Anda di halaman 1dari 1

Contact Number:017-5459919 / 04-2404577

Kata Kerja : Praktis Awal

Garisi jawapan yang paling sesuai untuk melengkapkan ayat.

1. “Dahi adik (bengkak , benjol) kerana terhantuk pada pintu bilik pagi tadi,” kata kakak.
2. Beliau menyarankan supaya mana-mana tanah yang (terbiar , terpinggir) di kampung itu
diusahakan dengan tanaman kontan.
3. Nek Tijah (melumurkan , menyapukan) minyak gamat pada bahagian yang hendak diurut.
4. Panglima Hitam (merodok, mencucuk) perut pegawai tentera Portugis dengan sebilah keris.
5. Selain direbus dan dikukus, jagung boleh juga (dibakar, dipanggang).

Praktis PT3

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Penduduk Kampung Juaseh terperanjat apabila melihat orang yang disangka sudah mati itu
tiba-tiba _______________ di situ.
A. muncul C. tampil
B. timbul D. terbit
2. Pendekar itu menangkis serangan musuhnya sambil _____________dengan suara yang
nyaring.
A. menempik C. melaung
B. meneriak D. menjerit
3. Gempa bumi di Acheh turut menyebabkan bangunan-bangunan tinggi di Pulau Pinang
________________.
A. berbuai C. bergoyang
B. bergegar D. bergoncang
4. Kami akan ____________ kertas cadangan ini sebelum membuat sebarang keputusan.
A. melihat C. menyelidik
B. meneliti D. memeriksa
5. Semasa mengikuti aktiviti ekspedisi di hutan, kaki Leong _____________ke dalam lubang.
A. terpijak C.tersepak
B. tertanam D. terperosok
6. Bahu Koperal Bala cedera parah kerana ______________ dengan parang oleh pemuda yang
mengamuk itu.
A. ditetak C.dipotong
B. ditakik D.dipangkas
7. Feri Pulau Angsa yang rosak itu ____________oleh sebuah kapal tunda ke pelabuhan.
A. ditolak C. dituntun
B. ditunda D. didorong
8. Pendatang-pendatang asing tanpa izin itu __________untuk menyelanatkan diri daripada
serbuan anggota polis dan imigresen.
A. berkejaran C. bertempiaran
B. berkeliaran D. berhamburan

Anda mungkin juga menyukai