Anda di halaman 1dari 4

KARANGAN AUTOBIOGRAFI - AKU CERMIN

Karangan mengisi tempat kosong untuk aktiviti pemulihan bagi murid-murid yang lemah dalam menguasai kemahiran mengarang.

Aku Cermin
Aku cermin. Aku diperbuat daripada kaca. Setelah aku dilahirkan di sebuah kilang, aku dihantar ke sebuah kedai untuk dijual. Di situ, aku bertemu dengan banyak rakan yang lain. Pada suatu hari, aku telah dibeli oleh seorang gadis yang jelita. Dia membawa aku pulang ke rumahnya dan menyangkutkan aku pada sebatang paku di dinding. Setiap pagi sebelum pergi bekerja, gadis itu pasti akan menggunakan aku. Kadangkala, leka juga aku melihat dia mengenakan bedak serta gincu. Pada suatu hari, ketika aku tinggal sendiri, adik lelaki gadis itu telah masuk ke bilik tuanku. Dia membawa sebiji bola. Dia kemudiannya, melambung-lambung bola itu. Tiba-tiba, bola itu terkena mukaku. Aku jatuh ke lantai. Alangkah sakitnya aku kerana badanku sudah hancur berkecai. Kerana takut, budak itu segera mengutipku lalu meMbuangku ke dalam tong sampah. Aku berasa sungguh sedih kerana tidak dapat berkhidmat kepada tuanku lagi

Tugasan: Cari kata nama dan kata kerja. Isikan dalam jadual yang disediakan. Nombor 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Kata Nama Kata Kerja

KARANGAN - LAPORAN - LAWATAN KE PULAU PINANG


KARANGAN JENIS LAPORAN Persatuan Sains sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke Pulau Langkawi. Tuliskan laporan mengenainya. LAPORAN LAWATAN KE PULAU LANGKAWI Pada 29 Mei 2011, Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan Mangkapon Pitas telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi. Lawatan ini berlangsung selama 4 hari 3 malam. Seramai 35 orang murid dan 5 orang guru telah menyertai lawatan ini. Rombongan telah tiba di jeti Kuala Perlis jam 9:00 pagi. Kami menaiki feri. Kami sampai di hotel Hilton tepat jam 12:00 tengah hari. Pihak hotel telah menyambut kehadiran kami dengan tangan terbuka. Jamuan tengah hari telah disediakan oleh pihak hotel. Pada hari kedua, kami telah menaiki bas persiaran melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah. Tempat tersebut ialah Makam Mahsuri, Beras Terbakar, Telaga Tujuh, Akurium, Tasik Dayang Bunting, Taman Buaya dan Pantai Rhu. Pada lewat petang barulah kami pulang ke hotel. Pada sebelah malamnya, kami menikmati makanan, kami menikmati makan malam secara buffet. Pelbagai jenis makanan laut disediakan pihak hotal. Antaranya sotong, ikan,udang dan lain-lain lagi. Rasanya sunguh sedap dan lazat. Lawatan hari ketiga lebih menarik lagi.Kami berpeluang menaiki kereta kebal ke puncak gunung. Pemandangannya cukup menarik. Seterusnya kami dapat menyelam untuk menikmati keindahan hidupan laut di dasar laut. Pengalaman ini sangat beharga dan akan dijadikan kenangan dalam hidup kami. Pada hari terakahir, kami pergi membeli-belah di kedai bebas cukai. Sebelum bertolak pulang, kami telah bergambar kenangan di Dataran Helang. Kami tiba di sekolah dengan gembira. Walaupun keletihan, namun kepuasan jelas terbayang pada wajah ahli Persatuan Sains. Laporan disediakan oleh, 2 Jun 2011

Anita
(ANITA BT AHMAD) Setiausaha Persatuan Sains SK. Mangkapon, Pitas.

KARANGAN - GAMBARAN - SAMBUTAN HARI GURU


KARANGAN JENIS GAMBARAN ATAU SUASANA Suasana sambutan Hari Guru disambut meriah di setiap sekolah. Tuliskan sebuah karangan tentangnya. SAMBUTAN HARI GURU Pada tanggal 16 Mei setiap tahun adalah tarikh penting buat golongan pendidik. Sambutan Hari Guru diraikan di setiap sekolah. Pada hari ini, guru-guru tidak mengajar tetapi diraikan dengan meriah. Acara sambutan akan dimulakan dengan perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia. Ini diikuti perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran dan seterusnya Pengarah Pelajaran Negeri. Ucapan daripada guru besar menyusul selepas itu. Persembahan guru-guru menggamatkan suasana. Ada yang mendeklamasikan sajak, ada guru yang menyanyi, ada yang berlakon dan tidak kurang pula yang menggayakan pakaian beragam. Bakat yang ada pada guru-guru ditonjolkan dalam majlis sambutan Hari Guru. Acara sukan juga diadakan. Perlawanan antara guru-guru dan murid-murid. Sukan yang dipertandingkan ialah bola sepak, bola jaring, bola tampar dan bola baling. Acara sukaneka juga diadakan. Acara ini paling menghiburkan kerana pelbagai ragam dapat disaksikan. Selepas acara permainan, acara penyampaian hadiah kepada guru-guru dimulakan. Pada hari ini,guru-guru mendapat banyak hadiah daripada murid-murid. Bukanlah hadiah yang dipentingkan tetapi jasa guru-guru yang telah berkorban demi anak bangsa. Acara terakhir adalah jamuan tengah hari. Guru-guru berasa dihargai kerana diberi sambutan yang sebegini meriah. Ini menguatkan azam mereka untuk menjalankan amanah dengan penuh dedikasi.

KARANGAN - CERITA - KEBAKARAN RUMAH JIRAN


KARANGAN JENIS CERITA Sedang kamu dan kawan-kawan bermain di padang, kamu terdengar pekikan api! api!. Ceritakan tindakan-tindakan yang telah kamu lakukan. KEBAKARAN RUMAH JIRAN Pada suatu petang, saya, Cethlyne, Anjjley, dan Julaini sedang bermain bola tampar di padang. Kami terkejut apabila terdengar jeritan api! api!. Tanpa membuang masa, saya dan kawan-kawan bergegas ke tempat kejadian. Saya dapati rumah rakan sekelas kami, Sweetha telah terbakar. Salah seorang dari kamu telah berlari kearah pondok telefon untuk menelefon bomba dan polis. Saya dan rakan yang lain membantu mengangkat barang-barang penting ke tempat yang selamat. Semantara, menunggu pasukan bomba tiba, saya dan penduduk kampung telah mengambil air untuk mengurangkan kebakaran rumah Sweetha. Ketika itu Sweetha dalam keadaan panik dan bersedih. Julaini cuba menenangkannya dan berharap agar dia dapat bersabar. Sejurus, kemudian pasukan bomba tiba. Mereka bertungkus-lumus memadamkan kebakaran daripada merebak. Walau bagaimanapun rumah Sweetha tidak dapat diselamatkan. Bagaimanapun, rumah-rumah yang lain dapat diselamatkan daripada terbakar. Pegawai Operasi Bomba mengucapkan terima kasih atas bantuan dan tindakan segera penduduk kampung. Beliau berharap amalan bantu-membantu dan bekerjasama dapat diamalkan di kalangan masyarakat. Kebanggaan juga ditunjukan kepada saya dan rakan-rakan. Keluarga Sweetha telah menginap semantara waktu di rumah saya. Pelbagai bantuan telah diterima oleh keluarga Sweetha seperti pakaian, makanan, dan wang ringgit. Mereka mengucapkan jutaan terima kasih atas segala bantuan yang telah diberikan.

Anda mungkin juga menyukai