Anda di halaman 1dari 6

Refleksi Diri Saya dan rakan-rakan bertolak dari UTM ke LCCT pada jam 11.00malam pada 3 November 2013.

Seramai 21 orang yang terlibat di dalam khidmat komuniti ke kampung Indai daerah Tuaran. Kami tiba di LCCT pada jam 4.30pagi, seramai 14orang menaiki penerbangan Air Asia ke Kota Kinabalu. Manakala 7 orang lagi menggunakan perkhidmatan Malindo. Kami terpaksa berpecah kerana terdapat kekangan semasa penempahan tiket. Setelah sampai kami menikmati hidangan sarapan pagi di gerai-gerai yang terdapat di lapangan terbang. Pada 4 November 2013,kami berlepas dari LCCT ke Kota Kinabalu pada jam 7.55 pagi. Penerbangan kami sampai di Kota Kinabalu pada pukul 10.35pagi. ketibaan kami disambut oleh En.Azman dan saudaranya. En.Azman merupakan keluarga angkat kepada kami. Perjalanan kami bermula dari Lapangan terbang ke Muzium Sabah, disini terdapat pelbagai maklumat sejarah berkaitan sabah yang kami pelajar seperti keunikan kaum, contohnya orang iban, dimana lelaki yang ingin menunjukkan sikap kelakianya haruslah memengal kepala musuh dan tenggoraknya dijadikan hiasan didalam rumahnya. Jadi semakin banyak kepala yang diperolehi, maka semakin tinggi taraf kehormatan seseorang itu. Disini juga kami dapat mempelajari keunikan kraftangan dan kepelbagain rumah yang terdapat di sabah. Kebanyakan rumah dibina mengikut ciri sesuatu kaum yang ada. Terdapat perbezaan diantara rumah kadazan, bajau dan rumah orang iban dan lain-lain lagi. Melalui tinjauan ini saya merasakan bahawa penduduk di Sabah begitu menyanjungi dan memelihara kazanah warisan mereka. Pejalanan kami diteruskan ke rumah En.Azman yang terletak di Kampung Indai Tuaran. Tempoh perjalanan kami dari Muzium Sabah ke rumah En.Azman mengambil masa kira-kira 45minit. Sesampainya kami ke perkarangan rumah beliau kami disambut dengan alunan music tradisional yang dipanggil aginan tagan . Sesudah berkenalan dengan keluarga beliau, kami dihidangkan dengan makanan tengahari. Kami difahamkan kumpulan kami diberikan masa untuk menunaikan solat dan bersiap-siap untuk ke destinasi seterusnya. Pada jam 2.30 petang kami dibawa ke Rumah Terbalik, sebagai Bendahari saya menguruskan pembayaran tiket, setelah perbincangan dilakukan diantara En.Azman dan pengurus Rumah terbalik, kami diberikan diskaun untuk masuk ke situ.

Rumah terbalik merupakan salah satu mercu tanda bagi rakyat sabah, keunikan rumah ini adalah kesemua barangan dan binaan rumah ini disusun secara terbalik. Rumah Terbalik ini terletak di Tamparuli. Rumah itu dibina di Tamparuli dengan kos sebanyak RM500,000 oleh usahawan Alexander Yee, yang mengusahakan sebuah lodge pelancongan di Sukau, pantai timur Sabah. Malaysian Book of Record telah mengesahkan bahawa rumah ini merupakan satusatunya ada di Malaysia. Kami meneruskan perjalanan dengan melawat Jambatan Tamparuli. Pada asalnya Jambatan Gantung ini merupakan penghubung utama bagi masyarakat disana pada suatu ketika dahulu dan masih dikekalkan binaanya. Ia merupakan mercu tanda bagi daerah Tamparuli sehingga terbitnya lagu bagi Jambatan Tamparuli yang dihasilkan oleh masyarakat Kadazan-Dusun. Perjalanan kami diteruskan kembali setelah selesai menunaikan solat di Masjid Tamparuli. Kami bertolak ke rumah En.Azman bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Kedudukan Geografi Sabah menyebabkan perbezaan waktu selama satu jam dari semenanjung. Setelah kami selesai menunaikan solat Magrib pada jam 6.30 petang aktiviti diteruskan dengan mendengar ceramah dari seorang ustaz yang bertemakan Maal Hijrah, bersempena dengan kedatangan Awal Muharam. Penduduk di kampong ini sangat bersatu padu dan amat menghargai tetamu. Sukar bagi menggambarkan perasaan saya, kerana melihat kepada kesungguhan mereka yang sanggup datang walau berjalan kaki meskipun rumah mereka dari surau amatlah jauh. Mereka juga begotong-royong dalam menyiapkan hidangan bagi dijamu kepada penduduk setempat dan juga kami. Masing-masing memainkan peranan dengan membawa hidangan daripada rumah mereka. Setelah selesai, kami bersama-sama penduduk membersihkan kawasan surau. Pelajar lelaki, tidur di surau untuk bersama-sama mengimarahkan majlis Qiammulai sempena Awal Muharram.

Pada hari kedua kami di sabah 5 November 2013, kami dan En.Azman telah menyewa van untuk kegunaan kami sepanjang mengikuti aktiviti ke Kundasang, Sabah. Pada 10.00 pagi, kami bertolak dari rumah En.Azman untuk ke Kundasang. Saya, En.Azman dan keluarganya kemudian mengurus penyewaan homestay. Kesemua ahli kumpulan makan di Restoran Hidayah. Saya menemani isteri En.Azman ke kedai untuk membeli keperluan bagi menyediakan makan malam kami. Selepas itu kami berkumpul di kawasan lapang untuk mengambil gambar.

Perjalanan diteruskan, kami menjejakan kaki ke Kinabalu Park untuk menikmati keindahan matahari terbenam. Kabus mulai menutup pemandangan kami. Bagi mengelakkan masalah, kami meneruskan pejalanan ke Homestay. Pelajar-pelajar perempuan dan Isteri En.Azman iaitu Pn.Anis bekerjasama menyiapkan hidangan makan malam. Selesai menikmati makan malam kami mengadakan mesyuarat antara intipati mesyuarat ialah aktiviti yang akan dilaksanakan pada keesokan harinya dan juga persembahan yang akan diadakan pada majlis penutup. Pada 6 November 2013, kami bersiap untuk menunaikan solat subuh dan juga menyediakan sarapan pagi. Sebelum bertolak ke destinasi yang seterusnya, kami singgah di pasar kundasang, Pasar Kudasang menjual pelbagai sayur-sayuran yang segar, serta beras bukit, beras wangi dan juga madu tualang. Perjalanan diteruskan lagi ke Hot Spring, tiket masuk ke hotspring adalah RM 3.00. selain daripada kolam air panas, disini terdapat Kanopi Walk, Taman RamaRama dan air terjun. Terdapat jambatan gantung di Kanopi Walk. Melalui jambatan gantung itu kita dapat melihat pelbagai tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan yang amat segar. Kami berangkat pulang ke Kampung Indai dan sampai di kampong kira-kira 2.00 petang. Pada jam 2.15petang, kami meneruskan aktiviti seperti yang telah dirancang sebelum ini. Aktiviti sukaneka dijalankan di Masjid Kg.Indai yang disertai oleh golongan kanak-kanak dan juga orang dewasa. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mencari gula-gula dalam tepung, meniup belon sehingga pecah, memakan pisang, lompat katak, lari sambil ikat kaki, mengopek kelapa dan juga rekacipta. Daripada aktiviti yang dijalankan kami dapati hubungan diantara penduduk setempat dan kami amat-amat memuaskan, penduduk setempat amat ramah dan mudah mesra. Kreativiti penduduk setempat dapat dilihat apabila tiba acara merekacipta. Penduduk kampong amat jreatif dalam memberikan idea. Aktiviti petang diteruskan dengan acara sukan sepak takraw, pelajar lelaki dan orang kampong mengadakan perlawanan sepak takraw. Sebanyak 6 kumpulan yang bertanding pada petang itu. Pensyarah pembimbing iaitu En.Shahrin tiba semasa pelawanan sepak takraw dijalankan. Pelajar perempuan pulang ke rumah En.Azman untuk persiapan aktiviti pada mala mini dan juga membantu keluarga En.Azman menyiapkan makan malam kami. Pengurusan masa amat penting bagi memastikan kelancaran majlis kerana jumlah ahli kumpulan yang ramai memerlukan ahli kumpulan saling bantumembantu bagi memastikan aktiviti dapat dijalankan seperti yang telah dirancang.

Pada 8.00 malam, kami meneruskan aktiviti yang dirancang. Pada pemulaan majlis, kedatangan penduduk kampong kurang memberangsangkan, tetapi penduduk kambung beransuransur memenuhi ruang kemah. Aktiviti yang dilaksanakan adalah menjurus kepada pelajarpelajar sekolah. Sebelum majlis dimulakan, senaman erobik dilakukan oleh pelajar-pelajar UTM. Kami memperkenalkan setiap fesilitator yang ada kepada penduduk kampong. Terdapat seramai 60 orang pelajar yang datang yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Kami membahagikan mereka kepada 6 kumpulan dan kanak-kanak yang berumur kurang dari 5 tahun diasingkan daipada permainan. Kanak-kanak diberikan pensil warna dan kertas untuk melukis. Manakala pelajar yang berumur 5-14 tahun dicampurkan. Setiap kumpulan dibantu oleh 2 orang fasilitator. Tugasan diberikan kepada kumpulan dimana, setiap kumpulan mestilah mencipta sorakkan, membuat logo dan juga nama kumpulan. Masa yang diperuntukkan kepada setiap kumpulan adalah selama 30 minit. Setelah 30 minit berlalu setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil kerja mereka. Pelbagai ragam yang boleh dilihat semasa perbentangan dilakukan, penduduk kampong begitu mesra dan memberi kerjasama yang amat-amat memberangsangkan. Ibu bapa turut memberikan semangat kepada anak-anak mereka. Selepas aktiviti perbetantangan dilakukan, fesilitator mengajak penduduk-penduduk kampong menari tarian chicken dance . Aktiviti diteruskan dengan pembahagian hadiah kepada pemenang-pemenang untuk acara sukaneka dan juga aktiviti kumpulan yang dilakukan tadi. Pensyarah pembimbing, penduduk kampong,penaja dan pengarah program diberikan kesempatan untuk membahagikan hadiah kepada pemenang. Selesai pembahagian hadiah, kami dihiburkan dengan nyanyian karaoke oleh penduduk kampong. Karaoke ini ditaja oleh penduduk kampong Indai. Penduduk kampong kemudiannya menunjukkan tarian tradisional kampong sabah. Kami diminta untuk besama-sama mereka menari dan belajar tarian kebudayaan mereka. Pada pengamatan saya, penduduk kampong amat menghargai kesenian dan kebudayaan yang diwarisi oleh mereka. Majlis selesai sekitar jam 1.00 pagi. Kami kemudianya diberikan sedikit taklimat oleh pengarah program untuk program keesokkanya. Pada 7 November 2012, setelah selesai bersarapan kami telah berkumpul di dewan orang ramai untuk melakukan gotong royong. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan pergerakan sekaligus dapat melicinkan pejalanan aktiviti seperti yang dirancang.

Terdapat ahli kumpulan yang membersihkan halaman dewan, mengecat dewan, memesin rumput dan membantu penduduk kampong membuat persiapan bagi majlis penutupan. Aktiviti gotong royong selesai pada jam 12.00 tengahari. Kami disajikan dengan menu Kari Rusa Batang Pisang yang dimasak oleh pensyarah pembimbing kami. Rusa yang dimasak adalah hasil buruan keluarga angkat kami. Pada jam 4.00 petang, kami besama-sama keluarga angkat dan juga penduduk kampong, menyiapkan menu untuk makan malam bagi dihidangkan kepada penduduk kampong dan hadirin yang datang pada majlis penutupan. Pada jam 8.00 malam majlis dimulakan, hadirin datang memenuhi kawasan dewan yang sudah lama tidak digunakan. Antara intipati majlis penutupan ialah, amanat daripada wakil rakyat, ucapan daripada pengarah program dan juga persembahan daripada pelajar UTM dan penduduk setempat. Kami dihiburkan oleh penduduk tempat dengan irama Gambus serta tarian, manok-manokan dan Jameelah. Hadirin yang datang begitu sporting dan meraikan tetamu. Pelbagai lapisan masyarakat yang hadir meskipun jarak diantara satu kawasan amatlah jauh. Kami begitu teruja dengan layanan yang diberikan kepada kami sepanjang menjejakan kaki ke Sabah. Kami juga berkesempatan berjumpa dengan penduduk yang berasal daripada semenanjung. Mereka menyatakan bahawa mereka amat seronok tinggal di sini kerana keramahan penduduk, keistimewaan georgafi sabah, dan kelebihan yang ada di Sabah yang tidak mungkin akan dapat di tempat lain. Terdapat penduduk yang berasal dari semenanjung yang terus menetap di Sabah. Penduduk di semenanjung turut menjadikan rumah En.Azman sebagai medan perjumpaan mereka. Majlis bersurai pada jam 1.00 pagi, kami besama-sama penduduk kampong membanting tulang membersihkan kawasan majlis. Pada 8 November 2013, kami bersiap-sedia untuk pulang ke semenanjung. Seramai 14 orang menaiki penerbangan pada jam 11.30 pagi manakala 7 orang lagi akan pulang menaiki pesawat pada jam 7.00 malam. Ia berlaku kerana kelewatan semasa pemprosesan pembelian tiket dilakukan. Setelah selesai bersarapan, kami betolak ke rumah Puan Ledang untuk menyampaikan cenderahati. Kami sampai di Kota Kinabalu pada jam 7.30 pagi. Kami membeli ole-ole untuk dibawa pulang ke semenanjung. Sabah begitu kaya dengan hasil lautnya, terdapat pelbagai hasil laut yang dijual di pasar ini antaranya, Terubuk Masin, Rumpai laut, Kerongsang Mutiara dan cenderahati kenang-kenangan di sabah. Selesai membeli belah kami betolak ke lapangan terbang Kota Kinabalu, penerbagan pulang kami adalah menaiki kapal terbang Malindo. Kami tiba di

KLIA pada jam 2.00 petang. Kami mengisi masa lapang dengan pelbagai aktiviti dan perbincangan sementara menunggu ketibaan pelajar yang menaiki pesawat yang lewat. Pada 10.30 malam kami betolak dari KLIA ke UTM dan kami sampai di UTM pada Jam 4.00 pagi. Keindahan Sabah, keunikan budayanya, serta semangat penduduknya yang begitu menghormati tetamu dan meyanjungi kebudayaan milik mereka menjadikan mereka begitu istimewa pada pandangan mata saya.

Anda mungkin juga menyukai