Anda di halaman 1dari 8

PENGGUNAAN KATA YANG TEPAT

1. Pak Musa ________ basikalnya di hadapan pintu dapur lalu menurunkan pisang yang dibawanya dari kebun.
A melepaskan B membiarkan C menongkatkan D mendirikan

2. Anak-anak pelarian itu memakai baju yang sudah _______ warnanya


A lama B kusam C mati D cantik

3. Alia berkejaran ke pintu pagar lalu _______ datuknya yang baru tiba dari kampung.
A menyeberang B menyuruh C menanti D menyongsang

4. Selepas penat berdiri, Nenek Piah _______ punggungnya di atas bangku.


A melabuhkan B memanjangkan C menurunkan D mencampakkan

5. Ayah _______ mencari ayam seramanya yang terlepas dari reban di sekeliling rumah.
A memandang B melihat C melilau D merenung

6. Puan Aminah menyapu air matanya yang _______ itu dengan hujung lengan bajunya.
A berbuah B bergenang C berbuih D bergetar

7. Keindahan hutan di Taman Negara belum _______ oleh pembangunan.


A terusik B terpegang C terlekat D tersentuh

8. Penduduk kampung telah membuat rancangan untuk _______ pencuri di lading getah mereka.
A mengikat B membela C memeriksa D memerangkap

9. Peria menggunakan sulur paut untuk _______ para-para.


A mencapai B memanjat C membelit D menutup

10. Puan Hartini menggunakan serbuk peluntur untuk menghilangkan dakwat yang _______ pada bajunya.
A mengikat B melekat C menyerap D menumpang

11. Sebuah kereta api barang _______ di landasan berhampiran Stesen Gemas.
A terjatuh B terhalang C terlepas D tergelincir

12. Penyu belimbing mengalami ancaman _______ kerana diburu untuk cangkerangnya.
A kepupusan B kehilangan C kelahiran D kematian

13. Perasmian _______ membeli-belah itu dilakukan oleh Perdana Menteri.


A belian B milikan C jualan D karnival

14. Biduanita Sharifah Aini telah diundang untuk _______ Hari Terbuka Utusan Jaya.
A mengusahakan B memeriahkan C mempamerkan D melancarkan

15. Bidang sains dan _______ di nagara kita semakin maju.


A teknologi B masakan C keluaran D industri

16. Anak-anak mangsa peperangan itu _______ pelbagai kesengsaraan hidup.


A menguji B melawati C mengalami D menceburi

17. Sharul _______ sajak tentang penderitaan anak-anak palestin.


A melukis B melakar C mencipta D mencorak

18. Ibu mengambil bahagian dalam _______ menganyam ketupat.


A penjualan B pembelian C perebutan D pertandingan

19. Tuk Batin Kuin menunjukkan demontrasi _______ tupai kepada para pelancong.
A memikat B menyumpit C menyakat D mengikat

20. Pak Busu memasang ______ ayam di tepi semak itu.


A pagar B reban C sangkar D jerat
21. Pelbagai ______ disediakan di pusat peranginan itu.
A kemudahan B kelapangan C keselesaan D kesenangan

22. Pengalaman hidup di ibu kota telah _______ cara pemikiran Gaya.
A meminda B mengolah C mengubah D menyusun

23. Minggu suai kenal itu diadakan bagi melatih para pelajar supaya supaya _______ diri dengan keadaan di
sekolah baru.
A meninggikan B menyesuaikan C mendiamkan D melupakan

24. Buah-buahan tempatan banyak ______ di luar negara.


A dijualkan B dipasarkan C diberikan D disampaikan

25. Novel yang dituls oleh penulis terkenal itu sungguh _______ hati.
A mencalar B membenci C menyayat D mencair

26. Perahu Pak Tua itu ________ pada sebatang tiang.


A tersepit B tersangkut C terlekat D tertambat

27. Mereka ______ murid yang pengsan itu ke bawah khemah.


A mengusung B mengheret C menolak D menarik

28. Nakhoda mengarahkan jurumudi ______ haluan kapal ke pelabuhan.


A memilih B mengambil C menukar D menjurus

29. Banyak lembu datuk yang mati kerana dilanda ________ kuku dan mulut.
A virus B wabak C kuman D demam

30. Taun merupakan sejnis penyakit yang _______


A bergerak B bergetar C berpindah D berjangkit

31. Khabar tentang peletakan jawatan Datuk Zaini sudah _______.


A tersebar B terjadi C tersiar D terbongkar

32. Dua orang penunggang motosikal _______ dalam kecelakaan jalan raya itu.
A gugur B diam C maut D hidup

33. Pesakit jantung perlu _______ pemakanan untuk menjaga kesihatan mereka.
A menolak B menambah C mengurang D mengawal

34. Program itu dijalankan oleh pihak kerajaan untuk _______ kemiskinan.
A membantu B membasmi C mengecil D menyekat

35. Wahida menolong _______ warna di atas kanvas lukisan abangnya.


A mencatat B mencelup C mencalit D mencalar

36. _______ malam telah dapat membantu melenakan tidur kami.


A Kegelapan B Kedinginan C Kedamaian D Keheningan

37. Dahlia berasa agak _______ tinggal di rumah keluarga angkatnya yang kaya-raya itu.
A janggal B ganjil C takjub D gugup

38. Nenek memberikan nasi yang ______ itu kepada ayam peliharaannya.
A tengik B hapak C busuk D basi

39. Tulisan yang terdapat pada manuskrip lama itu sangat _______ sehingga sukar untuk dibaca.
A kelam B kabus C kabur D kabut

40. Lantai papan di rumah pusaka datuk itu sudah _______.


A lapuk B rapuh C teruk D lama
41. Puan Salmi ______ kuih pau untuk minum petang.
A menanak B menjerang C merebus D mengukus

42. Botol air meneral itu saya ______ ke dalam tong sampah.
A campak B buang C lempar D baling

43. Penduduk Kampung Delima ______ menceritakan hal Pak Abu yang diserang harimau di kebun getahnya.
A gaduh B bising C hingar D heboh

44. Menteri Pendidikan _______ ucapannya dengan dua rangkap pantun lama.
A menyertai B memulakan C menyelitkan D mengemukakan

45. “Pada masa dahalu, pokok _______ di tepi sawah itulah tempat ayah dan kawan-kawan bermain,” kata
Pak Ajis kepada anaknya.
A cantik B molek C buruk D hodoh

46. Masakan sayur keladi itu sungguh _______ kerana ibu menggunakan santan yang pekat untuk memasaknya.
A kelat B lemak C payau D lemau

47. Peserta ekspedisi yang berada di puncak Gunung Kinabalu itu dapat melihat matahari _______ di sebalik
awan.
A timbul B tampil C muncul D terbit

48. Aina ______ teater “Teh Tarik” di Auditorium Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur.
A menonton B melihat C mengintip D meneliti

49. Puan Hazama _______ tomato untuk menghias nasi gorteng yang dimasaknya.
A mencencang B mengerat C menghiris D memangkas

50. Pekerja restoran makanan segera itu berjalan sambil ______ hidangan yang dipesan
A menyandar B mengangkut C membimbit D menatang

51. Jalan tanah merah yang menuju ke Kampung Damai sudah ______ dengan tar.
A ditampal B diturap C diganti D dilapik

52. Mayat mangsa pengeboman itu ______ di sekitar kawasan kejadian.


A bergelimpangan B bertaburan C berterbangan D bersepah

53. Cikgu Intan mengingatkan murid-murid itu supaya _______ borang permohonan biasiswa itu dengan teliti.
A menulis B mencatat C mengisi D mengarang

54. Para hadirin terpaku mendengar _______ biola seniman tua yang cacat itu.
A petikan B tiupan C mainan D gesekan

55. Nadhirah telah _______ perca-perca kain itu untuk dijadikan selimut.
A mencantumkan B mencampurkan C menggabungkan D menghimpunkan

56. Air hujan telah mula _______ kawasan rendah itu.


A menjatuhi B melempari C membanjiri D melimpahi

57. Nazri sedang membantu ayahnya _______ ketupat di belakang rumah.


A memanggang B merebus C merendam D membakar

58. Pak Malik _______ buluh lemang yang telah disusunnya dengan akar kayu.
A membelit B membungkus C melilit D mengikat

59. Budak-budak itu lari lintang-pukang kerana takut ______ oleh angsa Mak Lijah.
A dipagut B dicubit C ditelan D digigit

60. Jururawat telah memujuk adik kerana dia tidak mahu ________ ubat demam itu.
A menyuap B mengunyah C menelan D menghirup
61. Mereka duduk mengelilingi unggun api untuk _______ badan kerana kesejukan.
A menghangatkan B memanaskan C menguatkan D menyejukkan

62. Irfan sedang _______ pelita-pelita di luar rumahnya pada malam hari raya.
A memasang B mengikat C memegang D menarik

63. Perdana Menteri telah _______ pendapat yang bernas semasa Mesyuarat Ketua-ketua Menteri ASEAN yang
diadakan di Singapura pada minggu lalu.
A menganjurkan B mengutarakan C menceritakan D melanjutkan

64. Anak-anak ayam itu _______ dedak yang ditaburkan oleh nenek di dalam reban.
A mencium B menjilat C mencuit D mematuk

65. Jabatan Imigresen bercadang untuk _______ kemasukan pendatang asing yang bekerja dalam sektor
perkilangan.
A mengecamkan B mengesyorkan C mengesahkan D mengehadkan

66. Yuhanis _______ kepakaran ibunya menenun kain songket.


A mewarisi B merasai C meyakini D melidungi

67. Alina menyeka air mata yang _______ pipinya dengan sehelai kertas tisu.
A membanjiri B membaluti C membasahi D membatasi

68. Semenjak awal pagi hari raya sehingga ke malam, anak-anak saudara Haji Dollah tidak putus-putus _______
rumahnya.
A menjauhi B mendatangi C menjalani D mendapati

69. Leftenan Helmi bertugas sebagai ______ pesawat Nuri selama lima tahun.
A juruacara B juruhebah C juruterbang D jurukamera

70. Hati Pak Wahab sungguh bangga apabila keempat-empat orang anaknya berjaya dalam bidang _______
A pelajaran B peperiksaan C pelancongan D pendapatan

71. Banyak kanak-kanak dan orang awam yang menjadi mangsa akibat ______ itu.
A pembangunan B perusuhan C peperiksaan D pemodenan

72. _______ British Tanah Melayu telah berakhir pada tanggal 31 Ogos 1957.
A Penguasaan B Pendidikan C Pencarian D Penjajahan

73. Kerja-kerja _______ artifak bersejarah di Tanjung Tuan itu dilakukan oleh sekumpulan penyelidik daripada
Jabatan Muzium dan Antikuiti.
A penggalian B pengolahan C pengkhususan D penggambaraan

74. Peristiwa _______ Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945 telah memusnahkan kedua-dua bandar itu sama
sekali.
A penaklukan B pemusnahan C pengeboman D penjajahan

74. Hubungan _______ antara Malaysia dengan negara China telah terjalin sejak dahulu lagi.
A pertukaran B perdagangan C persaudaraan D perkahwinan

75. Tiada pemuda di kampung Tualang yang dapat menandingi _______ Aduka dalam seni mempertahankan diri.
A kepantasan B kerancakan C kecergasan D ketangkasan

76. Penari itu mencuba ______ tarian gamelan yang semakin dilupakan oleh generasi muda.
A mempamerkan B membesarkan C membuatkan D mempopularkan

77. Pelancaran model terbaru kereta proton itu ______ dalam Buletin Utama sebentar tadi.
A dihebahkan B dikisahkan C diceritakan D dilepaskan
78. Yang di-Pertuan Agong telah ______ di Istana Negara dengan penuh adat istiadat diraja.
A dimuliakan B ditugaskan C dibesarkan D ditabalkan

79. Ayah membaca _______ buku biodata penulis terkenal itu dengan teliti.
A prasekolah B praujian C prakata D prasyarat

80. Pada zaman dahulu, ______ dari Semenanjung Tanah Arab datang ke Melaka untuk menyampaikan ajaran
Islam.
A pendakwah B pendusta C pendayung D penjamin

81. _______ kek yang telah dibakar tadi sebelum dihias dengan krim dan ceri.
A Lenyekkan B Lebarkan C Sejukkan D Panaskan

82. Emak menyuruh Amirah _______kulit buah limau di atas meja itu .
A membuka B mengupas C menanggalkan D mericih

83. Pelancaran majlis penyampaian hadiah itu tergendala berikutan _______ yang tidak cekap.
A pemantauan B penguusan C penilaian D pemeriksaan

84. Dalam kejadian itu ,mulut Kumari berdarah kerana mukanya _______ ke tanah.
A terduduk B tersembam C terhempas D tergelincir

85. Sathiya dan keluarganya _______ ke Pulau Langkawi dengan menaiki pesawat Air Asia .
86. _______ seni kraf tangan negara kita sememangnya diakui oleh pelancong dari luar negara .
A Kelembutan B Kemegahan C Kehalusan D Kemasyuran

A berlepas B bertolak C berjalan D beredar

87. Cikgu Alias _______kegembiraan sebaik sahaja pelari sekolahnya tiba di garisan penamat.
A melantun B melonjak C melmbung D meliuk

88. Pelbagai jenis sayur-sayuran ______ di atas jalan raya apabila lori yang membawa sayur-sayuran itu terbalik.
A bertempiaran B bertaburan C berkeliaran D berlinangan

89. Tempat-tempat ______ nyamuk Aedes perlulah di hapuskan .


A pembiakan B pembesaran C pertumbuhan D pergerakan

90. Kemalangan yang _______ itu membabitkan dua buah treler panjang .
A kuat B sengit C dahsyat D giat

92. Danial ______ majalah hiburan itu untuk mencari berita tentang artis pujaanya .
A mengopek-ngopek B meraba-raba C menjeling-jeling D membelek-belek

93. Anak-anak petani itu begitu tekun menyiapkan kerja sekolah walaupun hanya bertemankan cahaya lampu
pelita yang _______.
A samar B pudar C kabur D kelam

94. Dalam keheningan malam,kedengaran gesekan biola yang ______ dari rumah itu.
A mersik B merdu C nyaring D lunak

95. Lidah Zunarti terasa ______ setelah makan nanas muda itu.
A payau B maung C lidas D kelat

96. Pada setiap hari,Pak Latif akan berulang-alik ke ladang kelapa sawitnya yang terletak _______ dari
rumahnya dengan menaiki motosikal.
A sejengkal B sepelaung C sedepa D sepemeluk

97. Setelah namanya dipanggil,Wani ______ ke hadapan untuk memperkenalkan dirinya.


A timbul B keluar C muncul D tampil
98. Mereka ______ setelah berlari keliling padang sebanyak lima pusingan.
A tercungap-cungap B terhegeh-hegeh C tergagap-gagap D terkial-kial

99. ______ Hari Raya Aidilfitri mula terasa apabila warga kota berpusu-pusu pulang ke kampung halaman
masing-masing .
A kegembiraan B keriaan C kemeriahan D kegemilangan

100. Nama Tuk Gajah akan terus _______ dalam sejarah sebagai pejuang bangsa.
A terbilang B terpahat C tersemat D terlekat

101. Gunung-gunung di Pergunungan Alps itu ______ salji pada musim sejuk.
A ditutupi B dikelilingi C dilapisi D diliputi

102. Mereka terpaksa ______ tebing sungai sebelum sampai ke kawasan air terjun itu.
A menyusuri B melalui C menuruti D mengekori

103. Kejadian pecah rumah semasa musim perayaan amat _______ penduduk di situ.
A melenyapkan B membimbangkan C menguatkan D memulihkan

104. Kejadian laku musnah semakin ______ sehingga membimbangkan banyak pihak.
A membesar B mengecil C berleluasa D membiak

105. Pengembara itu pergi bertapa di daerah yang ______ .


A terpinggir B terpencil C terkecil D terdalam
101. Nama Tuk Gajah akan terus _______ dalam sejarah sebagai pejuang bangsa.
A terbilang B terpahat C tersemat D terlekat

101. Gunung-gunung di Pergunungan Alps itu ______ salji pada musim sejuk.
A ditutupi B dikelilingi C dilapisi D diliputi

102. Mereka terpaksa ______ tebing sungai sebelum sampai ke kawasan air terjun itu.
A menyusuri B melalui C menuruti D mengekori

103. Kejadian pecah rumah semasa musim perayaan amat _______ penduduk di situ.
A melenyapkan B membimbangkan C menguatkan D memulihkan

104. Kejadian laku musnah semakin ______ sehingga membimbangkan banyak pihak.
A membesar B mengecil C berleluasa D membiak

105. Pengembara itu pergi bertapa di daerah yang ______ .


A terpinggir B terpencil C terkecil D terdalam

106. Remaja mudah _______ oleh rakan sebaya yang paling rapat dengan mereka.
A diikuti B disayangi C ditemani D dipengaruhi

107. Puan Amira telah ______ masuk ke rumah.


A mempersiapkan B mempersilakan C mempertunjukkan D memperlihatkan

108. Encik Yusof akan membawa ______ nya bercuti ke Pulau Tioman.
A ahli B kaum C golongan D keluarga

109. _______ penyanyi popular itu dalam Juara Lagu 2004 amat dinanti-nantikan peminatnya.
A Kehadiran B Kepergiaan C Kesanggupan D Kebagusan

110. Perdana Menteri telah mengadakan ______ rumah terbuka beliau di Putrajaya.
A pesta B pameran C majlis D festival

111. Penyambut tetamu itu sedang memberikan buku ______ majlis kepada para hadirin.
A rajah B atur cara C peta D graf
112. Fazrul ______ kawan-kawan rapat ke majlis hari jadinya.
A menahan B mengancam C mebantu D mengundang

113. Gula-gula yang berada dalam ______ adik telah cair.


A lingkungan B milikan C pelukan D genggaman

114. Pihak polis masih _______ kawasan penemuan artifak purba di Teluk Damai itu daripada pengetahuan
umum.
A membiarkan B merahsiakan C mendiamkan D meletakkan

115. Pak Cik Idris menjalankan penternakan ikan keli dalam ______.
A sangkar B reban C akuarium D perigi

116. Tugas ______ benang itu dijalankan oleh kaum wanita.


A menyurih B menekap C menekat D memintal

117. Sejak kebelakangan ini pelajaran adik semakin ______ semenjak mengikuti kelas tuisyen.
A gemilang B mundur C maju D giat

118. Nasi goreng kampung merupakan makanan _______ kakak saya.


A keinginan B kegemaran C kemahuan D kebencian

119. Proses menenun kain songket sangat ______ dan memerlukan kesabaran yang tinggi.
A cekap B mudah C singkat D rumit

120. Janganlah menggunakan gula yang ______ dalam makanan kita kerana amalan tersebut akan
memudaratkan kesihatan.
A berkurangan B berlebihan C berlainan D bersamaan

108. Encik Yusof akan membawa ______ nya bercuti ke Pulau Tioman.
A ahli B kaum C golongan D keluarga

121. Krisis air yang melanda Lembah Kelang telah memaksa pihak kerajaan _______bekalan air.
A mengehad B mencatu C membahagi D menyimpan

122. Dua orang rakyat Malaysia telah ______nama kerana berjaya mendaki Gunung Everest .
A menempah B membawa C membentuk D menempa

123. Penggembara itu menunggu hari cerah sebelum ______ perjalanannya.


A menjalankan B melanjutkan C mengaturkan D meneruskan

124. Nenek selalu menceritakan tentang pengalaman pahitnya semasa zaman ______ Jepun dahulu.
A penantian B pelarian C pendudukan D pewarisan

125. Pak Cik Yahya berjalan-jalan ______ di tepi tasik itu.


A kumpulan B sendirian C golongan D ramaian

126. “Pada negara ini,saya _______ segala kesetiaan untuk selama-lamanya,”kata Norman.
A buangkan B keluarkan C curahkan D jarakkan

127. Kawasan ladang kelapa sawitnya yang terbiar itu telah ______ lalang .
A diserangi B ditumbuhi C dihiasi D disuburi

128. Sebahagian daripada kawasan hutan simpan itu telah ______ untuk tujuan pembangunan .
A dibukai B diterangi C diterokai D digondoli

129. Ishak terpaksa membuat kerja sampingan untuk ______ bebanan yang ditanggung oleh ibunya .
A menolak B membanteras C menghapuskan D meringankan

130. Syarikat itu memperoleh _______yang banyak kerana kecekapan kakitangan bahagian pemasaranya .
A kemantapan B kerugian C keuntungan D kejaguhan

131. Ikan yang ditangkap oleh Encik Halim telah ______ oleh adiknya untuk digoreng.
A dimayang B disiang C dipotong D dicincang

132. Cikgu Sabarina sedang ______meja tulisnya yang berselerak dengan buku-buku anak muridnya.
A membetulkan B menghiaskan C mengemaskan D menghiburkan

133. Wang itu disimpan oleh ayah dan ibu untuk _______persekolahan kami empat beradik .
A membayari B mengawasi C membalasi D mengongkosi

134. Simon dan Firdaus terpaksa _______semak-samun untuk menyelamatkan diri daripada penjahat itu.
A memotong B meranduk C melompat D memetik

135. Penduduk di kawasan pedalaman terpaksa menggunakan _______perahu penambang untuk berulang-alik ke
bandar yang berhampiran .
A perkhidmatan B perhubungan C perhentian D perpindahan

136. “Kami akan ______ lawatan ke Kuala Lumpur pada cuti penggal nanti,” kata Muthu dan Johan kepada ibu
bapa mereka.
A memasuki B meluangkan C menyertai D menghadiri

137. Khairul pergi sekolah dengan _______ bas.


A membonceng B menaiki C memandu D mengayuh

138. Setiap pelajar mestilah berdiri tegak semasa _______ lagu kebangsaan.
A menyanyikan B mendeklamasikan C menggubah D melaungkan

139. Dedaun pokok ketapang itu _______ apabila angin bertiup kencang.
A berdekatan B bercebisan C bertebaran D berguguran

140. Rosli _______ menjadi pengawas sekolah.


A diiktiraf B dianugerahkan C dilantik D dijulang

141. Seseorang yang menjadi pengadil tidak boleh berat sebelah ketika _______ sesuatu perlawanan.
A menghakimi B mengadili C menjatuhi D menimbangi

142. Setiap peserta ekspidisi itu perlu _______ arus sungai yang deras itu.
A melalui B mengharungi C melintasi D memasuki

143. Anggota polis sentiasa bersiap sedia untuk menjaga _______ negara daripada anasir luar.
A kesyukuran B keamanan C kegembiraan D kemajuan

144. Banjir kilat menyebabkan beribu-ribu buah kenderaan _______ dalam kesesakan lalu lintas.
A terjerumus B terbabas C terperangkap D terjunam

145. Pencuri itu gagal ______ dirinya melalui lubang yang sempit itu.
A memasuki B membolosi C meluluskan D menyusupkan

146. Kapal terbang itu membuat _______ kecemasan kerana kerosakan enjin.
A permintaan B pendaratan C pengumuman D penerbangan

147. Menjelang hari perayaan, _______ pusat membeli-belah mengadakan pesta jualan murah.
A keramaian B kebanyakan C kerancakan D kemungkaran

148. Projek pembinaan balai raya itu memerlukan _______ padu daripada penduduk kampung.
A bantuan B sokongan C perhatian D pertolongan

149. Yang Dipertuan Agong ialah ketua pemerintah dan menjadi lambang _______ negara kita.
A kemasyhuran B kebesaran C kecekalan D kedaulatan

150. Kedua-dua belah pihak _______ untuk menetapkan hari perkahwinan anak mereka.
A berhajat B bersetuju C berunding D bercadang

Anda mungkin juga menyukai