Anda di halaman 1dari 2

Isi ringkas karangan ramalan UPSR 2016

1. Kebaikan amalan bergotong-royong


a) dapat memupuk semangat kerjasama
b) dapat mengeratkan hubungan antara ahli
c) dapat menjaga kebersihan kawasan persekitaran
d) terhindar daripada wabak penyakit seperti Denggi
e) dapat mengisi masa lapang
2. Cara-cara menjadi murid cemerlang
a) rajin berusaha tidak mudah berputus asa
b) menghormati orang yang lebih tua seperti ibu bapa, guru dan jiran
c) melibatkan diri secara aktif dalam bidang kokurikulum
d) memberi tumpuan semasa guru mengajar
e) berdisiplin menyediakan jadual harian
f) bercita-cita tinggi mempunyai keazaman yang tinggi untuk
berjaya
3. Cara-cara mengisi masa lapang
a) melakukan hobi yang berfaedah seperti mengumpul setem,
menanam pokok bunga dan sebagainya
b) melayari Internet untuk memcari maklumat yang berfaedah
c) membuat senaman untuk menjaga kesihatan badan
d) membaca bahan bacaan seperti surat khabar, buku rujukan dan
majalah untuk menambah ilmu pengetahuan
e) membantu ibu bapa mengemas rumah meringankan beban ibu
bapa rumah sentiasa kemas dan bersih
4. Cara-cara menghormati ibu bapa / guru / orang tua
a) menolong ibu bapa / guru / orang tua ketika mereka memerlukan
bantuan
b) belajar bersungguh-sungguuh untuk memenuhi harapan
c) sentiasa taat kepada ibu bapa / guru / orang tua mendengar
nasihat
d) sentiasa merendahkan suara ketika bercakap dengan ibu bapa /
guru / orang tua
e) sentiasa mendoakan kebahagiaan ibu bapa / guru / orang tua

5. Cara-cara memelihara alam sekitar


a) mengitar semula bahan buangan seperti kertas dan tin-tin kosong

b) mengetatkan undang-undang
c) mengadakan kempen kesedaran
d) guru memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan
menjaga alam sekitar
6. Cara-cara menjaga kesihatan
a) mengamalkan pemakanan seimbang mengikut piramid makanan
b) bersenam untuk mengeluarkan peluh
c) minum air yang secukupnya lapan gelas sehari
d) mendapat rehat yang secukupnya tidur lapan jam
e) menjalankan pemeriksaan badan sekali setahun mengetahui
status kesihatan diri
f) tidak merokok dan tidak meminum arak
7. Kepentingan kokurikulum
a) melatih murid-murid lebih berdisiplin menyertai pasukan badan
beruniform kawad kaki patuh pada arahan ketua
b) menyihatkan badan mengeluarkan peluh
c) mengeratkan hubungan sesame murid
d) menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman aktiviti
perkhemahan
e) mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah
8. Cara-cara berjimat cermat
a) membuat senarai semak perbelanjaan sebagai panduan ketika
berbelanja
b) menabung dapat digunakan ketika kecemasan
c) hanya membeli barangan keperluan
d) bersikap kesederhanaan hanya membeli barangan yang
bersesuaian dengan kemampuan diri mengutamakan kualiti
berbanding jenama

Aktiviti Gotong-royong di Sekolah

Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan aktiviti
bergotog-royong membersihkan kawasan sekolah. Pada pukul 7.30 pagi,
murid-murid berkumpul di padang sekolah. Kami membawa peralatan yang
diperlukan untuk bergotong-royong seperti kain buruk, cangkul, parang,
baldi dan sebagainya.
Mula-mula, Guru Besar telah memberikan ucapan kepada semua
murid. Beliau berharap kawasan sekolah akan menjadi bersih dan kemas
selepas bergotong-royong.
Selepas itu, guru yang bertugas telah membahagikan murid-murid
kepada beberapa kumpulan. Ada yang bertugas untuk mencabut rumput,
mengecat dinding sekolah, membersihkan longkang dan sebagainya. Ada
juga yang bertugas untuk membersihkan kelas dan kaki lima kawasan
sekolah.
Kami bekerjasama membersihkan kawasan sekolah bersama-sama.
Kami bertungkus-lumus melakukannya. Selepas empat jam, kawasan sekolah
telah menjadi bersih dan indah. Kami berasa sungguh gembira melihat
perubahan itu.
Sebelum gotong-royong berakhir, kami telah menikmati jamuan
ringan yang disediakan oleh pihak sekolah di kantin. Kami berbual-bual
sambil menjamun selera dengan gembira.

Pada 30 Jun 2013, S.J.K.(C) Pandan telah mengadakan Hari


Sukan. Aktiviti ini telah diadakan di padang sekolah. Semua murid
dan guru turut serta dalam aktiviti tersebut.
Tujuan Hari sukan diadakan adalah untuk mencungkil bakat
murid-murid dalam aktiviti sukan. Selain itu, aktiviti ini juga
bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara murid.
Pada pukul 7.00 pagi, murid-murid berkumpul di padang
sekolah. Padang sekolah telah dihiasi dengan panji-panji yang
berwarna-warni. Selepas setengah jam, sukan bermula dengan
nyanyian lagu Negaraku.
Kemudian, acara sukan pun bermula. Pelbagai acara telah
dijalankan. Antaranya termasuklah lumba lari 100 meter, lumba lari
4x100 meter, lompat tinggi, lompat jauh, melontar peluru dan
sebagainya.
Penyokong-penyokong setiap rumah sukan memberikan
tepukan dan sorakan gemuruh kepada peserta masing-masing.
Suasana di padang sekolah sangat riuh-rendah.
Pada pukul 11.00 pagi, semua acara siap dipertanding. Majlis
penyampaian hadiah turut dijalankan. Pasukan Merah telah
menjuarai sukan ini. Mok Shao Liang dari kelas 5A telah dianugerahi
sebagai olahragawan manakala Mok Heng Xi dari kelas 5B pula
menjadi olahragawati tahun ini. Mereka telah menerima sebuah
piala daripada Guru Besar.
Selepas satu jam, sukan sekolah pun tamat. Diharapkan
aktiviti sukan ini dapat dijalankan pada tahun depan.

Kemudian, aktiviti gotong-royong telah tamat. Walaupun penat,


kami tetap berasa besar hati melihat kawasan sekolah menjadi ceria.

LAPORAN HARI SUKAN S.J.K.(C) PANDAN

ZhiHaoHUGghjgh
JULAI 2013.
(TEOH ZHI HAO)
Setiausaha
S.J.K. (C) Pandan

Anda mungkin juga menyukai