Anda di halaman 1dari 13

PETUA DALAM TRANSFORMASI AYAT CAKAP AJUK KEPADA CAKAP

PINDAH.

1. Semua kata ganti nama diri pertama dan kedua harus diubah
menjadi kata ganti nama diri ketiga.

"Awak tinggal di mana?" Tanya Wee Seong kepada Azemi.

▶️ Wee Seong bertanya kepada Azemi tentang tempat tinggalnya.

2. Semua kata ganti tunjuk dekat harus ditukar kepada kata ganti tunjuk
jauh.

"Beg ini milik siapa?" Tanya Mazni.

▶️Mazni bertanya tentang identiti pemilik beg itu.

3. Semua kata tanya harus ditukar kepada kata nama am.

Siapa - tentang individu

Apa - tentang apa


Berapa - tentang harga / bilangan

Mengapa - tentang sebab / punca / faktor

Bila - tentang masa / tarikh

Di mana - tentang tempat

Bagaimana - tentang cara / keadaan

"Bagaimanakah Puan Hasanah sekarang?" tanya ibu kepada Ali.

▶️Ibu bertanya kepada Ali tentang keadaan Puan Hasanah pada waktu
itu.

4. Semua kata adverba yang menunjukkan maksud dekat harus menjadi


jauh.

begini ➡️begitu

"Jangan bersikap begini, tak elok dipandang orang," nasihat bapa Akma
kepadanya.

▶️Bapa Akma menasihatinya supaya tidak bersikap begitu kerana tidak


elok dipandang orang.
5. Semua singkatan kata perlu diubah menjadi perkataan yang lengkap
kerana cakap ajuk ialah dialog yang banyak mengandungi singkatan
kata.

mak➡️emak

tak ➡️ tidak

nak➡️hendak

mau➡️mahu

tiada➡️ tidak ada

"Saya nak pergi ke Kuala Lumpur esok,"'kata ibu kepada Chin Wee.

Ibu memberitahu Chin Wee bahasa dia hendak pergi ke Kuala Lumpur
esok.

6. Semua kata kerja yang tidak berimbuhan (biasanya wujud dalam


cakap ajuk) harus ditukar menjadi kata kerja yang berimbuhan
mengikut tatabahasa dan pengimbuhan.

"Mak, saya nak rotan adik kerana nakal," kata Jemrol kepada ibunya.
▶️Jemrol berkata kepada ibunya bahawa dia hendak merotan adiknya
kerana nakal.

7. Semua perkataan yang tidak formal harus ditranformasikan kepada


perkataan yang formal mengikut tempat dan keadaan.

"Keluar dari rumah aku ini," jerit ibu kepada kakak yang degil.

Ibu menjerit kepada kakak yang degil sambil menghalau kakak keluar
dari rumahnya itu.

8. Semua kata seru perlu ditransformasikan kepada kata nama yang


jelas dan sesuai.

Wah ➡️perasaan kagum

Amboi ➡️nada mengejek

Eh ➡️perasaan hairan

Cis ➡️marah

Oh ➡️seolah-olah sudah memahami ....

dan lain-lain
"Wah, tingginya Menara KLCC ini," kata murid-murid dari Perlis.

▶️Murid-murid dari Perlis mengagumi ketinggian Menara KLCC.

9. Semua kata perintah dalam ayat perintah harus ditransformasikan


kepada ayat penyata yang gramatis.

Jangan ➡️melarang

Usah ➡️menasihati (siapa) agar tidak

"Jangan buang sampah di tapak perhimpunan," kata guru disiplin itu


kepada murid-murid.

▶️Guru disiplin itu melarang murid-murid daripada membuang sampah


di tapak perhimpunan.

10. Semua bahasa pinjaman atau bahasa pasar harus ditransformasikan


menjadi bahasa Melayu yang gramatis.

"Lu mau pergi ke mana?" tanya Hasmah kepada Ah Meng.


▶️ Hasmah bertanya kepada Ah Meng tentang tempat yang ingin
ditujuinya.

TEKNIK MENUKAR CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH


CakapAjukdanCakapPindah

CakapAjuk (dialog)

1. Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dalam aya penyata tanpa mengubah
maksud asalnya.

2. Cakap ajuk mesti dibubuh tanda pembuka kata pada awal ayat dan tanda penutup pada akhir
ayat. (“……”)

Contoh :

“ Lawatan ini akan diadakan pada minggu hadapan,” kata Cikgu Rozimah.

“ Makanan yang seimbang sangat penting untuk tubuh yang sihat,” kata Doktor Tan.

Cakap Pindah (Ayat Biasa )

1. Cakap Pindah ialah perbualan seseorang yang ditulis semula dalam ayat penyata tanpa
mengubah maksud asalnya.

2. Ayat cakap pindah tidak menggunakan tanda pembuka dan penutup kata pada awal dan pada
akhir ayat.

Peraturan-peraturan Umum Penukaran Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah


Kata CakapAjuk CakapPindah
Kata Ganti Nama Diri Pertama saya,aku, hamba , patik,beta, kita , dia , nya , baginda ,
kami mereka
Kata Ganti Nama Diri Kedua kamu , anda , awak , engkau saya , kami, dia , mereka, -nya
Kata Ganti Nama Diri Ketiga dia , mereka , beliau dia , mereka , beliau
Kata Ganti Nama Tunjuk ini itu
Kata Ganti Nama Tempat sini situ
Kata Keterangan Cara begini , demikian ini begitu , demikian itu
Kata Keterangan Masa sekarang, pada masa itu , pada ketika itu
malam tadi, malam yang lepas
hari itu, hari itu
semalam , pada hari semalam / malam
esok , semalam pada keesokan hari

Singkatan Perkatan nak , mak , kak , tak , dah hendak , emak , kakak , tidak ,
sudah

Contoh :

CakapAjuk : “ Rumah saya dihias dengan indah,” kata Zarida kepada Rozimah.

CakapPindah : Zarida memberitahu Rozimah bahawa rumahnya dihias dengan indah.

TEKNIK MENUKAR CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH

LangkahMenukar Ayat Penyata

Langkah 1 menulis penutur

Langkah 2 menulis kata tengah(memberitahu ,menyatakan , menerangkan ……)

Langkah 3 menulis pendengar

Langkah 4 menulis kata ganti( bahawa )

Langkah 5 proses penukaran dan peniruan yang selanjutnya.

Menukarkan Kata Kerja


CakapAjuk CakapPindah
Kata Berkatakepada / memberitahu / menyatakan
Terang Menerangkan
Jelas Menjelaskan
Tanya Menanyakan / bertanyakepada
Jawab Menjawab
Maklum Memaklumkan
Nasihat Menasihati
Suruh Menyuruh
Setuju Bersetuju

ContohAyat :1

CakapAjuk : “ saya tidak mahu pergi,” kata Law .

CakapPindah : Law menyatakan bahawa dia tidak mahu pergi.

Contoh Ayat: 2

Cakap Ajuk : “ Malaysia menduduki tempat ke-10 dalam gejala rasuah,” kata Perdana Menteri
kepada para hadirin.

Cakap Pindah :Perdana Menteri menerangkan kepada para hadirin bahawa Malaysia menduduki
tempat ke-10 dalam gejala sosial rasuah.

TEKNIK MENUKAR CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH

LangkahMenukar Ayat Tanya JenisPertama


(apa , siapa , mengapa , kenapa , di mana , ke mana , bagaimana , bila , berapa )

Langkah 1 menulispenutur

Langkah 2 menulis kata menyoal

I. Menyoal
II. Bertanyakepada
III. Ingintahudaripada

Langkah 3 menulis pendengar

Langkah 4 menulis kata ganti( tentang )

Langkah 5 proses penukaran dan peniruan yang selanjutnya.

Menukarkan Kata Tanya

CakapAjuk CakapPindah
Ke mana Tempat
Mengapa Sebab
Bagaimana Cara
Berapa Harga / bilangan

ContohAyat :1

Cakap Ajuk : “ Mengapakah kamu datang lewat hari ini?” Tanya CikguTeh kepada Chung Jack.

Cakap Pindah :CikguTeh bertanya kepada Chung Jack tentang sebab dia dating lewat pada hari itu.

Contoh Ayat: 2

Cakap Ajuk : “ ke mana awak nak pergi sekarang?” Tanya ibu kepada Normala

Cakap Pindah :Ibu bertanya kepada Normala tentang tempat dia hendak pergi ketika itu.

TEKNIK MENUKAR CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH


LangkahMenukar Ayat Tanya JenisKedua
(sudahkah ,bolehkah , sanggupkah , benarkah , adakah )

Langkah 1 menulis penutur


Langkah 2 menulis kata menyoal

I. Menyoal
II. Bertanya kepada
III. Ingin tahu daripada

Langkah 3 menulis pendengar

Langkah 4 menulis kata ganti( sama ada )

Langkah 5 proses penukaran dan peniruan yang selanjutnya.

ContohAyat :1

Cakap Ajuk : “ Bolehkah engkau bantu saya petangini?” Tanya Meng Xuan kepada Pei Xin.

Cakap Pindah :Meng Xuan bertanya kepada Pei Xin sama ada dia boleh membantunya pada
Petang itu.

Contoh Ayat: 2

Cakap Ajuk : “ Adakah kamu setuju dengan cadangan ini?”, tanya Jun Xian kepada Yew Kin .

Cakap Pindah : Jun Xian bertanya kepada Yew Kin sama ada dia bersetuju dengan cadangan itu
atau tidak.
TEKNIK MENUKAR CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH

LangkahMenukar Ayat Perintah

Langkah 1 menulispenutur

Langkah 2 menulis kata tengah

Langkah 3 menulispendengar

Langkah 4 menulis kata ganti( supaya )

Langkah 5 proses penukaran dan peniruan yang selanjutnya.

Menukarkan Kata Perintah

CakapAjuk CakapPindah
Tolong Meminta bantuan
Sila Menjemput / mempersilakan
Jangan / Usah Melarang
Harap Meminta

Cakap Ajuk : “ Kumpulkan kertas-kertas itu dan bakar di belakang rumah,” kata Khai Qin kepada
anaknya.

Cakap Pindah :Khai Qin menyuruh anaknya supaya mengumpulkan kertas-kertas itu dan
membakarnya di belakang rumah.
TEKNIK MENUKAR CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH
LangkahMenukar Ayat Seruan

Langkah 1 gantikan kata seru

Langkah 2 tulis penutur

Langkah 3 proses penukaran dan peniruan yang selanjutnya.

Menukarkan Kata Seru


CakapAjuk CakapPindah
Cis Dengan perasaan benci / marah
Amboi Dengan perasaan terkejut
Eh Dengan perasaan hairan / terkejut
Hero Dengan perasaan gembira
Wah Dengan perasaan kagum
Aduhai Dengan perasaan sedih
Aduh Mengerang kesakitan
Oh Dengan perasaan hairan
Syabas Mengucapkan tahniah

Cakap Ajuk : “ Wah hebat betul permainan Datuk Lee Chong Wei sewaktu bertanding dalam
kejohanan Badminton Asia!” kata Yong Yi kepada Yao Hong.

Cakap Pindah :Dengan perasaan kagum Yong Yi menyatakan kepada Yao Hong tentang kehebatan
permainan Datuk Lee Chong Wei sewaktu bertanding dalam Kejohanan Badminton Asia.

Anda mungkin juga menyukai