Anda di halaman 1dari 4

1. Nana membantu ibunya ______ adunan biskut gajus dengan acuan kuih berbentuk bunga.

A menekap B mencanai C menerap D mencalit

2. Ayam-ayam hutan itu ______ tanah untuk mencari makanan.


A menggali B menguis C menanam D menimbus

3. Farid membantu ayahnya _______ buah sukun yang sudah tua di dusun.
A mengait B mencantas C memotong D memetik

4. Sotong yang telah dibersihkan akan ______ di atas para-para sehingga kering.
A disimpan B diperam C dihimpun D dijemur

5. Mangsa peperangan itu tidur dengan ______ gebar usang.


A bertilamkan B beratapkan C berselimutkan D berbantalkan

6. Burung serindit itu _______ di atas bumbung rumah datuk.


A hinggap B duduk C turun D gugur

7. Naim _______ tali kasutnya dengan kemas sebelum turun bermain bola di padang.
A menarik B mengikat C menyentuh D memegang

8. Lauk-pauk kenduri malam kelmarin telah ______ oleh ibu.


A dipersiap B diperbuat C diperoleh D diperhangat

9. Wahida _______ apabila dimarahi oleh wanita yang tidak dikenali semasa membeli buku.
A tergagap B terlupa C tercengang D tersenyum

10. Apabila hari petang, barulah petani itu ______ ke rumah masing-masing.
A pulang B bangun C runtuh D duduk

11. Shahrul _______ kesejukan kerana kehujanan dalam perjalanan pulang dari sekolah.
A mengecut B meracau C menggoyang D menggigil

12. Penjualan mercun dan bunga api ______ keras oleh kerajaan Malaysia.
A dibantah B ditentang C dilarang D dihalang

13. Dari beranda rumah nenek, Eda dapat melihat ombak _______ di pantai.
A menguning B memutih C membiru D menghitam

14. Puan Idah _______ tepung itu bulat-bulat sebelum memasukkannya ke dalam air yang
mendidih.
A mencanai B mengisar C menguli D menggentel

15.Ali ______ segulung dawai di kedai itu.


A membeli B menjual C membuat D menarik

16.Motosikal yang rosak itu sedang ______ oleh mekanik.


A dimusnah B dibaiki C ditarik D dibakar
17.Kerja-kerja _______ sungai itu sudah dimulakan.
A mendalami B dalami C dalaman D mendalamkan

18.Kami sekeluarga _______ di Hotel Seri Malaysia selama dua hari sahaja.
A menginap B pergi C singgah D hinggap

19.Baju-baju yang kotor itu saya ______ di dalam baldi.


A basuh B pungut C rendam D siram

20.Lukisan yang _______ itu memikat hati saya.


A dipamer B pameran C mempamerkan D pamerkan

21.Mutu permainan bola sepak negara kita perlu ______ lagi.


A ditingkatkan B ditinggikan C diagungkan D dinaikkan

22.Pak Jait _______ lubang belakang rumahnya untuk menanam bangkai kucing.
A menimbus B menutup C menggali D mengerjakan

23.Cikgu Ridzuan ______ mata pelajaran Matematik.


A memberitahu B mengajar C melaporkan D menyampaikan

24.Sebelum sesuatu aktiviti dijalankan , kita perlulah _______ terlebih dahulu.


A menimbang B melihat C merancang D melaksana

25. Petani itu _______ tempat duduknya dengan tikar buruk.


A menyapu B melapis C melapik D menutup

26. Pada musim kemarau debu di tanah merah itu berterbangan apabila ______ angin.
A diusik B ditiup C dihembus D dialir

27. Khairul _______ di kawasan rehat dan rawat Tapah untuk membeli buah jambu.
A hinggap B datang C pulang D singgah

28. Emak Endon ______ sejenak setelah mendengar berita sedih itu.
A terduduk B tertewas C terbaring D terjatuh

29. Dari serambi itu Diana dapat melihat ombak _______ di pantai.
A menguning B menghijau C memutih D membiru

30. Mereka ______ ke kampung sehari sebelum menjelangnya Hari Raya Aidil Fitri.
A pulang B bangun C pergi D duduk

31. Kak Piah duduk ______ di atas pangkin itu untuk meluruskan kakinya setelah penat
bekerja di sawah.
A berbaring B berlunjur C beradab D bergerak

32. Pasukan bahas Sekolah Kebangsaan Seri Emas telah _______ kemenangan lagi pada
tahun ini.
A berpesta B bersatu C bersorak D beroleh
33. Adik mengikut ibu ______ bil elektrik air di pejabat pos.
A membayar B membeli C meminta D memungut

34. Uteh _______ rotan-rotan itu dengan akar-akar kayu yang banyak terdapat di Bukit Raja.
A mengolah B mengheret C mengikat D membelit

35. Pekerja-pekerja itu _______ ranting-ranting pokok teh supaya pokok itu tidak tinggi dan
tumbuh merendang.
A memanjat B memangkas C merumput D memetik

36. Ibu ______ barang perak dan tembaga peninggalan nenek dengan baik di dalam almari
perhiasan.
A menyorok B menyembunyi C menghias D menyimpan

37. Kilang yang menghasilkan serunding segera itu menggunakan teknologi moden untuk
_______ daging.
A mempelopor B memproses C menyembelih D mempopular

38. Mak Cik Nab sudah tidak sanggup melihat sampah yang ______ di kawasan lapang di
hadapan rumahnya.
A membiak B mengumpul C membukit D membesar

39. Petani itu _______ padi yang telah dianginnya di halaman rumah.
A menjemur B menjual C mencabut D menjamu

40. Aniza menoleh ke belakang apabila terasa ada seseorang yang ______ bahunya.
A mencucuk B menjunjung C merotan D mencuit

Anda mungkin juga menyukai