Anda di halaman 1dari 1

Bina ayat

1. Petani-petani dari negeri Johor menjalani kursus pertanian selama dua hari.
2. Latihan itu diadakan khusus untuk kaum wanita.
3. Budak lelaki itu bersembunyi di balik rimbunan pokok.
4. Timbunan sampah sarap yang tidak dikutip boleh menyebabkan wabak penyakit.
5. Kami sekeluarga akan menonton televisyen selepas makan malam.
6. Ali menuntun basikalnya kerana pancit.
7. Kakak membantu ibu menanak nasi.
8. Saya sedang menjerang air di dapur.
9. Ibu sedang mengukus ikan dengan menggunakan periuk pengukus.
10.Ayah menebas lalang di belakang rumahnya.
11.Tukang kebun mencantas dahan pokok hiasan itu.
12. Pelajar-pelajar kelas itu mencapai kata sepakat untuk melantik Ali sebagai ketua
kelas.
13. Harta benda penduduk habis musnah dalam kejadian banjir yang berlaku.
14. Janganlah kita menuduh orang tanpa usul periksa.
15. Ibu saya mengambil upah untuk menjahit baju.
16. Para guru cuba untuk memulihkan semangat pelajar yang gagal dalam peperiksaan.
17. Buku rujukan itu amat berguna untuk pelajar-pelajar tingkatan empat.
18. Kita harus menjadi pengguna yang bijak.
19. Bapa membelah buah durian itu dengan menggunakan sebilah parang.
20. Pusat sumber itu dibina untuk kegunaan pelajar Sekolah Tinggi Chung Hwa.

Anda mungkin juga menyukai