Anda di halaman 1dari 2

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Segala puji dan puja


hanya bagiNYA. Maha SuciNYA daripada sifat lemah dan kurang. Ya Allah Kau
permudahkan urusan hambaMu ini, jangan Kau susahkan. Disini saya mulakan
karangan mengenai pengenalan dan perihal diri, nama saya Mohd Fauzi Bin
Mahmud. Dilahirkan di Kuala Lumpur pada 14 Mac 1990. Anak bongsu daripada 4
beradik. Menetap di Klang, Selangor pada masa kini. Mendapat pengajian awal di
Sekolah Kebagsaan Puchong Perdana. Ditawarkan ke Sekolah Menengah Teknik
Setapak untuk menengah atas dan menamatkan SPM dengan memperolehi
keputusan yang tidak berapa baik. Menyambung pengajian pada tahap sijil di IKM
Sik, Kedah. Berjaya menamatkan pembelajaran pada tahap sijil dengan
memperolehi Anugerah Dekan.
Walaupun sedikit lambat untuk mendapat peluang memasuki universiti, dengan izin
Allah di tawarkan juga menyambung pelajaran di Universiti Kuala Lumpur British
Malaysian Institute pada peringkat diploma. Syukur kepada Allah dan terima kasih
kepada Pihak Mara kerana mengambil kami pelajar-pelajar yang tercicir ini juga
memberi peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat pengajian tinggi.
Berjaya menamatkan pengajian pada tahap diploma dengan grade CGPA 3 pointer.
Sekali lagi dengan kerjasama antara UniKL BMI dan Semyung Universiti melalui
program ACE Global Partial Schorlarship saya dan seorang lagi sahabat terpilih
untuk membuat ijazah pertama disana dalam Engineering Electronics.
Sebelum ini saya pernah menulis karangan seperti ini pada zaman diploma dahulu,
kerana ini merupakan salah satu syarat untuk memohon pinjaman MARA. Seingat
saya, di karangan itu saya nyatakan hasrat untuk menyambut pengajian pada
peringkat sarjana di luar negara dan hari ini ianya telah menjadi kenyataan. Disaat
ramai lagi pelajar-pelajar yang pandai diluar sana tapi saya antaranya yang dipilih.
Ini merupakan satu rahmat dari Allah dan saya amat tersentuh ketika ini dek kerana
memikirkan kenapa Allah pilih saya? saya selalu bermolog sendiri siapalah diri aku
ini, terlalu lemah dan hina disisi DIA. Ramai lagi yang lebih berilmu di luar sana.
Benda ini selalu bermain diminda saya. Di kesempatan peluang ini datang mungkin
ada hikmah untuk agama,negara,bangsa hatta kepada MARA umpamanya, saya
terus bersetuju dengan tawaran untuk ke sana. Saya selalu menasihatkan diri agar
menjadikan ilmu ini sebagai satu ibadah bukan ia digunakan di atas kertas

peperiksaan semata-mata selepas daripada itu hilang, lupa dan seumpamanya.


Sekiranya itulah yang berlaku ia bukan dikira sebagai ilmu yang bermanfaat. Justeru
itu saya memohon jasa baik dari pihak MARA untuk meluluskan pinjaman saya
Mengenai perihal kerjaya berkemungkinan saya akan cuba mengakses peluang
untuk bekerja di luar negara. Di kesempatan latihan industri yang di jalankan
selalunya pada semester akhir, saya akan cuba untuk memberikan prestasi yang
terbaik untuk mereka nilai justeru menawarkan saya bekerja di syarikat mereka,
Samsung umpamanya. Itu perancangan awal, mungkin ia akan berubah mengikut
kondisi keadaan saya ketika itu. Mudah-mudahan saya di kurniakan kesihatan dan
kekuatan juga untuk menyampaikan dan menerangkan Islam di negara majoriti
non-muslim ini. Pena terhenti seketika disini sekiranya mendapat peluang untuk
membuat karangan ini saya akan berkongsi lagi. Mohon maaf kepada mereka si
pembaca sekiranya ada kata-kata yang menyinggung hati sanubari,Sekian.

Anda mungkin juga menyukai