Anda di halaman 1dari 2

LAWATAN KE MELAKA Pada hari Sabtu yang lepas, sekolah saya telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka

Bandaraya Bersejarah. Lawatan tersebut disertai oleh semua murid tahun 3 Arif. Pada pukul 7.30 pagi, kami berkumpul di dataran perhimpunan sekolah. Pada pukul 8:00 pagi, kami mula menaiki bas dan bertolak ke Melaka. Perjalanan ke Melaka mengambil masa kira-kira 1 jam. Kami tiba di Melaka Bandaraya Bersejarah pada pukul 9:00 pagi. Tempat pertama yang kami lawati adalah Kota A Famosa. Kami melihat sekeliling kota tersebut bermula pada pukul 9:10 pagi hingga pukul 10:00 pagi. Kami berpeluang melihat sejarah peninggalan penjajah di kota tersebut. Pada jam 10:30 pagi, kami melawat ke Muzium Kesultanan Melaka. Di sana, kami berpeluang untuk melihat barangan kelengkapan diraja seperti persalinan, senjata, barang kemas dan lainlain lagi. Pada jam 12:00 tengahari, kami berhenti untuk rehat, makan dan solat. Pada jam 2:00 petang, kami berpeluang untuk melawat ke Zoo Melaka. Di dalam zoo terdapat pelbagai jenis binatang seperti singa , gajah, zirafah , monyet , buaya , burung dan sebagainya.

Pada pukul 4:00 petang, kami melawat ke Taman Mini Malaysia. Kami berpeluang untuk melihat perlbagai reka bentuk rumah yang menarik mengikut negeri yang ada di Malaysia. Tepat jam 6:00 petang, kami bertolak pulang ke sekolah. Pengalaman berharga yang kami dapat semasa menyertai lawatan tidak dapat kami lupakan.

WAKTU

AKTIVITI

Anda mungkin juga menyukai