Anda di halaman 1dari 1

Selasa 2.2.

2021

Catatan aktiviti pada hari minggu

Ahad, 20 Mac 2019

6 pagi

Saya bangun dari tidur dan terus mandi. Selepas itu, saya pergi ke dapur untuk membantu ibu
menyediakan sarapan.

7.30 pagi

Saya dan adik serta ayah berjogging di taman rekreasi. Kami berjoging untuk menyihatkan badan
dan menenangkan fikiran. Selepas berjoging, kami berehat seketika di pondok sambil berbual-
bual. Kemudian kami berjalan pulang. Apabila tiba di rumah kami terus bersarapan. Selesai
sarapan,saya membantu ibu mengemas meja.

10.00 pagi

Saya mengulangkaji pelajaran serta menyiapkan kerja sekolah. Abang membantu saya menyiapkan
kerja sekolah. Kemudian, ibu membenarkan saya berehat seketika. Saya mengambil peluang ini
dengan menonton televisyen bersama abang dan adik-adik saya.

2.00 petang

Selepas makan tengahari, ayah mengajak saya sekeluarga ke Mega Mall. Di sana, saya bermain
bowling dengan ayah. Ibu pula sibuk membeli belah di Pasaraya TMC.

5.00 petang

Saya bermain bola sepak bersama-sama kawan-kawan saya. Kami bermain bola sepak sehingga
lewat petang. Selepas penat bermain, saya pulang ke rumah untuk mandi, rehat dan bersiap untuk
makan malam.

9.00 malam

Selesai makan malam, saya mengulangkaji pelajaran. Selepas mengulangkaji, saya mengemas buku
dan menyalin jadual kerana esok adalah hari persekolahan.

10.30 malam.

Saya masuk ke dalam bilik untuk tidur. Saya membaca doa sebelum tidur.

Anda mungkin juga menyukai