Anda di halaman 1dari 8

Soalan 3 (a)

(Membina Ayat)
Peringatan Kepada Pelajar.

Bina satu ayat bagi setiap perkataan yang


diberikan,
Satu markah akan diberikan pada ayat yang
betul.
Jangan jadikan perkataan sebagai simpulan
bahasa atau nama khas.
Jangan bina lebih daripada satu ayat.
Jangan tinggalkan imbuhan atau tambah
imbuhan pada perkataan yang diberi.
MESTI MENUNJUKKAN ANDA MEMAHAMI MAKNA
PERKATAAN TERSEBUT
Larangan ketika membina ayat :

Jangan jadikan perkataan diuji


sebagai kata nama khas.
Jangan jadikan perkataan diuji
sebagai peribahasa.
Jangan tambah atau hilangkan
imbuhan.
Teknik Pengembangan :

Gunakan soalan
apa, siapa, mengapa, bagaimana, bila dan di
mana
untuk dikaitkan dengan perkataan yang diuji.

Contoh perkataan diuji : menembak.

Siapa - Polis menembak perompak


Mengapa - kerana cuba meragut beg tangan
seorang wanita
Bagaimana - menggunakan sepucuk pistol
Bila - petang semalam
Di mana - Jalan Pingai.
Ayat lengkap:
Seorang detektif polis menembak
seorang perompak yang cuba
meragut beg tangan seorang wanita
di Jalan Pingai pada petang
semalam dengan menggunakan
sepucuk pistol.
TEKNIK TUKAR BENTUK/ TRANSFORMASI.

Perkataan diuji : buru.

Bina satu ayat aktif transitif menggunakan kata ganti


nama diri pertama.
Saya memburu seekor rusa.

Jadikan ayat pasif biasa.


Seekor rusa saya buru.

Jadikan ayat pasif songsang


Saya buru seekor rusa

Jadikan ayat perintah.


Jangan buru rusa di hutan kerana binatang tersebut
dilindungi oleh undang-undang.
Contoh soalan :

lama-kelamaan - akhir-akhirnya; lambat laun


Lama -  Dalam konteks tempoh ,bersinonim
dengan berlarutan, berpanjangan, berterusan
berlama-lama - lambat-lambat; berlengah-
lengah
jauh - Bersinonim dengan tidak dekat: besar
jaraknya
Kejauhan - jarak yg jauh 
menjauh - menjadi jauh
1. Rumah saya terletak tidak _______________dari
sekolah. 
2. Hubungan antara adik dengan abang saya
semakin _______________kerana mereka tidak
tinggal bersama. 
3. Hati ibu saya_______________ kerana anak-
anaknya tidak bersatu hati. 
4. Adik sudah ________________ tidak menonton
rancangan kartun kerana dia sibuk membuat
persiapan menghadapi peperiksaan. 
5. Ayah tidak suka akan sikap ibu
yang _______________ sewaktu membeli-belah di
pasar raya. 
6. Jika kamu tidak memberitahu
saya, _______________ rahsia itu akan terbocor
juga. 
(i) lama 
ayat: Adik sudah lama tidak menonton rancangan kartun kerana dia sibuk membuat
persiapan menghadapi peperiksaan. 

(ii) berlama-lama 
ayat: Ayah tidak suka akan sikap ibu yang berlama-lama sewaktu membeli-belah di
pasar raya. 

(iii) lama-kelamaan 
ayat: Jika kamu tidak memberitahu saya, lama-kelamaan rahsia itu akan terbocor juga. 

(iv) jauh 
ayat: Rumah saya terletak tidak jauh dari sekolah. 

(v) menjauh 
ayat: hubungan antara adik dengan abang saya semakin menjauhkerana mereka tidak
tinggal bersama. 

(vi) kejauhan 
ayat: Hati ibu saya kejauhan kerana anak-anaknya tidak bersatu hati. 

Anda mungkin juga menyukai