Anda di halaman 1dari 1

Karangan Keperihalan

Pergi Ke Pasar
Pendahuluan :
1. Ahadmengikutpasar
2. sanamenaiki
Isi 1 :
1. tibamelihatmembelikeperluan harian
2. Suasanariuh-rendah
3. Terdapatgerai
4. pelbagai jenissepertisebagainya
Isi 2 :
1. Mula-mula, pergigerai ikan
2. kelihatan segar
3. Hargadijualberpatutan
4. pelangganmembeli
5. Ibuikan bawalikan tenggiri
Isi 3 :
1. Selepas itusayur-sayuran
2. sayur sawiterungtomato
3. tawar-menawarpenjual
4. Peniaga-peniagamelaung-laungmenarik perhatian
Isi 4 :
1. Kemudiandaging ayambuah-buahan
2. Selepasdiperlukan, menjamu seleragerai
makanan...berdekatan
3. nasi lemakmihun goreng
4. pelanggangerai-gerai
Penutup :
1. Kira-kirapulang
2. merupakan pengalamanpasar
3. seronokberharapmengikutlagiakan datang

Contoh Karangan:

Pergi Ke Pasar
Pada hari Ahad yang lalu, saya telah mengikut ibu pergi
ke pasar. Kami pergi ke pasar dengan menaiki kereta Toyota
ibu.
Apabila tiba di sana, kami dapat melihat banyak orang
yang sedang membeli barang keperluan harian. Suasana pada
masa itu sangat riuh-rendah. Terdapat banyak gerai di pasar
itu. Gerai-gerai itu menjual pelbagai jenis barang seperti
daging, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya.
Mula-mula, kami pergi ke gerai ikan. Ikan-ikan itu
kelihatan sangat segar. Harga ikan yang dijual juga berpatutan.
Banyak pelanggan membeli ikan-ikan di sana. Ibu telah
membeli seekor ikan bawal dan dua ekor ikan tenggiri.
Selepas itu, kami pun pergi membeli sayur-sayuran.
Kami membeli sayur sawi, terung dan tomato. Ibu tawarmenawar dengan penjual sayur itu. Peniaga-peniaga juga
melaung-laung untuk menarik perhatian orang ramai.
Kemudian, kami juga membeli daging ayam dan buahbuahan. Selepas membeli barang-barang yang diperlukan,
kami pun menjamu selera di gerai makanan yang berdekatan.
Saya makan nasi lemak manakala ibu makan mihun goreng.
Banyak pelanggan juga makan di gerai-gerai itu.
Kira-kira pada pukul 10.00 pagi, kami pun pulang ke
rumah. Ini merupakan pengalaman pertama saya pergi ke
pasar. Saya berasa seronok dan berharap dapat mengikut ibu
ke pasar lagi pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai