Anda di halaman 1dari 19

PERTANDINGAN UJIAN BERTULIS BAHASA MELAYU SJK

SET 1

NAMA: ________________________ NO. PESERTA:


_________

Kertas ini mengandungi 100 soalan. Jawab SEMUA soalan.

1. Shahrul _______ kesejukan kerana kehujanan dalam perjalanan pulang dari


sekolah.
    A   mengecut          
B   meracau            
    C   menggoyang        
    D   menggigil

2. Penjualan mercun dan bunga api ______ keras oleh kerajaan Malaysia.
    A   dibantah
B   ditentang                 
C   dilarang                  
D   dihalang

3. Dari beranda rumah nenek, Eda dapat melihat ombak _______ di pantai.
    A   menguning        
B   memutih                  
C   membiru                 
D   menghitam

4. Puan Idah _______ tepung itu bulat-bulat sebelum memasukkannya ke dalam air
yang mendidih.
    A   mencanai          
B   mengisar                 
C   menguli                   
D   menggentel  

5. Ali ______ segulung dawai di kedai itu.


    A   membeli             
B   menjual                  
C   membuat                 
D   menarik

6. Motosikal yang rosak itu sedang ______ oleh mekanik.


    A   dimusnah
B   dibaiki                     
C   ditarik                     
D   dibakar

7. Kerja-kerja _______ sungai itu sudah dimulakan.


    A   mendalami         
B   dalami                     
C   dalaman                  
1
D   mendalamkan
8. Kami sekeluarga _______ di Hotel Seri Malaysia selama dua hari sahaja.
    A   menginap           
B   pergi                       
C   singgah                   
D   hinggap

9. Baju-baju yang kotor itu saya ______ di dalam baldi.


    A   basuh                 
B   pungut              
  C   rendam              
   D   siram

10. Lukisan yang _______ itu memikat hati saya.


     A   dipamer         
     B   pameran           
     C   mempamerkan    
     D   pamerkan

11 "Nah, ambil wang _______! k"ata emak sambil menghulurkan wang kepada
saya.
A itu
B ini
C sini
D situ

12 Ayah pergi ke Ipoh. Dia ada urusan di _______.


A itu
B sini
C sana
D mana

13 "Cuaca di _______ sungguh sejuk," kata Sabri sambil menahan kesejukan.


A mana
B sini
C situ
D ini

14 "Jangan berkelakuan _______, tidak elok," nasihat ibu kepada Zarina.


A begitu
B begini
C itu
D ini

15 Kalau tidak ada _______ masalah projek itu akan siap sebulan lagi.
A apa-apa
B bila-bila
C mana-mana
D siapa-siapa

2
16 Duduklah di _______ yang kausuka.
A mana
B siapa
C siapa-siapa
D mana-mana

17 Entah _______ yang disimpannya di dalam peti besi itu.


A bila-bila
B apa-apa
C siapa-siapa
D mana-mana
18 _______ pun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan peperiksaan.
A Bila-bila
B Apa-apa
C Mana-mana
D Siapa-siapa

19 Jemputlah ke rumah saya _______ encik ada masa lapang.


A bila
B siapa
C bila-bila
D siapa-siapa

20 "_______lah ucapan daripada Guru Besar," kata juruacara majlis.


A Ini
B Begini
C Begitu
D Demikian

21 Marsya berasa______________semasa meraikan hari jadinya.


A pilu
B mahu
C cemas
D gembira

22 Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang
________
A tinggi
B besar
C kontot
D panjang

23 Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan


bau___________ikan air tawar.
A hapak
B hanyir
C tengik
D hancing

3
24 Penyanyi yang mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan
gemuruh daripada penonton.
A serak
B garau
C merdu
D nyaring

25 Roziah yang ringan mulut itu sungguh_____________dengan semua orang


walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.
A sombong
B senang
C ramah
D kasar

26 Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam____________


pagi tanpa berputus asa.
A kegelapan
B kedinginan
C kemalapan
D kepanasan

27 Dahi adik kelihatan ______________ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.
A bengkok
B bengkak
C botak
D lekuk

28 Jalan di Bandaraya Kuala Lumpur menjadi_____________ apabila menjelang


Hari Raya Aidil Fitri.
A lengang
B senyap
C muram
D suram

29 Mata Aminah ____________ kerana terkena air sabun.


A pedas
B lebam
C pedih
D panas

30 Jambatan yang _____________ itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk


Kampung Semangat.
A luas
B sempit
C senang
D besar

4
31 Keluarga Chong Wei mungkin berpindah ke Johor __________ ke Melaka.
A dan
B lalu
C atau
D agar

32 Encik Sulaiman berdoa ________ keluarganya sentiasa sihat.


A untuk
B jikalau
C bahawa
D semoga

33 ___________ pegawai kastam membuat pemeriksaan, barang seludup itu tiada


padanya.
A Semoga
B Sewaktu
C Supaya
D Setelah

34 Encik Lim menebas semak-samun _________ isterinya menyapu sampah.


A apabila
B manakala
C walaupun
D sedangkan

35 Halim tetap dengan pendiriannya untuk berhijrah ke bandar __________


ditentang oleh ibunya.
A sementara
B walaupun
C sejak
D agar

36 Hamid tidak datang ke sekolah ____________ minggu lepas.


A semenjak
B sewaktu
C kerana
D selagi

37 Murid-murid diminta beratur __________ menaiki bas.


A ketika
B setelah
C semenjak
D sementara

38 Landskap itu dibina oleh guru-guru, ibu bapa ________ murid-murid sekolah itu.
A lalu
B maka
C serta
D atau

5
39 __________ menonton drama lucu itu, mereka ketawa berdekah-dekah.
A Apabila
B Kerana
C Sambil
D Semasa

40 Izuddin masuk ke kelas ________ Cikgu Norman sedang mengajar.


A sementara
B malahan
C tatkala
D sambil

41. Kesenian wayang kulit yang terkenal di Kelantan dipercayai berasal ______
selatan Thailand.
      A   dari       
      B   daripada      
      C   ke            
      D   di

42. Pihak kerajaan telah pun menjalankan pelbagai usaha _______ mengurangkan
kadar buta huruf di kalangan penduduk di luar bandar.
      A   sejak      
     B   tentang         
     C   oleh                
     D   untuk

43. Suara biduanita itu sungguh merdu _______ buluh perindu apabila
mendendangkan lagu Melayu asli.
      A   sampai           
      B   umpama      
      C   demi          
      D   antara

44. Majlis rumah terbuka Encik Halili  itu berlangsung ______ pagi _______ ke
petang.
      A   daripada…sehingga 
B   dari…hingga    
C   sejak…ke         
  D   pada…hingga

45. Ayah dan ibu sangat suka  _______  mee goring yang dijual di restoran itu.
      A   oleh            
     B   kepada      
      C   akan           
      D   pada

46. Surat yang ayah baca itu _______ abang yang berada di luar negara .
      A   dari           
      B   daripada            
      C   kepada                
      D   untuk
6
47. _______ pesta tersebut , perbagai barangan cenderamata dijual di gerai-gerai
yang disediakan .
      A   dengan             
      B   pada         
     C   di           
      D   seperti

48. Berita _______ bencana alam itu disiarkan di televisyen dari semasa ke semasa.
     A   akan         
      B   dengan       
     C   tentang       
      D   antara

49. Setibanya saya _______ Kuala Kangsar ,saya telah dipelawa _______ seorang
penduduk kampung di situ bertandang ke rumahnya.
      A   ke…oleh        
      B   pada…dengan   
   C   di …oleh        
    D   dalam …daripada

50. _______ kegawatan ekonomi yang berlaku sekarang ,kita perlulah berjimat
cermat .
     A   di                  
       B   pada            
      C   dalam          
      D   daripada 

51 Sawah padi yang terdapat di kawasan Sungai Manik itu ______ luas saujana
mata memandang.
A dibentang
B terbentang
C membentang
D pembentangan

52. _______ jalanan itu terus melukis poret yang ditempah oleh pelanggannya
tanpa menghiraukan orang yang lalu-lalang.
A Lukisan
B Terlukis
C Pelukis
D Melukis

53. Kebanyakan nelayan di kampung itu menjual hasil tangkapan ikan kepada
_______ di pekan.
A pemborong
B memborong
C diborong
D pemborongan

7
54. Pihak kerajaan akan mengambil tindakan tegas ke atas _______ asing yang
mendirikan petempatan setinggan.
A didatangkan
B kedatangan
C mendatangi
D pendatang

55. Lagu yang memenangi kategori irama Malaysia dalam pertandingan itu digubah
oleh ______ yang terkenal.
A gubahan
B penggubah
C digubah
D menggubah

56. Kerja membaik pulih istana lama itu dilakukan oleh _______ yang mahir.
A catkan
B dicat
C pengecat
D mengecat

57. Petronas telah menawarkan biasiswa kepada ______ yang cemerlang dalam
peperiksaan SPM untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.
A pelajar
B pengajar
C mengajar
D pelajaran

58. Filem komedi itu _______ serentak ke seluruh negara semasa hari raya nanti.
A tayangan
B menayang
C tertayang
D ditayangkan

59. Akibat ______ melayari internet di pusat siber itu, Nana selalu ponteng kelas
tambahan di sekolahnya.
A tagihan
B ketagih
C penagih
D menagih

60. Projek pendalaman sunagi itu _______ untuk mengatasi masalah banjir.
A dilaksanakan
B melaksanakan
C terlaksana
D pelaksanaan

61. Buku itu berharga dua belas ringgit se __________ .


A papan
B keping
C naskhah
D rangkap
8
62. Beliau memulakan ucapannya dengan se __________ pantun.
A baris
B patah
C rangkap
D buah

Soalan 63 Berdasarkan Gambar 1.

Gambar 1

63 Ayah membeli beberapa __________ petai di gerai itu.


A gelung
B papan
C mata
D biji

64 Beberapa __________ rokok bertaburan di lantai.


A puntung
B berkas
C kotak
D pucuk

65 Mazirah membeli sebatang tebu dan memotongnya agar setiap adiknya


mendapat __________ .
A sebiji
B seruas
C sehiris
D seketul

66 Pak Cik Yusof mempunyai beberapa __________ rumah sewa di Kampung


Sungai Kota.
A pintu
B papan
C bidang
D rangkai

9
67 Pemuda itu telah menjumpai __________ kunci sewaktu dalam perjalanan ke
perhentian bas.
A seutas
B sebilah
C sejambak
D serumpun

Soalan 68 Berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

68 Beberapa __________ mutiara diletakkan pada kalung emas itu untuk


mencantikkannya.
A ulas
B butir
C keping
D potong

69 Ayah memasukkan __________ filem ke dalam kameranya.


A segulung
B segelung
C sekajang
D sebuah

70 Pemuda itu membeli __________ surat khabar mingguan di kedai Ali.


A sekeping
B selembar
C senaskhah
D sehelai

10
Soalan 71 hingga 80

Soalan 71

I Akal yang diberikan oleh murid kelas itu kurang memuaskan.


II Mereka sedang berbincang tentang akal untuk masa depan.
III Mereka mencari akal untuk melepaskan diri daripada penjahat itu.
IV Kita harus menggunakan akal yang waras apabila membuat keputusan.
A I dan II
B I dan III
C III dan IV
D II, III dan IV

Soalan 72

I Kaki pelajar yang berhimpun telah bersurai.


II Kaki Khairul terlalu besar untuk kasut itu
III Banyak kaki yang diperoleh daripada perniagaannnya itu.
IV Lembu Pak Samad di tambat di kaki hutan.
A I dan II
B II dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV

Soalan 73

I Tingginya sama paras dengan saya.


II Curahkan bahan itu hingga paras yang telah ditetapkan.
III Paras wajahnya yang jelita membuatkan banyak jejaka yang terpaut hati.
IV Hujan lebat selama dua hari menyebabkan paras air sungai itu meningkat.
A I dan IV
B II dan IV
C I, II dan III
D I, III dan IV

Soalan 74

I Dia laku dirinya seperti orang kaya.


II Seseorang yang buruk laku akan dibenci orang.
III Nasi lemak Mak Munah sangat laku dan habis dijual setiap hari.
IV Melihat laku anak yang mabuk itu, Pak Dolah telah hilang sabar.
A I dan II
B II, III dan IV
C I, II dan IV
D II, III dan IV

11
Soalan 75

I Pakaian pengemis itu terlalu buruk.


II Ibu membuang bunga mawar yang sudah buruk.
III Niat buruk Rosman telah diketahui oleh teman-temannya.
IV Keadaan menjadi bertambah buruk semenjak kami berpindah ke sini.
A I dan II
B II dan III
C I, II dan IV
D I, III dan IV

Soalan 76

I Kadar celik huruf di negara kita telah meningkat.


II Kita mestilah sentiasa celik kalau tidak mahu ketinggalan
III Encik Maniam celik gambar perkahwinannya pada setiap hari.
IV Walaupun Kim Chong buta, dia boleh membuat perkara-perkara yang dapat
dilakukan orang-orang yang celik.
A I dan II
B I dan IV
C I, II dan IV
D II, III dan IV

Soalan 77

I Malek Nor ingin merebut kembali gelaran Raja Bina Badan Asia.
II Walaupun Johari cacat, dia berjaya merebut hati gadis cantik itu.
III Kanak-kanak yang datang ke majlis perkahwinan itu merebut bunga telur.
IV Dengan cepat dia merebut senjata itu daripada penjahat.
A I dan II
B I dan III
C I, II dan IV
D II, III dan IV

Soalan 78

I Pekerja itu asli dari Bangladesh.


II Gas asli dilombong di pesisir pantai Terengganu.
III Penyanyi itu sedang menyanyikan sebuah lagu asli.
IV Masyarakat Orang Asli kini semakin maju dalam kehidupan.
A I dan II
B II dan III
C I, II dan IV
D II, III dan IV

12
Soalan 79

I Wang simpanannya sesak di bank.


II LRT itu sesak dengan penumpang.
III Jalan raya sesak ketika musim perayaan.
IV Datuk diserang sesak nafas selepas berjoging di taman.
A I dan II
B II dan III
C I, II dan III
D II, III dan IV

Soalan 80

I Bukalah pintu hatimu untuk bertaubat.


II Beberapa pintu rumah kedai musnah dalam kebakaran itu.
III Zunika sedang duduk termenung di tepi pintu.
IV Pintu komputer tidak dapat dibuka kerana tiada kata laluan.
A I dan II
B I dan III
C I, II dan III
D II, III dan IV

Soalan 81 hingga 90

Pilih ayat yang betul.

Soalan 81

I Ibu pasang langsir pada tingkap rumah.


II Pak Cik Ali menghalau anjing kurap itu.
III Ayah pulang cepat dari pejabatnya hari ini.
IV Budak-budak nakal itu sering berbalah.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C II, III dan IV sahaja
D I, II, III, dan IV

Soalan 82

I Para-para peserta dikehendaki mendaftarkan diri pada hari Ahad depan.


II Azmi mencatat segala barang-barang yang hendak dibeli.
III Dahanum sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kebakaran itu .
IV Berbagai-bagai jenis makanan dijual di gerai itu .
A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C III dan IV sahaja
D I,II dan IV sahaja

13
Soalan 83

I Kelawar mencari makanan di malam hari.


II Meja itu diperbuat dari kayu.
III Tayar kereta diperbuat daripada getah.
IV Pada hari minggu ramai pelancong berkunjung ke pulau itu.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja

Soalan 84

I Lori itu terbabas di dalam parit.


II Ramli ke kedai untuk membeli beras dan kopi.
III Buang sampah ke dalam tong itu.
IV Telefonnya terjatuh di dalam kolam.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja

Soalan 85

I Beberapa buah rumah telah hangus dijilat api.


II Semua orang murid mesti mematuhi peraturan di sekolah.
III Setiap murid terkejut apabila mendengar berita itu.
IV Kedua anaknya telah pulang ke tanah air.
A I dan III sahaja
B I dan IV sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja

Soalan 86

I Batu karang boleh didapati di dasar laut.


II Buruh itu kasar bekerja dengan bersungguh-sungguh.
III Berapakah orang Greek mula bermain bola sepak ?
IV Pendapatannya daripada hasil padi tahun ini agak memuaskan.
A Idan IV sahaja
B II dan IV sahaja
C I ,II, dan III sahaja
D II ,III, dan IV sahaja

14
Soalan 87

I Kedua-dua orang mempelai itu kelihatan berkilat-kilat di atas pelamin.


II Salmiah membeli dua bentuk kain di pasar raya.
III Keluarga Halim berasal dari Johor.
IV Rumah saya terletak di Jalan Serai Murni.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II, III dan IV

Soalan 88

I Anak-anak Haji Mansur pandai-pandai belaka.


II Kanak-kanak itu berlari-lari di halaman rumahnya.
III Semua murid-murid perlu berbaris sebelum membeli makanan.
IV Para peserta pertandingan itu sedang menunggu giliran mereka.
A I dan IV sahaja
B II dan IV sahaja
C III dan IV sahaja
D I, III dan IV sahaja

Soalan 89

I Nama kamu siapa?


II Siapakah nama kamu?
III Nama kamu siapakah?
IV Apakah nama kamu?
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja

Soalan 90

I Mereka sampai di bandar pada pukul sebelas pagi.


II Cikgu Haris menghantar Fazrul ke rumahnya.
III Mereka duduk di situ daripada pagi sampai petang.
IV Mereka baru bertolak di Ipoh.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja

15
Soalan 91 hingga 100

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Sudah hampir dua tahun Tuk Mat meninggalkan aku. Dia pergi buat selama-
lamanya. Waktu itu aku baru melangkah ke tahap dua sekolah rendah. Tuk Mat
amat istimewa bagiku. Aku tidak pernah melupakannya. Imbasan peristiwa lalu
masih segar dalam ingatanku.

Namanya selalu kusebut apabila kesunyian. Aku terasa seolah-olah Tuk Mat
berada di sisiku. Begitulah kasih sayang dan rapatnya aku dengan Tuk Mat. Aku
merenung gambarku bersama-sama Tuk Mat. Alangkah manjanya aku memeluk
bahu Tuk Mat. Tuk Mat kelihatan begitu ceria dengan senyumannya. Hanya potret
inilah yang tinggal untuk mengubat rinduku pada Tuk Mat.

Selama ini, pada Tuk Mat tempat aku bermanja. Tuk Matlah yang menyara
aku. Segala perbelanjaan persekolahanku ditanggungnya. Peristiwa sedih ini
berlaku kira-kira tujuh tahun yang silam. Ibu berkahwin lain setelah kematian bapa.

Ibu melahirkan Khairul Nizam. Sesungguhnya kehadiran orang baru dalam


hidup ibu menyebabkan aku jauh hati. Aku melarikan diri dan meninggalkan ibu.
Mujur Tuk Mat faham. Beliau mengajak aku tinggal bersama-sama dengannya.
Selepas itu, ibu ada juga datang memujukku. Tetapi Tuk Mat berkeras untuk terus
menjagaku.

Tuk Mat benar-benar menyayangi aku. Setiap hari beliau menghantar dan
mengambil aku dari sekolah dengan motosikalnya. Sepanjang ingatanku, tidak
pernah Tuk Mat melukakan hatiku. Beliau sentiasa bersabar melayan segala
kerenahku. Walaupun kadangkala aku ini kepala angin, Tuk Mat tidak pernah
memarahiku apatah lagi memukulku. Sebaliknya, Tuk Mat banyak memberikan
nasihat kepadaku. Hingga kini, kata-kata itu masih segar dalam ingatanku.

Kenangan dan kemesraanku bersama Tuk Mat amat payah untuk kulupakan.
Memori ini telah sebati dengan jiwaku. Tanpa kusedari, air mataku berlinangan di
pipi. Aku benar-benar rindu akan kasih sayang Tuk Mat. Doaku, semoga Tuk Mat
damai di alamnya. Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya atas roh Tuk Mat.

91. Apakah hubungan Khairul Nizam dengan penulis?

A Adik tiri
B Adik angkat
C Adik kandung
D Anak saudara

92. Apakah yang dilakukan oleh penulis apabila terkenangkan Tuk Mat?

A Memeluk bahu Tuk Mat dengan manjanya


B Menatap potret kenangan sambil menangis
16
C Bersedih dan menangis tidak berhenti-henti
D Mengingati kebaikan dan pengorbanan Tuk Mat
93. Penulis telah menceritakan tentang kehidupannya bersama-sama Tuk Mat,
berapakah usia penulis sekarang?

A 5 tahun.
B 7 tahun.
C 10 tahun.
D 12 tahun.

94. Mengapakah penulis berasa sedih sehingga mengalirkan air mata?

A Terkenang akan bapanya yang sudah meninggal dunia


B Terkenang akan datuknya yang sudah meninggal dunia
C Cemburu akan kehadiran Khairul Nizam dalam keluarganya
D Tidak dapat membonceng motosikal Tuk Mat untuk ke sekolah

95. Pernyataan yang berikut adalah benar tentang penulis, kecuali

A tinggal bersama-sama ibunya selama lima tahun.


B perbelanjaan sekolahnya ditanggung oleh Tuk Mat.
C menjadi anak yatim piatu ketika berusia lima tahun.
D penulis selalu mendoakan kesejahteraan roh datuknya

 
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Sabtu 12 Mac 2005

7.40 pagi
Berhimpun di kantin sekolah. Seramai 40 orang ahli unit beruniform akan menyertai
perkhemahan di Ulu Kenas, Kuala Kangsar. Cikgu Kamal sibuk memberi arahan
kepada kami.

8.30 pagi
Bas bertolak meninggalkan kawasan sekolah. Sepanjang perjalanan kami menyanyi
dengan iringan petikan gitar Cikgu Azmi.

10.30 pagi
Sampai ke tapak perkhemahan. Kami diarahkan mengangkut segala peralatan seperti
khemah, peralatan memasak dan bekalan makanan.

11.00 pagi
Setiap kumpulan memasang khemah dengan bantuan guru-guru. Beberapa orang
murid perempuan dengan bantuan Cikgu Ng Mei Kwan dan Cikgu Nona sibuk
memasak untuk makan tengah hari.

1.00 petang
Makan tengah hari. Walaupun hanya berlaukkan sardin dan telur goreng, kami makan
17
dengan begitu berselera. Selepas makan kami berehat.

2.00 petang
Dibawa meredah hutan. Perjalanan agak sukar. Pegawai Jabatan Hutan Kuala
Kangsar yang mengetuai kami turut menerangkan tentang beberapa jenis pokok dan
kegunaannya. Tiba-tiba kami terdengar jeritan. Rupa-rupanya beberapa orang budak
perempuan terserempak dengan seekor biawak bukit.

4.30 petang
Kembali ke tapak perkhemahan. Cikgu Kamal membenarkan kami mandi di sungai.
Kami bersorak kegembiraan.

8.00 malam
Makan malam. Sambil makan, Cikgu Kamal memuji kerjasama yang kami tunjukkan
setakat ini.

8.30 malam
Persembahan kebudayaan. Setiap kumpulan diminta membuat satu persembahan.
Guru-guru pun tidak kurang hebatnya. Cikgu Nurul berduet dengan Cikgu Nona
menyampaikan lagu “Aci Aci Buka Pintu”. Cikgu Azmi pula menghiburkan kami
dengan petikan gitar dan lawak jenakanya yang mencuit hati.

Ahad 13 Mac 2005

6.00 pagi
Setelah mandi, murid Islam solat subuh dan murid bukan Islam menghadiri kelas
Pendidikan Moral. Kemudian setiap kumpulan menyediakan sarapan pagi, iaitu roti
dan telur setengah masak.

8.00 pagi
Aktiviti mencari harta karun. Setiap kumpulan diberikan sebuah peta.

10.00 pagi
Cikgu Kamal mengarahkan setiap kumpulan membuka khemah dan mengemaskan
barang-barang kerana bas yang membawa kami pulang akan sampai sebentar lagi.

11.00 pagi
Bas mula meninggalkan tapak perkhemahan Ulu Kenas yang memberikan banyak
pengalaman dan kenangan kepada kami.

96. Berapa orangkah yang menyertai perkhemahan ke Ulu Kenas?


A 40 orang
B 42 orang
C 45 orang
D 46 orang

97. Mengapakah murid-murid perempuan menjerit apabila terserempak dengan


biawak bukit?
A Mereka berasa takut
B Biawak bukit sejenis haiwan berbisa
C Mereka berasa terkejut apabila melihat seekor biawak yang besar
18
D Biawak bukit itu menjelirkan lidahnya dan cuba mematuk mereka

98. Pada pendapat kamu, apakah jawatan Cikgu Azmi di sekolah?


A Guru Pengakap
B Guru Disiplin
C Guru Muzik
D Guru Sains

99. Maksud “berduet” dalam petikan di atas ialah


A bersaingan.
B bersendirian.
C berkumpulan.
D berpasangan.

100. Siapakah yang mengetuai perkhemahan tersebut?

A Cikgu Nona
B Cikgu Azmi
C Cikgu Nurul
D Cikgu Kamal

KERTAS SOALAN TAMAT

19

Anda mungkin juga menyukai