Anda di halaman 1dari 4

LATIHAN TATABAHASA

1. Abang terpaksa ________ basikal kerana tayar basikalnya bocor.

A menonton B menolak C menuntun D mengheret

2. Ibu bapa hendaklah mengambil berat ______ anak-anak mereka baik


dari segi tingkah laku mahupun pergaulan.

A tentang B kepada C terhadap D pada

3. Fikiran Ahmad masih _______ sama ada hendak turut serta dalam
perkhemahan itu atau tidak.

A susup-sasap B bolak-balik C gelap-gelita D gembar-gembur

4. Ubi yang direbus oleh Siti masih belum _______ kerana apinya terlalu
perlahan .

A rangup B empuk C rapuh D lembik

5. Ibnu Sina merupakan _______ Islam yang banyak menyumbangkan idea


dalam bidang perubatan.

A ilmuwan B karyawan C budayawan D hartawan

6. Sumbangan _______ orang ramai itu akan diagihkan kepada mangsa-


mangsa gempa bumi di Iran.

A dari B untuk C kepada D daripada

7. Rakyat Malaysia begitu terkejut_______ mendengar berita penemuan


mayat jutawan wanita yang dilaporkan hilang itu.

A apabila B sejak C akan D bila

8. Rombongan ______ dari Jepun telah sampai di Putrajaya untuk bertemu


dengan Perdana Menteri sebelum menyertai Seminar Pelaburan Asean.

A karyawan B usahawan C sejarawan D budayawan

9. Peserta dari sekolah kami memenangi acara ________ lembing peringkat


Daerah Johor Bahru.
A melontar B membaling C merejam D melempar

10. Perlawanan bola tampar antara pasukan Kuning dan pasukan Biru itu
terpaksa ________ kerana hujan turun dengan lebatnya.

A digantung B dihabiskan C disudahkan D ditangguhkan

11. Ibu akan memastikan air yang dimasak ________ untuk dibuat kopi.

A menggelombang B menggelegak C menggeletar D membuak

12. Seorang lelaki telah dijumpai ______di tepi pantai oleh sekumpulan
pengakap yang sedang berkhemah disitu.

A terpapar B terlantar C terdampar D terhampar

13. Kanak-kanak itu gagal diselamatkan ketika dihanyutkan ______ sungai


yang deras dalam kemalangan yang menyayat hati itu.

A arus B kitaran C putaran D gelombang

14. Baju yang selalu dipakainya itu sudah________ jahitannya.

A relai B reput C rapuh D retas

15. Hadirin di dalam dewan itu ketawa___________ apabila melihat telatah


lucu pelawak tersebut.

A berderai-derai B terkekeh-kekeh C berjurai-jurai D terkokol-kokol

16. Kanak-kanak kelihatan berdedai-dedai pulang kerana hari


telah__________ senja.

A gelap-gelap B samar-samar C remang-remang D balam-balam

17. Bunyi radio itu amat kuat sehingga____________ telingaku.

A membingitkan B menyesakkan C menyendatkan D memanaskan

18. Kami menerima _______ makan malam daripada Datin Aminah kerana
meraikan kepulangan anak perempuannya dari luar negara.

A arahan B jemput C pelawaan D ajakan


19. Banyak orang menyatakan bahawa bencana alam yang berlaku ketika
ini berpunca _______ kerakusan manusia memanipulasi sumber alam

A oleh B dari C pada D daripada

20. Selepas banjir surut, bangkai binatang ternakan _____________di merata-


rata tempat.

A bersepahan B bergelimpangan C bertaburan D berselerakan

21. Mereka duduk menonton televisyen di atas sofa yang _______ sambil
berbual-bual dengan ahli keluarga.

A gembur B lembut C empuk D lembek

22. Nazli membawa hatinya yang ______dengan merantau ke luar


negarasetelah anaknya Abu melupakannya.

A remuk-redam B simpang-siur C punah-ranah D bolak-balik

23. Kenderaan yang rosak di lebuh rayaitu telah _______ oleh kereta
peronda lebuh raya.

A dituntun B ditunda C didorong D ditolak

24. Pembinaan kilang di kampung itu secara tidak langsung ________peluang


pekerjaan kepada para belia

A memain B memula C menyentuh D membuka

25. Polis berjaya _________ demonstrasi yang diadakan di hadapan


bangunan mahkamah itu.

A meleraikan B membantutkan C membubarkan D membolehkan

26. Sejak emak disahkan menghidap penyakit kanser, Siti senantiasa_________


dengan emaknya.

A bergandingan B berdampingan C bertemankan D berdekatan

27. Berita kejayaan murid cemerlang itu_______ di dada akhbar setelah


keputusan peperiksaan diumumkan.

A terpamer B tergambar C terbentang D terpampang


28. Barang-barang kemas di kedai itu diperbuat daripada emas
______namun ditawarkan dengan harga yang _________.

A asli ….. tinggi B jati ….. mahal C tulen ….. rendah D asal …..
sederhana

29. Masih terdapat ________ murid yang belum menjelaskan bayaran


menyertai lawatan sambil belajar.

A separuh B segelintir C setengah D semua

30. Amirul dipilih untuk __________sekolahnya dalam pertandingan pidato


_______ Dewan Bahasa danPustaka.

A diwakili….. anjuran B mewakili….. anjuran C diwakili….. dianjurkan

D mewakili ….. dianjurkan

Anda mungkin juga menyukai