Anda di halaman 1dari 6

Karangan Catatan

1) Catatan Hari Sukan Tahunan


2) Catatan Bercuti ke Tempat Peranginan
3) Catatan Lawatan Sambil Belajar
4) Catatan Pulang ke Kampung
5) Catatan Menceriakan Sekolah/Bergotong-royong
6) Catatan Lawatan ke Rumah Anak Yatim

Karangan Catatan
1) Catatan Hari Sukan Tahunan
2) Catatan Bercuti ke Tempat Peranginan
3) Catatan Lawatan Sambil Belajar
4) Catatan Pulang ke Kampung
5) Catatan Menceriakan Sekolah/Bergotong-royong
6) Catatan Lawatan ke Rumah Anak Yatim

Karangan Catatan
1) Catatan Hari Sukan Tahunan
2) Catatan Bercuti ke Tempat Peranginan
3) Catatan Lawatan Sambil Belajar
4) Catatan Pulang ke Kampung
5) Catatan Menceriakan Sekolah/Bergotong-royong
6) Catatan Lawatan ke Rumah Anak Yatim

Karangan Catatan
1) Catatan Hari Sukan Tahunan
2) Catatan Bercuti ke Tempat Peranginan
3) Catatan Lawatan Sambil Belajar
4) Catatan Pulang ke Kampung
5) Catatan Menceriakan Sekolah/Bergotong-royong
6) Catatan Lawatan ke Rumah Anak Yatim

Karangan Catatan
1) Catatan Hari Sukan Tahunan
2) Catatan Bercuti ke Tempat Peranginan
3) Catatan Lawatan Sambil Belajar
4) Catatan Pulang ke Kampung
5) Catatan Menceriakan Sekolah/Bergotong-royong
6) Catatan Lawatan ke Rumah Anak Yatim
Catatan Hari Sukan Tahunan

Sabtu, 7 Mei 2019

7.30 pagi
SJK(C) Han Ming telah mengadakan Hari Sukan Tahunan. Sebelum acara bermula,
murid-murid diminta berkumpul di dataran perhimpunan. Beberapa orang murid
membantu guru-guru mengangkat peralatan sukan ke padang. Ramai ibu bapa yang
datang ke sekolah bagi memeriahkan lagi hari sukan tersebut.

7.45 pagi
Acara dimulakan dengan perbarisan perarakan oleh rumah-rumah sukan iaitu
Rumah Biru, Rumah Kuning, Rumah Hijau dan Rumah Merah. Mereka berbaris
dengan penuh semangat. Beberapa persembahan yang menarik diadakan.

8.00 pagi
Acara diteruskan dengan perasmian Hari Sukan. Guru Besar menyampaikan ucapan
di atas pentas. Beliau menasihati murid-murid supaya berhati-hati semasa
melakukan acara sukan. Selepas itu, beliau merasmikan Hari Sukan. Para tetamu
dan murid-murid bertepuk tangan.

8.15 pagi
Acara sukan bermula. Semua peserta yang mengambil bahagian berkumpul di
bawah khemah. Antara acara yang dipertandingkan adalah acara lari 70 meter,
lari berganti, lontar peluru, lompat jauh dan tarik tali. Ibu bapa bersorak untuk
memberi sokongan kepada anak-anak mereka.

10.00 pagi
Acara sukan pun tamat. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah. Guru Besar
menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Rumah Hijau menjadi johan
keseluruhan. Guru Besar turut menyampaikan piala kepada olahragawan dan
olahragawati sekolah.

12.00 tengah hari


Sebelum acara berakhir, murid-murid diminta membersihkan kawasan padang
sekolah. Para tetamu menikmati juadah di kantin sekolah. Majlis pun bersurai.
Catatan Bercuti ke Tempat Peranginan

Jumaat, 7 Mei 2019

7.00 pagi

Kami bersiap-siap untuk pergi bercuti ke Pulau Pangkor. Kami mengemaskan


barang-barang dan meletakkan ke dalam kereta ayah. Kami bertolak dari rumah ke
destinasi dengan menaiki kereta. Ayah memandu dengan berhati-hati. Sepanjang
perjalanan, kami sekeluarga berbual-bual sambil menikmati pemandangan.

9.00 pagi

Kami tiba di destinasi. Ayah meletakkan kereta di tempat yang disediakan.


Ramai orang telah berada di sana. Ayah mencari tempat yang rendang untuk
meletakkan barang-barang yang dibawa. Kakak membantu ibu meletakkan
bekalan makanan di bawah sebatang pokok kelapa.

10.00 pagi

Selepas menukar pakaian, kami bermandi-manda di pantai. Ayah pula


memerhatikan kami dari tepi pantai sambil minum kopi. Selepas puas bermandi-
manda, kami naik ke pantai untuk membina istana pasir bersama-sama.

11.00 pagi

Setelah penat bermain, kami dipanggil oleh ibu untuk menjamu selera. Kami
menikmati bekalan makanan yang disediakan oleh ibu. Kami makan dengan amat
berselera sekali kerana kelaparan. Makanan yang disediaka enak-enak belaka.
Kami makan sambil berbual-bual.

12.00 tengah hari

Kami mengutip kulit-kulit siput di tepi pantai. Sebelum pulang, kami telah
mengambil gambar sebagai kenangan. Kami membersihkan dan mengemaskan
barang-barang lalu bertolak pulang ke rumah. Kami berasa gembira. Semasa
dalam perjalanan pulang, ayah berjanji akan membawa kami berkelah di pantai
lagi pada cuti yang akan datang.
Catatan Lawatan Sambil Belajar

20 Mac 2019
7.00 pagi
Kami seramai 35 orang dari Persatuan Bahasa Melayu berkumpul di dataran
perhimpunan sekolah. Sementara menunggu ketibaan bas, Encik Salehuddin
memberikan taklimat yang ringkas tentang lawatan kami ke Muzium Perak di
Taiping.

9.00 pagi
Semua pelajar beratur mengikut kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan
diketuai oleh seorang guru. Kami bertolak ke sana dengan menaiki bas. Guru
menasihati kami supaya menjaga keselamatan diri semasa berada di sana.

10.00 pagi
Kami tiba di perkarangan Muzium Perak. Kami diberi masa hingga pukul 1.00 tengah
hari untuk melawat muzium berkenaan. Kami dapat melihat pelbagai khazanah
penting negara. Rombongan kami diketuai oleh seorang pegawai muzium. Beliau
memberikan penerangan kepada kami tentang sejarah muzium tersebut.

11.30 pagi
Kami dibawa ke ruang audio visual. Di sana, kami diberi penerangan khas oleh
Pegawai Penerangan Muzium tentang sejarah Taiping. Kami juga sempat menonton
tayangan video selama 30 minit.

12.00 tengah hari

Kami juga berpeluang melihat beberapa spesies yang pupus di dalam muzium.
Tulang dinasour yang disusun dengan rapi di dalam kotak kaca yang besar. Pegawai
menerangkan bahawa dinasour merupakan haiwan yang paling besar di dunia pada
zaman prasejarah.

12.30 tengah hari


Semua peserta rombongan mula berasa letih. kami singgah di sebuah restoran
yang terletak tidak jauh dari muzium untuk makan tengah hari. Selepas makan,
kami pun pulang ke sekolah. Walaupun letih, tetapi kami tetap berasa gembira.
Kami berharap agar mempunyai peluang untuk melawat ke muzium sekali lagi.
Catatan Lawatan ke Rumah Anak Yatim

Sabtu, 7 Jun 2018

7.00pag

Murid-murid berkumpul di dewan. Setelah semua murid tiba, rombongan kami


bertolak ke detinasi dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas . Seramai 50
orang murid dan empat orang guru menyertai lawatan tersebut.

9.15 pagi

Apabila tiba,kami disambut dengan tangan terbuka oleh penyelia rumah anak-
anak yatim itu, Puan Sophie .Beliau membawa kami ke sebuah bilik lalu diberi
penerangan tentang kehidupan anak-anak yatim di situ.

10.00 pagi

Kami memulakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan


persekitaran rumah tersebut. Selain itu,kami turut mengecat pintu pagar dan
melukis mural pada dinding dewan makan.

12.00tengah hari

Majlis beramah mesra denagn anak-anak yatim diadakan di dewan utama. Kami
melakukan persembahan seperti persembahan nyanyian,tarian dan lakonan.
Penyampaian hadiah dan cenderamata diberikan kepada anak-anak yatim pada
akhir majlis.

1.30petang

Selepas mengucapkan selamat tinggal, rombongan kami berangkat pulang ke


sekolah. Lawatan ini adalah sangat bermakna kerana banyak memberi pengajaran
dan kesedaran kepada kami.
Gotong-royong di Sekolah

7.45 pagi

Semua peserta gotong-royong yang hadir mendaftarkan diri mengikut kategori


masing-masing. Selepas itu, kami berkumpul di dewan untuk mendengar taklimat
daripada penyelaras gotong-royong. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan
mengikut tugasan masing-masing. Saya dan rakan-rakan saya ditugaskan di kelas
kami. Kami dibekalkan dengan alatan seperti penyapu, cat dan berus cat.

8.00 pagi

Gotong-royong bermula. Kami bersama-sama guru kelas membersih dan


mengemas kelas. Aku dan Kamal ditugaskan mengecat dinding kelas yang comot.
Setelah selesai, kelas kami kelihatan sungguh bersih dan ceria.

10.00 pagi

Kami berehat di kantin sambil menikmati hidangan mi goreng dan air sirap limau.
Hidangan tersebut disediakan oleh kumpulan guru-guru dan kaum ibu yang hadir
ke gotong-royong kali ini.

10.30 pagi

Kami masuk ke kelas semula untuk menyudahkan kerja-kerja yang belum selesai.
Kami mengeas semua alatan yang telah digunakan. Kami juga membuang semua
sampah ke dalam tong sampah besar.

11.00 pagi

Kami berkumpul semula di dewan untuk mendengar taklimat penutup yang


disampaikan oleh Cikgu Azman Ahmad. Setelas kesemua alatan dikumpulkan, kami
dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai