Anda di halaman 1dari 4

Aku Membaca Lagi (Razali Mohd.

Yussof)
Maksud Rangkap

Rangkap Maksud
Aku mendongak langit Penyajak memandang ke langit.
membaca garis dan titik Penyajak berasa dirinya sunggu kerdil
menaakuli kebesaran-Mu melihat kebesaran ilahi yang mencipta
di bawahnya gumpalan mega pelbagai fenomena alam.
hembusan bayu dan banjaran gunung. Dengan perasaan penuh kesyukuran,
dia menghayati keindahan alam yang
diciptakan oleh tuhan.

Kuselusuri alam Penyajak menyelusuri pula alam yang


kicauan burung terbentang luas.
desiran ombak dan wajah pelangi Kedengaran kicauan burung, desiran
mewarnai kehidupan umat-Mu. ombak dan keindahan pelangi yang
melengkapi kehidupan manusia
dengan pelbagai rencah kehidupan.

Aku mendongak lagi Penyajak mendongak ke langit lagi dan


membaca langit cuba memahami langit.
di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh Penyajak mendapati bahawa alam
dahan dan ranting terkulai semula jadi semakin tercemar apabila
daun-daun berguguran negara semakin makmur.
helai demi helai Pencemaran alam semula jadi ini
di lantai tanah airku yang makmur. dikaitkan dengan keadaan bahasa
Melayu yang semakin kurang
didaulatkan oleh rakyat walaupun
bahasa Melayu merupakan bahasa
kebangsaan.
Selain itu, penyajak mendapati bahawa
kemakmuran negara tidak dapat
menjamin kedaulatan bahasa Melayu.

Aku membaca langit Penyajak masih mahu memahami


kutemui perkara yang tersurat di langit.
bulan dan bintang menangis Penyajak dapat menyaksikan
meratapi luka nasib bangsa. kekecewaan bulan dan bintang
(pejuang-pejuang bahasa) yang
meratapi akan nasib bahasa Melayu
yang dipinggirkan oleh bangsa di tanah
air sendiri.
Aku mendongak lagi Penyajak kembali mendongak ke
menitis air mata langit langit.
membasahi bahasa Melayuku Kali ini, penyajak dapat menyaksikan
yang berdarah. kesedihan langit yang turut menangisi
nasib bahasa Melayu yang kian tenat
dan semakin diupakan anak bangsa.

Tema
Bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan.
- Penyajak mendapati bahawa semakin lama semakin kurang orang yang
mendaulatkan bahasa Melayu walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa
kebangsaan.

Bentuk Sajak
1. Berbentuk bebas atau tidak terikat.
2. Terdiri daripada 5 rangkap.
3. Terdiri daripada 4 hingga 7 baris dalam satu rangkap.
4. Terdiri daripada 1 hingga 6 perkataan dalam satu baris.
5. Terdiri daripada 4 hingga 12 suku kata dalam satu baris.
6. Rima akhir sajak ini bebas / tidak sama ; abcde, abcd, abcdedf, abcd, abcd

Gaya Bahasa
1. Sinkope 4. Metafora
- kuselusuri alam - wajah pelangi
- menaakuli kebesaran-Mu - di lantai tanah airku
- mewarnai kehidupan umat-Mu

2. Repitisi 5. Personifikasi
- helai demi helai - dahan dan ranting terkulai

3. Inversi
- menitis air mata langit
(sepatutnya: air mata langit menitis)
Nada
Sajak ini bernada melankolik. Nada ini sesuai untuk kesedihan dan rasa
kecewa penyajak terhadap nasib bahasa Melayu yang dipinggirkan oleh anak
bangsa. Sajak ini juga menggambarkan sikap anak bangsa yang semakin
terhakis sifat jati diri lantaran mengabaikan penggunaan bahasa ibunda.

Persoalan
1. Keindahan alam semula jadi ciptaan tuhan
Contoh: Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan
yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan
banjaran gunung.

2. Kedaulatan bahasa Melayu yang kian dipinggirkan


Contoh: Penyajak mendapati bahawa semakin lama semakin kurang orang
yang mendaulatkan bahasa Melayu walaupun bahasa Melayu merupakan
bahasa kebangsaan.

3. Kesedihan pejuang bahasa terhadap nasib bahasa Melayu


Contoh: Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih
melihat nasib bahasa Meayu yang tidak dimartabatkan.

4. Bahasa sebagai maruah bangsa

5. Jati diri anak bangsa yang kian terancam


Nilai
1. Nilai cinta akan bahasa
Contoh: Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih
melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.

2. Nilai kesyukuran
Contoh: Penyajak mengagumi akan kebesaran Ilahi yang mencipta berbagai-
bagai fenomena alam sebagai melengkapi kehidupan manusia di muka bumi.

3. Nilai keinsafan
Contoh: Penyajak menyeru anak bangsa yang semakin hilang jati diri agar
segera sedar dan insaf untuk mengenal diri.

4. Nilai kegigihan
Contoh: Penyajak menyeru anak bangsa agar gigih mengangkat kembali
martabat bahasa Melayu.

5. Nilai patriotik
Contoh: Penyajak menyeru anak bangsa agar mencintai dan mendaulatkan
bahasa Melayu dengan sepenuh hati.

Pengajaran
1. Sebagai anak bangsa, kita hendaklah memikul tanggungjawab
mengangkat martabat bahasa Melayu yang semakin dilupakan.

2. Kita mestilah berani menghadapi berbagai-bagai cabaran untuk


mempertahankan maruah bahasa Melayu daripada tercemar.

3. Kita perlulah bersyukur kepada Tuhan atas ciptaan berbagai-bagai


kejadian alam yang melengkapi kehidupan manusia.

4. Sebagai anak bangsa, kita perlulah menanamkan sifat jati diri yang kuat
dalam diri masing-masing agar boleh menangkis segala bentuk ancaman
yang berbentuk negatif.

5. Kita mestilah cinta akan bahasa. Contohnya, para pejuang bahasa yang
cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang
tidak dimartabatkan.

Anda mungkin juga menyukai