Anda di halaman 1dari 5

Contoh Karangan Catatan / Diari

Sabtu, 19 Mac 2011

7.30 pagi : Para murid berkumpul di rumah sukan masing-masing. Peserta


perbarisan pula berbaris mengikut arahan guru bertugas.

8.00 Pagi : Majlis bermula. Peserta perbarisan melakukan lintas hormat

diikuti bacaan ikrar sukan.

8.30 Pagi : Ucapan alu-aluan oleh guru besar. Seterusnya, ucapan

perasmian oleh Pegawai Pendidikan Daerah.

0.900 Pagi : Sukan bermula dengan acara olahraga seperti larian dan

lompatan. Setelah itu menyusul acara sukaneka.

11.40 Pagi : Acara penyampaian hadiah berlangsung. Pada tahun ini,

Rumah Wira muncul juara dan Rumah Satria naib juara.

1.00 petang : Sukan berakhir. Para jemputan, ibu bapa, guru dan murid ke

kantin untuk menikmati jamuan.


Pelan karangan
Pendahuluan:
Ahad,13 Mac 2011
8.00 pagi : apa berlaku
- cuci kasut
- sidai pakaian
- siram pokok bunga

Isi penting
10.00 pagi :apa berlaku
- berehat
-baca akhbar
- menonton tv

2.00 petang : apa berlaku


-kelas tuisyen
-siapkan kerja sekolah

5.00 petang :apa berlaku


-ke padang
-main
- pulang

8.00 malam : apa berlaku


-makan bersama keluarga
-ulang kaji pelajaran

Penutup:
10.00 malam : apa berlaku
-bersalam dengan ibu bapa
-ke bilik, tidur.
Karangan Catatan
Kamu telah melakukan beberapa aktiviti semasa cuti hujung minggu.
Tulis catatan tentang aktiviti-aktiviti tersebut.

Ahad
7.00 Pagi
Selepas solat Subuh, saya mandi dan bersarapan bersama keluarga. Saya membantu ibu
di dapur dan mengemas meja makan. Saya juga menolong ibu mencuci pinggan
mangkuk.

9.00 pagi
Selepas mencuci pinggan-mangkuk saya mengemas rumah. Mula-mula saya mengemas
bilik tidur saya. Mana-mana pakaian yang kotor saya asingkan dan diisikan ke dalam mesin
basuh. Kemudian, saya membersihkan ruang tamu.

11.00 pagi
Selepas berehat sekejap, saya ke dapur menolong ibu memasak. Saya membantu ibu
menyiang ikan dan sayur. Saya rasa sangat gembira kerana dapat membantu ibu di
dapur. Ibu berasa bangga kerana mempunyai anak yang rajin.

2.00 petang
Selepas solat dan makan tengah hari, saya berehat sebentar, kemudian saya membaca
buku cerita yang saya pinjam dari perpustakaan. Kemudian, saya menonton televisyen
kerana ada rancangan yang saya minati.

5.00 petang
Selepas solat asar, saya keluar bermain bersama kawan-kawan di taman permainan yang
berhampiran dengan rumah. Saya rasa gembira dapat bermain bersama kawan-kawan.
Selepas bermain saya pulang ke rumah.

7.00 malam
Selepas mandi , saya menunaikan solat Maghrib bersama keluarga . Kemudian saya
mengaji al - Quran . Kami makan malam. Selepas menunaikan solat Isyak , saya membuat
ulangkaji pelajaran . Pukul 10 malam saya tidur.
Karangan jenis catatan
Majlis sambutan hari jadi.
Rabu, 2 Jun 2010
Pada minggu lepas, genaplah usia saya sepuluh tahun. Saya telah mengadakan majlis
sambutan Hari Jadi di rumah. Saya menjemput rakan-rakan sekelas, jiranjiran dan saudara
mara terdekat ke majlis saya.

2:00 petang
Selepas pulang dari sekolah, saya segera membantu ibu untuk persiapan majlis. Saya
mengemas rumah dan menyediakan juadah di dapur. Saya membantu ibu dengan
menyapu sampah, menggantungkan belon dan menghidangkan makanan di ruang tamu.

3:00 petang
Para tetamu tiba di rumah. Saya menyambut kedatangan mereka dengan senyuman dan
mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana memenuhi jemputan saya. Saya
bersalam dan menjemput mereka masuk ke rumah. Rakan-rakan saya turut memberi
hadiah Hari Jadi kepada saya.

3:30 petang
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti acara memotong kek Hari Jadi. Saya
mengagihkan kek Hari Jadi kepada para tetamu. Para tetamu menikmati juadah yang
terhidang di atas meja. Antara juadah yang dihidangkan seperti mihun goreng, ayam
goreng, kuih-muih, dan buah-buahan. Masing-masing begitu berselera menikmati juadah.

4:30 petang
Sambutan Hari Jadi diserikan dengan permainan kotak beracun dan meniup belon
sehingga pecah . Pelbagai aksi lucu apabila melihat telatah tetamu ketika aktiviti ini
dijalankan. Acara cabutan nombor bertuah turut diadakan. Hadiah diberikan kepada
tetamu yang berjaya.

5:00 petang
Tetamu beransur-ansur pulang ke rumah. Saya bersalam dan mengucapkan ribuan terima
kasih kepada para tetamu. Saya bersyukur kerana majlis sambutan Hari Jadi saya berjalan
dengan lancar seperti yang dirancang. Saya juga berasa sangat gembira kerana dapat
meraikan majlis ini bersama-sama mereka. Saya berharap majlis sambutan Hari Jadi saya
dapat dijalankan lagi pada tahun hadapan.

Anda mungkin juga menyukai