Anda di halaman 1dari 1

Melawat Ke Zoo Negara

Pada cuti sekolah tahun lepas, saya dan keluarga saya pergi ke Zoo Negara. Pada waktu itu, para pengunjung tidak berapa ramai lagi. Ini kerana kami tiba di sana pada awal pagi. Haiwan pertama yang kami lihat di situ ialah gajah. Saya berasa gembira kerana ini merupakan kali pertama saya dapat tengok gajah secara dekat.

Selepas melihat gajah, saya dan keluarga saya pergi berjalan-jalan di sekitar zoo. Di dalam Zoo Negara, saya dapat melihat banyak binatang. Contohnya singa, harimau, buaya, ular, burung dan lain-lain lagi. Kami juga pergi melawat ke tempat orang utan. Saya berasa geli hati apabila tengok telatah orang utan itu. Saya menangkap gambar bersama-sama orang utan itu.

Setelah penat berjalan-jalan, kami pergi ke gerai makanan yang ada di situ untuk mengisi perut yang sudah lapar. Selepas mengisi perut, kami pergi ke gerai cenderamata. Terdapat banyak cenderamata yang dijual di sini. Contohnya anak patung, baju dan sebagainya. Ayah saya telah membeli dua helai baju baharu yang cantik untuk saya.

Kemudian, kami pergi ke tempat pameran kuda, burung dan ular. Di situ, saya dan kakak saya bergambar bersama-sama haiwan tersebut. Saya berasa takut dan geli untuk memegang ular sawa. Ibu pun tidak berani dan berasa takut juga untuk memegang binatang-binatang tersebut.

Saya dan kakak saya berasa sangat penat kerana kami asyik berjalan-jalan sahaja. Saya tidak melepaskan peluang untuk pergi melihat aksi anjing laut yang terdapat di Zoo Negara. Aksi anjing laut itu sungguh kelakar dan menakjubkan. Kakak saya merakamkan kenangan itu di dalam kamera.

Sebelum pulang, kami pergi ke sebuah restoran untuk menjamu selera sebagai makan tengah hari. Akhirnya, kami pun pulang ke rumah dengan perasaan yang gembira. Saya berharap dapat melawat ke Zoo Negara lagi pada masa yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai