Anda di halaman 1dari 5

karangan

Aku masih tidak dapat melupakan peristiwa kebakaran yang berlaku pada bulan lepas. Setiap kali membaca akhbar tentang kejadian kebakaran fikiran ini terus teringat akan kejadian itu. Masalah ini berterusan kerana aku terlibat secara langsung dalam peristiwa tersebut. Peristiwa kebakaran itu berlaku pada waktu petang hari Ahad minggu terakhir pada bulan lepas itu. Ketika itu, aku berada di satu simpang jalan menuju ke arah rumahku. Tiba-tiba sahaja, aku terdengar jeritan orang ramai meminta pertolongan kemudian perkataan api berulang kali pula berkumandang. Ruparupanya, jeritan itu datangnya dari sebuah rumah di deret rumah yang berada di tepi jalan itu. Tanpa membuang masa, aku segera menelefon pihak bomba dengan menggunakan telefon bimbit yang diberikan oleh ibu tadi. Kemudian, aku menuju ke rumah yang sedang terbakar itu. Ketika aku sampai, sudah ada beberapa jiran yang sibuk mengangkat keluar beberapa peralatan elektrik dari rumah tersebut. Aku membantu mereka. Ada juga beberapa orang yang hanya duduk melihat sahaja. Kemudian kedengaran bunyi siren bomba. Pasukan bomba begitu pantas bertindak kerana dalam masa tidak sampai 10 minit sahaja api yang sedang marak di bahagian atas rumah itu sudah berjaya dipadamkan oleh mereka. Menurut jiran-jiran, kebakaran itu berlaku akibat litar pintas. Aku bersyukur kerana dapat membantu mangsa kebakaran dengan segera membuat panggilan kepada pihak bomba. Semua penghuni rumah itu dalam keadaan selamat. Hanya bahagian atas rumah itu sahaja yang terbakar teruk. Aku difahamkan jiran-jiran kawasan itu telah memberi bantuan kewangan

kepada mangsa kebakaran itu.

karangan
Sudah lama hujan tidak turun di kampung saya. Cuaca yang panas terik menyusahkan setiap penduduk. Seperti biasa, pada hari itu saya berjalan kaki pulang ke rumah selepas tamat waktu sekolah. Jam tangan saya menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Inilah waktu yang paling panas. Saya berjalan sambil berpeluh. Apa yang berlegar dalam pemikiran saya ketika itu ialah agar cepat sampai ke rumah. Tiba-tiba, saya ternampak asap tebal yang berkepul-kepul menjulang ke udara. Saya pasti bukan saya seorang saja yang nampak keadaan ini, malah orang ramai yang lalu-lalang di juga terkejut dengan asap tebal itu. Atas perasaan ingin tahu, saya berlari ke arah punca asap tersebut. Ya, Allah, rupanya rumah Pak Ali yang terbakar ! . Tanpa membuang masa, saya berlari ke arah rumah Pak Ali. Apabila saya sampai di rumah Pak Ali, banyak orang sudah berkumpul di situ. Ada yang

membantu mangsa mengeluarkan barang-barang yang berharga dan penting. Ada yang cuba mengangkat air dari sungai yang berdekatan untuk memadamkan api. Saya terpaku seketika selepas melihat api yang semakin marak kerana inilah kali pertama saya melihat kebakaran. Selepas hati saya kembali tenang, saya mula membantu jiran-jiran lain untuk memadamkan api. Dalam keadaan kelam kabut, saya sempat melihat wajah Pak Ali dan isterinya yang muram sambil sibuk mengarahkan jiran-jiran lain menyelamatkan harta benda. Anak Pak Ali yang masih kecil menangis sambil ditenangkan oleh jiran. Lebih kurang sepuluh minit kemudian, kereta bomba, polis dan ambulans pun datang. Orang ramai yang berkumpul di sana diarah oleh polis untuk memberi laluan kepada anggota-anggota bomba untuk memadamkan api. Kelihatan setiap anggota bomba bekerja-keras untuk memadamkan api yang semakin marak. Cuaca yang panas dan angin yang kencang menyusahkan usaha bomba untuk memadamkan api. Saya dan jiran-jiran yang lain hanya melihat sambil berdoa agar api itu dapat dipadamkan

dengan segera. Pasukan bomba yang terdiri daripada lapan orang itu menggunakan masa lebih setengah jam untuk memadamkan api. Seluruh rumah Pak Ali musnah dijilat api dan hanya tinggal tiang-tiang rumah. Arang bercampur dengan abu bertaburan di lantai. Betapa kasihannya apabila melihat Pak Ali dan keluarganya yang begitu sedih. Mungkin apa yang dikirkan oleh mereka pada ketika itu ialah ke mana hala tuju mereka selepas rumah yang sudah didiami sekian lama musnah sama sekali. Dengan bantuan jiran-jiran dan anggota-anggota polis dan bomba, barang-barang keluarga Pak Ali yang sempat diselamatkan itu dipindahkan ke pusat kebajikan yang berhampiran. Mereka sekeluarga juga ditempatkan di sana untuk sementara waktu. Selepas itu, saya pun meninggalkan tempat kejadian dan menuju ke rumah saya. Dalam perjalanan itu, saya masih tidak dapat melupakan setiap detik yang dapat saya saksikan tadi. Perasaan simpati yang tidak terhingga terhadap keluarga Pak Ali mendesak saya supaya berusaha bersama jiran-jiran lain untuk mengutip derma bagi membantu keluarga Pak Ali. Semoga mereka akan dapat mendirikan rumah baru dan kembali hidup

bahagia.

Anda mungkin juga menyukai