Anda di halaman 1dari 16

PENGENALAN

Bunga raya : pokok renek yang berasal dari Barat Asia Nama saintifik : hibiscus (Rosa-sintesis) Lebih dikenali sebagai ratu segala jenis Bunga Tropika/Queen of Tropical Flowers Turut dikenali sebagai mawar China, kembang sepatu/bunga sepatu Merupakan Bunga Kebangsaan Malaysia Tergolong dalam keluaran kapas, iaitu Malvaceae yang mengandungi hampir 300 spesies

CIRI-CIRI BUNGA RAYA


garis pusat bunga raya ialah 5-20cm besar dan tidak mempunyai bau bunga raya tumbuh setinggi 3-5 meter daunnya berbeza dari segi bentuk, saiz dan warna kebanyakannya adalah hijau terang dan berkilat, tetapi ia juga boleh didapati dalam berbagai warna seperti merah, hijau dan putih Daun berwarna ini lebih dikenali sebagai jenis Varigated

daun bunga raya biasanya tumbuh pada dahan atau ranting secara berselang-seli Daunnya berbentuk bujur dan tepi daun bergerigis Pada asalnya, bunga raya berwarna merah dan korollanya terdiri dari lima kelopak Mengandungi satu tiub yang mengeluarkan banyak stamen dikelilingnya Di dalam tiub, terdapat benang sari dan hujungnya terdapat 55 stigma yang berbulu serta melekit apabila sudah matang

BUNGA RAYA SEBAGAI BUNGA KEBANGSAAN


Pada 28 julai 1960, bunga raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu sebelum pengisytiharan dibuat, Menteri Pertanian Persekutuan Tanah Melayu telah meminta pandangan umum tentang pemilihan bunga kebangsaan

akhir tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mengemukakan 7 jenis bunga untuk pemilihan iaitu; bunga kenanga, bunga raya, bunga melur, bunga teratai, bunga mawar, bunga cempaka dan bunga tanjung mengikut pemilihan umum, bunga mawar telah mendapat undian paling besar oleh penduduk Pantai Timur sementara penduduk Pantai Barat telah memilih bunga melur

Walau bagaimanapun, kerajaan telah memilih bunga raya sebagai bunga kebangsaan kerana: 1. Warna merah melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian dalam menempuh cabaran 2. Kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang adanya pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang saling hidup harmonis 3. 5 kelopak yang terdapat pada bunga raya membawa maksud 5 prinsip rukun negara 4. Bunga raya terbukti berkesan dalam perubatan tradisional dan industri kosmetik

KENAPA PERLU BUNGA KEBANGSAAN


1. Sebagai warisan negara : Bunga raya diangkat sebagai warisan kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara sejak 2007. Bunga raya diletakkan sebaris dengan objek warisan kebangsaan yang lain seperti jalur gemilang, jata negara, manuskrip sejarah Melayu, hukum kanun Melaka, manuskrip Hikayat Hang Tuah dan watikah pengisytiharan kemerdekaan. Bunga raya dipilih sebagai warisan negara kerana mempunyai nilai warisan yang tinggi kepada negara.

2. Sebagai identiti negara lebih dikenali dan diiktiraf


membolehkan sesebuah negara lebih di kenali dan keunikannya dirasai, diterima serta diiktiraf oleh negara luar Membentuk dan mengukuhkan identiti negara di mata dunia Contohnya: Jepun dikenali dengan bunga sakura, England di kenali dengan bunga ros dan Belanda pula tersohor denga bunga tulip.

Bunga Raya menjadi inspirasi pelbagai pihak untuk mengabadikan nama jalan, kawasan perumahan, bangunan, bilik tetamu, restoran dan sebagainya dengan nama bunga kebangsaan itu di dalam dan luar negara. Contohnya: di Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Bunga Raya dinamakan pada bangunan khas Kompleks Bunga Raya khusus bagi penumpang kenamaan. Sebagai suatu signifikan sejarah juga, nama Bunga Raya diabadikan pada enjin kereta api diesel pertama Malaysia dan syarikat perkapalan negara yang pertama, Malaysian International Shipping Corporation, turut menamakan kapal sulungnya M-V Bunga Raya.

Bunga raya jenis hibiscus sabdariffa (roselle) boleh dijadikan minuman, jem serta halwa Daun bunga raya putih boleh digunakan untuk menyejukkan badan serta menghitamkan dan melebatkan rambut Dalam kalangan orang Melayu, air rebusan akar pokok bunga ini boleh mengubati penyakit kelamin dan demam panas. Air rebusan akar ini juga turut dikatakan boleh

KEISTIMEWAAN BUNGA RAYA

Bunga raya jenis hibiscus cannabinus (kenaf) boleh digunakan untuk membuat kertas Pokok bunga raya jenis hibiscus sabdariffa pula digunakansebagai bahan campuran di dalam minuman teh. Ia kaya dengan vitamin c. Teh daripada campuran bunga raya dikatakan boleh mengurangkan tekanan darah. Fiber batang dari bunga raya jenis hibiscus macrophyllus boleh dijadikan tali cara penanaman melalui kaedah tut, keratan batang, cantuman mata tunas dan tisu kultur bagi memastikan keceriaan bunga raya

POPULARITI MERUDUM
Pada 28 Julai 2010, genap 50 tahun status bunga raya sebagai bunga kebangsaan. Namun di sebalik kedudukannya yang gah itu, popularitinya dilihat semakin merudum berbanding 2 dekad yang lalu. Sikap ambil mudah dan semangat kebangsaan yang semakin terhakis khususnya dalam kalangan generasi muda pada hari ini. Kebanyakan mereka ini tidak mengetahui sejarah dan kepentingan bunga raya sebagai kebangsaan

Ini disebabkan bunga orkid, mawar, carnation dan lain-lain bunga lebih digemari dan dihias di rumah, pejabat, kedai, hotel dan di majlis-majlis rasmi mahupun tidak rasmi

LANGKAH UNTUK MENYEMARAKKAN BUNGA RAYA


Harus dipupuk dari peringkat kanak-kanak Kempen secara berterusan, pada masa yang sama penggunaan imej bunga raya pada kain rentang dan buku atur-cara majlis perlu diperluaskan Kerajaan bunga raya seharusnya dijadikan tanaman hiasan di kawasan bandar, pejabat dan sebagainya Melakukan kajian untuk mengkomersialkan sekaligus mengembalikan nostalgia masyarakat terhadap bunga ini

KESIMPULAN
Bunga raya sewajarnya diangkat sebagai bunga kebangsaan kerana ia memperlihatkan pelbagai keistimewaannya yang tersendiri berbanding dengan bunga yang lain Malah bunga raya juga melambangkan identiti sesebuah negara yang berdaulat

Anda mungkin juga menyukai