Anda di halaman 1dari 15

BUKU SKRAP DIGITAL

JENIS-JENIS BUNGA
DAN
PENGARUH DALAM
BUDAYA KEHIDUPAN
Sumber/Dipetik:http://pkukmweb.ukm.my
Nama Ahli Kumpulan: Muhammad Amirul Aiman Bin Mohd Azam
Muhammad Afiq Bin Mam
Anis Nurina Binti Abdullah
Nurul Iylia Maisarah Binti Ramli

Kelas : 6 Bestari

2012
PENGENALAN


Bunga adalah sebahagian daripada keindahan alam yang mampu membawa kita kepada perasaan gembira,
sehingga ia sering dikaitkan dengan perasaan kasih sayang, bersyukur dan juga dukacita.

Bunga dipakai pada hari pertunangan, pesta, pernikahan dan juga kelahiran anak. Ianya juga sering digunakan
untuk menunjukkan simbol cinta, kesihatan dan umur yang panjang. Bunga juga diletakkan di kuburan orang
yang dicintai sebagai tanda berkabung dan hormat.

Bunga dipakai dalam perayaan hari kebesaran, kemerdekaan, menyambut orang kenamaan dan juga
menghormati pahlawan sebagai simbol penghargaan dan sukacita. Sesuatu perayaan yang tidak dihiasi dengan
bunga akan terasa hambar dan kurang ceria.

Ada beberapa jenis bunga yang dianggap bernilai kerana dipercayai memiliki pengaruh dan keistimewaan
tertentu. Nilai dan makna bunga selalu dikaitkan dengan bentuk, warna, bau, lagenda, mitos atau kepercayaan
tertentu.

Bunga juga digunakan sebagai penghias meja rumah makan, ruang tamu, ruang restoran, ruang hotel dan
sebagainya untuk menyemarakkan suasana. Ruang yang dihiasi bunga mampu melahirkan perasaan tenang dan
damai.

Warna bunga melambangkan sesuatu kepada penggemarnya. Putih dianggap melambangkan kesucian,
kepercayaan, kejujuran dan berkabung. Kuning melambangkan kebencian, dukacita dan kesedihan. Hitam
melambangkan dukacita, kesungguhan hati, dan kesedihan. Biru pula melambangkan kesetiaan dan perenungan
yang dalam. Merah melambangkan asmara, kemasyhuran, nafsu amarah, daya atau hasrat yang kuat. Emas
melambangkan kemegahan dan kekuasaan manakala perak pula melambangkan kepercayaan yang teguh.


Bunga Raya
BUNGA raya adalah sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam
sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman
Cretaceous. Hibiscus rosa-sinensis adalah bunga kebangsaan Malaysia,
dikenali bunga raya. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian
Pertanian diarah mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai
bunga kebangsaan. Pada akhir 1958, Kementerian Pertanian
mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan.
Bunga yang dicadangkan adalah kenanga, bunga raya, melur, teratai,
mawar, cempaka dan bunga tanjung.
Bunga Mawar
Sappho, seorang penyair Romawi menggelarkan bunga mawar sebagai Ratu segala jenis bunga kerana
ianya dianggap sebagai lambang kesucian dan keimanan. Shakespeare seorang pujangga Inggeris
memuja bunga mawar yang dianggap melambangkan keperkasaan. Kuntuman mawar dengan daun dan
tangkai batangnya yang berduri melambangkan kegagahan yang menyatu dengan keindahan dan
keharuman.
Persembahan mawar merah kepada gadis pujaan hati bererti isyarat pernyataan cinta si pemuda.
Untuk menentukan jawapan si gadis, ianya dapat dinilai dengan bunga mawar yang dibalas olehnya.
Kalau si gadis membalas dengan mawar kuning, bererti ia belum menentukan pilihan, kalau membalas
dengan mawar tanpa bunga bererti cinta si pemuda ditolak dan kalau dibalas dengan bunga mawar yang
berwarna merah ini bererti yang si gadis juga turut menyintai pemuda tersebut. Mawar dianggap
sebagai lambang keremajaan, cinta, kasih dan keindahan. Mawar juga digalakkan ditanam di halaman
rumah kerana ia dipercayai dapat membawa rezeki kepada pemilik.
Mawar yang paling banyak ditanam adalah mawar teh (tea rose) dari spesies Rosa indica fragran
hybrids, famili Rosaceae.
Bunga Alamanda


Penggemar alamanda percaya bahawa tanaman yang berbunga kuning ini dapat dipakai
sebagai penolak bala jika ditanam di halaman rumah dan getahnya pula dapat digunakan
untuk meyembuhkan penyakit disetri.
Alamanda yang tumbuh menjalar setinggi 3 hingga 6 m diperkenalkan oleh Allamond iaitu
seorang doktor dari Negeri Belanda sekitar seabad yang lalu. Pokok ini mempunyai
batang yang bergetah putih, bunganya berbentuk tandan dan setiap tandan terdiri
daripada 8 hingga 10 kuntum bunga. Alamanda ditanam terutama sebagai penghias
pagar. Spesies Allamanda nerrifolia berbunga kuning cerah, Allamanda purpureceae
berbunga kuning keunguan dan Allamanda cathartica berbunga kuning. Ketiga-tiga
spesies ini termasuk dalam famili Apocynaceae.

Bunga Bakung


Bunga bakung Crinum asiaticum, famili Amarillydaceae, menurut kepercayaan Cina,
Mesir dan Arab bunga ini dapat memberikan perlindungan terhadap penyakit wabak yang
menular sekiranya ditanam diperkarangan rumah atau kebun di sekitar rumah
terutamanya bakung yang berbunga putih ungu dan berdaun keunguan.

Potongan umbi bunga bakung ini kononya dapat dipakai sebagai pelindung daripada
pengaruh roh yang jahat jika dipasang di pintu rumah. Selain itu juga ianya boleh dipakai
untuk penawar racun sengatan binatang berbisa dan mengubat luka

Bakung mempunyai ketinggian antara 0,5 1,25 m. Di Indonesia tanaman ini biasanya
ditanam di perkarangan rumah sebagai tanaman hiasan. Bakung juga tumbuh sebagai
tumbuhan liar. Bunganya berbentuk corong, mekar pada malam hari dan berbau harum.
Bunga Kertas


Ada segolongan masyarakat yang mengangap bunga kertas melambangkan kasih buat
kekasih, ibu, anak dan semua insan di dunia.Tapi ada masyarakat yang menganggap bunga
kertas pantang ditanam di depan rumah agar pemilik tidak mendapat musibah yang
memalukan.
Bunga kertas berasal dari Amerika Latin dan ditemui oleh Antonie de Bougainveille pada
tahun 1769-1776 di Brazil. Fasa pembungaan bunga kertas ini agak aneh kerana jika
ianya tumbuh di tempat yang kurang subur dan kering, pokok ini akan menghasilkan
bunga yang lebat. Dari 13 spesies bunga kertas ini, yang paling banyak ditanam ialah
Bougenvillia spectabilis dan Bougenvillia glabra. Semuanya tergolong dalam famili
Nyctaginaceae. B. spectabilis berbunga cerah dengan untaian bunga yang menonjol dan
rangkaian yang cukup panjang, warnanya ialah putih, ungu, oren dan merah. B. glabra
mempunyai bentuk bunga yang kurang menonjol kerana bunganya muncul antara daun.
Bunga Matahari

Bunga matahari Helianthus annuus, famili Compositae berbentuk bundar, kuning dan
daun yang runcing dengan diameter bunga sekitar 25 cm. Pokoknya setinggi 90 350
cm, berbatang kecil, berbulu kasar dan hampir tidak bercabang.

Tanaman asal Amerika Latin ini banyak ditanam oleh masyarakat Jawa Barat di depan
rumah sebagai penolak bala kerana dianggap dapat mencegah bahaya. Orang Jawa juga
percaya , dengan menanam bunga matahari di halaman rumah akan menimbulkan
kedamaian, kabahagiaan dan keharmonian rumah tangga bagi pemiliknya.

Bunga ini juga merupakan salah satu bunga persembahan dalam upacara spiritual Kasada
bagi masyarakat Hindu di Tengger, Probolinggo dan Jawa Timur.
Bunga Kemboja


Tanpa bunga kemboja Plumeria acuminata, famili Apocynaceae, tari Legong Keraton di
Bali pasti kurang menarik. Bunga ini selalu dipakai di telinga penari semasa upacara
tarian itu berlangsung. Bunga kemboja berwarna putih dengan pusat bunga berwarna
kuning keemasan.Pokok ini banyak ditanam di halaman candi dan kawasan kubur.

Di Jawa, kemboja dilarang ditanam di halaman rumah kerana bunga ini boleh
menimbulkan kesan seram seperti suasana kubur dan juga boleh mengundang roh jahat
yang akan mengganggu ketenteraman penghuni rumah. Ada juga sebahagian masyarakat
yang percaya bahawa mereka yang berjaya menemukan bunga kemboja yang berkelopak
genap (6 helai) akan mendapat rezeki.

Di Hawaii, kalung bunga kemboja dipakai untuk menyambut tetamu.Di India, bunga
kemboja digunakan sebagai bunga persembahan kepada dewa untuk memenuhi nazar. Di
Cina, sari bunga kemboja dipakai sebagai pewangi setelah mandi dan juga sebagai
penyegar badan.
Bunga Kenanga


Bunga kenanga Canangium odoratum, famili Annonaceae sangat sesuai ditanam di
halaman rumah kerana ianya dapat menolak `black magic` seperti terkena buatan orang.
Bunganya yang berbau harum digunakan untuk membuat bunga rampai atau dipakai
semasa upacara adat tertentu.

Pokok kenanga merupakan pokok yang besar setinggi 38m dengan diameter batangnya
1m. Pokok kenanga yang ditanam untuk tanaman hiasan biasanya setinggi 1 hingga 2 m.

Bunga kenanga berwarna hijau kekuningan, tidak begitu menonjol dan tumbuh
berkelompok yang terdiri daripada 6 hingga 10 kuntum pada satu tangkai. Kelopak bunga
ini berbentuk pita yang agak terpilin sepanjang 5 - 10 cm.
Bunga Lili



Bunga lili Lilium longiflorum, famili Liliaceae sering dianggap sebagai lambang kemurnian
oleh bangsa Mesir, Yunani dan Romawi kuno. Sebutan lilium berasal dari bahasa Yunani
leirus yang bererti lembut dan licin. Bunga ini telah ditanam di daerah sekitar Laut
Tengah (Itali, Mesir dan sebagainya) sejak abad ke-9 SM. Bunga ini telah digunakan
dalam upacara keagamaan atau pengkebumian.

Bunga lili berbentuk piala atau terompet panjang, besar, berwarna putih dan berbau
harum. Spesies Lilium speciosum dan Lilium trigrinum juga banyak ditanam sebagai
penghias kebun dan taman. Masyarakat lebih menyukai Lilium longiflorum untuk
membuat karangan bunga kerana warnanya yang putih bersih dan sedap dipandang.
Bunga Melati



Melati Jasminum sambac, famili Oleaceae telah dinobatkan sebagai puspa bangsa,
maskot bangsa Indonesia oleh Presiden Soeharto pada 5 julai 1990. Bunga ini
merupakan simbol kepada kesucian, ketulusan dan kebersihan hati.

Melati sangat popular dalam kehidupan masyarakat Melayu, Betawi, Jawa, Sunda,
Madura dan Bali kerana ianya dianggap melambangkan kesuburan, kesejahteraan dan
kemakmuran. Pengantin tanpa lilitan untaian melati pada keris yang dipakainya akan
dianggap kurang sempurna pernikahannya.

Ibu-ibu yang mempunyai air susu yang kurang boleh menjadikan melati sebagai ubatnya.
Melati yang sudah digiling hendaklah disapu pada buah dadanya agar air susu yang
dihasilkan bertambah banyak.

Melati Jasminum sambac dapat dibezakan kepada 2 jenis berdasarkan kepada mahkota
bunganya, iaitu yang berbunga tunggal dan berkumpulan. Bunga melati berwarna putih
dan berbau harum.
Bunga Kemuning



Kemuning, Murraya paniculata, famili Rutaceae merupakan pokok yang setinggi 3 7 m,
berbatang pendek, berdaun rimbun dan memberi manfaat sebagai tanaman pagar.
Tanaman ini berbunga terus-menerus sepanjang tahun. Warna bunga ini pada peringkat
awal ialah kehijau-hijauan dan setelah mekar penuh ianya bertukar menjadai putih
bersih.

Daun dan bunganya jika digiling halus dan disapukan pada badan, akan membuatkan
seseorang wanita lebih cantik dan berkulit kuning bersih. Kayunya yang berwarna kuning
agak kecoklatan merupakan bahan yang sesuai untuk membuat sarung keris.
KESIMPULAN


Bunga sangat digemari oleh semua lapisan masyarakat. Baunya yang harum dan warnanya yang menarik
menjadi penyeri di setiap majlis. Namun begitu, ramai yang belum menyedari fungsi bunga dalam
kehidupan dan budaya masyarakat sekarang. Bunga bukan sahaja berguna sebagai penyeri, tetapi ianya
juga mempunyai maksud yang tertentu dan berguna untuk perubatan.

http://kebunwarisan.blogspot.com/2008/04/jenis-jenis-bunga-dalam-kehidupan-
dan.html
RUJUKAN


Utami, 1994, Majalah Trubus 299 : Semarak Bunga-bunga Semusim Dalam Keranjang Gantung,
Yayasan Sosial Tani Membangun, Indonesia.

B. Sarwono, 1994, Majalah Trubus 300 : Bunga Simbol Kehidupan, Yayasan Sosial Tani Membangun,
Indonesia.

Muhammad B. Zakaria & Mustafa Ali Mohd., 1994, Traditional Malay Medicinal Plants, Penerbit Fajar
Bakti Sd. Bhd., Kuala Lumpur.

Rukayah Aman, 1995, Tanaman Hiasan Ruangan, Penerbit Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai