Anda di halaman 1dari 5

Keutuhan Wacana

Kerja Kursus KDC P2 November 2002 PM Major


KEUTUHAN WACANA
Mohd. Isa bin Abd. Razak

Satu aspek penting dalam analisis wacana ialah keutuhan wacana. Dengan
menganalisis keutuhan wacana kita dapat menentukan sama ada sesuatu teks itu
sebuah wacana atau hanya sekumpulan ayat yang tidak teratur. Melalui analisis
keutuhan wacana juga kita dapat pula memahami hubungan bahasa dengan alam di
luar bahasa secara lebih mendalam.
Kita boleh menilai keutuhan sesebuah wacana dengan melihat penanda wacana,
mengenal pasti ayat-ayat yang berfungsi dan mengesan dan menginterpretasi
organisasi penulisan. Ketiga-tiga cara ini mudah difahami dan boleh diaplikasi di
sekolah rendah dan di sekolah menengah.

1. PENANDA WACANA

Fungsi Penanda Wacana


1. Menghubungkan ayat dengan ayat
2. Menghubungkan perenggan dengan perenggan
3. Membantu pendengar/pembaca memahami teks

Contoh Penanda Wacana

1. Penanda Kronologi
Kata kunci: “Bila” dan yang seumpamanya.
1. kini
2. lantas
3. mula-mula
4. lepas itu
5. sebelum
6. kemudian
7. semenjak itu
8. pada suatu waktu
9. pada hari esoknya
10. pada zaman dahulu
11. dua tahun kemudian
12. beberapa tahun kemudian
13. dan yang seumpamanya.

2. Penanda Organisasi
Fungsi: mempertautkan sesuatu bahagian wacana dengan bahagian yang lain
1. pertama
2. tegasnya
3. contohnya
4. akhir sekali
5. dalam hal ini
6. sebagai kesimpulan
7. dalam hubungan ini
8. untuk merumuskan
9. dengan perkataan lain
10. dapat dinyatakan bahawa
11. untuk menjelaskan lagi
12. akan dinyatakan pada tempat yang lain
13. dalam bahagian ini kita akan membincangkan
14. dan yang seumpamanya.

3. Penanda Idea
Fungsi: menghubungkan antara fakta dengan fakta dan idea dengan idea yang

(a) Mengembangkan Idea


 malah
satu lagi
selain itu
seterusnya
begitu juga
di samping itu
lebih-lebih lagi
tambahan pula
dan yang seumpamanya

(b) Pertentangan Idea


tetapi
sama ada
 sebenarnya
sebaliknya
walaupun
walau bagaimanapun
pada masa yang sama
dan yang seumpamanya.

(c) Hubungan Idea


jadi
 maka
kecuali
oleh itu
oleh sebab
oleh hal yang demikian
 untuk tujuan itu
berikutan dengan itu
dengan demikian
sebagai akibat daripada
dengan syarat
justeru itu
dan yang seumpamanya.

2. MENGENAL PASTI AYAT-AYAT YANG BERFUNGSI

Walaupun seseorang pembaca itu tidak semestinya memahami setiap ayat dalam
sesuatu teks yang dibacanya, kefahamannya terhadap setiap ayat yang dibacanya
akan membantunya memahami keseluruhan teks tersebut. Dalam penulisan yang
baik, setiap ayat mempunyai fungsi yang tertentu, antaranya ialah
(a) memberi definisi … Contoh: Kamus Linguistik mendefinisikan ….
(b) membuat kesimpulan … Contoh: Berdasarkan keterangan di atas, jelas bahawa ….
(c) memberi contoh … Contoh: Sebagai contoh, di Daerah Nabawan masih terdapat
beberapa keluarga yang ….
(d) memberi huraian … Contoh: Situasi ini wujud disebabkan pihak berwibawa
memandang remeh penggunaan Bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi.
(e) memberi ulasan … Contoh: Pada pendapat saya, kempen makan nasi hanya sekali
sehari, iaitu pada waktu siang, akan ….
(f) memperkuat hujah … Contoh: Hal ini lebih jelas lagi apabila kita meneliti data
tentang kaitan kesihatan dengan minum arak di …. seperti yang diberikan dalam
Jadual 1.
Sekiranya penulis menggunakan penanda wacana yang tertentu seperti “dapat
didefinisikan bahawa…”, “kesimpulannya ialah…”, “contohnya…” dan yang
seumpamanya, maka pembaca agak mudah mengesan fungsi sesuatu ayat itu.
Sebaliknya, jika penanda wacana tidak digunakannya, pembaca yang kurang cekap
mungkin menghadapi masalah untuk mengesan idea yang hendak disampaikan oleh
penulis.

3. MENGESAN DAN MENGINTERPRETASI ORGANISASI PENULISAN

Organisasi sesebuah penulisan melibatkan hubungan antara satu ayat dengan ayat,
antara perenggan dengan perenggan, antara idea dengan idea, antara tajuk dengan
bab, dan antara bab dengan bab. Kita perlu mengetahui tajuk, tujuan dan kumpulan
sasar sesuatu penulisan untuk membolehkan kita mengesan dan menginterpretasi
organisasi sesebuah penulisan itu. Organisasi sesebuah penulisan itu dapat ditinjau
pada tiga peringkat:

(a) Ayat … Sesuatu ayat itu sepatutnya mendukung satu idea.


(b) Perenggan … Idea utama dan idea-idea penyokongnya digalurkan untuk
membentuk satu satuan yang bertautan atau berfokus kepada satu fakta atau buah
fikiran sahaja. Pembaca sepatutnya dapat mengenal pati pernyataan tema atau isi
utama, isi penyokong ataupun isi sampingan dan keterangan-keterangan lain yang
didukung oleh setiap ayat yang membentuk sesuatu perenggan itu.
(c) Seluruh Teks … Teks meliputi organisasi yang terdiri daripada unit-unit yang
berupa perenggan, bahagian, tajuk dan bab. Dengan membaca seluruh teks,
seseorang dapat mengenal pasti struktur teks sama ada berdasarkan kronologi,
pengelasan mengikut hierarki, atau pengelasan mengikut ciri-ciri tertentu.

Anda mungkin juga menyukai