Anda di halaman 1dari 2

Jumaat Karangan 25.06.

2021

ARAHAN PEMBELAJARAN
1. Baca dengan teliti karangan di bawah.
2. Salin semula dengan kemas dalam buku karangan.

Tulis catatan harian tentang aktiviti yang kamu lakukan dalam sehari.

Ahad (13 Jun 2021)

06:00 pagi : Saya bangun lebih awal walaupun hari ini hari minggu. Setelah saya siap membersihkan

diri, saya menunaikan solat, Saya membantu ibu menyiapkan sarapan untuk kami sekeluarga.

08:00 pagi : Seusai bersarapan, saya membantu ibu mencuci pinggan mangkuk. Tiba-tiba, saya melihat

ibu mengeluarkan bahan-bahan untuk membuat kek. Ibu tersenyum sambil memberitahu

bahawa ibu ingin mengajar saya cara-cara membuat kek coklat.

11:00 pagi Sementara menunggu kek tersebut masak, saya dan ahli keluarga bergotong-royong

membersihkan halaman rumah. Kami membersihkan longkang, menyiram pokok bunga dan

mencabut rumput di tepi pagar rumah. Setelah itu, kami berehat sambil menikmati kek

coklat di ruang tamu.

01:00 petang Saya dan ahli keluarga menjamah hidangan tengah hari hasil air tangan ibu. Setelah

makan, kami berehat sebentar di ruang tamu. Kami menonton televisyen rancangan drama

bersiri yang bertajuk ‘ Kasih Ibu ‘ bersama-sama. Kisah yang dipaparkan sangat menyentuh

perasaan dan banyak memberi pengajaran.

05:00 petang Saya dan keluarga beriadah di halaman rumah. Ayah mengajar kami cara-cara bermain

gasing pangkah. Saya berasa sungguh gembira kerana ini merupakan pengalaman pertama

saya bermain gasing.

09:00 malam Malam ini saya tidur lebih awal kerana esok, kelas pembelajaran secara talian akan bermula

seawal tujuh pagi. Sebelum tidur, saya sempat berdoa agar Tuhan permudah segala urusan

saya pada hari esok.

Anda mungkin juga menyukai