Anda di halaman 1dari 3

Contoh Jawapan Bahagian A Penulisan UPSR - Set 2 Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat

dalam gambar.

1. Gambar di atas menunjukkan situasi para penjual dan para pembeli di sebuah pasar minggu. 2. Seorang lelaki sedang berurusan dengan penjual sate, dia hendak membeli sate ayam. 3. Seorang ibu dan dua orang anaknya hendak membeli minuman sejuk daripada sebuah gerai. 4. Seorang wanita ingin membeli sehelai baju, dia sedang tawar-menawar harga baju tersebut. 5. Orang ramai lebih gemar membeli-belah di pasar minggu kerana harganya lebih berpatutan. CONTOH JAWAPAN BAHAGIAN A PENULISAN UPSR - SET 3 Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat

dalam

gambar.

1.Beberapa orang anggota keluarga sedang melakukan aktiviti di ruang tamu rumah mereka. 2.Ayah sedang membaca ruangan tertentu di surat khabar sambil berehat pada hari itu. 3.Ibu pula sedang menjahit pakaian, beliau juga merupakan seorang tukang jahit yang mahir. 4.Abang menunjuk ajar dan membimbing adik bongsunya menyelesaikan masalah Matematik. 5.Adik pula sedang tekun dan bersungguh-sungguh menerima tunjuk ajar daripada abangnya.

CONTOH JAWAPAN BAHAGIAN A PENULISAN UPSR - SET 1 Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

1. Beberapa orang murid sedang berbaris untuk membeli makanan dan minuman di kantin. 2. Seorang pekerja kantin sedang melayan murid-murid yang hendak membeli makanan. 3. Seorang pekerja kantin sedang membasuh pinggan-mangkuk yang telah digunakan. 4. Seorang budak lelaki sedang memasukkan bungkusan makanan ke dalam tong sampah. 5. Beberapa orang murid sedang menikmati makanan yang mereka beli di kantin tersebut.

BAHASA MELAYU UPSR PENULISAN BAHAGIAN C

Anda mungkin juga menyukai