu Lubuk Sengarat. Lajis tiba
Menanti Belah) membawa berita bahawa Pak Uda Ismail, Pak Long Abas dan Samad ditangkap
Desborough dekat Batu Hampar. Datuk Bahaman mengajak mereka ke hilir Kuala
Semantan untuk membebaskan Pak Uda Ismail, Pak Long Abas, dan Samad.
Setibanya di rumah pasung, Datuk Bahaman membacakan sesuatu lalu dua orang
pengawal yang sedang berkawal tertidur lena. Pak Uda Ismail,Pak Long Abas, dan
Samad berjaya diselamatkan.

Bab 8 (Darah Tengah hari itu, Rahman dan Awang Muhammad mengawal kubu manakala Zahid
Titik di dan Samad meronda di hujung kampung berhampiran bengkel membuat senapang.
Semantan) Tiba-tiba kelihatan Pak Long Abas berlari menuju ke arah rumah Datuk Bahaman lalu
pengsan setibanya di sana. Setelah sedar, Pak Long Abas menceritakan rakit mereka
ditahan oleh Desborough. Pak Long Abas terjun ke dalam air dan terus menyelam
untuk menyelamatkan diri. Dia tidak mengetahui tentang nasib Pak Uda Ismail. Kata
Datuk Bahaman, sekiranya Pak Uda Ismail telah ditembak di Sungai Semantan, itulah
titik darah pertama di Semantan. Kali ini giliran darah Desborough pula menitik. Datuk
Bahaman mengarahkan mereka bersiap sedia untuk menentang Inggeris.

Anda mungkin juga menyukai