Anda di halaman 1dari 6

NAMA:

..

TAHUN:

KATA KERJA
1. Nana membantu ibunya ______ adunan biskut gajus dengan acuan kuih berbentuk bunga.
A menekap
B mencanai
C menerap
D mencalit
2. Ayam-ayam hutan itu ______ tanah untuk mencari makanan.
A menggali
B menguis
C menanam

D menimbus

3. Farid membantu ayahnya _______ buah sukun yang sudah tua di dusun.
A mengait
B mencantas
C memotong
D memetik
4. Sotong yang telah dibersihkan akan ______ di atas para-para sehingga kering.
A disimpan
B diperam
C dihimpun
D dijemur
5. Mangsa peperangan itu tidur dengan ______ gebar usang.
A bertilamkan
B beratapkan
C berselimutkan

D berbantalkan

6. Burung serindit itu _______ di atas bumbung rumah datuk.


A hinggap
B duduk
C turun

D gugur

7. Naim _______ tali kasutnya dengan kemas sebelum turun bermain bola di padang.
A menarik
B mengikat
C menyentuh
D memegang
8. Lauk-pauk kenduri malam kelmarin telah ______ oleh ibu.
A dipersiap
B diperbuat
C diperoleh

D diperhangat

9. Wahida _______ apabila dimarahi oleh wanita yang tidak dikenali semasa membeli buku.
A tergagap
B terlupa
C tercengang
D tersenyum
10. Apabila hari petang, barulah petani itu ______ ke rumah masing-masing.
A pulang
B bangun
C runtuh
D duduk
11. Shahrul _______ kesejukan kerana kehujanan dalam perjalanan pulang dari sekolah.
A mengecut
B meracau
C menggoyang
D menggigil
12. Penjualan mercun dan bunga api ______ keras oleh kerajaan Malaysia.
A dibantah B ditentang
C dilarang
D dihalang
13. Dari beranda rumah nenek, Eda dapat melihat ombak _______ di pantai.
A menguning
B memutih
C membiru
D menghitam
14. Puan Idah _______ tepung itu bulat-bulat sebelum memasukkannya ke dalam air yang mendidih.
A mencanai
B mengisar
C menguli
D menggentel
15.Ali ______ segulung dawai di kedai itu.
A membeli
B menjual

C membuat

16.Motosikal yang rosak itu sedang ______ oleh mekanik.


A dimusnah B dibaiki
C ditarik
17.Kerja-kerja _______ sungai itu sudah dimulakan.
A mendalami
B dalami
C dalaman

D menarik

D dibakar

D mendalamkan

18.Kami sekeluarga _______ di Hotel Seri Malaysia selama dua hari sahaja.
A menginap
B pergi
C singgah
D hinggap

19.Baju-baju yang kotor itu saya ______ di dalam baldi.


A basuh
B pungut
C rendam

D siram

20.Lukisan yang _______ itu memikat hati saya.


A dipamer
B pameran
C mempamerkan

D pamerkan

21.Mutu permainan bola sepak negara kita perlu ______ lagi.


A ditingkatkan
B ditinggikan
C diagungkan

D dinaikkan

22.Pak Jait _______ lubang belakang rumahnya untuk menanam bangkai kucing.
A menimbus
B menutup
C menggali
D mengerjakan
23.Cikgu Ridzuan ______ mata pelajaran Matematik.
A memberitahu
B mengajar
C melaporkan

D menyampaikan

24.Sebelum sesuatu aktiviti dijalankan , kita perlulah _______ terlebih dahulu.


A menimbang
B melihat
C merancang
D melaksana
25. Petani itu _______ tempat duduknya dengan tikar buruk.
A menyapu
B melapis
C melapik

D menutup

26. Pada musim kemarau debu di tanah merah itu berterbangan apabila ______ angin.
A diusik
B ditiup
C dihembus
D dialir
27. Khairul _______ di kawasan rehat dan rawat Tapah untuk membeli buah jambu.
A hinggap
B datang
C pulang
D singgah
28. Emak Endon ______ sejenak setelah mendengar berita sedih itu.
A terduduk
B tertewas
C terbaring

D terjatuh

29. Dari serambi itu Diana dapat melihat ombak _______ di pantai.
A menguning
B menghijau
C memutih

D membiru

30. Mereka ______ ke kampung sehari sebelum menjelangnya Hari Raya Aidil Fitri.
A pulang
B bangun
C pergi
D duduk
31. Kak Piah duduk ______ di atas pangkin itu untuk meluruskan kakinya setelah penat bekerja di
sawah.
A berbaring
B berlunjur
C beradab
D bergerak
32. Pasukan bahas Sekolah Kebangsaan Seri Emas telah _______ kemenangan lagi pada tahun ini.
A berpesta B bersatu
C bersorak
D beroleh
33. Adik mengikut ibu ______ bil elektrik air di pejabat pos.
A membayar
B membeli
C meminta

D memungut

34. Uteh _______ rotan-rotan itu dengan akar-akar kayu yang banyak terdapat di Bukit Raja.
A mengolah
B mengheret
C mengikat
D membelit
35. Pekerja-pekerja itu _______ ranting-ranting pokok teh supaya pokok itu tidak tinggi dan tumbuh
merendang.
A memanjat
B memangkas
C merumput
D memetik
36. Ibu ______ barang perak dan tembaga peninggalan nenek dengan baik di dalam almari perhiasan.
A menyorok
B menyembunyi
C menghias
D menyimpan
37. Kilang yang menghasilkan serunding segera itu menggunakan teknologi moden untuk _______
daging.
A mempelopor
B memproses
C menyembelih
D mempopular

38. Mak Cik Nab sudah tidak sanggup melihat sampah yang ______ di kawasan lapang di hadapan
rumahnya.
A membiak
B mengumpul
C membukit
D membesar
39. Petani itu _______ padi yang telah dianginnya di halaman rumah.
A menjemur
B menjual
C mencabut

D menjamu

40. Aniza menoleh ke belakang apabila terasa ada seseorang yang ______ bahunya.
A mencucuk
B menjunjung
C merotan
D mencuit
41. Pada masa senggang, Aidil gemar memetik gitar sambil _______.
A bernyanyi
B berjoget
C bertandang

D berkelana

42. Setelah berbalas-balas tembakan selama lima jam, akhirnya gerombolan pengganas itu pun _______
ke
sempadan.
A berdagang
B beransur
C berundur
D berulang
43. Pihak Petronas menggunakan teknologi canggih untuk ______ minyak di luar perairan Terengganu.
A meenggerudi
B menggilis
C mengambil
D mengapung
44. Permintaan terhadap barangan buatan Malaysia telah _______ sejak kebelakangan ini.
A melompat
B meninggi
C meningkat
D menaik
45. Setelah menamatkan perkhidmatannya dengan angkatan tentera, Salih mencuba _______ jagung
pula.
A berpadang
B berlaut
C bersawah
D berladang
46. Pada musim ini , poko buah-buahan di dusun datuk ______ dengan lebat.
A berdaun
B berbuah
C beranting
D bercabang
47. Mangsa rompakan itu tidak dapat _______ wajah perompak itu kerana dia memakai topeng.
A memasti
B menyamar
C mengehad
D mengecam
48. Tukang cat itu ______ rumah banglo dengan warna coklat muda.
A mewarna
B melukis
C mengecat

D mengelap

49. Suhaimi _______ dalam jurusan kedoktoran di Universiti Kebangsaan Malaysia.


A berilmu
B bertapa
C belajar
D berajar
50. Badrul telah ______ harta peninggalan kedua-dua orang tuanya hingga habis.
A memperoleh
B memperkacang
C memperkemas
D mempercepat
51. Rakyat Malaysia amat ______ melihat penderitaan hidup anak-anak pelarian Kosovo itu.
A terasa
B terkilan
C terpegun
D terharu
52. Kewujudan sekolah bestari adalah _______ dengan kepesatan multimedia di negara kita.
A sejalan
B seiring
C sejurus
D selanjut
53. Jika daun pokok semalu ______ daun pokok itu akan menguncup.
A disogok
B ditanam
C disentuh

D ditolak

54. Pendudk di kampung itu bangun memberontak apabila hidup mereka _______ oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab.
A ditindas
B ditikam
C dipijak
D disepak
55. Buah-buahan dan sayur-sayuran segar _______ supaya tahan lama.
A diasing
B dikeras
C ditanam

D diawet

56. Kebanyakan sungai di negara kita ______ akibat sisa buangan industri seperti sisa toksik.
A terbahaya
B tercemar
C terasing
D terkawal
57. Janganlah kamu berasa _______ dengan gurauan abang itu, kata ayah kepada adik.
A tersinggung
B termalu
C terdiam
D tergirang
58. Hati Rozita pasti ______ apabila melintasi rumah usang pusaka neneknya yang terbiar tanpa
penghuni.
A terpedaya
B terpegun
C terpukau
D terusik
59. Rantai leher itu perlu _______ sebelum dibentuk menjadi rantai leher baru.
A digilis
B dilebur
C dikerat
D dilentur
60. Baju kebaya yang dipakai oleh seniwati itu ______ darah ikan.
A sehitam
B semerah
C seputih

D sebiru

61. Pihak polis telah berjaya _______ kegiatan penyeludupan di kawasan sempadan.
A menewaskan
B menumpaskan
C menumbangkan
D menunjukkan
62. Puan Jun telah selamat _______ bayi kembar lelaki di Hospital Teluk Intan.
A menerbitkan
B melemparkan
C melarikan
D melahirkan
63. Muzium Keseniaan Islam ______ pelbagai barang tamadun Islam yang dibawa dari seluruh dunia.
A mempamerkan B membesarkan
C mempopularkan
D membiasakan
64. Dewan Bahasa dan Pustaka telah _______ novel penulis Inggeris yang terkenal itu ke dalam bahasa
Melayu.
A membukukan
B menerbitkan
C menjadikan
D menterjemahkan
65. Jabatan Parit dan Saliran telah melancarkan program untuk _______ sungai itu.
A meluruskan
B mencetekkan
C mengindahkan
D mengharumkan
66. Jabatan Imigresen akan ______ kemasukan pendatang asing yang bekerja sebagai pembantu rumah.
A mengehadkan
B mengesahkan
C mengecamkan
D mengesyorkan
67. Jurupandu ekspedisi mendaki gunung itu telah _______ kepada para peserta supaya berhenti rehat
di anak
sungai itu.
A mengepinkan
B mengecamkan
C mengesyorkan
D mengekhaskan
68. Peserta perkhemahan itu sedang sibuk ______ khemah masing-masing di kawasan lapang tersebut.
A meneguhkan
B memancangkan
C mendirikan
D membangunkan
69. Anak seniman terkenal itu telah _______ kisah hidup ayahnya.
A membukukan
B membiarkan
C memberikan

D memberatkan

70. Adik begitu tekun ______ lukisan yang dilukisnya itu dengan pensel warna.
A menurunkan
B melembabkan
C memasukkan
D mewarnakan
71. Pasukan pengakap terpaksa ______ sunagi yang cetek itu kerana titi yang ada telah reput.
A mengharungi
B memasuki
C melalui
D menjalani
72. Budiman _______ kepakaran ayahnya membuat barang-barang tembaga.
A merindui B mendugai
C merasai
D mewarisi
73. Sekumpulan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia telah ______ kaedah terbaru untuk merawat
penyakit
AIDS.
A mencampuri
B menemui
C membelanjai
D membaiki

74. Fauziah akan _______ latihan industri selama tiga bulan di kilang Sony.
A menjalani
B menikmati
C memasuki
D merasai
75. Kita mestilah sentiasa _______ nikmat dan rezeki yang dikurniai Tuhan kepada kita.
A mencucuri
B menjauhi
C mencampuri
D mensyukuri
76. Masyarakat peribumi di kawasan pedalaman masih menggunakan khidmat pawing untuk ______
penyakit.
A mengubati
B mengawasi
C menghalangi
D mengekori

77. Ibu tua itu amat _______ selendang sutera yang dihadiahkan oleh anaknya yang berada di luar
negeri.
A merindui B menguliti
C menyayangi
D memayungi
78. Encik Sharul akan ______ adiknya ketika ayah dan ibu mereka menunaikan haji di Mekah.
A membelanjai
B membanjiri
C membalasi
D membasahi
79. Lampu gasoline telah _______ ruang tamu rumah pusaka peninggalan datuk.
A mengemudi
B mengaburi
C mendalangi
D menerangi
80. Peristiwa ngeri yang mengorbankan kedua-dua orang tua Suzi masih ______ hidupnya.
A menghidapi
B menghantui
C mengulangi
D menggauli
81. Ayah _______ air kopi yang masih panas itu perlahan-lahan.
A menyedut
B menuang
C menghisap

D meneguk

82. Pak Abu ______ ranting-ranting pokok di hadapan rumahnya.


A menebang
B memangkin
C menarah

D mengerat

83. Petani itu _______ dua buah bakul yang berisi buah durian.
A mengandar
B menjinjing
C menjunjung

D menggalas

84. Ular sawa yang besar itu sedang ______ seekor anak kambing.
A mencarik
B melarik
C melulur

D menggigit

85. Emak sedang _______ air panas di dapur.


A menjerang
B merebus

D menanak

C mengukus

86. Pelukis jalanan itu asyik ______ potret seorang gadis.


A mencorak
B melorek
C melakar

D menconteng

87. Beberapa ekor tikus telah _______ buku-buku di bilik itu hingga koyak.
A memakan
B mengerit
C menelan
D menggigit
88. Lagu Negaraku ______ diudara sebelum siaran televisyen tamat.
A bersiar
B berbunyi
C berbisik

D berkumandang

89. Perempuan itu sedang _______ anaknya sambil berjalan.


A meriba
B menjunjung
C mengelek

D mengheret

90. Selaku mandor di ladang getah, tugasnya ialah ______ pekerja-pekerja di situ.
A memeriksa
B menyemak
C menyelia
D menyusun
91. Ibu _______ tepung itu bulat-bulat sebelum memasukkannya ke dalam air yang mendidih.
A menguli
B menggentel
C mencanai
D mengisar
92. Ayah ______ di atas sofa setelah pulang dari kerja kerana terlalu letih.
A terjaga
B terlalai
C tersenyum
D tertidur

93. Pada tahun ini pokok-pokok rambutan di dusun ayah _______ lebat.
A berbuah
B berakar
C berbulu
D berdaun
94. Datuk dan nenek selalu ______ petang di beranda rumah sambil berbual-bual.
A makan
B sarapan
C minum
D main
95. Anak-anak yang meningkat remaja perlu _______ supaya tidak terlibat dengan perbuatan yang
tidak baik.
A dikerah
B dibimbing
C dipujuk
D dipuja
96. Kerja-kerja ______ kain songket memerlukan minat dan ketelitian.
A menekat
B menenun
C melukis
D mencetak
97. Pelayan restoran makanan segera itu berjalan sambil _______ sedulang hidangan.
A mengandar
B membimbit
C mengangkut
D menatang
98. Jururawat terpaksa memujuk kanak-kanak itu kerana dia tidak mahu ______ ubat itu.
A menghirup
B menyuap
C menelan
D mengunyah
99. Mak Wan sedang tekun _______ kain songket.
A menyulam
B menenun
C menganyam

D mengait

100.Liana ______ air kelapa muda di dalam kelapa itu dengan menggunakan straw.
A menelan
B meneguk
C menyedut
D merasa

Anda mungkin juga menyukai