Anda di halaman 1dari 6

Kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat di negara ini.

Tuliskan sebuah
karangan tentang langkah-langkah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.

Sejak kebelakangan ini, kadar kemalangan jalan raya semakin


meningkat. Banyak nyawa terkorban dalam tragedi tersebut. Oleh itu, kita
haruslah mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya.
Antara langkah-langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan
jalan raya adalah dengan memberi didikan tentang pengetahuan dan
kepentingan mematuhi peraturan jalan raya kepada murid-murid sejak kecil
lagi. Contohnya melalui mata pelajaran PKJR, murid-murid diajar tentang
maksud simbol-simbol pada papan keselamatan jalan raya dan langkahlangkah keselamatan yang harus diambil ketika berada di jalan raya. Ini
dapat meningkatkan kesedaran murid-murid tentang kepentingan menjaga
keselamatan jalan raya.
Seterusnya, kita haruslah memupuk amalan mematuhi peraturan
jalan raya dalam kalangan murid-murid. Misalnya ketika berbasikal, muridmurid hendaklah mengayuh basikal dalam satu barisan dan tidak bersaing.
Ini dapat mengelakkan diri mereka daripada dilanggar oleh kenderaan.
Selain itu, kita hendaklah menjadi pengguna jalan raya yang
berhemah dan bertolak ansur. Contohnya para pemandu hendaklah
sentiasa berwaspada dan perlahankan kenderaannya ketika melalui
kawasan sekolah terutamanya pada waktu sibuk. Pada waktu inilah,
kanak-kanak sekolah biasanya akan bersikap cuai dan tergesa-gesa untuk
melintas jalan raya. Apabila pemandu perlahankan kenderaannya, maka
kanak-kanak sekolah dapat melintas dengan selamat.
Sesungguhnya, setiap pengguna jalan raya hendaklah mengamalkan
langkah-langkah keselamatan jalan raya untuk mengelakkan kemalangan
daripada berlaku kerana malang tidak berbau. Besarlah harapan kita untuk
berganding bahu agar dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Kicap


Pada 1 Ogos 2014, Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Sungai
Udang, Melaka telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang kicap di
Tanjung Minyak, Melaka. Seramai 30 orang ahli persatuan terlibat dalam rombongan
tersebut termasuk 3 orang guru pengiring.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendedahkan para peserta tentang
proses membuat kicap. Justeru, akan menambahkan ilmu pengetahuan serta memupuk
semangat keusahawanan para pelajar.
Peserta bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas yang disewa khas.
Mereka sampai ke kilang kicap itu pada pukul 9.00 pagi. Ketibaan mereka disambut
oleh beberapa orang pegawai. Kemudian, satu taklimat ringkas tentang kilang tersebut
disampaikan oleh salah seorang pegawai kilang itu iaitu Encik Mohamad bin Zafran.
Selepas itu para peserta dibawa ke beberapa bahagian memproses kicap.
Sebahagian besar kerja memproses kicap ini dilakukan oleh mesin yang berteknologi
tinggi. Pekerja-pekerja di kilang ini memakai pakaian seragam yang berwarna merah.
Mereka juga memakai sarung tangan ketika bekerja. Ramai juga pelajar yang menyoal
mereka untuk mengetahui lebih banyak maklumat dan mereka melayan pertanyaan
para pelajar itu dengan baik walaupun sedang bekerja.
Para Peserta bertolak balik pada pukul 2.00 petang. Mereka diberi sebotol
kicap setiap seorang sebagai cenderamata oleh pihak kilang. Guru pengiring iaitu Cikgu
Haffiz telah menyampai cenderamata kepada pengurus kilang sebagai tanda
penghargaan. Para peserta dilihat sangat seronok menyertai rombongan ini kerana
mereka mendapat banyak pengetahuan dan melihat sendiri cara-cara membuat sabun.

Laporan disediakan oleh,......................................................................\.5 Ogos 2014

Athirah
(Nurin Athirah binti Azman)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu

Loceng sekolah berbunyi. Semua murid keluar dari kelas masing-masing untuk
pulang ke rumah. Aku berjalan ke perhentian bas yang terletak di hadapan sekolah.
Tiba-tiba, aku terlihat ramai orang menuju ke arah perhentian bas . Aku mempercepat
langkah . Ada murid sekolah kemalangan . Hatiku berdebar, rasa-rasanya aku amat
mengenali mangsa . Aku mendekati mangsa. Tidak syak lagi Aliya yang terbaring di
atas jalan dengan berlumuran darah. Aku berlari mendapatkan sahabatku. Aliya seperti
ingin menyatakan sesuatu padaku.
Tidak lama kemudian, van ambulans pun tiba. Aku mengiringi Alya ke hospital .
Aku melihat kepalanya berdarah dan badannya luka . Dia kelihatan lemah dan tidak
bermaya.Alya segera dimasukkan ke wad kecemasan. Sementara menunggu , aku
menelefon ibu bapanya .
Ketika aku sedang duduk menanti Alya , ibu bapanya tiba . Mereka tidak dapat
menahan kesedihan. Aku menenangkan mereka. Kemudian, seorang doktor keluar .
Doktor memaklumkan keadaan Alya. Beliau meminta kami banyak berdoa . Alya masih
tidak stabil. Dia kehilangan banyak darah.
Tanpa disedari, aku menangis . Aku berdoa semoga Alya selamat . Seterusnya ,
aku menelefon ibu dan ayah aku memaklumkan kejadian ini. Aku meminta kebenaran
untuk menemani ibu bapa Alya.
Setelah penat menunggu, aku tertidur . Aku terjaga setelah terdengar bunyi riuh
rendah . Kebanyakan saudara mara Alya sudah berkumpul di hospital. Aku melihat
kebanyakan mereka menangis. Seterusnya, aku terdengar mereka menyatakan Alya
sudah meninggal dunia.
Aku seperti sedang bermimpi. Aku meminta kepastian daripada ibu Alya. Benar,
Alya sudah meninggal . Aku reda kerana Allah lebih menyayanginya. Setiap yang hidup
pasti akan mati.

Hari sudah jauh malam. Adik-adik aku sudah tidur, namun ibu bapa aku
belum juga pulang. Aku menjadi bimbang dan risau. Tiba-tiba aku terdengar bunyi
sesuatu. Malam semakin sejuk, hendak lelapkan mata, aku tidak rasa mengantuk. Aku
ingin bangun dari tempat tidurku, namun pelbagai andaian bermain di kepalaku. Aku
berasa tidak sedap hati.
Bunyi itu semakin jelas. Setahuku, jiranku telahpun pulang ke
kampungnya. Dari manakah datangnya bunyi itu? Aku memberanikan diri untuk
mengintai dari celah pintu. Aku dapat melihat dengan jelas kelibat dua orang pencuri
sedang mundar-mandir di dapur. Aku segera menutup lampu kalau-kalau
pergerakkanku diperhatikan.
Kedua-dua mereka nampak mencurigakan. Mereka berjalan terbongkokbongkok. Mereka membawa beberapa peralatan rumah ke sudut halaman.
Menyedari kejadian itu, aku segera menelefon polis. Tidak lama kemudian,
pihak polis pun tiba. Kedua-dua pencuri itu telah ditangkap. Kedua-duanya ialah
kumpulan pencuri yang dikehendaki polis.
Aku juga terdengar bunyi deruan enjin kereta ayah. Rupa-rupanya ibu dan
ayahku telahpun pulang. Aku amat gembira dan berasa lega. Ibu dan ayah tercengang
melihat polis di sekeliling kawasan rumah. Pihak polis mengucapkan terima kasih
kepadaku.
Ibu dan ayahku tersenyum mendengar cerita itu. Tiba-tiba, ibu datang
memelukku. Ibu dan ayah bangga denganku. Aku akan mengingati peristiwa itu sebagai
kenangan manis buatku.

1. Ailing dan Ah Chong bermain bola dengan gembira di halaman rumah.


2.Bapa sibuk mencuci kereta kesayangannya manakala abang membantu memberus tayar kereta.
3.Kakak menyapu sampah untuk menjaga kebersihan alam sekitar.
4. Emak menyiram pokok bunga yang ditanamnya supaya kelihatan segar dan subur.
5. Nenek duduk berehat di tangga sambil memerhatikan anak cucunya menjalankan aktiviti.

Anda mungkin juga menyukai