Anda di halaman 1dari 3

Catatan : Aktiviti Hari Minggu

Setiap orang melakukan pelbagai aktiviti


pada cuti hujung minggu. Tulis catatan
tentang aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
Sabtu, 20 Mac 2015
6 pagi
Saya bangun dari tidur dan terus
mandi. Selepas itu, saya berjemaah
bersama keluarga. Kemuadian, saya pergi
ke dapur untuk membantu ibu menyediakan
sarapan.
7.30 pagi
Saya dan adik serta ayah
berjogging di taman rekreasi. Kami
berjoging untuk menyihatkan badan dan
menenangkan fikiran. Selepas berjoging,
kami berehat seketika di pondok sambil
berbual-bual.
8.30 pagi
Kami tiba di rumah dan terus
bersarapan. Selesai sarapan,saya
membantu ibu mengemas meja.
10.00 pagi
Saya membantu ibu menjemur
pakaian. Setelah siap, saya mengulangkaji
pelajaran serta menyiapkan kerja sekolah.

Abang membantu saya menyiapkan kerja


sekolah.
Usai menyiapkan kerja sekolah,
ibu membenarkan saya berehat seketika.
saya mengambil peluang ini dengan
menonton televisyen bersama abang dan
adik-adik saya.
2.00 petang
Selepas makan tengahari, saya
solat zohor. Sesudah itu, ayah mengajak
saya sekeluarga ke Mesra Mall. Di sana,
saya bermain badminton dengan ayah. Ibu
pula sibuk membeli belah di Pasaraya TMC.
5.00 petang
Selepas solah Asar, saya bermain
bola sepak bersama-sama kawan-kawan
saya. Kami bermain bola sepak sehingga
lewat petang.
Selepas penat bermain, saya
pulang ke rumah untuk mandi. Saya
bersiap-siap untuk ke masjid bersama ayah.
7.20 malam
Saya mengikut ayah pergi ke
masjid. Ibu dan adik juga mengikut kami ke
masjid. Di masjid, saya melihat ramai
jemaah yang ingin solah maghrib
berjemaah. Saya berjumpa dengan kawan

baik saya di masjid. Dia juga datang ke


masjid bersama ahli keluarganya.
9.00 malam
Kami sekeluarga pulang dari
masjid. Selepas itu, saya bersama keluarga
makan malam. Selesai makan, saya
mengulangkaji pelajaran. Selepas
mengulangkaji, saya mengemas buku dan
menyalin jadual kerana esok adalah hari
persekolahan.
10.30 malam.
Saya masuk ke dalam bilik untuk
tidur. Saya membaca doa sebelum tidur.

Anda mungkin juga menyukai